RANCANGAN PERNIAGAAN PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI
Disediakan Oleh : Mohd Fadzli Bin Nordin
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
JADUAL KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
1.
Ringkasan Eksekutif
3
2.
Pengenalan
4
3.
Tujuan Penyediaan
5
4.
Latar Belakang Perniagaan / Syarikat
6
5.
Latar Belakang Pemilik
9
6.
Rancangan Organisasi / Pengurusan
11
7.
Rancangan Pengeluaran / Operasi
12
8.
Rancangan Pemasaran
47
9.
Rancangan Kewangan
83
10.
Jadual Perlaksanaan Projek
94
11.
Rumusan
98
2
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
1.0
RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian.
Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang pertanian.
Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di kawasan Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.
Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan pinjaman Tabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.
3
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
2.0
PENGENALAN Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.
Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk
diguna
pakai
oleh
pengusaha
bagi
peningkatan
hasil
pengeluaran dan pendapatan.
Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional.
4
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
3.0
TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini.
Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk Makanan (3F) bagi menampung kos permulaan projek ini.
Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.
5
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4.0
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT
4.1
Maklumat Syarikat Nama Syarikat
:
ABCD Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran
:
0123456789
Alamat Perniagaan :
12-B, Tingkat 5, Wisma XXX, Jalan Sinar Maju 2/21, 51000 Kuala Lumpur
No. Telefon
:
03-98765432
No. Faks
:
03-45678900
Bidang Perniagaan :
Pertanian dan industri asas tani.
Jenis Perniagaan
:
Sendirian Berhad
Modal Dibenar
:
RM 1,000,000
Modal Berbayar
:
RM 1,000,000
Taraf Syarikat
:
100% Bumiputera
Lembaga Pengarah :
1) Ali bin Abu 2) Ahmad bin Abu 3) XXXX 4) YYYY
Setiausaha Syarikat :
DEFGH Management Sdn. Bhd.
Alamat Setiausaha : Juru Audit Syarikat : Alamat Juru Audit
IJKLM Public Accountant
:
6
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4.2
Objektif, Visi Dan Misi Objektif
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik.
Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.
Visi Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.
Misi Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.
4.3
Strategi Perniagaan Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut :
Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluarannya.
Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.
7
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.
4.4
Maklumat Asas Projek Nama Projek
:
Penanaman Cili Merah Secara Kaedah Sistem Fertigasi
Lokasi
:
Pontian, Johor
Keluasan Tanah
:
5 Ekar
Kapasiti Tanaman :
5,000 Pokok
Struktur
:
10 buah Rumah Pelindung Tanaman
Sistem Pengairan
:
Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha :
Syarikat ABCD Sdn. Bhd.
Anggaran Kos
:
RM 275,000
:
75,000 kg setahun
:
RM 300,000 setahun
:
2 Tahun
Permulaaan Anggaran Hasil Pengeluaran Anggaran Kasar Pendapatan Tempoh Pulang Balik Modal
8
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
5.0
LATAR BELAKANG PEMILIK
5.1
Ahli Lembaga Pengarah 1)
Ali Bin Abu
Gambar
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan
kewangan
dan
sumber
manusia.
Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi .
2)
Ahmad Bin Abu
Gambar
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan
kewangan
dan
sumber
manusia.
Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
9
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
3)
YYYYYY
Gambar
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan
kewangan
dan
sumber
manusia.
Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
4)
XXXXX
Gambar
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusan
kewangan
dan
sumber
manusia.
Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
10
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
6.0
RANCANGAN PENGURUSAN Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat ABCD Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.
Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3 orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi setiap projek yang dilaksanakan.
Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia Projek dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah dirancangkan.
6.1
Carta Organisasi
Pengarah Urusan
Pentadbiran & Kewangan
Jualan & Pemasaran
Projek Tanaman Fertigasi
Lembaga Pengarah
Teknikal & Operasi
Lain-Lain Projek Pertanian
11
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.0
RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
7.1
Sistem Fertigasi Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti
penyakit
akar
seperti
penyakit
Phytium,
Fusarium,
Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).
Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.
12
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ , ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).
Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah : 1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
13
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah penyakit. 3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak. 4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya. 5. Tiada masalah merumpai/ merumput. 6. Kualiti yang lebih baik. 7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi. 8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik. 9. Kurang penggunaan racun. 10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik. 11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.
7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah : 1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan + Kalis Serangga). 2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini. 3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan. 4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.
14
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional Perbandingan Jenis Tanaman Struktur Pelindung Hujan
Fertigasi Tanaman jenis dan buah Wajib ada
Tanah sayur Semua jenis tanaman
Jaring Kalis Serangga
Wajib ada
Sistem Pengairan Varieti Tanaman Air Modal Tapak Tanah Elektrik Pengetahuan Teknikal Keadaan Tanah Kos Operasi Risiko Penyakit Risiko Kekeringan
Titis dan baja Bebas Jenis hybrid Sebarang jenis Air bersih Bebas Tinggi Rendah Mesti rata Tidak perlu rata Mesti ada Tidak perlu Sangat perlu Perlu Tidak penting Perlu subur Rendah kerana sistem Tinggi untuk baja, automatik racun, merumput dsb. Rendah Tinggi Sederhana Tinggi
Keseragaman Pokok
Seragam
Tidak perlu Tidak perlu
Tidak seragam
7.1.2 Tanaman Cili Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.
Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di Jadual 1.
