Drugs

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Drugs as PDF for free.

More details

  • Words: 3,712
  • Pages: 14
PENGENALAN PENCEGAHAN Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN Program pendidikan pencegahan dadah yang dijalankan di negara ini memberi penekanan kepada usaha mewujudkan satu keadaan yang dapat melindungi anggota masyarakat daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Usaha-usaha ini termasuklah :• • • •

Membentuk pemikiran generasi muda supaya membenci dadah. Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap dadah. Melibatkan/menggerakkan masyarakat dalam usaha memerangi dadah. Menyediakan alternatif untuk menyekat ahli masyarakat daripada terlibat dengan dadah.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Kempen perangsaraf jangka panjang untuk menyebarluas pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan daya tindak dalam konteks :• •

Memberikan pendidikan, pengetahuan serta kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Menanamkan rasa takut/gerun terhadap bahaya dadah dan benci dadah.

Memberikan kemahiran bertindak dan kemahiran lain kepada kumpulan sasar untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat dari bahaya dadah 3.0 PERANCANGAN STRATEGIK AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) AADK telah merangka perancangan strategik ke arah mewujudkan Negara Bebas Ancaman Dadah menjelang tahun 2015 seperti berikut :• 2003 -2006 : AADK mula gerakan untuk memerangi dadah secara habis-habisan

• 2007 : Tahun mula menggerakkan masyarakat memerangi dadah. - Penglibatan Civil Society. - Penglibatan Parti Politik - Penglibatan Bekas-Bekas Pengguna Dadah. - Penglibatan Masyarakat Umum. - Penglibatan Ibu Bapa. • 2007 � 2009: menggerakkan masyarakat memerangi dadah. • 2010 � 2014: memastikan masyarakat bertindak memerangi dadah. 2015 ke atas: mengekalkan dan meneruskan tindakan masyarakat membanteras dadah. Perancangan strategik AADK untuk melahirkan Generasi Tanpa Dadah menggariskan empat matlamat iaitu:• Keluarga Bebas Dadah; • Sekolah Bebas Dadah; • Tempat Kerja Bebas Dadah; • Kawasan Bebas Dadah. Keluarga Bebas Dadah Strategi pencegahan difokuskan kepada ibubapa dan keluarga kerana pencegahan awal hendaklah bermula di rumah. Proses pembesaran anak-anak adalah satu proses/pengalaman yang ibubapa perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada hakikatnya, ibubapa perlu sentiasa memahami dan menyesuaikan diri dengan perkembangan sikap anak-anak yang sentiasa berubah. Para penyelidik memutuskan bahawa punca sebenar permasalahan ini adalah disebabkan ibubapa tidak mempunyai perspektif yang seimbang bagaimana memahami anak-anak. Ibubapalah mencorakkan tingkah laku, tabiat, budi bahasa, agama kepada anak-anak sebelum ianya didedahkan kepada masyarakat dan alam sekeliling. Di rumahlah bermulanya segala ilmu kekebalan kepada anak-anak menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang remaja, belia dan dewasa. Penggunaan dadah boleh dicegah dan peranan ibubapa adalah penting. Objektif yang hendak dicapai ialah semua keluarga di Malaysia diberi kesedaran dan kemahiran berhubung dengan menangani masalah dadah di dalam keluarga mereka. Objektif-objektif untuk mewujudkan Keluarga Bebas Dadah adalah seperti berikut :-

Objektif 1 :Memberi/meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan harga diri anak dengan membentuk sikap anak supaya merasai dirinya penting, seorang yang dihargai, manusia berguna, berkomunikasi berkesan, tingkah laku, adat dan budi bahasa dan lain-lain. Objektif 2 :Memberi kesedaran bagi membolehkan ibubapa menjadi ibubapa yang cemerlang. Maksud cemerlang di sini ialah :• • • • • • • •

Jadi contoh yang baik. Dampingi anak mereka. Luangkan masa dan dengar masalah anak. Berterus terang dengan anak. Ketahui apa yang anak anda lakukan. Kenali rakan sebaya mereka. Wujudkan suasana yang menyeronokkan di rumah. Memberikan pendidikan agama yang sempurna.

