Edu_tingkah_laku_pembelajaran.doc

  • Uploaded by: Syamsul Amri Mohd Taharim
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edu_tingkah_laku_pembelajaran.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 12,619
  • Pages: 56
PENDAHULUAN Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku. ( American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow(2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk berkelakuan baik. Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.

1

2.0 PENYELIDIKAN DAN PEMERHATIAN 2.1 UNSUR-UNSUR FIZIKAL SENARAI PERABOT YANG TERDAPAT DALAM BILIK DARJAH BIL

PERABOT

KUANTITI

1

Kerusi

24

2

Meja

24

3

Almari

2

4

Rak

3

5

Tong sampah

1

6

Papan kenyataan

5

7

Papan tulis

1

8

Pemadam papan tulis

1

2

Petunjuk Pelan Kasar Bilik Darjah

BIL

PERABOT

1

Kerusi Pelajar/Guru

2

Meja Pelajar/Guru

3

Almari

4

Rak

5

Tong sampah

6

Papan kenyataan

7

Papan tulis

IKON

Pelan Kasar Bilik Darjah 3 Rukun 3

Pelan Kasar Dinding Bilik Darjah Tahun 3 Rukun 4

A

A

B

C

5

D

ABJAD

SUDUT

KANDUNGAN

A

AM

motto, visi, misi, jadual waktu, jadual harian, jadual bertugas, keputusan peperiksaan

B

SUBJEK MATEMATIK

nota, sifir, jalan pengiran dalam bentuk lazim

C

SUBJEK SAINS

gambar, rantai makanan, nota

D

SUBJEK BAHASA MELAYU

pantun, sajak, imbuhan, kata hubung.

6

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENGAJIAN PROFESIONA-ETOS BILIK DARJAH

Bagaimana guru menguruskan -

Guru

akan

murid-muridnya?

menunjukkan

menguruskan

kasih

muridnya

sayangnya

dan

melalui

tumpuannya

dengan mengambil berat terhadap keadaan muridnya. Sebagai contoh “Azmi,kenapa kamu kelihatan lesu -

hari ini?” Guru akan mengetahui keadaan dan masalah murid. Dengan

cara

itu,

guru

mengetahui

apa

yang

diinginkan anak didiknya dan memudahkan guru untuk berurusan dengan murid sekiranya murid tersebut -

mempunyai masalah. Guru juga akan memastikan masalah disiplin murid berada dalam keadaan terkawalan. Sebagai contoh membuat pemerhatian setiap tingkah laku murid untuk mengenalpasti

-

jenis-jenis

tingkah

laku

yang

bermasalah. Untuk murid yang nakal sewaktu proses PDP,guru mesti memikirkan satu proses pembelajaran yang dapat menarik perhatian mereka. Apabila pemerhatian dilakukan,

pelbagai

faktor

yang

menyebabkan

masalah tingkah laku murid.Jadi, unsur muzik boleh dimasukkan seperti nyanyian nasyid supaya murid -

akan tertarik dengan proses P&P kita. Bagi memudahkan urusan murid, guru membuat sudut am di papan kenyataan yang mengadungi senarai kerja sekolah harian dan maklumat-maklumat yang lain. Antara bahasa isyarat yang digunakan oleh guru untuk menarik perhatian murid adalah: 1. Mengubah nada suara seperti nada suara yang kuat. - “Syafiq, sila beri perhatian”. - Cikgu tidak suka kepada murid-murid yang suka membuang sampah merata-rata! 2. Menggelengkan kepala. Bahasa 7

isyarat

ini

Bagaimanakah

guru

digunakan apabila murid melakukan salah laku yang

menggunakan bahasa isyarat

tidak diingini seperti membuat bising, mengganggu

untuk

rakan

menarik

murid-muridnya?

perhatian

sebelah,

sebagainya. 3. Menggunakan membawa

-

tidak

memberi

tangan.

maksud

Isyarat

yang

perhatian tangan

berbeza.

dan boleh

Terdapat

maksud yang postif dan negatif. Contohnya: Positif: Meminta murid menunjukkan tanda bagus dengan mengangkat ibu jari sambil menyebut “bagus” sebagai tanda memberi penghargaan kepada rakan sekelas atau diri sendiri.

Negatif: -

Memegang

rotan

sambil

menunjukkan

tanda

marah ketika murid melakukan kesalahan seperti membuat bising. 4. Membuat riak muka marah / tidak peduli dengan -

murid tersebut. Strategi lain yang digunakan oleh guru adalah dengan

mementingkan

aspek

persekitaran

pembelajaran yang menyenangkan. Pembelajaran yang

menyenangkan

pembelajaran

selesa

adalah supaya

suasana

murid

dapat

melibatkan diri dengan aktif , mengambil bahagian dan

memberi

tumpuan

sepenuhnya

semasa

pembelajaran. Strategi yang digunakan oleh guru SK Taman Rakyat ini dengan memberi penekanan -

kepada aspek fizikal dan psikososial. Fizikal: 1. Sumber bahan pembelajaran mencukupi. 2. Pengcahayaan yang mencukupi. 3. Pengudaraan yang nyaman. 4. Grafik bilik yang cantik. 8

Apakah

strategi

lain

yang

digunakan oleh guru untuk

5. Kebersihan. -

mengatur bilik darjahnya?

-

Psikososial: 1. Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal 2. Suasana yang selesa dan menarik. 3. suasana yang merangsang pembelajaran . 4. Suasana pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid . Jangkaan guru terhadap kelasnya ialah murid hiperaktif

-

yang

dapat

mengganggu

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Murid yang terlalu pendiam. Murid suka membuat bising. Murid yang dapat tidak mahu memberi perhatian. Ketidakfahaman terhadap isi pembelajaran yang disampaikan.

9

Apakah

jangkaan

guru

terhadap kelasnya?

Apakah rutin bilik darjah yang -

Antara rutin yang diperkenalkan oleh guru adalah: 1. Sebelum loceng sekolah berbunyi, murid

diperkenalkan oleh guru?

berkumpul di surau untuk membaca Surah Yasin 2. Guru yang bertugas akan mencatat nama murid yang hadir lewat dan tindakan segera dikenakan seperti mengutip sampah di kawasan padang sekolah. 3. Semua murid hendaklah berkumpul di kantin sekolah

dan

membaca

doa

selepas

makan

bersama-sama setelah masa rehat tamat. 4. Murid mengaminkan doa secara beramai-ramai sebelum bermula sesi PdP dan sebelum pulang. 5. Sewaktu rehat, murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga loceng waktu habis rehat dibunyikan. 6. Murid hanya dibenarkan ke perpustakaan pada rehat sahaja. Waktu kelas dibenarkan dengan kebenaran dan bersama-sama guru matapelajaran ke perpustakaan. 7. Murid akan memakai kad kebenaran keluar kelas sekiranya mahu ke tandas atau atas urusan yang tertentu. ( dikawal oleh guru) 1. Pertukaran masa pengajaran sebelah pagi. Sebelum memulakan kelas pada waktu pagi.: -

semua murid bergerak ke surau untuk membaca Surah Yasin. Program ini bermula pada jam 7.15 pagi sehingga jam 7.45 pagi. Tepat jam 7.45 pagi, murid akan bergerak ke kelas masing-masing untuk proses 10

PDP. Bagaimanakah

pertukaran Selepas rehat:

antara masa pengajaran dan pembelajaran diuruskan?

-

Murid-murid membaca doa selepas makan secara beramai-ramai

-

yang

diketuai

oleh

pengawas

bertugas. Murid akan beratur sebelum masuk ke kelas.

Antara waktu dengan waktu pembelajaran yang lain: -

Apabila loceng pertukaran waktu dibunyikan, guru akan berada di dalam kelas sehingga guru pada waktu yang seterusnya masuk. Ini sebagai langkah supaya murid tidak merayau-rayau sebelum guru masuk ke kelas.

Bagaimanakah jadual giliran

-

bertugas diuruskan?

Setiap kelas mempunyai jadual bertugas yang telah ditetapkan. Ketua kelas memainkan peranan dalam mengendalikan jadual bertugas. Guru kelas akan

membuat

perbincangan

untuk

melantik

jawatan kuasa kelas serta pembahagian tugas kebersihan kelas. Ketua dan penolong kelas dilantik untuk menguruskan kelas khususnya dalam pelaksanaan jadual kelas. Murid yang bertugas Adakah

semua

mengamalkan

kaedah

pengawalan

datang

awal

untuk

membersihkan kelas. Ya, semua kelas mengamalkan kaedah yang sama

kelas

dan pembahagian tugas dilakukan secara sama

yang

rata mengikut bilangan murid di dalam kelas

sama? Apakah

dikehendaki

masing-masing. peraturan

dan

yang

telah

-

Di antara peraturan dan pengawalan yang telah diperkenalkan di SK Taman Rakyat : 11

diperkenal di dalm dan diluar

-

bilik darjah?

