Definisi Komunikasi dan Tingkatan Proses Komunikasi Definisi komunikasi Kata atau istilah “komunikasi” (Bahasa Inggeris “communication”) berasal dari Bahasa Latin “communicatus” yang membawa maksud to make common atau mewujudkan persamaan. Komunikasi menurut kamus bahasa merujuk pada suatu keupayaan bertujuan mendapatkan kebersamaan. Webster New Collage Dictionary dijelaskan bahawa komunikasi adalah “suatu proses pertukaran maklumat antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku”. Berikut ini adalah beberapa definisi berkaitan komunikasi yang dikemukakan oleh para ahli dalam bidang tersebut, iaitu :1) Hovland, Janis & Kelley Komunikasi adalah suatu proses oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk katakata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak). 2) Berelson & Steiner Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain. 3) Harold Lasswell Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan “siapa” “mengatakan “apa” “dengan saluran apa”, “kepada siapa” , dan “dengan akibat apa” atau “hasil apa”.(who says what in which channel to whom and with what effect). 4) Barnlund Komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego. 5) Weaver Komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain. 6) Gode Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih. 7) GreenBerg&Baron(1996) komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat. Kepelbagaian definisi berkenaan komunikasi seperti di atas, menunjukkan bahawa para ahli memberikan definisinya sesuai dengan sudut pandangnya merekamasing-masing dengan memberikan penekanan terhadap erti, ruang lingkup, dan konteks yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa, ilmu komunikasi sebagai sebahagian dari ilmu sosial adalah suatu ilmu yang bersifat multi-disipliner. Hovland Cs, memberikan penekanan bahawa tujuan komunikasi adalah mengubah atau membentuk tingkah laku. Manakala Berelson dan Steiner, menekankan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian, iaitu penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain. Menurut Lasswell pula, ianya dilihat
secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi, iaitu :1) Penyampai (enkod); pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau sumber. • sumber permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi. •
Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima.
•
Mesej yang telah dihantar perlu dienkod dan disusun serta dipilih simbolsimbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidak komunikasi akan terhenti.
1) Idea / isi penyampaian; mengatakan susunan idea yang disampaikan
• • •
Kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim. Maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima mesej. Mesej boleh berbentuk lisan atau bukan lisan.
1) Penerima idea (dekod) ; pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran
• • • •
penerima Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej/maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, atau pelbagai pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.
1) Saluran : medium atau alat dan saluran penyampaian informasi
• • •
Alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria 5 pancaindera manusia/media elektronik/media masa. Ia merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima. Antara saluran yang digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan sebagainya.
1) Maklumbalas ; hasil yang terjadi diakhir proses
•
Ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.
Definisi Lasswell ini juga menunjukkan bahawa komunikasi itu adalah suatu keupayaan yang disengajakan serta mempunyai tujuan. Gode pula memberi penekanan kepada proses penularan pemilikan, iaitu dari yang semulajadi (sebelum komunikasi) hanya dimiliki oleh satu individu kemudian setelah berlakunya proses komunikasi menjadikannya dimiliki oleh dua orang atau lebih. Barnlund, menekankan pada tujuan komunikasi, iaitu untuk mengurangi
ketidakpastian, sebagai dasar bertindak efektif, dan untuk mempertahankan atau memperkuat ego. Berdasarkan definisi-definisi tentang komunikasi tersebut, dapatlah diketahui bahawa komunikasi mempunyai beberapa karakteristik sebagai berikut :1) Komunikasi adalah suatu proses Komunikasi sebagai suatu proses bermaksud komunikasi merupakan serangkaian tindakan atau peristiwa yang terjadi secara berurutan (mempunyai tahap atau sekuens) serta berkaitan satu sama lainnya dalam susunan waktu tertentu. 2) Komunikasi adalah suatu keupayaan yang disengajakan serta mempunyai tujuan. Secara tidak langsung komunikasi adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara sedar, disengaja, serta sesuai dengan tujuan atau keinginan dari pelakunya. 3) Komunikasi menuntut adanya hubungan kerja sama dari para pelaku yang terlibat kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yang berkomunikasi (dua orang atau lebih) melibatkan diri dan secara bersama mempunyai perhatian yang sama terhadap idea yang disampaikan. 4) Komunikasi bersifat simbolik. Komunikasi pada dasarnya merupakan tindakan yang dilakukan dengan menggunakan lambang-lambang. Lambang yang paling umum digunakan dalam komunikasi antara manusia adalah bahasa verbal dalam bentuk kata-kata, kalimat, angka-angka atau tanda-tanda lainnya. 5) Komunikasi bersifat transaksi Komunikasi pada dasarnya menuntut dua tindakan, iaitu memberi dan menerima. Dua tindakan tersebut tentunya perlu dilakukan secara seimbang. 6) Komunikasi adalah sesuatu yang tidak terhad terhadap ruang dan waktu Ini menunjukkan bahawa dalam berkomunikasi para peserta atau pelaku yang terlibat dalam komunikasi tidak harus hadir pada waktu serta tempat yang sama. Dengan adanya pelbagai produk teknologi komunikasi seperti telefon, internet, mesin fax dan seumpamanya, faktor ruang dan waktu tidak lagi menjadi masalah dalam berkomunikasi. Proses Komunikasi 1. Komunikasi bukan lisan Merujuk kepada maklumat yang disampaikan melalui memek muka, pergerakan tangan, posisi badan dan sentuhan yang bukan berbentuk percakapan. a. Nada suara • Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam suatu perkataan. • Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada suara yang berbeza akan membawa erti yang berbeza. • Cth: Perkataan sayang jika disebut dengan nada lembut bererti sayang yang sebenar tetapi jika disebut dengan nada keras mungkin bemaksud marah. b. Ruang/Wilayah • Jarak individu dengan individu lain. • Cth : Jarak dekat – Akrab, Jarak jauh – Kurang Mesra • Cara menggunakan ruang fizikal menggambarkan personaliti individu.
