Aduhai Diri! Siapakah Aku? Pernahkah kita bertanya: Siapakah diriku ini? Dari mana aku datang? Siapakah yang menciptakan aku? Siapakah yang menciptakan alam ini? Mengapa aku bekerja, makan, minum, dan tidur? Mengapa aku hidup di muka bumi ini? Dan ke manakah kesudahanku setelah aku dicengkam maut? Apakah sebenarnya satu kehidupan lain sesudah mati itu wujud? Dan apakah kehidupan ini hanya di dunia sematamata? Tidak syak lagi bahawa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini sekarang berada di dalam kesesatan dan kebodohan! Bukan kerana mereka tidak bijak meredah hutan belantara, bukan kerana mereka tidak tahu menyelami lautan. Bukan juga mereka tidak pandai terbang seperti burung di angkasa raya. Bukan... bukan dan bukan. Bahkan mereka lebih bijak dari binatang buas di hutan, mereka lebih bijak dari ikan di dalam lautan. Mereka lebih cerdik dari burung burung yang terbang di angkasa! Kalau begitu, mengapa mereka itu dikatakan bodoh dan sesat! Sesungguhnya mereka tidak kenal akan hakikat 'hidup'. Dari mana mereka datang? Apakah matlamat hidup mereka dan apakah kesudahan mereka? Kebanyakan manusia, samada yang ISLAM apalagi yang bukan Islam, menganggap bahawa kehidupan ini hanya untuk berpoyapoya, berseronokseronok dan bergembira ria! Mereka merasakan bahawa dunia inilah satusatunya tempat bagi mereka untuk menghabiskan masa dengan bersenangsenang dengan berbagaibagai hiburan dan keinginan! Mereka tidak langsung ingat tentang diri mereka! Mereka tidak pernah menyoal tentang kehidupan mereka! Mereka tidak pernah bertanya tentang hari yang bakal tiba!!!!! Cuba lihat sekeliling kita: lihatlah rumput yang menghijau di taman, lihatlah awan yang berarak indah. Lihatlah langit yang terbentang luas. Tenungilah hujan yang turun dari langit. Perhatikanlah malam dan siang silih berganti tanpa pernah kecoh. Saksikanlah matahari yang menerangi alam ini. SIAPAKAH yang menjadikan semuanya itu dan mengaturkannya sebegitu rapi? Dan untuk apa ia dijadikan? Tidakkah kita terfikir bagaimana bumi ini dijadikan dengan seni yang begitu halus dan indah? Siapakah yang menjadikannya dan untuk apa ia dijadikan? Siapa yang menjadikan dan untuk apa ia dijadikan?
Dari Mana Aku Datang? Seterusnya, marilah kita berfikir tentang kejadian diri manusia yang sungguh unik dan mengkagumkan. Daripada segala makhluk yang ada, manusia merupakan satusatunya makhluk yang tercantik, terindah dan sangat seni ciptaannya.
Sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem limpa, sistem urat saraf dan beberapa sistem lain yang berada di dalam tubuh manusia adalah terlalu kompleks dan sangatsangat menakjubkan. Di samping itu ia dibekalkan dangan akal fikiran untuk berfikir dan menentukan keputusan berbeza dengan makhlukmakhluk lain yang tidak dibekalkan dengan akal. Mengapakah manusia diberikan keistimewaan sebegitu rupa? Mengapakah ia diberi kekuatan akal dan kemahuan sehingga ia mampu menguasai seluruh makhluk lain dan sumbersumber alam untuk kepentingan dirinya? Tegasnya mengapakah perlu manusia ini dijadikan sebaikbaik makhluk di atas muka bumi ini? Seluruh persoalan yang dikemukakan dari awal perbicaraan ini sampailah di sini, tidak dapat dijawap oleh manusia. Akal manusia yang terbatas kemampuannya tidak dapat menjangkau untuk memikirkan jawapan yang tepat bagi persoalanpersoalan tersebut. Maka ALLAH SWT (Tuhan yang mencipta, menyusun dan mentadbir seluruh alam) yang mengetahui akan kelemahan manusia ini, tidak membiarkan manusia tercaricari dan terabaraba dalam kegelapan. Lalu ALLAH SWT mengutuskan para Rasul berserta dengan kitab untuk mengajar manusia tentang apa yang ia tidak tahu, mengenali azali, hidup, mati, alam barzakh, padang mahsyar, syurga, neraka dan perkaraperkara ghaib yang lain. Pendekata untuk mengajar manusia DARI MANA DIA DATANG, UNTUK APA DIA DIJADIKAN DAN KE MANA DIA AKAN PERGI. Maksud hadis Rasulullah saw. "Tiap kamu dari Adam dan Adam dari tanah" Maksud firman ALLAH SWT (Al Hajj: 5): "Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka ketahuilah sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian segumpal darah, kemudian segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya agar kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan dalam rahim, apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian beransuransur kamu menjadi dewasa, dan di antara kamu ada yang dimatikan dan ada pula diantara kamu dipanjangkan umurnya sampai pikun (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahui." Hadis dan firman di atas memberitahu bahawa, seluruh manusia datang dari Allah.Setiap bayi lahir ke muka bumi adalah menurut perencanaan dan penyusunan Allah. Dan tiada sesiapa pun
campurtangan dalam urusan ini. Ibu bapa hanyalah sebagai alat aatau sebab untuk melahirkan anak dan bukan yang menentukan kelahiran anak tersebut. Apakah hujah akal untuk membenarkan kenyataan di atas? Hujahnya, jika ibubapa yang menentukan kelahiran anak maka mengapakah ramai ibubapa tidak mempunyai anak? Yang kedua, dapat diperhatikan bahawa keadaan bayi lahir (iaitu lelaki atau perempuan, cantik atau hodoh dan sebagainya) tidak dapat ditentukan oleh ibubapa mereka atau pakarpakar sains. Maka jelaslah bahawa manusia itu datang dari Allah dan menurut perencanaanNya sematamata.
