DOA-DOA HARIAN – NUMORE TEDALAGI AS 20090904 v2.0 Istighfar: Astagh firullah hal ‘adzim (Aku memohon ampun kepada Allah) Istighfar lengkap: Astagh firullah hal ‘adzim, allazi la ilaha illahu wal hayyul qayyum, wa atubu ilaih (Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain DIA, yang hidup dan sentiasa jaga, dan aku bertaubat padaMU) Doa berlindung dari Syaitan: (Dibaca sebelum membaca bismillah/ basmalah) A’ udzu billahi minas syaitan nir rajiim (Aku memohon perlindungan ya Allah, dari godaan syaitan yang direjam) Salawat ke atas Nabi: Allahuma shalli ‘ala sayyidina muhammad (Ya Allah rahmatilah penghulu kami Nabi Muhammad) Salawat lengkap: Allahuma shalli ‘ala sayyidina Muhammad, wa ‘ala ‘ali sayyidina muhamad (Ya Allah rahmatilah penghulu kami Nabi Muhammad, dan juga ahli keluarga nabi Muhammad) Doa masuk tandas: (tidak payah baca bismilah / basmalah) Allahuma inni ‘a’uzubika minal qubsi wal qaba’its (Ya Allah lindungilah aku daripada kejahatan syaitan jantan dan betina) Doa masa mula belajar: Rabbi zidni ilma (Ya Tuhan, kurniakanlah aku ilmu) Doa semasa Ketakutan: Wala hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyil ‘adhziim (Dan tiadalah daya dan kuasa melainkan dengan daya kuasa Allay yang Maha Tinggi lagi Maha Agung) Doa memulakan perjalanan: Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wala hawla wala quwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah kepada-Mu dan tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu) Doa supaya cukup rezeki: Allahumak finii bil haalalika ‘an haraamika wa aghnini bifadhlika ‘ammana siwak (Ya Allah, cukupkanlah kepadaku dengan rezeki-Mu yang halal dan perkayakanlah aku dengan limpah kurnia-Mu daripada meminta kepada yang lain daripada-Mu) Doa untuk kedua ibubapa: Allahumaghfirli zunuubi wa liwaa lidayya war ham humaa kamaa rabbayaani shaghiira (ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil) Doa minta selamat dunia akhirat: Rabbana aatina fid dunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa ‘azaabannar (Wahai tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka
Surah AL-FATIHAH: Bismillahi rahmanir rahim, alhamdu lillahi rabbil ‘alamin, arrahmaanir rahim, maliki yaumid diin, iyaaka na’budu wa iyyaka nasta’iin, ih dinash siratal mustaqim, siratal lazina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdu bi ‘alaihim, waladh dhaaalin (Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku bersyukur kepada Allah tuhan sekalian alam, yang maha pengasih lagi maha penyayang, Dialah raja hari penentuan, hanya engkaulah yang aku sembah, dan hanya engkau tempat aku meminta bantuan, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang engkau sukai, bukan orang yang engkau murkai, bukan pula orang yang sesat) RUKUN SOLAT Niat Berdiri betul (sekiranya mampu) Takbiratul ihram (+niat dalam hati) Membaca surah Al-Fatihah Rukuk Iktidal (bangun dari ruku dan tama’ninah) Sujud Duduk antara dua sujud Membaca tahiyyat / tasyahhud akhir Duduk tahiyyat akhir Selawat kepada Nabi Muhammad SAW dalam tahiyyat akhir 12. Membaca Salam 13. Tertib
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
ADAB BERDOA 1. Suci dari hadas kecil dan besar. 2. Menutup aurat. 3. Menghadab Kiblat. 4. Menumpukan akal fikiran dan perasaan kepada apa yang dipohon. 5. Ikhlas dan bersungguh-sungguh. 6. Membaca Basmalah. 7. Memuji Allah SWT “Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin”. 8. Berselawat atas Nabi. 9. Mengangkat kedua belah tangan separas bahu. 10. Sebelum mengakhiri doa hendaklah mohon kebaikan dunia dan akhirat. 11. Melembutkan suara dan merendahkan diri. 12. Rasa takut dan gerun. 13. Meneliti waktu tertentu, seperti selepas Jumaat, tengah malam, bulan Ramadhan, Hari Jumaat dan sebagainya. 14. Mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi. 15. Menyapu muka dengan tapak tangan.