Di dalam bilik darjah: 1. Memberi salam ketika guru masuk ke kelas. 2. Membaca doa penerang hati dan selawat sebanyak 7 kali. 3. Murid yang bersalah dikehendaki membayar RM 0.50 sekiranya ada sampah di bawah meja mereka. 4. Sekiranya suka membuat bising, guru akan meminta murid datang dan berdiri di hadapan

-

kelas hingga tamat proses PdP. Luar kelas 1. Setiap kali berjumpa dengan guru, murid dikehendaki memberikan kata sapaan yang sopan seperti “ Selamat Pagi, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.” 2. Murid dilarang keluar

daripada

kawasan

sekolah sebelum loceng berbunyi. 3. Murid dilarang untuk berlari sewaktu rehat. 4. Murid dilarang berada di dalam kelas sewaktu rehat. 5. Murid dikehendaki duduk sewaktu makan dan minum. Apakah yang anda perhatikan

-

Guru mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria,

-

bersih dan teratur. Mewujudkan bilik darjah yang dapat memberi

-

motivasi kepada murid. Pencahayaan bilik darjah yang baik. Guru memberi ruang untuk mengembangkan

berkenaan perhubungan guru dalam darjah?

persekitaran

bilik

potensi murid dari sudut kognitif, sosial dan juga -

emosi. Guru menggunakan bahasa badan yang sesuai untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

12

Apakah yang anda perhatikan berkenaan perhubungan murid dalam

persekitaran

-

Murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang selamat dari sudut psikososial.

-

Murid menggunakan kemudahan yang ada di

-

dalam bilik darjah dengan sebaiknya. Murid memberi kerjasama dengan guru dalam

-

semua aktiviti yang dijalankan. Keadaan yang bising kerana bersebelahan dengan

bilik

darjah?

sekolah lain yang berdekatan. Di samping itu, sekolah ini juga berada di tepi jalan utama yang digunakan oleh penduduk di situ. Bagaimanakah dikumpulkan

murid untuk

-

sesi

Apabila loceng sekolah dibunyikan, semua murid dikehendaki masuk ke dalam Dewan Bestari untuk

pembelajaran? -

program ULAT BUKU. Sewaktu proses PDP,

kebanyakan

guru

mengamalkan pembelajaran secara .

Adakah

mereka

berada

di

-

Dinamika kumpulan dibentuk untuk memastikan

-

murid tidak tersingkir di dalam pembelajaran. Tidak, kumpulan akan semtiasa berubah mengikut

-

faktor-faktor yang tertentu. Ya, sesetengah murid memberikan kerjasama

dalam kumpulan yang sama?

yang baik namun terdapat sebilangan murid yang Adakah murid bekerjasama

tidak memberikan kerjasama. Hal ini menyebabkan murid tidak akan berada di dalam kumpulan yang

dalam sesetengah tugasan?

sama. 2.2 KENALPASTI SALAH LAKU MURID JENIS-JENIS TINGKAH LAKU SK TAMAN RAKYAT,KEDAH

13

Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar sekolah SK Taman Rakyat. Berikut adalah dapatan yang diperolehi melalui beberapa instrument . 1. Selalu

2. Tiada

3. Kadang-kadang

BIL Jenis Salah Tingkah Laku 1 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

1

Tidak menumpukan perhatian

2

3

/

Ponteng

/

Merosakkan harta benda sekolah

/

Bergaduh

/

Mencuri

/

Tidak menyiapkan kerja sekolah

/

Tidak menghormati guru

/

Hiperaktif

/

Menyalahi etika pemakaian yang betul Meniru semasa peperiksaan

/ /

Merosak / menghilangkan buku teks

/

Tersisih / Pasif

/

Mengganggu rakan

/

Buli

/

2.3 BORANG SOAL SELIDIK SK TAMAN RAKYAT,KEDAH BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

14

NAMA

: Puan Che Raihan bin Ismail.

NO KAD PENGENALAN

: 621501-02-4096

JAWATAN

: Guru Besar

TARIKH

: 18 Mac 2014

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid? Masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ialah bergaduh. Kebanyakkan murid suka terpengaruh dengan aksi-aksi ganas. Hasil daripada laporan guru kelas terdapat beberapa orang murid yang menjadi ketua bagi suatusuatu kumpulan, khususnya murid tahun lima. 2. Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang membimbangkan? Masalah disiplin ini berada pada tahap yang membimbangkan. Melalui laporan pemerhatian yang dibuat oleh guru kelas, menunjukkan kekerapan murid yang bergaduh hampir setiap hari. 3. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku ini? Di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ini kami telah melaksanakan atau mengadakan satu pertandingan “Murid Contoh” khusus untuk murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik dalam tempoh satu bulan. Setiap hujung bulan, anugerah dan hadiah akan diberikan kepada murid memenangi pertandingan tersebut. Bagi murid yang masih berdegil dengan suka menimbulkan kekacauan, kami daripada pihak sekolah mengambil inisiatif memanggil mereka berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) untuk mengetahui dengan lebih lanjut masalah ini sekali gus membawa mereka berjumpa dengan Guru Kaunseling dan Bimbingan. Selain itu, kami daripada pihak sekolah akan menelefon untuk memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah anak mereka. Justeru tanggungjawab kami sebagai orang tengah kepada ibu bapa adalah dilaksanakan dengan sebaiknya. Mereka akan dipanggil ke sekolah untuk membincangkan masalah ini supaya penyelesaian dapat dibuat. 4. Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini? Sekiranya masalah ini berpunca daripada ibu bapa, pihak sekolah khususnya dengan guru besar sendiri atau melalui Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid akan berbincang dengan 15

mereka dengan lebih lanjut. Contohnya dengan memberi nasihat kepada ibu bapa, menerangkan tentang kepentingan akhlak untuk masa masa yang akan datang. Masalah suka bergaduh ini sebenarnya berpunca daripada murid itu sendiri, mereka akan berasa hebat jika mereka ditakuti ramai pelajar yang lain. Tambahan pula, murid yang selalu bergaduh ini selalunya mempunyai adab yang kurang sopan seperti melawan cakap guru. Sebagai penyelesaiannya, kami akan membawa murid tersebut kepada guru kaunseling untuk diberikan kaunseling dan bimbingan sebagai langkah untuk mengatasi masalah tingkah laku ini. Murid tersebut akan diberi pemerhatian dalam tempoh yang tertentu untuk memerhati perkembangan murid tersebut. Sekiranya ia tidak berhasil, kami akan mengambil inisiatif lain untuk memulihkan masalah beliau. Tambahan pula, masalah ini juga berpunca daripada sikap guru. Hal ini berkemungkinan disebabkan guru yang gagal merancang mengambil tindakan yang sewajarnya. Amaran yang diberi tidak terlalu keras dan mengambil sikap memanja-manja murid. Kebiasaannya tingkah laku ini merupakan cara murid untuk guru mengambil berat kepadanya. Antara punca masalah ini ialah harapan sekolah yang terlalu tinggi terhadap pencapaian akademik. Guru-guru terlalu ‘menekan’ murid-murid sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak seronok. Mereka akan berfikir bahawa sekolah adalah salah satu tempat yang mengongkong dan tempat yang mengawal mereka. Merujuk kepada tahap perkembangan umur murid, mereka berada dalam temph perkembangan dan tumbesaran. Perasaan inkuiri dan ingin tahu yang sangat tinggi menjadikan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

SK TAMAN RAKYAT, KEDAH BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID NAMA

: Puan Rozita binti Hashim

NO KAD PENGENALAN

: 690410-02-5086

JAWATAN

: Guru Penolong Kanan 16

TARIKH

: 19 Mac 2014

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid? Masalah disiplin yang kerap kali berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ialah suka merosakkan harta benda sekolah. Kebanyakan muridmurid Tahun 4 sangat buas. Mereka tidak suka dengan alam persekolahan. Murid-murid tahun 4 ada antara mereka yang suka menimbulkan kekacauan kepada tahun-tahun lain. Mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri dan suka merayau-rayau di sekitar sekolah. 2. Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang membimbangkan dan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Tidak. Masalah ini bagi murid-murid tahun 4 adalah perkara biasa yang berlaku sepanjang tahun ini. Mereka lebuih cenderung kepada aksi-aksi ganas kerana terpengaruh dengan media massa.. Oleh yang demikian, mereka bertindak untuk merayau-rayau semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 3. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku ini? Inisiatif yang boleh diambil bagi menangani masalah tingkah laku ini adalah dengan guru-guru perlu bertanggungjawab untuk memberi amaran keras kepada murid-murid ini.. Guru-guru perlu menggunakan kaedah-kaedah yang pelbagai yang dapat memotivasi murid-murid agar mereka sedar tentang kepentingan harta benda sekolah.. Kempen Budaya Cemerlang yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah sendiri sebagai usaha untuk menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan akhlak-akhlak yang baik. Oleh yang demikian, kempen ini dapat menngkatkan kesedaran murid agar menjadi insan yang baik. Kempen ini sangat berkesan dan sangat membantu guru-guru untuk menangani masalah murid-murid yang suka merosakkan harta benda sekolah.