Apakah Matlamat Aku Dijadikan? Firman Allah SWT (AdzDzariat:56) "Dan tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Ayat Allah di atas menjelaskan bahawa manusia tidak dijadikan begitu saja tanpa tujuan. Tetapi ia dijadikan untuk beriman dan menyembah Allah sebagai Tuhan yang Esa, mematuhi segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya, serta melaksanakan seluruh kehidupan di atas jalan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Inilah dia matlamat utama manusia dijadikan. Mereka dituntut supaya mentaati Allah setiap detik dan saat. Mereka diarahkan supaya seluruh gerakgeri hidup mereka dihalakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga tidak ada suatu ruang pun yang tinggal dalam kehidupan mereka yang tidak diisi dengan kepatuhan, ketundukan dan ketaatan yang setulusnya kepada Allah. Dan menundukkan seluruh keinginan mereka ke arah iradah Allah. Ini bermakna manusia dilarang keras menyembah selain Allah sebagai Tuhan. Atau mengambil cara hidup selain dari yang diatur oleh Allah. Atau meniru cara berfikir yang bertentangan dengan ketentuan Allah. Atau mengikuti apa saja yang selain dari yang diizinkan oleh Allah. Dan manusia diperintahkan supaya menjauhi segala sembahansembahan, upacaraupacara, adat, tuturkata dan tingkah laku yang berlawanan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah swt. (AnNahl:36) "Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang Rasul (yang menyesrukan); 'Sembahlah Allah dan jauhi Thoghut (selain dari Allah) itu', maka di antara umat itu ada orangorang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orangorang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di mukabumi dan perhatikanlah bagaimana
kesudahan orangorang yang mendustakan (rasulrasul)". Demikian amaran yang keras dari Allah kepada seluruh manusia. Tetapi sayangnya kebanyakan manusia tidak memahami tuntutan ini, mereka beranggapan bahawa dunia adalah tempat permainan dan bersukaria! Allah menyangkal anggapan tersebut dan memberikan amaran lagi kepada orangorang yang berpemikiran sedemikian. Firman Allah swt. (AlMu'minun:115) "Apakah kamu mengira bahawa Kami jadikan kamu untuk bermainmain saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (untuk di hukum)". Dengan ini kebanyakan manusia samada yang bukan Islam maupun orang Islam sendiri, tidak menyedari hakikat ini. mereka menghabiskan masa dengan berbagai hiburan, dengan cara hidup yang bertentangan dengan kehendak Allah. Tegasnya mereka tidak lagi menyembah Allah!!! Apakah mereka ini dibiarkan begitu saja? Tidakkah ada balasan bagi orangorang yang menyembah Allah dan bagi orangorang yang tidak menyembah Allah?
