Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan Pt3 Bahasa Melayu.docx

  • Uploaded by: DYG
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan Pt3 Bahasa Melayu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 199
  • Pages: 2
Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan PT3 Bahasa Melayu Untuk kali ini bagi latih tubi untuk bahasa C kertas Bahasa Melayu PT3, Mypt3 kongsikan kepada anda contoh karangan ulasan PT3 Bahasa Melayu untuk tema piramid makanan.

Seperti yang anda tahu untuk bahagian ini, format yang diberikan memerlukan anda untuk memerhatikan contoh carta yang diberikan seperti di bawah. Selepas itu anda diminta untuk memberikan ulasan dan pendapat bernas anda yang mana panjang ulasan karangan yang diperuntukkan kepada anda adalah antara 80 hingga 100 patah perkataan sahaja. Tidak boleh lebih daripada. Bermakna ulasan karangan anda mesti berfakta, padat dan bernas.

Piramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan. Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

Related Documents


More Documents from ""