Objektif 3 : Mengenal pasti ciri-ciri keibubapaan dan memahami matlamat jangka panjang keibubapaan. Objektif 4 : Memahami bagaimana anak-anak berfikir, beremosi dan bertindak. Objektif 5 : Menguasai/mempelajari beberapa kemahiran untuk meningkatkan prestasi, keberkesanan dan keseronokan sebagai ibubapa. Objektif 6 : Berkomunikasi secara efektif sebagai insan bergelar ibubapa. Program-program yang boleh dijalankan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :• • • •

Seminar/Bengkel Keibubapaan. Program Outreach Seminar/Forum/Bengkel/Latihan Ceramah/Pameran/Tayangan Video

STATISTIK PENAGIH

Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2007, seramai 14,489 orang penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 36.48% berbanding tahun 2006(22,811 orang). Taburan penagih-penagih yang dikesan menunjukkan;Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 3,433 orang diikuti , Johor (2,004), WP Kuala Lumpur(1,756) dan Kedah(1,604). Berbanding dengan tahun 2006 bilangan penagih yang dikesan menurun bagi semua negeri kecuali Negeri Sembilan. Jadual1 menunjukan bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2006 dan 2007 PENGUATKUASAAN Tangkapan : Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah menangkap seramai 54,235 orang pesalah dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 17.74% pada tahun 2007 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu 2006 Sementara itu, dalam tempoh tersebut juga pihak PDRM terus menjalankan Ops Tapis. Bilangan tangkapan penagih dalam Ops Tapis meningkat sebanyak 9.60% berbanding tahun 2006 iaitu daripada 144,550 kepada 158,426 orang Rampasan :Dalam tahun 2007, tiga agensi penguatkuasa iaitu PDRM, Kastam dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah, iaitu heroin(243.25kg), ganja(1,482.56kg), candu(3.35kg), syabu(69.23kg), kodein(9,630.83liter), ecstasy(151,221biji), pil psikotropik(455,407biji), katemin(267.90kg), kokain(10.12kg), Eramin 5(172,965biji), ketum(4,310.04kg) dan pili yaba(121,629biji). Berbanding dengan rampasan tahun 2006, didapati kuantiti rampasan bagi lapan jenis dadah iaitu heroin,syabu,pil ecstasy, pil psikotropik, eramin 5, kodeine, katemine dan ketum meningkat.

Jadual 1: Taburan Penagih Yang dikesan Mengikut Negeri,

Bagi Jan - Jun Tahun 2006 & 2007 2007 2 Negeri 006 Bil Purata Sebulan 5 3 P.Pinang 286 127 433 2 2 Johor 167 329 004 2 1 WP KL 146 017 756 2 1 Kedah 134 634 604 1 1 Selangor 117 836 409 2 Perak 1194 100 545 2 Kelantan 884 74 243 N.Sembilan 624 826

2006

2007 Purata Bil Sebulan

Pahang

768

378

32

Melaka

619

313

26

Sabah

846

217

18

Sarawak

712

184

15

Perlis

289

147

12

Terengganu 202

127

11

0

7

1

WP Labuan 20

6

1

1448 9

1207

Negeri

69

WP Putrajaya

22811

JUMLAH

Jadual 2: Bilangan Penagih Mengikut Jenis Dadah Yang Digunakan Pada Tahun 2007 Status Heroin LainCandu Ganja Gam Esctasy Syabu Kodein Jumlah Kes &Morfin Lain Baru 2769 10 2430 3 131 928 351 57 6679 Berulang 6295 4 955 0 51 307 164 34 7810 Jumlah 9064 14 3385 3 182 1235 515 91 14489 23.36 0.02 3.55 Peratus 62.56% 0.10% 1.26% 8.52% 0.63% 100.00% % % % Nota :*Bilangan penagih Pil Psikotropik 422 orang, Amphetamine 73 orang Jadual 3: Perbandingan Kuantiti Rampasan Dadah, Jan-Dis 2007 & 2006 Tahun Heroin Candu Ganja Syabu Ecstasy