Kemanakah Kesudahan Hidup Aku? Sesungguhnya kehidupan manusia di mukabumi ini tidak kekal. Ibarat musafir yang berteduh sementara untuk mencari bekal bagi meneruskan perjalanannya. Mahu tidak mahu ia terpaksa meneruskan perjalanannya! Ini bermakna bahawa tiap manusia akan menemui_maut untuk kembali ke tempat asalnya kepada Allah SWT. Biarpun ia seorang yang kaya raya, biarpun ia seorang berpangkat, dan biarkan ia seorang miskin dan hina. Kesemuanya terpaksa menyahut panggilan_maut. Firman Allah: "Setiap diri akan merasai mati." Dalam ayat lain, Allah berfirman:(AnNisa':78) "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng tinggi lagi kukuh..." Sebaik saja seseorang itu mati, maka ia telah berpisah dari alam nyata ini ke suatu alam lain iaitu
alam barzakh yang tidak dapat dilihat dan dicapai oleh pancaindera manusia yang hidup. Di dalam alam Barzakh manusia akan lihat dan merasai balasan perbuatan mereka. Mereka yang beriman dan menyembah Allah sebagai Tuhan mereka akan merasai senang dan bahagia. Sementara mereka yang kufur kepada Allah, dan tidak mahu menyembah Allah serta patuh kepada perintah dan laranganNya, akan merasai kesukaran dan azab siksa yang tidak terperi sakitnya! Kebahagiaan atau kecelakaan yang diterima oleh seseorang di dalam kubur adalah bahagian pertama dari alam Akhirat. Bahagian seterusnya ialah di Mahsyar, di titian sirat dan syurga atau neraka. Alam nyata ini akan dimusnahkan oleh Allah. Akan berlaku suatu hari di mana bangunanbangunan runtuh, bumi terbelah, laut bergelora, planetplanet berlanggar dan musnah sehingga tidak ada suatu kehidupan pun di alam ini, semuanya MATI. Setelah itu dengan kehendak Allah, seluruh manusia dari Nabi Adam hinggalah manusia terakhir di bumi ini akan dihimpunkan di padang mahsyar untuk mengadakan perbicaraan atas tiaptiap diri manusia. Setiap manusia akan dibalas menurut apa yang telah dikerjakannya. Firman Allah: (AlZalzalah: 18) "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat dan bumi telah mengeluarkan bebanbeban berat (yang dikandungnya) dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?" Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memrintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacammacam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun nescaya dia akan melihatn;ya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat pula." Ini bermakna manusia tidak dibiarkan begitu saja dengan amalanamalan mereka. Tetapi mereka pastiakan menerima balasan perbuatan mereka di akhirat sebagai sambungan dari alam Barzakh.
Tunggulah Balasan Dari Allah Maksud firman Allah: (AlBaiyinah: 6 8) "Sesungguhnya orangorang kafir yakni ahli kitab dan orangorang musyrik akan masuk ke
neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburukburuk makhluk. Sesungguhnya orangorang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungaisungai; mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) orang yang takut kepada Tuhannya." Dengarlah baikbaik, yang dimaksudkan dengan kafir bukan saja orang yang bernama dengan nama kafir. Tetapi termasuk dalam perhitungan kafir ialah setiap orang yang tidak mahu mengikuti ajaran Allah dan tidak mahu menyembah Allah dan menentang ajaranajaranNya walaupun ia bernama dengan namanama Islam. Dan ia layak dihumbankan ke dalam neraka Jahannam bersamasama dengan golongan kafir! Perhatikan firman Allah di atas baikbaik. Orangorang yang tidak mahu menyembah Allah, dan patuh kepada ajaranNya lalu mengadakan penentangan terhadapnya disifatkan oleh Allah sebagai seburukburuk makhluk; lebih hina dari binatang! Walaupun pada awalawal perbicaraan ini manusia disebut sebagai sebaikbaik kejadian tetapi sebaik saja ia kafir dengan ayatayat Allah dan enggan menyembah Allah dalam erti kata yang luas atau sebenarnya maka tiadalah makhluk yang lebih hina daripadanya! Na'uzu billah! Bukan itu saja, malah yang lebih dahsyat ialah yang bakal diterima di akhirat iaitu diabadikan dalam neraka Jahannam. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat beikut: (AtTin: 4 6) "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya. Kemudian kami kembalikan ke tempat yang serendahrendahnya (neraka), kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putusputus." Itulah keputusan Yang Maha Adil dari Allah! Itulah dia hari yang pasti terjadi! Tiada syak padanya. Dan pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat meniru dan membela diri sebagaimana yang dilakukan oleh mahkamahmahkamah dunia. Allah akan menjadi hakim di mahkamah yang besar itu. Sementara anggota badan manusia masingmasing menjadi saksi atas apa yang dilakukan oleh manusia. Tiada peguam yang dapat membela, tiada menteri yang boleh menolong dan tiada raja atau sultan yang dapat memberikan keampunan. Malah semua manusia berada dalam keadaan resah gelisah dan takut gementar sehingga titiktitik peluh menjadi banjir dan terasa matahari seolaholah sejengkal saja dari kepala!!!!! Pada hari itu tidak berguna harta dan kekayaan, pangkat dan kedudukan, ijazah dan diploma Universiti. Allah tidak memandang itu semua. Kerana semua itu tidak bernilai di sisi Allah. Oleh
sebab itu Allah tidak akan bertanya "Wahai hambaku banyak mana harta yang kamu perolehi" atau "Wahai hambaku pernahkah kamu menjadi menteri." atau "Wahai hambaku dari keturunan rajakah kamu ini?" Tidak.... tidak dan tidak sama sekali. Tetapi Allah akan bertanya "Apakah kamu beriman? Siapakah yang kamu sembah semasa kamu di dunia dahulu?" "Dan disinilah letaknya penilaian Allah ke atas hambahambanya. Firman Allah: (AsySyu'ara: 8889) "Pada hari harta dan anakanak tidak berguna kecuali orangorang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih."
