Contoh Soalan Kajian Luar Geografi 942 Stpm

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Soalan Kajian Luar Geografi 942 Stpm as PDF for free.

More details

  • Words: 486
  • Pages: 4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG JALAN SEMENYIH, 43000 KAJANG, SELANGOR

PAKEJ LATIHAN SEMASA CUTI TINGKATAN 6 ATAS

GEOGRAFI STPM

1.

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan pelancongan:

(a)

Huraikan bukti-bukti yang menjadikan kawasan tersebut menjadi tarikan pelancong. [9 m]

(b)

Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut, dan [9 m]

(c)

Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah pemncemaran kawasan tersebut.[8 m]

2.

Berdasarkan pemerhatian yang telah anda jalankan di satu kawasan pertanian:

(a)

Nyatakan cirri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut. [9 m]

(b)

Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan mempengaruhi kegiatan pertanian dikawasan tersebut. [ 8 m]

(c)

Huraikan dampak kegiatan pertanian terhadap persekitaran fizikal kawasan tersebut. [8 m]

Silamat bercuti.....

Skema Soalan 1 a) Kajian luar • Panduan: kawasan kecil yang terkenal, sebut nama kawasan tersebut, satu sahaja, dan jangan terlalu luas. •

Faktor tarikan kawasan 1. Tarikan fizikal seperti pulau, pantai, hutan, dan sebagainya. 2. Tarikan khusus seperti bandar, pusat perdagangan atau membeli belah, dan tempat bersejarah. 3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi pelancongan seperti feri, penerbangan, dan keretapi. 4. Kemudahan yang disediakan di lokasi pelancongan: penginapan, restoran, riadah dan sukan, tempat membeli belah. 5. Promosi dan galakan terutama oleh kerajaan seperti pesta kebudayaan, sukan dan perayaan kaum.

b) Kesan aktiviti pelacongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut, antaranya ialah: 1. Perubahan lanskap daripada keadaan semulajadi kepada buatan manusia misalnya dari hutan bakau kepada chalet, motel, hotel, restoran dan padang golf. 2. Kesan hakisan di cerun-cerun bukit. 3. Pencemaran air laut atau sungai akibat penyaliran sisa dan kumbahan. 4. Gangguan terhadap ekosistem daratan akibat penyahutanan. 5. Perubahan suhu mikro terutama di kawasan tanah tinggi. 6. Pencemaran persekitaran seperti longgokan sampah sarap dan sisa makanan di kawasan perkelahan.

c) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah pencemaran kawasan tersebut: 1. Langkah perundangan meliputi penggubalan akta dan peraturan, penguatkuasaan undang-undang, pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar. 2. Amalan pengurusan yang strategik terutama sisa buangan rawatan dan pelupusan. 3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada pengusaha pelancongan.

Soalan 2 a)

- Menamakan kawasan pertanian yang telah dikaji contoh cameron Highland. - Menyatakan tarikh kajian - Menyatakan kaeadah kajian seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik. - Menyatakan ciri-ciri pertanian kawasan tersebut dari aspek jenis tanaman, keluasan, pemilikan, skala operasi, teknologi yang digunakan.

b)

- Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi, jenis tanah, saliran suhu dan hujan. - Faktor manusia seperti buruh, pasaran, teknologi, pengangkutan, penyelidikan, dasar kerajaan, kemudahan asas.`

c)

Dampak alam sekitar 1. Perubahan lanskap daripada keadaan semulajadi kepada buatan manusia misalnya dari hutan kepada tanaman seperti sayuran. 2. Kesan hakisan di cerun-cerun bukit. 3. Pencemaran air sungai akibat penyaliran sisa dan kumbahan, penggunaan racun dan baja kimia. 4. Gangguan terhadap ekosistem daratan akibat penyahutanan. 5. Perubahan suhu mikro terutama di kawasan tanah tinggi. 6. Pencemaran persekitaran seperti longgokan sampah sarap dan sisa makanan di

kawasan perkelahan.

Related Documents