Konsep e-Bimbingan adalah sebagai pelantar (platform) kepada ahli e-WargaKota untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan mendorong kemajuan dalam pendidikan
Menjadikan hubungan di antara pelajar dengan guru/sekolah dan Ibubapa dengan guru/sekolah supaya lebih telus Menjadi sumber rujukan ilmu kepada para pelajar khususnya dan ahli e-WargaKota amnya Menggalakkan perbincangan dan perkongsian ilmu di kalangan pelajar dan ahli e-WargaKota Meningkatkan motivasi ahli e-WargaKota untuk meningkatkan tahap pendidikan serta menambah ilmu pengetahuan. Dengan meningkatnya tahap pendidikan dan ilmu pengetahuan, taraf ekonomi ahli e-WargaKota juga boleh ditingkatkan
Guru-guru boleh menggunakan e-Bimbingan sebagai penghubung kepada pelajar Contohnya guru boleh memuat-atas (upload) contoh projek terbaik, soalan latihan dan peperiksaan untuk dicapai oleh pelajar mereka Guru juga boleh memasukkan pencapaian akademik dan aktiviti ko-kurikulum pelajar untuk capaian ibubapa pelajar
Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi akademik dan aktiviti ko-kurikulum anak-anak mereka dengan menggunakan e-Bimbingan Pelajar boleh menjadikan e-Bimbingan sebagai pusat rujukan akademik dan perkembangan ilmu melalui bahan yang dimuat atas oleh sekolah/guru dan pautanpautan ke laman web yang mengandungi maklumat ilmu. Pelajar boleh menggunakan e-Bimbingan sebagai pusat perkongsian idea dan ilmu melalui kemudahan forum yang berasaskan study circle atau bidang ilmuan tertentu