Jangan Persiakan Hidup Ini Jelaslah bahawa orangorang yang berjaya disisi Allah dan memperoleh syurga dan keredhaanNya di akhirat ialah mereka yang mempunyai hati yang bersih, yang tidak kufur kepada Allah tetapi memenuhi hati itu dengan beriman kepada Allah dan dihiasi anggota tubuh dengan amalan soleh seperti mana yang diajar oleh Al Quran dan As Sunnah. Tidak syak lagi bahawa akhirat merupakan tempat yang sebenarbenarnya bagi manusia untuk menerima balasan. Kecelakaan atau kebahagiaan yang dialami oleh manusia ketika hidup di dunia bukanlah gambaran sebenar tentang keadaan hidup di akhirat. Oleh sebab itu maka tidak peliklah kalau kita dapat perhatikan orangorang yang derhaka kepada Allah dan sentiasa kufur kepada ajaran Allah lalu menghabiskan masa dengan hiburan yang haram, tarimenari, menonton wayang yang haram dan seumpamanya, begitu senang hidup mereka. Mereka yang tidak sembahyang , tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan tidak berpegang kepada hukumhukum Allah tidak ditimpa oleh apaapa musibah. Malah semakin mereka kufur, semakin senang hidup mereka. Sebenarnya kekayaan, kesenangan dan kemudahan yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang kufur ini bukanlah kerana memuliakan mereka. Sebaliknya untuk membiarkan mereka melakukan kekufuran tersebut sehingga Allah mencabut nyawa mereka dengan tibatiba dan membalas mereka dengan balasan neraka yang pedih. Na'uzubillah. Sesungguhnya sudah cukup bukti dan pengajaran kepada kita dari kaumkaum yang terdahulu daripada kita yang kufur kepada Allah walaupun Allah memberikan mereka kekayaan dan kesenangan. Allah membalas mereka dengan balasan yang pedih dan menjanjikan azab neraka yang membakar di akhirat kelak.
Walau bagaimanapun memang fitrah manusia bahawa dia tidak akan sedar sehiggalah musibah menimpa dirinya. Dan inilah yang digambarkan oleh Allah dalam Al Quran mengenai golongan manusia yang kufur kepada Allah di mahsyar nanti. "Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orangorang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata): 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikan kami (ke dunia) kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orangorang yang yakin." AsSajdah: 12 Demikianlah rayuan orangorang yang kufur dengan Allah, orangorang yang tidak mahu mengikut ajaran Allah lalu mengadakan halanganhalangan atas orangorang beriman yang lain. Itulah rayuan yang sayup bergema di Mahsyar nanti. Itulah tangisan dan ratapan mereka yang engkar dan sombong dengan Allah di dunia sebelumnya. Pada ketika itu berlalu sudah segala gala rayuan tidak berguna lagi. Tangisan tiada berfaedah lagi. Lalu Allah menjawab rayuan tadi dengan firmanNya: "Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Akhirat), sesungguhnya kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan." AsSajdah:14 Demikianlah jawapan yang tegas dari Allah. Sungguh Dia telah memberi ingatan dan amaran demi amaran dalam Al Quran tentang kehidupan ini, tetapi kebanyakan manusia lalai dan menganggapnya sebagai dongeng! Na'uzubillah. Maka marilah saudara! Renungilah dalamdalam tentang kehidupan ini! Janganlah persiakan sisasisa hidup yang masih tinggal. Kemballilah ke jalan Allah dengan segera. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah untuk mengambil ajaran dan binalah kehidupan baru untuk menuju keredhaan Allah. Saudara, maut tidak mengira umur, pangkat dan kedudukan. Maka marilah selagai hayat dikandung badan, selagi jantung masih berdegup dan nadi masih berdenyut, kita kembali menimba kehidupan Rabbani, kehidupan yang menjamin kebahagian dunia dan kejayaan di akhirat.... yang abadi!!! Untuk ini apakah yang perlu kita buat. Sekali lagi jawapannya sudah diberi oleh Allah.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali ORANGORANG YANG BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan yang berpesanpesan dengan KEBENARAN dan yang berpesanpesan dengan KESABARAN." AlAsr