Pil

Katemine Kodein

(kg)

(kg)

(kg)

(kg)

(biji)

167.5 455407 5 2.12 9.99 65,840

Psikotrapik (biji)

(Kg)

(liter)

2007 243.25 3.35 10.12

172,965

267.60 137,958.05

2006 151.53 0.51

63,893

189.02

5,756.38

Nota: * Jenis-jenis pil psikotropik adalah seperti Roche, Up John, Erimin 5, Valium dsb

PROFIL PENAGIH Profil penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh ini adalah seperti berikut: * 97.60% lelaki * 72.62% Melayu * 70.00% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 1924 tahun * 79.17% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3) * 92.03% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am) *62.56% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS( 10.28%) *55.65% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan RAWATAN DAN PEMULIHAN Penghuni di pusat serenti: bilangan penagih yang sedang menerima rawatan/pemulihan di 28 buah Pusat Serenti di seluruh negara (pada 24-31 Disember ) adalah seramai 7135 orang.Taburan penghuni mengikut jantina dan bangsa adalah seperti berikut: *97.65% penghuni lelaki (6967 orang) * 70.24% berketurunan Melayu (4921 orang) * 2.17% berketurunan Cina (155 orang)

Berpenyakit Terdapat seramai 612 orang (8.57%) penghuni yang dikenalpasti pembawa virus HIV, manakala 102 orang (1.51%) lagi menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik seperti tibi, asma, hepatitis, jantung, kencing manis dan 91orang (1.27%) berpenyakit mental Pemulihan dalam institusi Pencegahan Sepanjang tahun 2007 sebanyak 15,578 aktiviti-aktiviti pencegahan telah dilaksanakan diseluruh negara. Ia merangkumi program pendidikan pencegahan dadah disekolah rendah/menengah dan IPT, golongan belia, tempat kerja dan komuniti. Seramai 1,990,203 orang telah diberi penerangan berkaitan dengan dadah. Aktiviti-aktiviti juga melibatkan rakyat dari segenap golongan Penagih-penagih dadah yang telah diperintah oleh Mahkamah untuk mengikuti program rawatan dan pemulihan di dalam Institusi ditempatkan di Pusat Serenti selama 2 tahun. Begitu juga bagi mereka yang memohon untuk mengikuti program pemulihan secara sukarela. Selepas tamat mengikuti program pemulihan di Pusat Serenti, mereka perlu menjalani pengawasan dalam komuniti selama 2-3 tahun lagi yang diselia oleh pegawaipegawai ADK dan pegawai polis di daerah di mana mereka tinggal. Sebagai usaha untuk meningkatkan kadar kejayaan program rawatan dan pemulihan, ADK mempelbagaikan kaedah rawatan serta modaliti pemulihan yang bersesuaian bagi menampung kepelbagaian latar belakang seseorang penagih. Modaliti-modaliti pemulihan yang dilaksanakan di Pusat-pusat Serenti pada masa ini adalah seperti berikut : Modaliti Tearapi Bersepadu(Psikososial) Modaliti Terapi Kekeluargaan Modaliti Tempat Kerja Modaliti Keinsafan Diri Modaliti Waja Insan

Pemulihan dalam komuniti Program ini dilaksanakan bagi dua kategori penagih iaitu penagih dadah yang ditempatkan terus menjalani pemulihan dalam komuniti dan penagih yang telah bebas daripada Pusat Serenti. Pemulihan dalam komuniti menghendaki orang yang diawasi melaporkan diri kepada Pegawai Pemulihan dan mengikuti program pemulihan yang mengandungi aktiviti-aktiviti seperti berikut :Kaunseling individu, kelompok dan keluarga; Penempatan dalam pekerjaan/latihan; Kemahiran mencegah penagihan semula; Pendedahan kepada riadah yang sihat; Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan; Mengeratkan hubungan dengan keluarga;

