Disiplin Dan Keselamatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Disiplin Dan Keselamatan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,752
  • Pages: 18
DISIPLIN dan KESELAMATAN PENDAHULUAN Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badanbadan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. RASIONAL Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik. OBJEKTIF 1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah. 2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif. 3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan bijaksana. 4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan menghargai alam sekitar. 5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup. 6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’. 7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik. 8. Buku Peraturan Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap pelajar. 9. Taklimat Awal Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Setiausaha Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajarpelajar baru di SMKKK I.

10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku mereka. 11. Borang Perjanjian Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian menyaksikan perjanjian dibuat oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi kesalahan mereka. 12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis atas tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan keluar sekolah. 13. Sudut Disiplin Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu.

14. Kad Kebenaran Keluar Kelas Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P. 15. Buku Kawalan Kelas Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang ponteng kelas.

16. ‘Spot – Check’ ‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:- ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan - ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh - ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik sebagai kawasan lepak dan sebagainya. 17. Buku Laporan Disiplin Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan Hukuman. 18. Fail-fail maklumat pelajar a) Fail 001 - Fail Amaran 1 b) Fail 002 - Fail Amaran 2 c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah f) Fail 006 - Laporan PPD / JPN g) Fail 007 - Maklumat SSDM h) Fail 008 - Laporang Kes i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar j) Fail 010 - Kes-kes polis k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor

PROGRAM ABSENT SIFAR 2001 UNIT DISIPLIN Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah hingga ke tahap yang minimum atau sifar. RASIONAL 1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya berpunca daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah 2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah tidak hadir ke sekolah.

MATLAMAT Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara. OBJEKTIF 1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan. 19. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya mengharumkan nama sekolah. 20. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benarbenar berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya. 21. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar. 5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. 6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah penting untuk masa depan kerjaya mereka. 7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan. STRATEGI 1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar - Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka akan diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan. 2. Menandakan Jadual Kedatangan - Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda kehadiran pelajar untuk mengelakkan penipuan. 3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir. - Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran seperti:

a) Surat akuan sakit b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis (tidak melebihi 1 hari) 4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang tindakan yang diambil seperti berikut:a. Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I 1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II 2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran III dan surat berhenti sekolah (Kecuali terdapat surat akaun tertentu). 1. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar. Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui masalah sebenar pelajar. 6. Mengenakan Tindakan Disiplin. Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan mereka.

7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar ponteng. - Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar - Kerjasama dengan polis 8. Mengadakan Program Kursus. a. Ceramah kesedaran / disiplin b. Kem motivasi c. Pelancaran Minggu Disiplin d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’ 9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah - ‘spot check’ di dalam kelas 10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak rasmi untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.

a. Pegawai perhubungan polis b. Balai Polis Kubang Kerian 11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor. PELAKSANAAN 1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001 2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001 3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan 4. Melancar Hari Absent Sifar : 18 Februaru 2001 5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan seperti:a. Program Berkala b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin) 6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai kelemahan dan kejayaan Program Absent Sifar. BENTUK-BENTUK PENILAIAN 1. Penilaian Jangka Pendek - Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas - Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari 2. Penilaian Jangka Panjang a. Prestasi akademik pada akhir tahun b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.

c. PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI PENGENALAN: Program Geraksedar adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus untuk pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan mengalami pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran

daripada guru-guru atau pakar-pakar pemulihan dari luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah, program, seperti sembahyang hajat / sunat, doa dan lain-lain. RASIONAL Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin pemulihan yang mantap dilaksanakan. OBJEKTIF a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin. b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar yang bermasalah, secara ikhlas. c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani masalah disiplin pelajar. d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan seseorang pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka. SASARAN Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan berulangkali. TEMPAT / MASA Tempat dan masa yang sesuai TENAGA PENGGERAK : 1. Guru Unit Disiplin d. Kaunselor e. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang. f. Tenaga Luar g. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas. h. Pelaksanaan Aktiviti Program Gerak Sedar

