Di Dalam Kubur Saya Mengalami Sedikit Kesulitan,kak...

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Di Dalam Kubur Saya Mengalami Sedikit Kesulitan,kak... as PDF for free.

More details

  • Words: 477
  • Pages: 2
Assalamualaikum warahmatullah... Saya direzekikan menerima cerita yg menginsafkan ini.. dan diperpanjangkan untuk peringatan dan renungan bersama... [diceritakan oleh seorang teman..] Ringkas..[nama2 individu serta tempat kejadian ini dirahsiakan] --------------------------------------------------Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yg berumur 15 tahun. Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit di pedalaman kampung , bersekali dengan basikal anak tersebut... Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yg dilakukan 2 - 3 kali selepas itu, adik2 arwah yg masih kecil yg berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama2 dalam majlis2 tersebut.. Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak2 itu hanya bermain2.. dan terbayang2 abang mereka.. Suatu hari [waktu siang] semasa kakak perempuan arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah.. memang arwah betul2 datang kepadanya... Dengan muka yg sedikit sugul..arwah bercakap kepada kakaknya.. " Wahai kakakku...Mengapalah kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"........... -------------------------------------------------------------------Seperti kebiasaan anak2 sekarang memang tahu bersolat, namun sesetengahnya tidak istiqamah... arwah itu baru berumur 15 tahun..bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh.. dalam waktu yg sesingkat itu pun...dosa pahala sudah di catat malaikat..dan kesannya dialami di kubur... Cuba kita tinjau diri kita..sudah 10, 20 atau 30 tahun amalan kita dicatat malaikat... Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan.. dalam hidup mengejar dunia ini..kita punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam2, mengadap internet atau bersembang2 dengan kawan2 tak tentu hala.. Namun pernahkah kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu2 lapang lain untuk menqada solat2 kita yg lepas2?..Jika 40 tahun selepas baligh dan kita hanya mula bersholat 10 tahun lepas..? Atau baru mula bersolat secara istiqamah.. Itupun tiada jaminan solat kita sekarang diterima Allah SWT.. Hutang dengan Allah tetap hutang.. Sebaiknya contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh, begitu juga dengan waktu2 solat lain...selepas maghrib, at least 1 solat maghrib.. Begitu juga dgn ibadah puasa [terutama yg wanita].. Sebab itu kadang2 kita makin banyak berusaha.. semakin tidak menjadi..makin banyak hutang bank.. memang kita sering dengar org2 yg tak sembahyang dan lalai beragama tapi business flourish.. malah semakin kaya.. namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dlm keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..dgn kata lain 'istidraj'.. nikmat yg diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman... Lebih baik menjadi org Islam yg diuji.. bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan, rasa keterbegantungan kpd Allah dan lebih lunak hati kita.. serta meningkatkan rasa2 kehambaan.. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yg Allah suruh, sekurang2nya bersolat 5 waktu.. namun hidup kita masih tidak tenang.. serta silih berganti ujian kecil mahupun besar...

Mungkin antara sebabnya adalah hutang2 kita kepada Allah yg masih belum beres..Solat tentunya... bagaimana pula dengan zakat pendapatan.. dan haji [bg yg sudah berkemampuan?] Semoga bermanfaat, Wassalam. Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...

Related Documents