Aktiviti Kumpulan Sokong Bantu Di samping itu, orang yang diawasi yang menjalani pemulihan di bawah perintah mahkamah juga dikehendaki melaporkan diri secar berkala di balai polis dan menjalani ujian urin. Antara khidmat program pemulihan dalam komuniti adalah seperti berikut :Pusat Khidmat Pembimbing Rakan Sebaya Jawatankuasa Penyelaras Program Rawatan Dan Pemulihan Penagih Atau Bekas Penagih Dalam Komunititi (JPPRPPD) Kumpulan Sokong Bantu

Pihak Kerajaan telah mengambil pelbagai daya usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan memulih dan merawat penagih-penagih dadah di seluruh negara. Dilaporkan bahawa sepanjang tempoh suku tahun pertama iaitu dari bulan Januari hingga Mac 2003, seramai 9,383 orang penagih dadah yang dikesan pada tempoh yang sama tahun lalu iaitu seramai 8,940 orang. Tren aliran ini amat membimbangkan, sehubungan itu pihak kerajaaan khususnya ADK telah merangka pelbagai strategi dan pendekatan untuk mengatasi masalah penagihan yang serius ini. Di antaranya adalah strategi pemulihan menggunakan pendekatan memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Di antaranya adalah dengan menggalakkan penubuhan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah. Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, memperuntukkan kuasa kepada Menetri untuk melulus dan menolak permohonan mana-mana orang perseorangan atau badan atau pertubuhan yang menggendalikan PPP bagi tujuan memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Objektif Menyediakan rawatan dan pemulihan alternatif kepada rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat-pusat Serenti dan diadakan di dalam komuniti, khususnya untuk penagih-penagih yang berkemampuan dari segi kewangan dan memerlukan tempohrawatan yang singkat (sesuai bagi penagih-penagih yang masih bekerja/menuntut). Memberikan ruang dan peluang kepada pelbagai pihak untuk samasama memainkan peranan dalam rawatan dan pemulihan penagih dadah dengan menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial. Sehingga Mei 2002, Menteri Dalam Negeri telah meluluskan pendaftaran dan penubuhan 187 buah pusat pemulihan persendirian (PPP) bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah iaitu terdiri dari 121 buah klinik swasta dan 66 buah dikendalikan oleh pihak swasta, orang perseorangan, badan bukan Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela sebagai alternatif kepada rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh Kerajaan. Pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan digunapakai meliputi kaedah Sokong Bantu Rakan Sebaya,

Therapeutic Community, Perubatan Tradisional, Kerohanian dan Keagamaan, Kerohanian dan Motivasi serta Penggunaan Ubat-ubatan / Ubatan Herba. Senarai Pusat Pemulihan Persendirian(orang-perorangan,badan bukan kerajaan dan Pertubuhan Sukarela)Mengikut Negeri Senarai Pusat Pemulihan Persendirian(Klinik Perubatan Swasta)mengikut negeri Penutup • • •

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang

Institusi keluarga memainkan peranan penting Masalah sosial di kalangan remaja merupakan fenomena yang perlu ditangani oleh masyarakat di negara ini. Umumnya masalah sosial seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, hubungan seks sebelum nikah, pembuangan anak, penagihan arak dan delinkuens semakin berleluasa dan kian meningkat. Isu sosial ini amat membimbangkan dan sentiasa mengancam fungsi, peranan dan tanggungjawab ejen kawalan sosial iaitu pihak keluarga, sekolah dan polis. Terdapat banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca yang mencetus kepada isu sosial ini antaranya ialah krisis ibu bapa menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan, tekanan persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan sikap serta tingkah laku remaja serta keadaan ekonomi keluarga yang kesempitan kewangan menyebabkan anak-anak lari dari rumah untuk mencari wang untuk memperolehi sesuatu barangan. Di samping itu tuntutan modenisasi juga turut memberi tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan keluarga dan menuntut hak-hak individu menyebabkan para remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka. Memandangkan isu sosial ini semakin rumit maka setiap individu harus memberi sokongan dan dukungan yang bersepadu untuk sama-sama menangani masalah sosial dari terus memberikan impak yang buruk kepada keluarga dan negara. Peranan institusi keluarga iaitu ibu bapa adalah bertanggungjawab mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran Islam supaya anak-anak mereka menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak mulia. Para ibu bapa perlu memahami masalah anak mereka dan menjadikan anak mereka sebagai kawan bukannya lawan. Selain itu ahli keluarga yang telah dewasa iaitu abang atau kakak seharusnya membantu ibu bapa mereka dalam memantau dan mengawal adik-adik mereka dari melakukan gejala sosial.

