Dewan Negeri M01p02

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dewan Negeri M01p02 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,115
  • Pages: 14
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR KE 12 1.

Yang Berhormat Dato' Speaker, Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini.

2.

BismillahirRahmanirRahim. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya,

memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah, dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw. adalah hamba dan utusan Allah swt.

3.

Alhamdulillah, sesungguhnya kita semua sewajarnya memanjatkan rasa penuh

kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya jua dapat kita bersidang di dalam bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, luas lagi serba canggih ini. Segala ciri senibina yang terdapat di dalam dewan yang mulia ini sesungguhnya sudah tentu telah melalui kajian yang mendalam sebelum ianya diterapkan dengan begitu indah di dalam dewan yang mulia ini. Ciri-ciri senibina Melayu Johor dan Islam yang begitu jelas kelihatan di dalam dewan yang mulia ini, menunjukkan betapa kehebatan tamadun Kerajaan Negeri Johor yang sememangnya telah terkenal dan terbilang sejak sekian lama.

4.

Saya percaya, apabila siapnya pembangunan di Kota Iskandar ini akan

menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor lebih kemas dan efisyen sesuai dengan cabaran dan keperluan yang semakin tinggi yang ada pada ketika ini. Kota Iskandar bukanlah pesaing kepada Putrajaya tetapi sebaliknya Kota Iskandar adalah pelengkap kepada wawasan pembinaan tamadun Negeri Johor yang lebih gemilang melalui Koridor Wilayah Pembangunan Iskandar. Justeru saya mewakili rakyat di Dewan Undangan Negeri Sedili sesungguhnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan penghargaan terima kasih kepada seluruh pimpinan Kerajaan Negeri Johor khususnya kepada Yang Amat Berhormat Datuk Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di atas wawasan yang besar untuk meningkatkan upaya Negeri dan Rakyat Johor bagi terus maju ke hadapan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur, 'Baldatun Taiyibun Warobbun Ghafur'.

5.

Kehebatan Kota Iskandar dan keunikan Bangunan Dewan Undangan Negeri

Johor yang mulia ini akan sentiasa menjadi kebanggaan dan terpahat di hati kita semua tak kira samada kita penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Walaupun keadaan Kota Iskandar pada hari ini belum cukup sempurna, masih banyak kekurangan seperti kekurangan tanda arah, ketiadaan pengangkutan awam dan sebagainya, namanya pun belum sempurna, tentu akan ada kekurangan di sana sini.. Saya percaya, ianya akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Hanya satu yang saya ingin pesankan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang, janganlah sekali-kali terdetik di hati malah, janganlah sekali-kali pun cuba untuk bermimpi, untuk melelong Kota Iskandar yang indah permai ini seperti mana Ahli

Yang Berhormat pernah bermimpi untuk melelong Putrajaya suatu masa dulu.

6.

Yang Berhormat Dato' Speaker. 'Patah tumbuh hilang berganti'. Rakyat saya di

Dewan Undangan Negeri Sedili juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Walaupun cabaran yang menanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke enam kita ini sungguh besar, saya selaku anak peneroka Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, yakin dan penuh percaya, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib adalah pemimpin yang telah cukup terlatih untuk berhadapan dengan onak dan badai politik kerana selain dari menjadi anak sulung kepada Perdana Menteri yang ke dua, Yang Amat Berhormat juga adalah seorang yang amat berpengalaman malah, lebih separuh dari usianya telah diabadikan dalam agenda kebaktian kepada agama, bangsa dan tanahairnya. Kehebatan dan karisma ayahandanya Tun Abdul Razak yang telah membangunkan Felda tentunya akan menjadi pendorong kepada idealisme dan kepimpinannya sebagai Perdana Menteri. Siapakah yang lebih memahami idealisme perjuangan seseorang pemimpin lebih dari anak sulungnya sendiri?.

7.

Konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk

Seri Mohd. Najib sebaik dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam begitu jelas menunjukkan idealisme wawasan kepimpinannya yang mahukan rakyat Malaysia bersatu padu sekiranya mahu muncul sebagai bangsa dan negara maju yang disegani di mata dunia. Rakyat Malaysia juga sesungguhnya amat perlu bersatu-padu

bersama-sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar bahtera negara yang sedang dilanda oleh badai ganas keruntuhan sistem ekonomi global dapat segera diselamatkan.

Malaysia

perlu

segera

keluar

dari

krisis

ekonomi

global

memandangkan kita akan segera untuk memasuki era Rancangan Malaysia Ke Sepuluh. Politik fitnah, adu domba dan perkauman melampau yang memecah belahkan rakyat harus segera dihentikan. Asas-asas perlembagaan yang telah menjamin hak semua kaum wajarlah sentiasa menjadi pegangan dan ikutan.

8.

Yang Berhormat Dato' Speaker, walaubagaimana pun, kita dapati hari ini

banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan mentafsirkan konsep 1 Malaysia mengikut selera dan kepentingan masing-masing sehingga menggunakan konsep 1 Malaysia untuk membuat tuntutan yang bukan sahaja melampau, terlampau malah boleh disamakan dengan pelampau. Justeru, sebelum rakyat menjadi lebih keliru (kerana dikelirukan oleh golongan pelampau ini) dan juga salah faham tentang konsep sebenar 1 Malaysia, suka saya mencadang kepada Dewan Yang Mulia ini agar pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan penjelasan khususnya kepada semua peringkat kepimpinan kerajaan, parti politik, pegawai dan kakitangan kerajaan dan juga NGO agar konsep 1 Malaysia ini benar-benar dapat difahami dan seterusnya dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Untuk tujuan itu, kerajaan boleh mengambil pendekatan penerangan yang serupa ketika Wawasan 2020 mula diperkenalkan suatu masa dahulu. Saya sesungguhnya berasa amat yakin dan penuh percaya, bahawa falsafah di sebalik konsep 1 Malaysia ini adalah gabungan nilai-nilai murni yang akan melengkapkan lagi serta menjadi pemacu ke arah

pencapaian wawasan menjadi sebuah negara maju dan bertamadun tinggi menjelang tahun 2020, insyaAllah.

9.

Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara

yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, aspek pembangunan modal insan yang berkualiti amatlah dititik beratkan oleh pihak kerajaan khususnya Kerajaan Negeri Johor. Selain dari Sistem Pendidikan Kebangsaan, Negeri Johor amat istimewa kerana telah memiliki Sistem Pendidikan Agama formal yang mendahului lain-lain negeri di Malaysia melalui Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Pelajar-pelajar yang telah melalui sekolah agama ini adalah diandaikan akan menjadi warganegara yang memahami dan menghayati nilai-nilai murni agama sesuai dengan matlamat untuk melahirkan insan yang kamil. Namun begitu, keberkesanan sistem pendidikan ini bukan sahaja bergantung kepada penyediaan kurikulumnya tetapi juga kepada kesediaan dan keselesaan prasarananya yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Saya khuatir, ketiadaan prasarana yang sempurna akan memungkinkan guru dan murid tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan dan tanggungjawab masingmasing.

10.

Yang Berhormat Dato' Speaker, berkaitan dengan isu sekolah agama ini, saya

ingin merujuk khusus kepada sebuah sekolah agama di dalam Dewan Undangan Negeri Sedili iaitu Sekolah Agama Bandar Sri Perani. Bandar Sri Perani adalah sebuah penempatan yang dibangunkan oleh KEJORA semenjak 22 tahun yang lalu.

