Contoh Proposal Pakej Rangsangan Ekonomi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Proposal Pakej Rangsangan Ekonomi as PDF for free.

More details

  • Words: 435
  • Pages: 2
PERMOHONAN PERUNTUKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BAGI PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM 1. Institut/Pusat : .................... 2. Jenis Kerja : Menyelenggara Kemudahan Ladang ..................... 3. Nilai : RM 465,000.00 (Empat ratus enam puluh lima ribu) 4. Tajuk / Cadangan : i.

Baikpulih teres bukit bagi jalan masuk utama ke ladang

ii.

Baikpulih longkang jalan ladang dan pembinaan ‘sum’ serta culvert di lokasi yang mengalami kerosakan kritikal

iii.

Penyelenggaraan dan pemasangan komponen pengairan untuk lokasi tanaman kekal yang terletak jauh dari sumber air

iv.

Penyelenggaraan dan pembersihan sisa kayu yang terendam dalam tasik takungan air di .....

v.

Pembinaan ‘Stor Berpusat’ berukuran 60 x 30 kaki berhampiran kawasan latihan di .....

5. Objektif : i.

Membaikpulih teres lereng bukit bagi laluan utama dan sekitar ladang .... yang didapati runtuh akibat kemerosotan struktur tanah serta didorong oleh cuaca buruk yang tidak menentu pada bulan Oktober hingga Disember yang lalu

ii.

Meningkatkan keupayaan saliran longkang untuk menampung air hujan pada kadar yang maksimum

iii.

Meningkatkan kemudahan pengairan ladang bagi tanaman kekal untuk memastikan peratus pokok yang mati/rosak adalah menurun

iv.

Meningkatkan sumber air bagi pengairan ladang .....

v.

Meningkatkan kemudahan Stor Utama ladang yang dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan stor penyimpanan dan kehilangan harta benda ladang

6. Penjelasan Permohonan a. Sebab-sebab diperlukan : i.

Keadaan muka bumi ladang yang berbukit menyebabkan pembinaan jalan bagi laluan masuk ke ladang dibina di lereng bukit yang curam. Oleh itu, langkah pencegahan dengan menstruktur semula teres lereng bukit tersebut amatlah diperlukan

ii.

Longkang yang dibina ditepi jalan adalah dibina secara konkrit bertetulang dan terbentuk secara semulajadi akibat laluan air. Oleh yang demikian dicadangkan untuk menggantikannya dengan longkang berbentuk ‘V’ yang lebih tahan lasak

dan pembinaan ‘sum’ pada sesetengah lokasi juga adalah sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan dari aliran air melimpah ke jalan utama ladang iii.

Penyelenggaraan sistem pengairan ladang dan pemasangan komponen pengairan ladang ke lokasi tanaman kekal adalah penting untuk memastikan semua tanaman dapat hidup dengan subur.

iv.

Keperluan terhadap kawasan takungan air yang kini didapati tidak dapat digunakan disebabkan terdapat sisa kayu dan mendapan lumpur akan mengurangkan kadar takungan air yang dapat ditampung oleh tersebut. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan dapat dilaksanakan untuk penggunaannya secara maksimum

v.

Pembinaan ‘Stor Berpusat’ amatlah diperlukan untuk memastikan sistem pengurusan dan penyimpanan harta benda ladang dapat diuruskan lebih cekap serta peningkatan latihan dan pembelajaran pelatih

b. Implikasi sekiranya permhonan tidak diluluskan i.

Kemudahan dan prasarana ladang tidak dapat digunakan secara maksimum dan kos penyelenggaraan pada masa depan akan terus meningkat seiring dengan kemerosotan dan kerosakan yang sedang dialami sekarang

c. Perkiraan terperinci mengenai spesifikasi dan anggaran kos yang diperlukan bagi permohonan peruntukan dinyatakan pada lampiran 1

Related Documents