Di peringkat sekolah, para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka dan sentiasa memberikan dorongan terhadap pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah. Di samping itu, disiplin sekolah perlu dikuatkuasakan. Setiap peraturan sekolah dan sekeliling yang berkaitan dengan disiplin mestilah jelas dan mudah difahami oleh setiap pelajar. Sistem pengurusan rekod pelajar juga mestilah kemas dan ‘up-to-date’ untuk melihat pencapaian setiap pelajar. Hubungan para guru dengan ibu bapa pelajar amat mustahak diwujudkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada ibu bapa pelajar yang bermasalah atau melaporkan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat. Selain itu, kerajaan perlu mewujudkan Dasar Sosial Negara (DSN) yang berupaya memberikan kesepaduan pembangunan sosial berlandaskan nilai-nilai murni, kestabilan dan ketahanan nasional yang boleh membawa kesejahteraan kehidupan masyarakat Brunei. Untuk menggerak DSN ini maka Jawatankuasa Urusetia Sosial Negara perlu ditubuhkan sebagai tempat rujukan, penyatuan tindakan dan penyelesaian masalah sosial masyarakat. Manakala ahlinya terdiri daripada para graduan dan lepasan sekolah yang bersemangat nasionalis iaitu mereka yang benar-benar ingin berkhidmat untuk menjayakan dasar sosial perlu diasaskan untuk membentuk dan membimbing para remaja ke arah pembangunan insan yang berakhlak dan mempunyai tanggungjawab terhadap negara. Di peringkat daerah, peranan institusi penghulu dan ketua kampung adalah penting. Keprihatinan dan kepekaan penghulu dan ketua-ketua kampung merupakan prioriti dalam memastikan ketenteraman dan kesejahteraan kampung harus bersikap agresif, rajin, bersatu dan bekerjasama dengan penduduk kampung dan cara ini para penghulu dan ketua kampung dapat mengetahui secara lebih dekat kebajikan anak buah mereka. Peranan media juga diperlukan dalam membantu menyebarluaskan publisiti supaya masyarakat diberikan input untuk sama-sama menangani masalah sosial negara. Pihak kepolisan dan NGO berperanan besar untuk mendukung dan membantu agensi-agensi masyarakat dalam menangani permasalahan sosial negara. Jika kita dapat mengubah mentaliti kita untuk sama-sama mempunyai rasa tanggungjawab dan bekerjasama secara bersepadu insya-Allah isu-isu sosial akan mudah dibanteras dengan jayanya. Siti Umirah binti Mohamad, No. 42 Simpang 262, Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Jalan Berakas, BC3115. No. k/p : 01-034195.