SK TAMAN RAKYAT, KEDAH BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA

: Puan Hanani binti Wahab

NO KAD PENGENALAN

: 700101-02-6314 17

JAWATAN

: Guru Disiplin

TARIKH

: 20 Mac 2014

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid? Masalah merokok menjadi rutin bulanan, terutamanya bagi pelajar-pelajar lelaki darjah enam. Sikap segelintir pelajar ini sebenarnya mengundang padah kepada diri mereka sendiri, kerana pelbagai hukuman menanti mereka, jika mereka ditangkap merokok di kawasan sekolah. Sungguhpun para pelajar ini telah berkali-kali menerima hukuman rotan daripada saya sebagai guru disiplin, namun usaha guru disiplin di sekolah saya ibarat "menghitung bulu kambing." 2.Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang membimbangkan? Ya. Sebenarnya, masalah ini merupakan masalah yang berlarutan sepanjang saya bertugas di sini. Memandangkan murid sekolah ini kebanyakkannya lelaki, masalah ini tidaklah berada pada tahap yang bahaya dan teruk seperti yang berlaku pada sekolah-sekolah lain kerana mungkin baru permulaan dan di peringkat rendah. 2. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku ini? Salah satu inisiatif yang diambil adalah dengan mewujudkan Buku Rekod Kesalahan Murid. Jadi, buku ini berfungsi sebagai hukuman keras kepada pelajar yang bermasalah terutamanya merokok.. Buku tersebut akan dihantar kepada bilik pengawas disipilin untuk di analisis. Analisis ini akan dibentangkan setiap kali mesyuarat antara guru diadakan. Seterusnya, pihak disiplin juga akan mengambil tindakan sewajarnya kepada murid yang merokok kerana tidak mengikut peraturan sekolah. Kebiasaannya kami akan memberi dendaan kepada mereka seperti memberi ganjaran sekiranya mereka sudah tidak merokok. 3. Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini? Sebab berlakunya masalah ini adalah dari sudut ibu bapa. Ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka .Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama. Seterusnya ialah perasaan ingin mencuba dan berseronok .Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan kanak-kanak sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi mereka khususnya lelaki 18

menganggap merokok itu benda yang hebat dan baru sehinggakan ada yang ketagih merokok.Akibatnya, dia akan bersikap agresif jika tidak merokok.

SK TAMAN RAKYAT,KEDAH BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA

: Ustazah Hasnida binti Saleh

NO KAD PENGENALAN

: 880117-02-5428

JAWATAN

: Guru Pendidikan Sivik

TARIKH

: 21 Mac 2014 19

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid? Kebiasaannya masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid adalah membuli. Biasanya pelajar lelaki menunjukkan sifat membuli secara fizikal manakala pelajar perempuan cenderung untuk menunjukkan sifat membuli dengan perkataan, sindiran atau memulaukan seseorang. Kebiasaanya hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar lelaki. 2. Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang membimbangkan? Berdasarkan pandangan saya, masalah ini berada pada tahap yang membimbangkan. Hal ini kerana, mereka merupakan murid di peringkat sekolah rendah. Jadi, jika hal ini semakin berterusan maka masalah ini akan menjadi amalan hingga di peringkat menengah. Bak kata pepatah Melayu kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana, jika kita tak membentuk mereka dari kecil kemungkinan mereka akan menjadi generasi bermasalah dan semaki rosak dari hari ke hari. 3. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku ini? Pertamanya, saya akan memanggil murid tersebut untuk menanyakan sebab mereka melakukan masalah tersebut. Kemudian, jika sebab yang diberikan tidak munasabah, maka ustazah akan memberikan hukuman yang keras seperti memberi amaran kesalahan mereka akan direkod dan dilaporkan kepada pihak polis. Ugutan ini adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa bersalah dan menimbulkan rasa takut untuk membuli kerana dikaitkan dengan polis.Di samping itu, pihak sekolah juga telah mengadakan Kempen Anti-Buli. Dalam kempen ini diberi pengisian ceramah daripada pihak polis sendiri. Kempen ini diberi penekanan terhadap akibat buruk membuli. Oleh itu, sedikit sebanyak dapat memotivasi pelajar supaya tidak menjadi seorang pembuli. Tetapi sekiranya masalah ini terus berlanjutan, ustazah akan membawa masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab menguruskan masalah disiplin, iaitu guru disiplin serta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). 4. Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini? Melalui pemerhatian saya, salah satu sebab ialah berpunca daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini 20

terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah. Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. .

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam

memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi.

2.3.1 JENIS-JENIS SALAH LAKU YANG DIPERHATIKAN

21

BIL 1.

2.

JENIS SALAH LAKU

SEBAB

Merosakkan harta benda sekolah

Bergaduh



Tunjuk kreativiti masing-masing



Tunjuk kekuatan masing-masing



Berebut untuk duduk dihadapan



Berebut untuk mencuci papan hitam

3.

Tidak menumpukan perhatian



Berada di belakang kelas



Tidak faham tentang subjek yang dipelajari

22

4.

Ponteng



Tidak membuat kerja sekolah

2.4 LAPORAN PEMANTAUAN TINGKAH LAKU Pada tanggal 17 Mac 2014, berlansungnya Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bertempat di SK Taman Rakyat, Kedah. Tugasan ini dilakukan seramai 3 orang yang terdiri daripada Syed Fahmi Akmal bin Syed Ismail, Mohd Farhan bin Abdullah dan Mohammad Qayyum bin Mohammad Sobri. Seramai 1134 murid dan 50 orang guru yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang majarotinya daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sekolah tersebut hanya terdiri daripada murid-murid perempuan sahaja. Daripada hasil tinjauan tentang sejarah sekolah, kami mendapati bahawa sekolah tersebut adalah berasal daripada kawasan perkuburan yang kemudiannya ditukar menjadi bangunan sekolah. Sekolah tersebut adalah merupakan antara bangunan peninggalan penjajah Inggeris. Pihak sekolah telah menyediakan Sudut Antik. Terdapat barangan-barangan antik yang dipamerkan seperti tenggala, buyung, pasu lama dan sebagainya.Ini adalah untuk memperkenalkan barangan antik kepada generasi pada masa kini supaya pengetahuan tentang barangan-barangan ini tidak ditelan zaman. Pada pemerhatian saya dapat telah melihat dan membuat pemerhatian bahawa guruguru di sekolah tersebut telah memastikan pelajar-pelajar mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas apabila datang dan sepanjang berada di sekolah. Selain itu, guruguru di sekolah tersebut juga telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, selain jadual dan peraturan sekolah sudut bacan dan sudut mata pelajaran telah disediakan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pada masa yang sama, kelas mestilah berada dalam keadaan teratur, bersih dan kemas. Seterusnya, pelajar-pelajar di sekolah tersebut juga mempunyai jadual belajar dan jadual tugasan harian masing-masing. Hal ini demikian, dapat mendisiplinkan pelajar terhadap kebersihan dan tanggungjawab mereka. Guru-guru di sekolah tersebut juga sentiasa mengikut jadual yang telah ditetapkan apabila pertukaran antara masa pelajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, jadual giliran bertugas diuruskan dengan semua pelajar telah diberi tugasan mengikut kumpulan dan hari yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, semua kelas telah mengamalkan kaedah yang sama tetapi berbeza mengikut bilangan pelajaar yang terdapat dalam kelas.

23

Peraturan dan pengawalan yang telah diperkenalkan didalam bilik darjah adalah pengawalan oleh ketua darjah yang dibantu oleh penolong ketua darjah. Manakala, di luar bilik darjah seperti di perhimpunan atau ketika bacaan doa pada setiap pagi, kawalan kelas akan diambil alih oleh para pengawas yang bertugas. Sepanjang menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya dapati hubungan antara pelajar dengan guru amat baik dan erat. Sebagai contoh, pelajar di sekolah tersebut sentiasa memberi salam dan membantu guru mereka mengangkat barang. Pada masa yang sama, perhubungan murid dengan persekitaran bilik darjah juga amat baik disebabkan persekitaran bilik darjah yang berseih, ceria dan terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Bagi murid pendiam sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru menggunakan kaedah pengajaran dengan melibatkan murid itu secara aktif seperti melantinya sebagai ketua kumpulan supaya dia bersuara. Untuk memudahkan urusan murid, guru juga akan menulis atau mencatat kerja rumah yang diberikan di papan kenyataan yang telah tersedia di dalam hadapan bilik darjah supaya murid ingat dan membuat latihan seperti yang dikehendaki. Melalui cara begini, murid-murid memberikan tindakbalas yang sebaiknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat juga antara Guru-guru di SK Taman Rakyat menggunakan bahasa isyarat untuk menarik perhatian murid-murid. Antaranya dengan menggunakan isyarat kepala, iaitu dengan menggelengkan kepala. Perbuatan ini dilakukan sekiranya murid melakukan salah laku yang tidak diingini seperti membuat bising, mengganggu rakan, tidak memberikan perhatian dan sebagainya.

