Copy Of Proposal..20

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Copy Of Proposal..20 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,070
  • Pages: 21
1.0 PENGENALAN

Perlaksanaan projek semester akhir adalah untuk membantu para pelajar menjadi kreatif, kreatis dan inovatif dalam menghasilkan penciptaan sesuatu produk. Dengan ini terhasilah satu projek yang dinamakan ‘BANBURY MIXER’ yang merupakan hasil dari kajian dan tinjauan masalah yang telah dilakukan.

Dengan adanya projek ini, pelajar dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dan juga menyelesaikannya mengikut teori-teori yang telah dipelajari selama berada dalam jurusan mekanikal plastik ini. Teori-teori ini juga dapat dipraktikkan oleh para pelajar semasa melaksanakan projek. Secara tidak langsung para pelajar akan dapat mengaitkan antara teori dengan amali dan dapat memahaminya dengan mudah.

Untuk itu, dengan adanya projek ini ianya serba sedikit dapat menguji daya kreativiti pelajar dan juga sifat kesabaran yang ada dalam diri pelajar sepanjang perlaksanaan projek ini.

Dalam industri plastik, kebiasaannya material diwarnakan secara manual di kilangkilang.

Kaedah ini menyulitkan pekerja dan ianya meninggalkan kesan dari segi

kesihatan. Ini kerana bahan pewarna adalah berbentuk serbuk dan boleh menyebakkan bahaya pada pernafasan. Dengan menggunakan mesin Banbury Mixer, bahan pewarna dapat dihasilkan dengan sebati tanpa memberi kesan pada pengguna.

Sebuah pencampur dalaman dikeluarkan untuk mencampur atau mengadun plastik memasukkan reinforcing fillers di dalam sistem resin. Pengadun ini mengandungi dua

mata pisau berbentuk spiral yang berputar secara berlawanan arah disusun dalam segmen secara bersilang di dalam perumah silinder, jadi ianya akan memberikan ruang antara mata pisau. Mata pisau kemungkinan diteraskan untuk edaran pemanasan atau penyejukan media. 1.1 PERNYATAAN MASALAH

Mengenal pasti masalah merupakan langkah terawal dalam merekabentuk sesuatu produk. Terdapat beberapa masalah bagi mencetuskan ilham untuk membentuk projek “BANBURY MIXER” ini iaitu : 1. Memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk menyebatikan pewarna. 2. Membahayakan pengguna jika menggunakan secara manual. 3. Memerlukan pemerhatian yang teliti jika melakukan proses secara manual. Disebabkan masalah yang timbul ini, ia telah memberikan kami idea untuk menghasilkan sebuah produk bagi mengatasi masalah ini. Mesin ‘Bunbury Mixer’ dicipta untuk digunakan bagi menyebatikan bahan pewarna yang telah dilakukan mengikut bancuhan yang telah ditetapkan.

1.2 OBJEKTIF

Bagi menghasilkan sesuatu projek yang berkualiti dan memenuhi kehendak dan citarasa pengguna, terdapat beberapa objektif yang perlu diambil kira antaranya adalah : i.

Mendapatkan nisbah campuran material yang optima.

ii.

Merekabentuk mesin pencampuran banbury mixer.

iii.

Mendapatkan kawalan yang sistematik

iv.

Memudahkan dan menjimatkan masa proses menyebatikan pewarna.

1.3 SKOP PROJEK

Dalam perlaksanaan projek ini, terdapat beberapa aspek sebagai lingkungan skop projek. Antara criteria tersebut adalah seperti berikut : i.

Mesin ini mudah digerakkan ke mana-mana sahaja.

ii.

Mesin ini tidak memerlukan ruang yang luas untuk meletakkannya.

iii.

Mesin menggunakan kawalan secara manaual.

iv.

Mesin Banbury Mixer menggunakan motor jenis power window bernilai 1 kuasa kuda untuk memutarkan silinder.

v.

Mesin banbury mixer mempunyai mata pisau berbentuk spiral untuk menggaulkan pewarna dengan lebih sebati.

vi.

Mesin banbury mixer mempunyai ciri keselamatan pada penutup container supaya resin tidak terkeluar dari container tersebut.

vii.

Jenis resin yang sesuai digunakan ialah jenis termoplastik.

viii.

Kaedah memasukkan material ke dalam container secara manual.

ix.

Kuantiti pewarna masterbatch yang digunakan adalah 1.5 liter untuk satu kitaran.

x.

Kuantiti bahan yang digunakan ialah 3kg untuk satu kitaran.

xi.

Nisbah campuran yang digunakan disukat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin Banbury Mixer untuk diproses.

xii.

Jangka masa kitaran bagi satu proses yang dilakukan oleh mesin ini ialah 45 minit.