•
Cth : susunan perabut, bilik tidur
c. Suara-suara separa bahasa • Suara yang membawa makna tersendiri seperti terbatuk, merungut, berbisik sendiri dan sebagainya. d. Ekspresasi muka, pandangan mata & pergerakan tubuh badan. • Ekspreasi muka ialah penglahiran rasa hati, emosi fikiran, penilaian & keadaan diri individu. • Hasil kombinasi daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka & warna yang lahir dari muka semasa interaksi. • Cth: Ekspreasi tidak sama dengan kata-kata (mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek) tidak sesuai dengan perasaan. e. Pandangan mata berfungsi untuk ; • Memberi perhatian, menunjukkan minat, tanda hormat, menimbulkan rasa penerimaan dsb. • Pandangan mata bukan bererti pandang tepat pada mata, tetapi tumpuan pandangan ke arah muka. • Bukan memandang tidak berhenti-henti atau berkelip-kelip. • Cara pandangan berkesan ialah ; 1. Jangan pejam mata semasa berkomunikasi. 2. Jangan melihat terlalu tajam. 3. Jangan memakai kaca mata hitam. 4. Jangan melarikan pandangan mata. 5. Jangan memandang kosong. 6. Jangan selalu melihat jam f. Pergerakan Tubuh Badan • Cara duduk boleh mengambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. • Seseorang yang bersikap mesra akn duduk condong ke arah orang yang bercakap dengannya. • Seseorang yang bersifat tidak menerima lebih cenderung menyandar ke belakang. • Cara duduk yang berkesan : 1. Jangan duduk menyandar di kerusi & bergoyang-goyang. 2. Jangan silang kaki, meletak tangan di belakang tengkuk & menyandar. 3. Tidak bergerak langsung. • Pergerakan tangan yang sesuai dapat memudahkan komunikasi. Misalnya ; 1. Berpeluk tubuh - Kurang sedia untuk berbincang. 2. Tangan dalam kocek - Sembunyikan sesuatu 3. Gigit jari - Cemas atau risau 4. Gengam tangan - Marah 2.
Komunikasi lisan • Komunikasi lisan lebih kerap digunakan untuk menyampaikan maklumat. • Ia lebih mudah mendapat maklumbalas. • Contoh maklumat lisani alah ;
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Bersemuka secara informal dengan seseorang Perbualan berkumpulan Temuduga bersemuka Perbualan telefon Pesanan suara Menulis & membaca memo Laporan, Artikel, Surat Menganalisis data Pertukaran mesej, email, dan lain-lain
Tahap Proses Komunikasi Menurut Denis McQuail, secara umum kegiatan/proses komunikasi dalam masyarakat berlangsung dalam 6 tingkatan sebagai berikut : 1) Komunikasi intrapersonal (intrapersonal communication). Iaitu proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu, berupa pengolahan informasi melalui pancaindera dan sistem saraf.Contoh : berpikir, merenung, menggambar, menulis sesuatu dan seumpamanya 2) Komunikasi interpersonal (interpersonal communication). Iaitu proses komunikasi yang dijalankan secara langsung antara seorang individu dengan individu lain. Sebagai contoh percakapan secara berdepan dengan penerima, percakapan atau perbualan menggunakan talian seperti telefon atau internetdan sebagainya. 3) Komunikasi dalam kelompok. Iaitu kegiatan komunikasi yang berlangsung di antara suatu kelompok. Pada tahap ini, setiap individu yang terlibat masingmasing berkomunikasi sesuai dengan peranan dan kedudukannya dalam kelompok tersebut. Idea yang disampaikan juga bersangkut paut kepentingan seluruh anggota kelompok dan tidak bersifat pribadi. Contohnya dialog antara ayah, ibu, dan anak dalam keluarga, perbincangan antara guru dan murid di kelas tentang topik perbahasan dan arahan atau perbincangan antara sekumpulan pekerja di tempat kerja. 4) Komunikasi antara kelompok. Merujuk kegiatan komunikasi yang berlangsung antara suatu kelompok dengan kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat boleh jadi hanya dua atau beberapa orang, tetapi masing-masing membawa peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok masing-masing. 5) Komunikasi Organisasi. Tahap ini merujuk kepada komunikasi dalam sesebuah organisasi dan juga komunikasi antara sesama organisasi. Berbanding dengan komunikasi kelompok, tahap ini menjurus kepada sifat organisasi dengan lebih formal mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan kegiatan komunikasinya. Hirarki organisasi menjadi rujukan utama dalam menjalankan tanggungjawab berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan perlu dipatuhi oleh pihak yang berada dalam susunan lebih di bawah. 6) Komunikasi dengan masyarakat secara luas Tahap ini menunjukkan komunikasi yang digunakan bersifat lebih global. Komunikasi massa iaitu komunikasi melalui media massa seperti radio, surat kabar, TV, dan seumpamanya sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui media massa Misalnya ceramah atau pidato di lapangan terbuka.