Selain itu, antara kaedah yang digunakan oleh guru adalah dengan

menggunakan nada suara yang kuat dan daripada kebiasaan. Ada juga antara guru-guru SK Taman Rakyat menggunakan kaedah yang negatif dalam pengendalian aktiviti pengajaran. Contohnya seperti memegang rotan sambil menunjukkan tanda marah ketika murid melakukan kesalahan seperti membuat bising. Terdapat juga guru yang kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami juga, terdapat guru-guru yang menggunakan strategi yang mementingkan aspek persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pembelajaran yang kondusif adalah suasana pembelajaran yang selesa buat murid-murid. Oleh itu, muridmurid dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam pembelajaran. Strategi yang digunakan oleh guru SK Taman Rakyat tersebut adalah dengan menekankan kepada aspek fizikal dan psikososial. Antara aspek fizikal yang diutamakan adalah antaranya suasana bilik 24

darjah yang memberi ruang yang mencukupi kepada murid-murid. Selain itu, aspek fizikal yang berkaitan dengan kebersihan bilik darjah. Bagi aspek psikososial pula adalah suasana yang selesa dengan pengcahayaan, peka terhadap terhadap perbezaan individu dan bebas daripada ancaman. Aspek fizikal dan psikososial dalam mengatur bilik darjah sangat perlu diambil perhatian supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan.Hal ini kerana, ia berkait dengan fokus pelajar kepada guru semasa mengajar. Bagi pengurusan bilik darjah, iaitu dalam skop yang lebih kecil, pengurusan jadual giliran bertugas, ketua kelas yang memainkan peranan dalam mengendalikan jadual bertugas muridmurid. Guru kelas akan membuat perbincangan bersama murid-murid untuk melantik jawatankuasa kelas serta pembahagian tugas kebersihan kelas. Ketua dan penolong kelas dilantik untuk menguruskan kelas khususnya dalam pelaksanaan jadual kelas. Murid yang bertugas pada hari yang telah ditetapkan perlu hadir awal ke sekolah bagi membersihkan kelas. Antara peraturan dan pengawalan yang telah diperkenal di dalam dan di luar bilik darjah oleh Sekolah Kebnagsaan Taman Rakyat. Antara peraturan dalam bilik darjah adalah memberi salam ketika guru masuk ke kelas, membaca doa penerang hati dan selawat sebanyak 7 kali, dendaan selama 3 minit untuk berdiri sekiranya tidur sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi peraturan di luar kelas pula, antaranya adalah murid perlu memberi salam atau mengucapkan ucapan selamat, murid juga dilarang daripada kawasan sekolah sebelum loceng berbunyi, dan murid dikehendaki berada di dalam kelas sewaktu rehat.. Sepanjang menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya dapati hubungan antara pelajar dengan guru amat baik dan erat. Sebagai contoh, pelajar di sekolah tersebut sentiasa memberi salam dan membantu guru mereka mengangkat barang. Pada masa yang sama, perhubungan murid dengan persekitaran bilik darjah juga amat baik disebabkan persekitaran bilik darjah yang berseih, ceria dan terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Akhir sekali, sepanjang menjalankan pemerhatian dan kajian di sekolah SK Taman Rakyat sepanjang PBS, saya juga mendapati bahawa murid-murid akan dikumpulkan oleh guru mengikut tahap pembelajaran atau kelas masing-masing sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan mereka jika terdapat murid pemulihan, kumpulan tersebut akan dihantar ke kelas pemulihan semasa mata pelajaran bagi subjek tersebut. Kebanyakan pelajarpelajar di sekolah tersebut juga diperhatikan saling bekerjasama antara satu sama lain dengan guru sebagai fasilitator dan pemudah cara kepada pelajar. 25

Di bawah merupakan laporan yang membuktikan salah laku yang dilakukan : LAPORAN PENGUMPULAN DATA PEMERHATIAN/SENARAI SEMAK

BIL

PEMERHATIAN/SENARAI SEMAK

YA /

1.

Kebolehan memberikan idea dan pendapat

TIDAK YA

2. 3. 4. 5. 6.

Berkeyakinan dalam melakukan aktiviti Gembira dengan aktiviti yang diberi Kebolehan memahami emosi rakan dalam kumpulan Menguasai kemahiran yang diajar Memerlukan dorongan dan bimbingan daripada orang

TIDAK YA TIDAK TIDAK YA

7. 8. 9. 10.

lain Boleh berdikari Mematuhi arahan yang diberikan Perbincangan dengan rakan dalam kumpulan Dapat bekerjasama dalam kumpulan

TIDAK YA TIDAK TIDAK

3.0 PENULISAN AKADEMIK 3.1 SALAH LAKU DARI PERSPEKTIF PENGURUSAN BILIK DARJAH Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

26

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),

tingkah laku juga

merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris. Ia boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma social masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Sama ada mewarisi tingkah laku bermasalah positif atau negatif, jika berlaku ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus peka dan berempati terhadap muridnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini demi menjaga iklim 27

bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang menjalankan PBS di SK Taman Rakyat pada 17 Mac hingga 21 Mac yang lalu terdapat banyak salah laku yang telah ditemui dan diperhatikan yang telah dilakukan oleh para pelajar di SK Taman Rakyat. Antara yang paling kerap dilakukan oleh para pelajar di Sk Taman Rakyat adalah membuang sampah merata-rata dan berlari-lari di kawasan koridor bangun terutama sekali ketika waktu rehat. Selain itu, pelajar-pelajar SK Taman Rakyat juga didapati tidak beratur atau membuat barisan setiap kali ingin ke padang ketika waktu pendidikan jasmani atau ingin membeli makanan di kantin sekolah. Keadaan ini mungkin juga berlaku di sekolah-sekolah lain. Seterusnya, salah lakukan oleh para pelajar di SK Taman Rakyat juga adalah sering menjerit-jerit terutama memanggil nama guru. Hal ini demikian, semasa saya ingin ke kelas bagi mengganti waktu subjek mata pelajaran Matematik yang ketiadaan guru pelajar-pelajar telah menjerit dan melakukan bising dengan memanggil nama saya. Walaupun pada dasarnya ianya kelihatan remeh namun demikian tindakan tersebut akan mengganggu pelajar-pelajar kelas lain terutama kelas tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Di samping itu, sepanjang saya berada di sekolah tersebut juga saya mendapati bahawa setiap kali saya masuk ke mana-mana kelas pasti ada pelajar yang mengganggu kawan sekelasnya yang lain sama ada dengan cara kasar atau lembut. Keadaan ini sememangnya merupakan kesalahan tingkah laku yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut biar pun pada dasarnya ia hanyalah satu gurauan dari rakan sekelas. Pada masa yang sama, kebanyakan pelajar-pelajar tersebut juga menggunakan kata-kata kesat untuk memanggil kawan mereka atau apabila mereka diganggu oleh kawan yang lain. Hal ini demikian, akan membawa kepada pergaduhan antara satu sama lain. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati terdapat beberapa salah laku yang dibuat iaitu murid tidak menumpukan perhatian sewaktu pengajaran .Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab atau punca salah laku ini berlaku . Faktor utama berlakunya salah laku pelajar adalah sekolah. Sekolah juga menjadi salah satu faktor salah laku pelajar. Sekolah ditubuhkan untuk mendidik pelajar dengan cara yang tersusun dan teratur. Ia adalah secara formal dengan masa dan kurikulum yang ditetapkan. Ia diharap dapat berfungsi dengan baik bagi memberi pendidikan secara total, iaitu 28