Dengan penempatan awal sebanyak 100 buah rumah, kini ianya akan bertambah sebanyak 45 buah lagi dan akan menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 145 buah rumah yang juga didiami sebanyak 145 buah keluarga. Sekolah Agama Bandar Sri Perani pula wujud semenjak kira-kira 15 tahun yang lalu. Apa yang menyedihkan adalah semenjak penubuhannya sehingga ke hari ini, Sekolah Agama Bandar Sri Perani menumpang di atas premis Balairaya Bandar Sri Perani. Saya sering mendapat rungutan dari pihak pemimpin masyarakat setempat dan ibubapa berkenaan dengan permasalahan ini dan telah pun melakukan tinjauan. Saya dapati terdapat sebuah tapak yang telah dikhaskan untuk pembinaan sebuah sekolah agama di Bandar Sri Perani. Namun begitu, saya percaya pihak yang berkaitan telah terlepas pandang terhadap permasalahan yang berlarutan semenjak lebih 15 tahun yang lalu. Saya percaya, bukanlah menjadi dasar dan matlamat Kerajaan untuk menumpangkan selama-lamanya sekolah agama tersebut di sebuah premis seperti balairaya yang kecil dan sempit dengan dinding kelas yang hanya disekat-sekat menggunakan papan plywood. Justeru bagi pihak penduduk Bandar Sri Perani, saya merayu dan memohon agar Kerajaan dapat segera membina sebuah sekolah agama yang sempurna di tapak yang telah dikhaskan dan premis balairaya yang sediada akan dapat digunakan semula sesuai dengan fungsinya untuk menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat.

11.

Yang Berhormat Dato' Speaker, masih berkaitan agama. Untuk makluman

Dewan Yang Mulia ini, pembayar zakat fitrah bagi daerah Kota Tinggi bagi tahun 2008 adalah kurang lebih sebanyak 171 ribu orang. Ini bermakna juga bahawa di

daerah Kota Tinggi terdapat seramai 171 ribu orang Islam. Dengan jumlah yang begitu ramai, tentunya banyak permasalahan dan aduan yang akan terpikul di bahu pihak berkuasa agama seperti masalah kegiatan perjudian dan kegiatan anti sosial yang lain yang dilakukan oleh umat Islam dan perlu dibanteras oleh pihak Jabatan Agama Islam Daerah. Saya tidak pasti bagi daerah-daerah lain, tetapi bagi Jabatan Agama Islam Daerah Kota Tinggi yang jajahan takluknya meliputi 3 kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Tinggi, Parlimen Tenggara dan Parlimen Pengerang, hanya ditempatkan seramai 3 orang penguatkuasa dengan sebuah kenderaan van dan diperuntukkan hanya sebanyak RM600 untuk pembelian bahanapi. Kekangan dari segi kekurangan kakitangan penguatkuasa dan bahanapi yang terhad ini menyebabkan usaha penguatkuasaan dan respon terhadap aduan masyarakat oleh Jabatan Agama Daerah menjadi begitu terhad sekali. Saya khuatir sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan masyarakat terkeliru dan memandang negatif terhadap keberkesanan peranan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Agama Islam Daerah bagi menjaga kebajikan masyarakat Islam khasnya di daerah Kota Tinggi. Saya memohon dan berharap Majlis Agama Islam Negeri Johor melihat perkara yang saya bawakan ini dengan serious dan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi segala kekurangan yang wujud bagi meningkatkan usaha penguatkuasaan dengan secara yang lebih berkesan lagi.

12.

Yang berhormat Dato' Speaker, terlanjur saya membangkitkan isu judi, maka

saya ingin menambah satu lagi isu yang berkaitan dengan judi ini juga yang sememangnya haram bagi umat Islam dan telah diharamkan juga oleh Kerajaan. Judi