2.1 METODOLOGI Dalam bab ini, kami ingin menerangkan kaedah penghasilan projek ini dari segi bahan hingga kepada pemasangan. Ia bertujuan untuk mengawal kos pengeluaran dan peralatan yang berlebihan. Langkah-langkah yang dijalankan di dalam penghasilan projek ini adalah :  Perancangan menghasilkan mesin bunbury mixer.  Melukis rekabentuk mesin bunbury mixer.  Mencari bahan-bahan dan peralatan yang perlu untuk menjalankan proses ini.  Melakar penyambungan komponen-komponen mengikut gambarajah blok.  Menyusun semua komponen-komponen yang akan digunakan.  Kemasan rekabentuk projek.  Membuat pengujian pada alat yang telah siap.

2.2 PROSES MEREKACIPTA Proses

merekacipta

merupakan

kerja-kerja

yang

perlu

dilakukan

bagi

menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu projek. Langkahlangkah yang perlu dilalui dalam proses merekacipta ialah: 1. Pengenalpastian masalah. 2. Pencetus idea merekacipta. 3. Perekaan dan pemilihan projek. 4. Perancangan projek.

2.2.1.1 Pengenalpastian masalah Masalah yang hendak diselesaikan boleh ditimbulkan melalui beberapa cara seperti yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan pelajar dan dari pengguna. Masalah boleh dikenalpasti melalui kaedah perbincangan, pemerhatian dan pengalaman. Pengumpulan maklumat dan dat berkaitan dengan spesifikasi terperinci tentang projek yang di rancang perlu dibuat supaya projek yang dihasilkan tidak mengalami sebarang masalah.

2.2.2 Pencetusan idea merekacipta Apabila masalah telah dikenalpasti, cara penyelesaian yang terbaik haruslah dipilih dan dikenalpasti.

Terdapat beberapa cara dan aktiviti yang boleh dijalankan untuk

mencetuskan idea merekacipta.

Diantaranya ialah melalui survey, penyelidikan, soal

selidik, kajian keperluan dan pemerhatian serta pengamatan.

2.2.3 Perekaan dan pemilihan projek peringkat ini melibatkan kerja-kerja lakaran kasar dan pemilihan projek, beberapa faktor di ambil kira. Diantaranya ialah dari segi kegunaan, ketahanan, peruntukan masa yang mencukupi, tidak melibatkan kos yang tinggi serta bahan yang digunakan mudah diperolehi. Selain itu, pemilihan teknik pembuatan yang sesuai boleh menjamin kesempurnaan projek yang dihasilkan.

2.2.4 Perancangan projek Setiap projek yang hendak dilaksanakan perlu dirancang dengan teliti dan betul. Perancangan yang rapi dapat mengurangkan masalah dalam proses pembuatan. Perancangan yang betul dapat melatih kita mendahulukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya di buat awal. Carta alir bawah menunjukkan perancangan yang telah dibuat bagi projek ini.

Menyiapkan proposal

Pembentangan proposal

Senaraikan skop projek

digunakanMengenalpasti peralatan yang

Kajian kes

Melakar secara kasar gambarajah projek

Analisa pembelanjaan

Kajian literature

Perjumpaan dengan penyelia

Mendengar taklimat awal projek

Skop

31/1

07/2

14/2

21/2

28/2

06/3

Tarikh 13/3 20/3

( PENYEDIAAN RPOPOSAL UNTUK PROJEK AKHIR SESI JANUARI 08 )

27/3

03/4

17/4

24/4

01/5

08/5

JADUAL PERANCANGAN KERJA

penyelarasMenghantar buku log dan proposal pada

Mengemaskini buku log

disemakMenghantar proposal pada penyelia untuk

Penyerahan laporan projek pada penyelia

Pembentangan projek semester akhir

Melengkapkan laporan

Menguji projek

Laporan siap 50 %

Meneruskan projek pemasangan

Penilaian projek 70 %

Mula membuat laporan

komponenMeneruskan proses pemasangan

Penilaian projek 50 %

Pemasangan komponen

Membeli peralatan

Pembahagian tugas

Perbincangan dengan penyelia

Aktiviti Julai 08

Ogos 08

Bulan Sept 08 Okt 08

( SEMESTER 6 – SESI JULAI 08 )JADUAL PERANCANGAN KERJA

Nov 08

Dis 08

4.1 Bahan mentah

Bil

Bahan

Kualiti

Anggaran Kos

1.

Tangki aluminium

1

RM400

2.

Plat aluminium

secukupnya

RM100

3.

Besi petak ( 1 x 1 )

secukupnya

RM100

4.

Besi bulat

secukupnya

RM20

5.

Skru dan nut

secukupnya

RM20

Jumlah

RM640

4.2 Peralatan

Bil

Bahan

Kuantiti

Anggaran Kos

1.

Gear dan rantai

1 set

RM50

2.

Bearing

2

RM50

3.

Pengunci

1

RM10

4.

Limit switch

1

RM30

5.

Motor

1

RM150

Jumlah

RM290

Related Documents

Copy Of Copy Of Flip
November 2019 71
Copy Of Copy Of Report...
October 2019 72
Copy Of
May 2020 30
Copy Of
May 2020 41