menyampaikan ilmu, membentuk akhlak dan megembangkan akal. Namun sebagai sebuah organisasi masyarakat, ia mempunyai kelemahan dan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan. Ini menyebabkan ia tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan pelajar. Bagi sebahagian pelajar, pembelajaran di sekolah amat menjemukan. Waktu berjam-jam setiap hari yang terpaksa dihabiskan dengan duduk dan mendengar secara pasif amat membosankan. Apatah lagi sekiranya pengajaran guru tidak menarik minat pelajar dan guru gagal menyampaikan pengajaran mereka dengan cara yang menyeronokkan para pelajar. Pelajar merasa sangat terikat dan tertekan dengan semua kegiatan yang ditentukan mengikut jadual, buku dan kurikulum.Perkara yang sama berulang setiap hari. Ini seolah-olah pihak sekolah tidak memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Pada masa yang sama mereka merasakan seperti dibelenggukan oleh peraturan yang tidak adil dan mengongkong kebebasan, sedangkan naluri mereka ingin lepas bebas. Pelanggaran disiplin di sekolah-sekolah menengah dan universiti misalnya, menjadi satu wabak bagi anak-anak muda ( remaja ) zaman ini. Mereka sengaja mencabar kekuasaan guru dan pentadbir sekolah dan juga institusi pendidikan. Cabaran-cabaran ini telah mendatangkan banyak masalah kepada pihak pentadbir sekolah dan universiti mahupun maktab. Ia telah mempengaruhi dan mengancam perkembangan pembelajaran yang sihat di kalangan pelajar itu sendiri. Para pelajar sekolah sengaja mengenepikan peraturan sekolah. Mereka menentang disiplin yang dianggap sebagai kongkongan dengan rasa megah, supaya mereka dianggap sebagai jaguh dan wira dalam bilik darjahnya atau kelompoknya. Keadaan ini menyebabkan para pelajar banyak mengalami konflik batin. Ini membuatkan mereka memberontak apabila dihukum. Akibatnya minat belajar menurun dan mula tertarik pada hal-hal yang tidak berkaitan dengan persekolahan menyebabkan mereka gagal dalam pelajaran. Remaja yang merasa tidak berjaya di sekolah mempunyai alasan yang kuat untuk menjadi putus asa dan takut berdepan dengan masa depan. Berikutan itu mereka melakukan kegiatan salah laku untuk lari daripada keadaan yang menyeksa diri. Salah laku yang biasa terjadi ekoran daripada keadaan persekolahan secara langsung ialah ponteng sekolah, malas belajar, tidak bermotivasi, mengancam, mencuri, memeras ugut, berkelahi dan merosakkan harta benda sekolah. Salah laku yang lebih dibimbangi ialah salah laku berat secara tidak langsung seperti merokok, menyalahgunakan dadah, berzina dan 29

merogol. Ini boleh terjadi apabila pelajar yang tidak berminat kepada sekolah dan pelajaran dipengaruhi oleh keadaan sosial yang ada di sekeliling mereka. Di samping itu, salah laku ini juga berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan rakan kelas. Kajian mendapati bahawa setiap salah laku yang dilakukan oleh pelajar adalah bermula dari seorang pelajar sahaja kemudian diikuti dengan pelajar yang lain. Mereka berasa seronok dan teruja dengan melakukan kesalahan tingkah laku. Pada masa yang sama, rakan juga merupakan orang yang terpenting dalam kehidpuan sebagai pelajar sekolah selain ibu bapa. Hal ini demikian, terdapat banyak rahsia yang diketahui oleh rakan-rakan berbanding para penjaga pelajar. Sekiranya pelajar bejaya memilih rakan yang baik akhlaknya maka pelajar tersebut akan terbentuk akhlak yang baik namun sekiranya tersalah pilih rakan maka akan banyak salah laku yang dilakukan oleh para pelajar. Seterusnya, kebanyakan salah laku yang dilakukan oleh pelajar adalah bertujuan untuk mendapat perhatian dari orang disekeliling mereka. Banyak kesalahan tingkah laku yang sengaja telah dilakukan oleh para pelajar bagi menarik perhatian dari guru-guru atau dari rakan sebaya. Kemungkinan pelajar yang melakukan salah laku ini tidak mempunyai kasih sayang yang mencukupi dari orang tua mereka. Dalam pada itu, kesalahan yang dilakukan oleh pelajar juga kadang-kadang bersifat membalas dendam. Sebagai contoh, sekiranya terdapat pelajar apabila di rumah sering didera secara fizikal dan mental. Namun apabila mereka berada di sekolah apa yang telah terjadi kepada mereka di rumah akan dilakukan semula terhadap rakanrakan yang lain bagi membalas dendam. Pelajar tersebut merupakan mangsa keadaan sahaja. Pada masa yang sama perkembangan sains dan teknologi juga telah memberi kesan kepada salah laku pelajar. Pelajar hari ini hidup dalam masyarakat yang mengalami perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi informasi, telekomunikasi, angkasa lepas dan sebagainya. Ia meninggalkan kesan yang mendalam dan mencetus pula perubahan teknologi yang baru. Ia merupakan pemangkin kepada perubahan sosial masyarakat. Perkembangan teknologi ini menyumbang kepada perubahan terhadap kehidupan fizikal manusia yang merubah pula kehidupan sosial mereka. Setiap individu sibuk dengan hal diri masing-masing sehingga tiada masa untuk berhenti bertanya khabar. Lantaran itu, ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan menjadi longgar, sikap individualistik muncul dan menebal, nafsu kebendaan semakin kuat dan ciri-ciri ketimuran ( adat resam) kian terhakis. 30

Para pelajar mengalami tekanan, konflik dan kekacauan jiwa. Kekalutan budaya dengan nilai, sikap dengan gaya hidup yang berubah-ubah menyebabkan pelajar menjadi bingung. Mereka terpaksa cuba mentafsir dan mencari erti hidup sendiri. Masa depan dirasakan terlalu jauh, tidak menentu dan tidak boleh diramalkan. Apabila struktur, fungsi dan norma masyarakat berubah keadaan sukar dijangkakan dengan itu pelajar cuba melupakan masa depan dengan menggunakan peluang yang ada untuk berbuat apa sahaja. Hubungan antara golongan dewasa dengan golongan remaja juga semakin renggang, percanggahan dan pertentangan timbul. Mereka sukar memahami antara satu sama lain dengan tanggapan remaja bahawa pendapat orang dewasa adalah kolot manakala orang dewasa beranggapan para remaja sebagai tidak matang dan susah untuk diterima. Media massa juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pembentukan watak pelajar atau remaja masa kini. Kewujudan radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan dan pelbagai jenis media cetak dan elektronik yang memaparkan beraneka bentuk informasi, berita dan mesej. Ini mewujudkan satu masyarakat global tanpa sempadan yang dapat didengar dan dilihat serta merta. Penayangan filem-filem yang berlatarbelakangkan budaya asing ( barat ). adegan ganas dan “panas”, segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan dapat mempengaruhi tingkah laku serta meningkatkan salah laku di kalangan pelajar. Gaya hidup mewah dan glamour ditonjolkan.

Penonjolan budaya negatif yang berleluasa dalam media massa ini mempengaruhi perkembangan remaja di mana mereka terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dilihat dan didengar itu bertentangan dengan nilai-nilai agama, adat dan budaya mereka sendiri. Para pelajar kebanyakannya mengikut budaya yang negatif yang akhirnya menimbulkan pelbagai salahlaku yang tidak seiring dengan kehendak masyarakat. Salahlaku tersebut termasuklah berpakaian tidak senonoh, kelakuan kasar dan biadap, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpa nikah, melacur dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kecelaruan tingkah laku di kalangan remaja serta keruntuhan moral dalam masyarakat kian merebak. Keluarga juga telah menjadi salah satu faktor berlakunya salah laku pelajar. Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi asas utama perkembangan remaja. Oleh sebab itu 31

keadaan keluarga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan keperibadian pelajar. Kualiti kehidupan rumahtangga memberi kesan kepada kualiti tingkah lakunya. Rumah tangga yang aman damai, melahirkan anak remaja yang berperibadi normal yang corak dengan normanorma masyarakat dan seimbang rohani dan jasmani. Rumah tangga yang retak, bergelora dan porak peranda akibat daripada konflik, perceraian, kematian ibu bapa atau sebagainya merupakan punca yang meninbulkan remaja bermasalah dan abnormal, iaitu tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat. Masalah tingkah laku ini timbul kerana perhatian, kasih sayang dan bimbingan tidak diberi. Keperluan rohani dan jasmani, keinginan dan harapan tidak dipenuhi oleh ibu bapa. Ia menyebabkan para pelajar tadi selalu kebingungan, resah, sedih, malu dan sering diselubungi perasaan kacau, benci dan dendam sehingga mereka menjadi liar. Mereka akan mencari ketenangan dan kepuasan di luar lingkungan keluarga dengan menyertai sesuatu kumpulan. Mereka mulai berbohong dan mencuri untuk menarik perhatian atau melakukan perbuatan sumbang untuk mendapat kepuasan hidup dan melepaskan segala perasaan tegang dalam diri. Keluarga yang “sakit” ini selalu menimbulkan masalah jiwa, konflik terbuka dan tersembunyi yang menyebabkan anak-anak menderita batin. Kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan keluarga yang “sakit” ini menghasilkan pelajar bermasalah dua atau tiga kali lebih banyak daripada keluarga yang padu dan akrab. Semakin lama pelajar yang terdedah kepada masalah keluarga ini, maka semakin besar kemungkinan mereka menjadi pelajar yang bermasalah. Kelemahan ibu bapa dalam keluarga boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Misalnya, ibu kurang menyayangi anak-anak dalam erti kata sebenarnya, kurang mempunyai kesedaran tentang fungsi keibuan dan tidak sanggup memenuhi keperluan anak-anak dari segi rohani dan jasmani. Bapa pula selalu tiada ditengah-tengah keluarga terutama ketika saat genting, selalu gagal memberi pengawasan dan kepimpinan moral kepada keluarga dan sering mendidik dengan disiplin yang tidak konsisten. Pengabaian seperti ini akan melahirkan para pelajar yang penuh dengan konflik jiwa sehingga boleh menyebabkannya menjadi agresif. Tekanan perasaan yang hebat ini membantut perkembangan hubungan kemanusiaan. Akibatnya, muncul gangguan yang boleh menghilangkan kawalan diri sehingga mereka mudah dipengaruhi oleh arus yang tidak sihat. Ibu bapa yang terlalu banyak melindungi dan memanjakan anak-anak dengan menghindarkan mereka daripada pelbagai kesulitan atau ujian hidup yang kecil, sehingga 32