yang saya maksudkan adalah judi nombor ramalan atau biasa disebut 'nombor ekor'. Langkah kerajaan untuk mengharamkan dan melakukan penguatkuasaan terhadap pembeli nombor ekor ini adalah amat bertepatan dengan syariat Islam walaupun ada sesetengah pihak mengatakan kerajaan ini bukan kerajaan Islam. Pembeli nombor ekor dari kalangan umat islam boleh didakwa di mahkamah syariah sekiranya mereka tertangkap oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam. Manakala di pihak penjual yang mengaut keuntungan besar ini pula hanya dikehendaki memasang tanda 'Umat Islam Adalah Di Larang Berjudi'. Di manakah kesungguhan kita untuk membanteras masalah judi yang merupakan suatu dosa besar bagi umat Islam ini. Justeru saya ingin mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini agar Kerajaan menggubal undang-undang

yang membolehkan penjual nombor ramalan atau nombor ekor

kepada orang Islam juga adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut undang-undang negara. Selaras dengan itu, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan mengambil tindakan yang bersesuaian, bagi memastikan akhbarakhbar berbahasa Melayu tidak memuatkan lagi iklan-iklan dan keputusan nombor ramalan yang pada waktu ini begitu banyak (khususnya akhbar hari minggu) yang seolah-olah mahu memberi kemudahan kepada 'tahi judi' serta menggalakkan lagi masyarakat dan generasi muda pembaca akhbar untuk melibatkan diri dengan kegiatan yang diharamkan oleh kerajaan dan agama Islam ini itu sendiri.

13.

Yang Berhormat Dato' Speaker, masih lagi agama. Saya turut terpanggil untuk

memasukkan dalam perbahasan saya ini terhadap jawapan Pengerusi Jawatankuasa Agama berkaitan soalan dari Yang Berhormat Penawar, Puteri Wangsa dan

Senggarang yang berkisar tentang permohonan bantuan wang zakat dari Majlis Agama Islam Negeri Johor. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila sebuah keluarga Islam di Dewan Undangan Negeri Senggarang yang dalam kesusahan menumpang pula di rumah saudaranya kerana di timpa kebakaran, akhirnya bercerai kerana terlalu lama menanti bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Yang Berhormat Dato' Speaker, Penantian Suatu Penyiksaan. Berdasarkan jumlah sebanyak 54,891 permohonan

seperti

yang

dibentangkan

oleh

Yang

Berhormat

Pengerusi

Jawatankuasa Agama, berapakah pula jumlah pemohon yang sedang menunggu masa untuk bercerai kerana tidak tahan menunggu dan menanti bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Dengan kata lain proses dan kriteria untuk kelulusan sesuatu permohonan bantuan begitu remeh sehingga seorang nelayan yang sudah jelas miskin yang mahu memohon bantuan sampan pun perlu memiliki dan menunjukkan lesen sampan mereka terlebih dahulu sedangkan masih ramai lagi nelayan yang belum mendaftar dan memiliki lesen nelayan lagi.

14.

Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mengambil suatu contoh permohonan di

kawasan saya. Kes kebakaran ini berlaku pada tahun lalu sekitar penghujung bulan November 2008. Pihak Jabatan Agama Islam Daerah Kota Tinggi telah saya bawa sendiri ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan dan mengajukan permohonan ke Majlis Agama Islam Johor pada bulan Disember tahun yang sama. Apa yang amat dikesalkan sehingga kini saya difahamkan permohonan tersebut masih belum di bawa masuk ke Mesyuarat untuk dilulus mahupun ditolak oleh pihak MAIJ. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pemohon tersebut berusia hampir 70 tahun dan

ketika ini tinggal di stor yang menyimpan baja yang sudah usang di sebelah rumahnya. Bagaimanakah nanti keluarga ini menyambut hari raya aidil fitri yang akan tiba sebulan dua lagi. Saya sentiasa berdoa semoga keluarga ini akan sentiasa rukun dan bersabar memandangkan pasangan ini sudah tua dan berumur hampir 70 tahun. Dah tua, tak elok bercerai berai lagi hanya kerana menunggu bantuan perumahan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.

15.