Bekalkan didikan agama yang sempurna

Sejak akhir-akhir ini, isu sosial di negara ini semakin banyak dan menjadi-jadi. Isu sosial yang menghantui masyarakat sekarang seperti pergaulan bebas, membuang anak, penyalahgunaan dadah, rasuah, khalwat dan sebagainya menjadikan kita dalam dilema. Jika tidak dibendung gejala sosial tersebut, masyarakat akan pincang dan hidup mereka akan tergelincir daripada landasan sebenar. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala sosial yang kian meruncing dewasa ini. Didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan keimanan yang kukuh dan mantap, setentunya mereka sudah memiliki benteng yang kuat untuk membezakan antara yang baik dengan buruk. Segala perbuatan yang mendatangkan dosa seperti pergaulan bebas dapat dihindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama nilai murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan membantu anak-anak dalam memahami perubahan fizikal dan intelek mereka. Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Jika tidak dibendung, besar kemungkinan perkara ini akan mengakibatkan masalah sosioekonomi yang serius. Persekitaran tidak sihat harus dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan masyarakat itu sendiri. Dalam hal ini, pihak berkuasa harus tegas melalui peruntukan perundangan supaya tiada ruang untuk kegiatan yang berhubungan dengan minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ekstasi. Kepincangan dalam sistem pendidikan juga menjadi punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan hanya menitikberatkan kejayaan akademik seseorang pelajar semata-mata. Justeru, sekolah gagal melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tambahan pula, sebahagian besar guru kurang berminat atau bertanggungjawab mewujudkan insan yang berakhlak mulia. Semua ini mendorong pertambahan kes jenayah dalam kalangan remaja. Oleh itu, guru harus menjadi rakan kepada remaja, di samping pembimbing akademik. Sebagai kesimpulan, semua pihak perlu bergerak membanteras gejala tersebut dan bukan hanya menudingkan jari kepada pihak tertentu sahaja demi menjaga kepentingan sendiri. Isu menangani masalah sosial tidaklah hanya terletak kepada agensi-agensi kerajaan tertentu seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Agama atau agensi-agensi yang lain yang ada hubung kait dengan kebajikan masyarakat, malahan harus ditangani bersama oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius. Kita boleh saja memainkan peranan kita atas tanggungjawab sosial. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 104 yang tafsirnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."

Mohd. Shahrin bin Haji Matussin Peti Surat 156, Pejabat Pos PMM, Bandar Seri Begawan, BB3577. No. k/p : 00-277952.

Bersungguh-sungguh menangani isu sosial Isu sosial bukan lagi merupakan satu isu yang janggal dalam perbualan masyarakat kita hari ini. Ianya sering sahaja menjadi perhatian dari semua pihak. Isu sebegini seharusnya kita berikan perhatian yang lebih kerana dengan melatanya gejala sosial ini akan menjadikan negara kita lebih terancam. Keamanan, kemajuan dan juga pembangunan negara sudah semestinya terletak pada kecerdasan, kemahiran dan kemampuan kita sebagai masyarakat yang dilindungi di bawah panji-panji negara. Jadi, kenapa kita tegar membiarkan gejala sosial yang akan mengancam negara kita terus melata bumi Negara Brunei Darussalam yang permai ini? Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin perlu meningkatkan usaha kita untuk menangani isu sosial ini secara bersepadu. Setiap individu perlulah memartabatkan keyakinan kita dan merealisasikan harapan kita sebagai masyarakat yang tidak camah mata untuk terus bersatu hati bagi membanteras segala kegiatan sosial. Ini tidak kiralah gejala yang datangnya dari dalam atau luar rumah. Semuanya bergantung kepada kepintaran dan kesungguhan kita untuk menangani gejala sosial itu dari terus menjadi isu yang tiada berpenghujung. Ke arah itu, pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan malahan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan haruslah kita berikan pujian pada kesungguhan dan kecekapan mereka bagi menangani isu sosial dari terus berleluasa. Kesedaran yang mereka perlihatkan seperti melaksanakan pelbagai program dan strategi telah memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat. Langkah seperti itu sangat relevan dan seharusnya perlu diperkembangkan dari semasa ke semasa. Sebagai ibu bapa, bersamalah kita mendidik anak-anak kita ke arah kehidupan yang lebih terjamin dunia dan juga akhirat. Terapkanlah nilai-nilai keharmonian dalam rumah tangga agar ianya akan terpancar dan tiada lagi kemurungan yang bakal dibawa ke luar rumah sehingga mencetuskan gejala sosial. Kuatkanlah iman kita bagi menghindari diri kita dari melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri, keluarga dan juga negara. Dalam kesulitan ekonomi keluarga pula, seharusnya kita lebihkan usaha kita untuk membanting tulang dan melipat gandakan usaha bagi menyara kehidupan berkeluarga. Memberikan asas pelajaran kepada anak-anak juga sebagai satu usaha untuk membela nasib keluarga di masa hadapan. Jika anak-anak berpelajaran dan berpengetahuan tidak mustahil isu kemiskinan dan gejala sosial akan luput ditelan dek zaman. Secara kesimpulannya, jika kita menerapkan asas-asas kehidupan dunia dan akhirat kepada diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri, pasti isu sosial tidak akan timbul. Namun, ianya bergantung kepada keimanan seseorang itu. Jika keimanan kita masih utuh