1. BULAN DISIPLIN PENGENALAN Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SMKKK I. RASIONAL 1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. 2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah. SASARAN Semua pelajar SMKKK 1 MASA Sepanjang bulan Mei 2001 PELAKSANAAN Pembentukan AJK:Pengerusi : Pengetua SMKKK I Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM Naib Pengerusi II : Penyelia Petang Setiausaha I : S/U Disiplin Pagi Setiausaha II : S/U Disiplin Petang Penyelaras : - Ketua-ketua Bidang. - Kaunselor Bidang Tugas - Bahagian Perasmian dan Sambutan

Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan (2) Puan Azmani bt. Daud - Bahagian Pameran dan Pertandingan (1) En. Che Ismail b. Yusoff (2) Puan Marliza bt. Mansor - Bahagian Ceramah (1) Ustaz Mohd. Najib (2) Ustaz Mat Daud b. Omar - Bahagian hadiah dan cenderamata 3. Aziz b. Salleh 4. En. Nazri PROGRAM / AKTIVITI 5. Majlis Pelancaran / Perasmian Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jab. Pendidikan Negeri Kelantan. Tempat : Dataran Penyayang Masa : 8.00 Pagi 6. Pertandingan Poster Dan Karangan 7. Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan. 8. Pidato Pelajar - Setiap hari Ahad 9. Ikrar Pelajar 10. Majlis Penutup Oleh:- Ybrs. Tuan Pengetua SMKKK I

UNIT KESELAMATAN Pendahuluan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang Kerian 1 ) terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian . Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada beberapa sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah menengah ke tingkatan empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar . Bagi menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam rendah dan enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua . Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi dan sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah ini datang daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rasional Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya institusi pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko . Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai risiko , maka langkah- langkah keselamatan amat penting di beri perhatian khusus. Objektif 1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilikbilik dan setor, kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam keadaan terjamin dan selamat. 2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang dan gelanggang permainan , setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko 3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan 4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan 5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang

pentingnya penjagaan keselamatan 6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU RUMAHKU” yang lebih berkesan dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat 7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala petaka Strategi 1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan 2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat bagi mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama ada secara melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai bukti tanggungjawab yang di amanahkan 3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam Anak Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di sekolah sama ada pada waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari minggu dan hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat penting dalam menangani masalah vandalisme. 4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah 5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua unit keselamatan dapat di sediakan. 6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di edarkan kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum nuntuk di hayati oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal 7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat diri 8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam usaha melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat 9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan di tempat-tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik 10. mengenalpasti langkah-langkah keselamatan adalah tanggungjawap bersama warga sekolah.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN Pengerusi : Pengetua N. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pen . Setiausaha : Penyelia Petang Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah Ketua Unit ; Setiausaha HEM Urusetia Keselamatan Kebakaran

: En Che Ismail Yussoff En Ahmad Faizal Ismail

( sidang pagi ) ( sidang petang )

Persekitaran

; En Zakhori Ab Rahman En Aziz Muhammad

( sidang pagi ) ( sidang petang )

Disiplin

: En Ab Aziz Salleh En Ramlee Alias

( sidang pagi ) ( sidang petang )

Bencana Alam

: En Mazlan Mohd Zain En Sanadi Hhussin

(sidang pagi ) ( sidang petang )

Skuad Kecemasan: Hj Mohd Hussin Deraman En Razali Talib

( pejabat sekolah ) ( teknik dan elektrik)

Pn Che Ainun Che Cob En Ab Rahman Harun

( makmal sains ) ( pondok

En Che Ismail Yussof

( kebakaran dan

En Mohd Nor Deris Ustaz Mat Daud Omar Pn Noreha Mohamad

( bangunan ) ( Mussala ) ( Perpustkaan dan

keselamatan ) bencana alam )

PSS) Pn Khazimah Mat Rani

( Kemahiran hidup /

En Alias Yahya

( Padang dan

En Rawi Ali En Zakaria Jusoh

( Perabot sekolah ) ( Koperasi sekolah )

SRT) gelanggang )