Yang Berhormat Dato' Speaker, di manakah silapnya sehingga masalah

kelewatan ini sering menjadi rungutan masyarakat?. Adakah jumlah permohonan yang besar (54,891) boleh dijadikan alasan kepada kelewatan membuat keputusan. Adakah Majlis Agama Islam Negeri Johor perlukan masa lagi untuk membuat siasatan sedangkan permohonan dibuat melalui Jabatan Agama Islam Daerah yang telah pun menyediakan laporan sulit hasil siasatan mereka ke lokasi kejadian. Memandangkan

Pengerusi

Jawatankuasa

Agama

ada

menyatakan

bahawa

“pentadbiran MAIJ sentiasa berusaha mempertingkatkan proses penyampaian perkhidmatannya supaya keperluan asnaf dapat dipenuhi dengan cepat dan dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan”, dan atas keinsafan akan derita dan kepayahan hidup mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran, maka suka saya mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini agar MAIJ memperbanyakkan kumpulan jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menilai setiap permohonan yang berjumlah 54,891 dan melakukan 'empowerment' atau penurunan kuasa kepada jawatankuasa tersebut untuk mencadangkan keputusan lulus atau gagalnya sesuatu permohonan itu. Setelah itu, jawatankuasa yang sebenar hanya perlu bermesyuarat

sekurang-kurangnya sebulan sekali hanya untuk memperakukan keputusan yang telah dibuat oleh beberapa kumpulan jawatankuasa yang telah dibentuk tadi. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya berharap cadangan saya ini akan diperhalusi lagi oleh pihak MAIJ sesuai dengan iltizam MAIJ yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki sistem penyampaiannya seperti yang telah diakui oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.

16.

Yang Berhormat Dato' Speaker, saya juga tidak lupa ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi terima kasih bagi pihak penduduk Felcra Sungai Ara di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili terhadap keprihatinan POS MALAYSIA terhadap permohonan penduduk Felcra Sungai Ara untuk mendapatkan perkhidmatan posmen yang dapat menghantarkan surat-surat terus dari rumah ke rumah. Yang Berhormat Dato' Speaker, Penantian memang suatu penyeksaan. Selama 26 tahun penduduk Felcra Sungai Ara terpaksa memeriksa dan menyelongkar sendiri sekiranya terdapat surat yang di alamatkan kepada mereka. Bagi yang rajin memeriksa dan menyelongkar, alhamdulillah mereka akan mendapat surat yang belum expired atau tamat tempoh. Saban tahun mereka memohon dan merayu kepada POS MALAYSIA agar menyediakan perkhidmatan seorang posmen. Sepanjang tempoh 26 tahun, wakil rakyat Sedili telah beberapa kali bertukar ganti. Alhamdulillah mulai bulan Mei yang lalu, penduduk Felcra Sungai Ara tidak perlu lagi menyelongkar sendiri surat-surat mereka kerana pihak POS MALAYSIA telah pun bersetuju dan telah pun menyediakan seorang posmen seperti yang dipohon dan ditunggu oleh penduduk selama 26 tahun. Terima kasih sekali lagi kepada POS MALAYSIA.

17.

Yang Berhormat Dato' Speaker, POS MALAYSIA yang pada asalnya sebuah

jabatan kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia, telah mula dikorporatkan pada tahun 1990. Pengkorporatan POS MALAYSIA ini tentunya bukan sahaja untuk membuat

keuntungan

tetapi

juga

untuk

menambahkan

kecekapan

sistem

perkhidmatan pos. Tujuan pengkorporatan ini juga tidak bermakna POS MALAYSIA dibebaskan dari melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat dan pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan yang cekap, tepat dan selesa. Selain dari masalah yang berlarutan selama 26 tahun seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, saya dapat POS MALAYSIA juga tidak prihatin dengan keselesaan pengguna yang berurusan dengannya. Saya merujuk kepada pejabat POS Malaysia daerah Kota Tinggi yang begitu kecil dan sempit serta tidak mempunyai ruang letak kereta langsung. Pengguna terpaksa meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas. Pengguna juga kebiasaannya terpaksa menunggu adakalanya sehingga 1 jam ke 1 jam setengah bagi membuat urusan di kaunter. Walau bagaimanapun,

18.