kepada Tuhan, nescaya kita akan mengurangkan beban kerajaan yang saban waktu menggalas masalah-masalah sosial yang kita sendiri bebankan. Seharusnya kita sebagai masyarakat umum perlu bekerja sama dan berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan dan seumpamanya bagi menangani isu sosial ini dari terus melanda negara kita. Oraklah langkah dan kesungguhan kita dalam menangani isu sosial ini secara bersepadu bagi membela negara kita ini dari terus menerima ancaman yang lebih hebat. Siti Jalia binti Haji Dullah, No. 26 Simpang 59 Jalan ‘A’, Kampong Perpindahan Mentiri, Jalan Kota Batu, BU 2129. No. k/p : 00-263451.

Awasi pergerakan, aktiviti anak-anak Di era globalisasi yang kian pantas dan mencabar ini, gejala sosial seperti seks bebas, sumbang mahram, peleseran, penyalahgunaan dadah, vandalisme, berjudi dan sebagainya menjadi kebimbangan khususnya bagi masyarakat kitani. Dengan gaya kehidupan moden terkini masyarakat lebih melandaskan tindak-tanduk mereka kepada logik akal sahaja. Lebih membimbangkan lagi, ianya menular di kalangan golongan muda belia kerana mereka ini mudah sahaja terpengaruh oleh dorongan rakan-rakan sebaya serta bersifat pantang dicabar. Kerana itulah, isu sosial ini perlu ditangani secara bersepadu kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa hadapan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini perlu dipikul dulu oleh ibu bapa atau penjaga. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah At-Tahriin yang tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala." Di samping keperluan-keperluan asas, ibu bapa perlu memberi pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi dengan ajaran-ajaran dan undang-undang Islam. Ibu bapa juga perlu menjadi 'role model' yang baik kepada anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai dan akhlak yang murni serta mempraktikkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan seharian. Setiap gerak-geri dan tingkah laku anak-anak hendaklah diawasi agar tidak terjerumus ke dalam gejala sosial. Ini tidak bermakna kita menyekat kebebasan anakanak tetapi memberi mereka garis panduan dan batasan terhadap tindak-tanduk mereka. Pendidikan sivik yang berbentuk teori di sekolah juga perlu dipraktikkan seperti mengadakan aktiviti seperti perkhemahan belia, forum belia, riadah, aktiviti kemasyarakatan, kesenian dan sebagainya. Selain itu juga, terdapat banyak persatuan, kelab dan organisasi untuk muda belia menyertainya. Di samping mengisi masa lapang dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka, aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

Walau bagaimanapun, para remaja dan belia juga memainkan peranan penting dalam membanteras gejala sosial ini daripada berleluasa, di samping berusaha untuk memajukan diri ke arah kejayaan dan menjadikan iman dan takwa sebagai benteng dari segala gejala sosial. Arnizah binti Haji Amzah, No. 8, Simpang 280, Kampong Tanjong Maya, Tutong, TD 1141. No. k/p : 00-291072.

Related Documents

Drugs
June 2020 35
Drugs
April 2020 41
Drugs
October 2019 54
Drugs
October 2019 49
Drugs
June 2020 9
Drugs
June 2020 7