mereka menjadi rapuh dan tidak dapat berdikari. Mereka selalu bergantung dan akan meminta bantuan daripada orang tua. Apabila berdepan dengan sebarang masalah, mereka terkapaikapai dan tidak tahu berbuat apa-apa akibatnya jiwa mereka tertekan. Seorang remaja dalam sebuah keluarga akan cuba memahami dan mengenali siapa dirinya. Mereka cuba membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dengan mempunyai kuasa sendiri, bebas membuat keputusan sendiri dan menjalani kehidupan dengan caranya sendiri. Remaja akan mengalih pandangan kepada rakan sebaya untuk mendapat kepuasan emosi. Keadaan ini akan menyebabkan krisisi dan konflik antara remaja dengan ibu bapa. Remaja akan cuba melepaskan diri daripada kongkongan, kawalan dan penguasaan, manakala ibu bapa pula merasa berat untuk melepaskan ikatan itu. Dengan ini ramaja dan ibu bapa berbeza pandangan iaitu remaja bersikap berani, idealistik, liberal dan kritikal. Ibu bapa pula bersikap berhati-hati, realistik, konservatif dan berpuas hati. Perbezaan yang menjadi sengketa ini berkait rapat dengan isu-isu kehidupan sosial, tanggungjawab, persekolahan, sikap, hubungan, nilai dan moral. Ibu bapa menginginkan anakanak yang baik, menurut perintah, rajin, pandai, bersopan santun dan menerima segala cara hidup yang menjadi amalan orang tua. Remaja pula mengharapkan banyak perkara daripada ibu bapa seperti memberi perhatian dan berminat terhadap mereka. Remaja sangat mengharapkan ibu bapa mendengar dan bercakap dengan mereka, memahami keadaan dan masalah mereka disamping mempercayai, menyayangi dan menerima mereka. Remaja juga sangat berharap mendapat kebebasan daripada ibu bapa, mendisiplinkan mereka secara demokratik dan konsisten, menyediakan suasana rumah tangga yang bahagia serta menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti. Apabila segala harapan dan keperluan yang diingi oleh pelajar tadi tidak tercapai, maka krisis dan masalah tingkah laku akan muncul. Apatah lagi sekiranya para pelajar dengan ibu bapa mempunyai masalah antara mereka. Para pelajar akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Dengan ini wujudlah gejala-gejala yang tidak sihat antaranya lari dari rumah, berbohong, menipu, mencuri, bergaul bebas, berfoya-foya dan berpeleseran. Sekiranya permasalahan ini tidak dapat dikawal maka, gejala lebih hebat akan berlaku seperti berzina, melacur, membunuh atau merompak.

33

3.2 UNSUR FIZIKAL DAN PSIKOSOSIAL DALAM BILIK DARJAH MENYUMBANG KEPADA SALAH LAKU i.

Unsur fizikal Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik

darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

34

Sekiranya persekitaran fizikal yang konduksif dalam kelas gagal dikekalkan atau dipupuk dalam kalangan pelajar dan guru ini akan membawa kepada perlakuan salah laku pelajar. Hal ini demikian, apabila unsur fizikal seperti susuanan perabot yang tidak teratur akan menyebabkan para pelajar menggunakan keadaan tersebut dengan melakukan salah laku yang negetif seperti bermain-main atau merosakkan harta benda sekolah. Pada masa yang sama, unsur fizikal seperti pencahayaan dan pengudaraan juga memberi pengaruh yang besar terhadap salah laku para pelajar. Hal ini demikian, keadaan ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pelajar untuk meneruskan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama para pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti seperti mengganggu kawan yang lain bagi menghilangkan atau melupakan kekurangan unsur fizikal yang terdapat dalam kelas tersebut. Seterusnya, susun atur bilik darjah juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga suasana bilik darjah yang kondusif. Hal ini demikian, susun atur bilik darjah yang tidak sempurna dan mengikut cita rasa pelajar ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar di dalam kelas terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dijalankan. Pelajar-pelajar akan berpindah-pindah kedudukan mereka sepanjang sesi pengajaran untuk berda di tempat yang mereka sukai. Pelajar-pelajar juga akan melakukan perubahan sendiri tanpa keizinan oleh guru kelas bagi mencari tempat yang sesuai dengan mereka. Penggunaan ruang dinding yang baik juga dapat mengurangkan salah laku pelajar. Namun begitu, sekiranya ruang dinidng tidak digunakan dengan baik pelajar-pelajar akan menggunakan ruang tersebut dengan menconteng dinding tersebut dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

ii.

Unsur psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang 35

sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, kegagalan guru untuk memperkenalkan peraturan atau prosedur kepada para pelajar pada hari pertama persekolahan juga menyubang kepada berlakunya salah laku dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian, guru-guru tidak dapat untuk membentuk diri pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Oleh itu ,sekiranya guru ingin membuat peraturan dalam bilik darjah guru-guru perlu menitik beratkan dahulu latar belakang para pelajar di dalam kelas tersebut. Dalam pada itu, hubungan antara guru dengan pelajar juga merupakan salah satu unsur psikososial yang amat penting. Hal ini demikian, sekiranya hubungan antara guru dengan pelajar tidak baik makan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Malah masalah disiplin dan salah laku pelajar akan berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlu memastikan hubungan mereka dengan pelajar sentiasa baik bagi memastikan pelajar-pelajar yang belajar bersama guru tersebut berasa baik.

Di samping itu, gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru juga merupakan unsur psikososial yang perlu dijaga. Hal ini demikian, sekiranya gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru buruk maka ini mendatangkan kesan yang negatif terhadapat para pelajar. Guru merupakan ‘role model’ kepada pelajar yang diajar. Sekiranya guru menunjukkan kepimpinan yang buruk maka perbuatan tersebut akan diikuti oleh para pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa menjadi contoh yang baik kepada para pelajar walau dalam apa jua keadaan yang dihadapi oleh seseorang guru itu. Selain itu, pendekatan pengajaran yang baik juga merupakan salah satu unsur psikososial yang perlu dititikberatkan. Pendekatan pengajaran yang kurang menarik akan menyebabkan para pelajar akan menjadi cepat bosan. Keadaan tersebut akan lebih parah lagi apabila guru-guru tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan kelas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kaedah pengajaran yang baik amat penting bagi mengekalkan suasana yang kondusif sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

36

3.3 UNSUR-UNSUR MODEL YANG MEMBANTU GURU MENGURUSKAN BILIK DARJAH Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan

37

pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

3.3.1 PASIF / PENGASINGAN DIRI Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalah pengunduran diri juga menyebabkan kanak-kanak menyimpan perasaan dalam hati dan tidak mampu meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran dan pembentukan personaliti mereka. Sekiranya ianya terluah pada sesuatu ketika, ianya akan memungkinkan mereka melepaskan dengan tanpa kawalan emosi termasuk kemungkinan-kemungkinan lain yang membahayakan diri mereka sendiri. Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah yang saya menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang. Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan khas PKBP adalah Autisme. Autisme merupakan murid-murid yang berada dalam dunianya sendiri. 1943 Leo 38

Kanner mengunakan istilah autistic yang bermakna ‘lari dari reality’ untuk menjelaskan keadaan ini, Leo Kenner membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil,terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu dan keinginan yang kuat untuk bersendirian. Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini, guru seharusnya mengabil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut Cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana Guru seharusnya membincang dengan ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar.