Yang Berhormat Dato' Speaker, walaupun zaman sudah berubah, langkah

kerajaan mengkorporatkan Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia kepada POS MALAYSIA pada tahun 1990 memanglah suatu langkah yang bijak. Dengan pengkorporatan ini, POS MALAYSIA telah berjaya mempelbagaikan aktivitinya sehingga ianya menjadi keperluan yang penting bagi pengguna-penggunanya termasuk untuk membuat pembayaran bagi segala jenis bil utiliti. Justeru itu dan

sesuai dengan kepesatan pembangunan khususnya di sekitar daerah Kota Tinggi yang meliputi 3 kawasan parlimen, Kota Tinggi, Pengerang dan Tenggara, adalah menjadi suatu keperluan yang mendesak kepada POS MALAYSIA untuk merancang dan menyegerakan pembinaan sebuah bangunan Pejabat Pos Daerah Kota Tinggi yang baru dan lebih besar, yang tentunya akan dapat meningkatkan kecekapan dan memberikan keselesaan kepada pengguna POS MALAYSIA di daerah Kota Tinggi pada masa-masa hadapan.

19.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

20.

Yang Berhormat Dato' Speaker, baru baru ini saya telah difahamkan oleh

penduduk di Bandar Sri Perani, bahawa terdapat ura-ura pihak Kerajaan akan membina sebuah Pusat Serenti di kawasan tersebut. Saya telah mendapatkan maklumbalas dari pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan rata-ratanya membantah cadangan yang tersebut. Memandangkan cadangan ini sudah pun mendapat bantahan sejak dari awal-awal lagi dari penduduk setempat, maka saya memohon dan berharap agar cadangan ini tidak akan dilaksanakan sama sekali di Bandar Sri Perani samada dalam waktu terdekat mahupun pada masa akan datang. Yang Berhormat Dato' Speaker, sebagai gantinya, suka saya mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini agar kerajaan mula merancangkan untuk memindahkan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) yang pada ketika ini berada di tengah bandar Johor Bahru yang telah sesak ke kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili yang masih luas dan aman damai. Kewujudan IPTI di tengah-tengah kawasan

komersial Johor Bahru pada ketika ini amat tidak sesuai malah membebankan dari segi kos sara hidup kepada para pelatih dan tenaga pengajarnya. Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk memindahkan IPTI ke Sedili, bukan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili sahaja yang akan mendapat menikmati pembangunan, bahkan, tapak IPTI yang sedia ada sekarang juga dapat dibangunkan bagi tujuan yang lebih sesuai dengan kedudukannya di tengah kawasan komersial Bandaraya Johor Bahru.

21.

Yang Berhormat Dato' Speaker, akhir sekali, dalam kesungguhan kita

melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu kita, marilah kita terus berdoa, mudah-mudahan, Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pemimpin, yang memimpin dan membimbing semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing semua fikir. Memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua tetap sentiasa di jalan yang benar, tetap dijalan yang diredhainya. InsyaAllah rakyat dan Negeri Johor akan terus selamat, aman, makmur dan maju, yang menjadi contoh, ukuran dan ikutan serta dicemburui khasnya oleh rakyat di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang seperti kata pepatah Jawa - Akèh gludhugé - kurang udhané. (banyak guruhnya – hujannya kurang). Yang Berhormat Dato' Speaker, saya mohon menyokong rundingan Junjungan Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Related Documents

Dewan Negeri M01p02
May 2020 11
Dewan Wali
May 2020 30
Dewan Makan
July 2020 22
Rikhil Dewan
June 2020 15
Pakai Dewan
December 2019 23