Semua pekerja Pembantu-pembantu makmal

BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN Kebakaran 1. menyediakan peta laluan selamat 2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api 3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai 4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air 5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran 6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan Persekitaran 1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya 2. menyediakan jadual ceramah lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan ) 3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah 4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal) 5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas 6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah 7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal 8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci) Disiplin 1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar 2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas / umum 3. mengenalpasti ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah

4. menyediakan jadual ceramah disiplin 5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan Bencana Alam 1. Menyediakan skuad Bencana Alam 2. Megenalpasti bangunan / blok selamat bagi menempatkan pelajar 3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan 4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana 5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan 6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada 7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri 8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam

Aspek Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar di Sekolah Oleh Khairina Vasin Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin di kenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Justeru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 3, Bandar Kinrara,

Petaling Jaya, di bawah pengurusan pengetuanya, Encik Samingan Simon, sentiasa menerapkan amalan disiplin sihat dalam semua aspek kepada pelajarnya. "Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi ia mempunyai tujuan mendidik yang lebih luas. Selain pendedahan pengetahuan dan intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi moral dan sosial pelajar juga diberi penekanan. "Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah turut memenuhi ciri-ciri lain seperti berdisiplin tinggi, merniliki daya saing, mengamalkan suruhan agama dan tidak mudah menyerah kalah." Katanya, masalah disiplin pelajar adalah isu lapuk yang semakin menular pada masa kini. Pelajar ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penggunaan dadah adalah antara masalah disiplin serius yang sering diperkatakan. Malah, lebih membimbangkan ia semakin menular ke kawasan luar bandar yang jarang dihimpit masalah sedemikian. Oleh itu, katanya dalam membentuk disiplin pelajar, ia memerlukan kesungguhan dan kekuatan semangat daripada semua pihak termasuk ibu bapa. Pembentukan disiplin hendaklah bermula dari rumah. "Mendidik pelajar adalah umpama mendidik anak sendiri. Ibu bapa dan guru sama-sama memikul tanggungjawab ini apatah lagi sesebuah sekolah sering kali diukur dengan faktor kecemerlangan yang bertitik tolak daripada faktor disiplin pelajarnya. "Jika disiplin sesebuah sekolah itu baik bermakna sekolah tersebut juga merupakan sebuah sekolah yang cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun kegiatan kokukulum," katanya. Bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah yang paling sukar dibanteras berbanding di kalangan guru atau pekerja. Ini adalah kerana pelajar merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan alam sekitar. Justeru, penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid yang dianggotai oleh Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disiplin adalah langkah terbaik sekolah dalam memastikan pelaksanaan disiplin dan tata cara pelajar lebih teratur dan berkesan. "Pemantauan disiplin pelajar dilakukan berteraskan buku Panduan Tatacara

Disiplin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua dan guru besar di seluruh negara," katanya. Katanya, etika dan panduan disiplin pelajar merangkumi pelbagai aspek, antaranya etika berpakaian, tingkah laku, sahsiah diri, cara berkomunikasi dan sebagainya. Selain itu, katanya, peranan guru kaunseling tidak kurang pentingnya sebagai penasihat mahupun tempat berkongsi masalah terutama kepada pelajar yang berhadapan dengan masalah disiplin selain dibantu oleh pengawas sekolah yang dilantik pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. http://www.ypkdt.org.my/ypk/Johor.htm http://www2.moe.gov.my/~bppdp/IndexTesis/disciplin.htm

5. Perkhidmatan Kaunseling i. Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai: a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi. d) Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen. ii. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya. iii. Kaunseling tunjuk ajar Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen. 6. Perkhidmatan Penempatan i. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. ii. Penempatan pekerjaan, a) menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). b) membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vakasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). c) membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan. 7. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen i. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen. ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah. 8. Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan i. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. ii. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. iii. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. iv. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. v. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. vi. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya. 9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos i. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. ii. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. iii. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling. 1. Tugas Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling i. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod. ii. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. iii. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. iv. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. v. Membantu dalam perkhidmatan penempatan. vi. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen. vii. Membantu dalam pekhidmatan konsultasi dan rujukan. viii. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. ix. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. x. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan. xi. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan, seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video. 2. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. i. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling. ii.Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar. iii. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar' iv. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa. v. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar. vi. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Related Documents