3.3.2 MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain. Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin 39

ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap. Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi murid keperluan khas guru harus mengikut aktiviti pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

Antara punca berlakunya tingkah laku tersebut dari sudut pengurusan bilik darjah ialah kebosanan dengan aktiviti kelas kadangkala mendorong kanak-kanak melanggar peraturan, menipu, berbohong atau mengganggu rakan lain di dalam kelas tanpa tujuan yang munasabah. Sekiranya dibiarkan, mereka mungkin berasa seronok kerana terlepas daripada peneguhan dan hukuman. Faktor persekitaran di dalam bilik darjah yang tidak kondusif juga mempengaruhi murid bertingkahlaku hiperaktif. Dalam suasana yang tidak selesa, murid tidak berminat untuk belajar lalu mengganggu kawan-kawannya yang sedang belajar sebagia hiburan. Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang 40

pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak. Model Terapi Realiti oleh William Glasser merupakan salah satu model yang dapat membantu guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Sebelum memperkenal Model Terapi Realiti, Glasser telah mengemukakan beberapa teori iaitu Teori Kawalan dan Teori Pilihan. Teori Kawalan memberi penekanan kepada seseorang itu untuk cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang dilakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hatinya pada masa tersebut. Disebabkan Teori Kawalan sukar diterima ramai, Glasser membuat sedikit penambah baikkan dan menukarnya kepada Teori Pilihan pula. Berdasarkan Teori Pilihan, semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan). Glasser percaya guru perlu memenuhi empat keperluan asas murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Empat keperluan asas tersebut ialah keperluan untuk memiliki. Memiliki di sini bermaksud pelajar ingin memiliki kawan dan terlibat dalam aktiviti di dalam kelas bersama guru. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan dengan cara melibatkan para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mewujudkan lebih banyak aktiviti yang berbentuk kumpulan. Tetapi guru perlu memastikan bahawa guru tidak boleh pilih kasih ketika mengajar kerana semua pelajar mempunyai hak untuk belajar. Kedua ialah keperluan terhadap kuasa dan pengaruh. Melalui keperluan ini, mereka ingin rasa dipunyai dan mempunyai kepentingan di dalam kelas. Selain itu, mereka mengharapkan kehadiran mereka disedari. Ketiga ialah keperluan terhadap kebebasan. Untuk memenuhi keperluan ini, guru bolehlah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih aktiviti yang mereka hendak lakukan bersesuaian dengan minat mereka. Walaubagaimanapun guru perlulah memastikan suasana pembelajaran terkawal. Akhir sekali ialah keperluan untuk berseronok. Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid tidak mudah bosan semasa guru sedang mengajar. Antara cara lain, guru boleh merancang aktiviti yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama pembelajaran tetap berlaku. 41

Rentetan daripada dua teori tersebut, Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti. Model ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, mempunyai pilihan dan bertanggungjawab di atas pilihan tersebut. Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan dalam Terapi Realiti. Pertamanya ialah membantu individu untuk mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Oleh itu, guru seharusnya membantu murid untuk mencapai matlamatnya. Keduanya ialah membantu individu menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistik. Seterusnya adalah membantu individu untuk bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab dalam mencapai matlamat hidupnya. Dari aspek pendidikan, guru boleh mengaplikasikan model ini dalam pengajaran seharian. Model ini merupakan satu langkah untuk membantu pelajar menilai keberkesanan tingkah laku menyeluruh dalam mencapai apa yang dikehendaki, dan mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Cara yang guru boleh gunakan ialah dengan membantu murid memikirkan kesan daripada tingkah laku yang dibuat. Oleh yang demikian, murid akan mengenal pasti sendiri akibat daripada perbuatan mereka dan pada masa yang sama guru akan bertindak sebagai pembimbing. Jika murid memerlukan bantuan, guru boleh membantu dengan mencadangkan langkah-langkah yang efektif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pelaksanaan model ini memerlukan guru supaya bersabar dan tidak mudah melenting semasa menguruskan murid-murid. Secara keseluruhannya, Model Terapi Glasser menekankan kepada pembelajaran murid bergantung kepada kemahuannya sendiri. Jika murid diberi, peluang memilih apa yang disukai, pembelajaran menjadi lebih berkesan kerana ia bersesuaian dengan minat dan kehendak mereka. Lazimnya guru lebih melihat kepada apa yang dinginkannya sahaja tanpa mengambil kira keperluan murid. Menurut Glasser, guru cuma perlu memberi motivasi atau bimbingan kepada pelajar. Sekiranya murid telah memahami dan membuat pilihan, mereka dengan sendirinya akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki guru. Ini menunjukkan pembelajaran yang berkesan telah berlaku. Kesimpulannya, terapi Realiti menitik beratkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat, maka sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh pelajar itu sendiri. Keadaan ini mendorong pelajar untuk terus memperbaiki dan berusaha kearah yang lebih baik. Justeru itu, keadaan ini dapat membantu guru dalam menguruskan keadaan bilik darjah dengan lebih berkesan. 42

3.3.3 MURID TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN Punca berlakunya masalah tersebut ialah penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Murid-murid merasa bosan hingga mereka mereka melakukan perkara lain sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan. Kemudian, keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kerusi meja yang terlaku sesak, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah. Perasaan murid yang gelisah merupakan punca masalah disiplin di bilik darjah. Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama.

43

Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yang mana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut: a)

Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b)

Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?

c)

Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik darjah contohnya: Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti. Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai. Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai. Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat. 44

Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam menggantikan guru yang tidak dapat masuk kelas tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa “kamu menganggu dia?”. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

Teori Model Pengurusan Kelompok Kounin juga merupakan salah satu teori yang dapat mengawal serta membendung masalah ini daripada terus berlarutan. Mengikut model Kounin, asas keberkesanan pengurusan bilik darjah adalah bergantung kepada kecekapan seorang guru untuk mengawasi perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Kebolehan seorang guru mengawal keadaan kelas mempengaruhi disiplin pelajar dan perjalanan P&P yang dijalankan. Selain itu, guru juga perlu bijak menangani masalah yang berlaku supaya masalah yang timbul tidak menjadi lebih serius. Di dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin, beliau telah menyatakan beberapa elemen penting yang terdapat di dalam model ini. Elemen-elemen tersebut ialah : a) b) c) d)

Withitness ( merangkumi semua ) Overlapping ( bertindih ) Kelancaran Momentum 45

e) Fokus kumpulan Withitness bermaksud merangkumi semua. Withitness menekankan kepada kebolehan seorang guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam kelas secara teliti. Dalam konteks ini guru perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Kegagalan guru menguasai elemen ini menunjukkan guru tersebut gagal untuk mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan cemerlang. Bagaimana seorang guru itu dikatakan telah menguasai elemen ini? Sebagai contoh, guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. Ketika pelajar sedang berada di dalam kumpulan, guru perlu berinteraksi dengan semua kumpulan lain walaupun ketika itu guru hanya mengajar satu kumpulan kecil sahaja. Sebagaimana yang dapat dilihat semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), penulis mendapati terdapat seorang murid perempuan iaitu Mohd Aiman bin Abdullah lebih suka mengasingkan diri dan tidak memberikan perhatian sewaktu proses PdP sedang berlangsung. Jadi, dengan menggunakan kaedah ini, pasti murid tersebut akan lebih menumpukan perhatian. Hal ini kerana murid tersebut perlu bergerk secara berkumpulan dan di situ akan berlaku perbincangan dan soal jawab. Secara tidak langsung murid ini akan menumpukan perhatian kerana dia perlu berfikir cara penyelesaian yang sesuai bagi sesuatu masalah yang timbul. Keduanya ialah elemen overlapping iaitu pertindanan. Menurut Kounin, overlapping ialah kemahiran guru mengawal lebih daripada satu situasi dengan serentak. Contoh arahan yang dilakukan oleh guru sewaktu penulis membuat pemerhatian ialah,” Aiman, tulis jawapan awak di papan hitam, Aminah duduk di tempat awak dan salin jawapan yang Aisyah tulis.” Hal ini kerana Aiman merupakan murid yang pasif dan kurang memberikan perhatian, manakala Aminah merupakan seorang murid yang aktif dan suka berkeliaran. Oleh itu, melalui tindakan ini, secara tidak langsung guru dapat menguruskan kedua-dua murid yang bermasalah ini. Selain itu, guru juga perlulah berupaya untuk menjangka masalah lain yang mungkin berlaku. Ini bermaksud guru perlu sentiasa berada dalam keadaan berwaspada. Sebagai seorang guru yang prihatin, tugasnya bukan hanya mengajar tetapi dalam masa yang sama guru perlu belajar untuk lebih bijak dalam setiap tindakkannya. Dalam kajian yang telah dilakukan oleh Kounin, beliau juga ada menjelaskan bagaimana guru boleh membuat teguran dan pada masa yang sama teguran tersebut memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain dan mereka dapat mengambil iktibar daripadanya. Kesan ini disebut sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan gelombang akan menjadi lebih mantap jika guru memenuhi ciri-ciri berikut iaitu jelas, tegas dan serius. 46

Ketiga ialah kelancaran dan pelaksanaan PdP dalam bilik darjah. Kelancaran aktiviti dalam bilik darjah adalah perkara yang mustahak untuk mengelakkan pelajar daripada berasa bosan semasa mengikuti pembelajaran. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaklancaran PdP ialah aktiviti yang tertangguh, arahan tidak jelas, aktiviti tidak menarik dan pelbagai lagi. Penerangan yang meleret dan fregmentasi juga merupakan faktor penyumbang kepada ketidaklancaran PdP. Guru perlu memastikan masa belajar seseorang murid itu terisi dengan tugasan-tugasan yang sesuai dengan tahapnya. Selain itu, guru perlu bijak menggunakan pelbagai strategi supaya pelajar terarah kepada apa yang ingin disampaikan oleh guru. Dengan cara ini, pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada guru dan objektif yang digariskan oleh guru akan mudah dicapai. Hal ini jelas menunjukkan keberkesanan pengurusan PdP bergantung kepada kelancaran pelaksanaan aktiviti yang dirangka oleh guru. Melalui pemerhatian ini, penulis mendapati guru banyak menggunakan pelbagai kaedah dan strategi dalam menarik minat pelajar. Di antara kaedah-kaedah dan strategi yang dilakukan ialah menyanyi, mengadakan aktiviti berkumpulan dan membuat pemainan. Justeru itu, masalah tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, membuat bising dan masalah ponteng dapat diatasi. Elemen yang keempat menurut Kounin ialah momentum. Momentum dapat difahami dengan bagaimana guru memulakan sesi pembelajaran dengan menarik, meneruskan pengajaran, membuat peralihan PdP dengan cekap dan menyimpulkan pembelajaran dengan baik. Guru perlu pandai merancang pengajaran ketika di dalam kelas. Melalui pengajaran yang terancang, pelajar tidak mempunyai peluang untuk bersuka ria. Mereka akan terikat kepada perancangan guru. Jadi, secara tidak langsung tingkah laku pelajar akan dapat dikawal dan masalah disiplin di dalam kelas dapat dielakkan. Kelima ialah pengajaran guru perlulah sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. Guru boleh menjalankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar supaya pelajar boleh memberikan respon semasa P&P sedang berlangsung. Kaedah belajar ini dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan. Jika berkemampuan, guru bolehlah menyediakan aktiviti yang mencabar kognitif pelajar. Hal ini dapat menggalakkan mereka supaya berfikir dan membolehkan pelajar mencurahkan idea mereka. Di samping itu, masalah seperti mengasing diri ini juga turut dapat dikawal dan dibendung.

47

Kesimpulannya, Model Kuonin lebih kepada kreativiti seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara berkesan.Hal ini kerana, pengurusan bilik darjah memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis supaya masalah seperti ini dapat diatasi dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancer.

4.0 PENUTUP Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah 48

memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

Sebenarnya kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi

49

ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi. Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

5.0 REFLEKSI

NAMA QAYYUM BIN

: MOHAMMAD

MOHAMMAD SOBRI NO. MATRIK

: 125184

NO. IC

: 930915-02-5099

UNIT

: PENDIDIKAN ISLAM

50

Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan bagi semua guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai.

Saya telah menerima kerja kursus bagi kursus subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU3104) pada 10 Mac 2014 yang bertajuk Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah. Objektif tugasan kerja kursus pendek ini adalah bertujuan supaya guru pelatih dapat mengenal pasti masalah salah laku, faktor-faktor salah laku dan langkah penyelesai masalah salah laku menggunakan model-model disiplin. Selain itu,. Seterusnya, melalui pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan ini, diharapkan para guru pelatih dapat mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai dalam pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah apabila bertugas sebagai guru suatu hari kelak.

Dalam tugasan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU3104) ini, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pada diri saya. Pertama adalah dapat menambahkan pengetahuan tentang cara menguruskan salah laku bilik darjah. Hal ini demikian, amat penting dilakukan sebagai seorang guru bagi memastikan dapat mengawal keadaan kelas semasa atau 51

selepas pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, melalui kerja kursus ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi cara-cara mengatasi salah laku yang dilakukan oleh para pelajar di sekolah pada masa kini melalui pembelajaran tentang model-model disiplin. Pada masa yang sama, saya juga berpeluang mendalami lagi tentang lima model disiplin yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah disiplin mengikut kesesuaian salah laku yang telah dilakukan ini. Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan ini saya telah mentelaah beberapa buah buku bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang salah laku dan cara mengatasi salah laku tersebut. Sekiranya hanya berpandukan sebuah buku sahaja mungkin saya dapat menyiapkan juga tugsan ini tetapi maklumat yang saya perolehi tidak relevan dan mencukupi bagi mencapai standard sebagai pelajar peringkat IPG. Seterusnya, melalui tugasan ini juga saya dapat berpeluang untuk belajar cara menyediakan pelan perancangan pengurusan blilik darjah yang berkesan. Sebelum melakukan tugasan tersebut saya hanya mempunyai pengetahuan yang sedikit sahaja tentang penyediaan pelan bilik darjah yang berkesan. Namun begitu, melalui tugsan ini saya telah dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang cara menyediakan pelan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Hal ini demikian, penyediaan pelan bilik darjah yang berkesan amat penting bagi mengurangkan dan mengelakkan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini. Pada masa sama, melalui kerja kursus ini juga saya juga dapat measai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik darjah. Hal ini demikian, dapat memberi pengalaman kepada saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang baik dalam pengurusan bilik darjah pada akan datang kelak.

Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya juga dapat berpeluang mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu model disiplin dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga telah memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan memberikan peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain itu, murid-murid perlu diberikan dendaan dan pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan tingkah laku yang tidak diingini.

52

Selain kekuatan, kelemahan yang saya temui dalam menyiapkan tugsan ini adalah tidak mengetahui format penulisan yang diinginkan. Hal ini demikian, walaupun telah banyak kali saya melakukan tugasan sepanjang berada di IPG ini namun setiap pensyarah menginginkan format penulisan yang berbeza-beza bak kata pepatah sekali “bah sekali berubah bentuk muka bumi”. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku saya telah mengambil jalan selamat dengan mengadakan kolaboratif dengan pensyarah bagi subjek tersebut. Alhamdulillah segala usaha yang saya telah lakukan itu membuahkan hasil apabila beliau dengan senang hati telah membantu saya menyiapkan tugsan tersebut dengan baik sekali. Disamping itu, saya juga menghadpi masalah dalam mendapatkan maklumat tentang model-model pengurusan disiplin yang terdapat bagi subjek tersebut. Namun begitu masalah ini dapat dihadapi dengan tenang sekali apabila saya telah mengunjungi dan meminjam beberapa buah buku dari perpustakaan Ibnu Sina IPGKDRI. Saya juga telah melakukan kolaborasi dengan rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah tersebut supaya dapat menyiapkan tugsan dengan berkualiti seperti yang diinginkan oleh pensyarah bagi subjek tersebut. Sekali lagi saya menghadapi masalah untuk mengamati dan menghuraikan unsur-unsur fizikal dan psikologi dalam bilik darjah. Maklumat yang saya perolehi tidak mencukupi bagi menyiapkan tugsan yang telah diberikan. Namun begitu, saya dapat menghadapi masalah tersebut dengan mengadakan kolaborasi sekali lagi dengan pensyarah penasihat yang saya kasihi iaitu Pn Rozlina. Beliau tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugsan yang diberikan walaupun kami pertama kali bersua muka antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi melalui tugasan KKBI ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

53

Penambahbaikannya ialah, setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini adalah kata-kata yang perlu saya pegang untuk tidak mengulangi perkara yang sama kembali. Dengan apa yang terjadi pada saya selepas ini akan lebih mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi. Sebagai bakal guru tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin dalam tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Tambahan lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah sentiasa dipenuhi dengan pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi suapaya dapat merancang aktiviti dengan baik dan berkesan. Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini saya dan kumpulan sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada Pn Fouziah Binti Mohd. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

54

6.0 BIBLIOGRAFI Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus sekolah. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin. (1997). Psikologi pendidikan 1. Pertumbuhan & perkembangan. Shah Alam, Selangor: Darul Kitab Sdn.Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjung Malim, Perak: Quantum Books. Abd Rahman Md Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Shah Alam, Selangor: Percetakan Anda Sdn.Bhd. Razhiyah. (2006). Mengapa kanak-kanak sukar belajar. Petaling Jaya, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

55

LAMPIRAN

56

More Documents from "Syamsul Amri Mohd Taharim"

Pada Zaman Dahulu.docx
December 2019 37
Cover Edup 2023.docx
December 2019 42
Frasa Menarik.pdf
October 2019 38
Batal Kad Kredit.docx
November 2019 40
Esei Angkasa.docx
November 2019 42