15
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram).
16
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili.
Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ , sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.
Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4.
7.2
KEPERLUAN OPERASI
7.2.1 Pembangunan Infrastruktur Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu. 1) Penyediaan Kawasan
Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
Pembinaan
sistem
perparitan
dan
saliran
untuk
mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.
17
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Pemagaran
kawasan
untuk
keselamatan
dari
haiwan
perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.
2) Sumber Air dan Elektrik
Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini.
3) Bangunan Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.
Pusat pengumpulan hasil ladang.
Pejabat pengurusan projek.
7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini. a) Rumah Pelindung Tanaman
18
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah : 1. Besi G.I. ½ ”
Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur.
Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman.
Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur utama.
2. Besi G.I. 1”
Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ” tadi.
Biasanya, panjang adalah 4 kaki.
3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)
Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat tiang besi.
19
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4. Klip PVC Hitam
Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.
5. Plastik UV Lut Sinar
Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah pelindung tanaman.
6. Jaring Kalis Serangga
Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling
struktur
pelindung
tanaman
sebagai
penghalang kemasukan serangga perosak .
Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar menggantikankan jaring kalis serangga.
20
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
b) Sistem Pengairan Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah : 1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) 2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) 3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 4. Penitis (Pen Dripper 6mm) 5. Elbow PVC 1” 6. Socket Valve 1 ½ ” 7. Socket Valve 16mm 8. Ball Valve 1 ½ ” 9. Ball Valve 1” 10. Nripper / Adapter 11. Rubber Gromet Set 16mm 12. Tangki Nutrient 200/600 gelen 13. Pam Air 1.5 HP 14. Timer (Pemasa) 15. PH Meter 16. EC Meter 17. Penapis Air
21
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
c) Bahan Input Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input : 1. Benih Tanaman – Cili 2. Tray Semaian ’Plug’ 3. Polibeg 14” x 16” 4. Media Semaian 5. Media Tanaman 6. Plastik ’Silver Shine” 7. Baja Fertigasi (set A & B ) 8. Racun Serangga 9. Racun Kulat 10. Kayu Penyokong 11. Dawai 12. Batu Simen / Bata
22
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.2.3 Tenaga Buruh Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah seperti berikut :
7.3
BIL
TENAGA KERJA
JUMLAH
1.
Penyelia
1 Orang
2.
Buruh Am
4 Orang
FUNGSI Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual tanaman Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia.
PERLAKSANAAN Untuk
melaksanakan projek
tanaman cili secara
fertigasi ini,
pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :
23
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
1) Penyediaan biji benih 2) Semaian Anak Benih 3) Membuat Larutan Stok 4) Penyediaan Beg Tanaman 5) Penanaman 6) Pembajaan 7) Pengurusan Sistem Pengairan 8) Kawalan serangga perosak dan penyakit 9) Penyelenggaraan tanaman 10)Penuaian 11)Pengendalian Lepas Tuai
7.3.1 Penyediaan Biji Benih Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.
Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.
24
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.3.2 Semaian Anak Benih Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan.
Dengan menggunakan
biji benih
yang
diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.
Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.
Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah. Lubang-lubang
biji benih ini jangan dikambus
terlalu padat.
Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung
25
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus.
Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman.
7.3.3 Membuat Larutan Stok Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada
sebatian
mengelakkan
yang
berlakunya
mengandungi tindak
balas
PO4 kimia
dan dan
SO4
untuk
terjadinya
pemendakan.
Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa
26
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.
7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.
Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan begbeg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.
27
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.3.5 Penanaman Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai
ini
mestilah
cukup
tinggi
(2.5
m)
untuk
mewujudkan
pengudaraan yang baik.
Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan
pada
setiap
pokok
untuk
memastikan
kesemuanya
menerima titisan larutan baja.
7.3.6 Pembajaan Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi
28
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper. Larutan Wyne : SET A
SET B
1. Kalsium Nitrat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Ferum EDTA Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat
Larutan Cooper :
SET A
SET B
1. Kalsium Nitrat 2. Ferum
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat
29
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Formulasi
baja
tersebut
kemudiannya
dilarutkan
mengikut
kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.
Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili Bagi bancuhan larutan 100 liter air :
BAJA SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum EDTA
KADAR (GRAM)
11,300 164
SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat
11,100 1,750 5,640 15.4 0.78 2.2 30 0.18
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6
30
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.
Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini. Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.
31
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit 1) Kawalan Serangga Perosak Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.
Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :
Nama Perosak
Bahagian Diserang
Kutu Daun (Aphis spp.)
Daun, bunga dan buah muda
Kutu Thrips (Thrips spp.)
Daun dan bunga
Peringkat Pokok Diserang Semua peringkat
Semua peringkat
Simptom
Kawalan
Daun menjadi Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot, atau imidachloprid bunga gugur dan buah pada peringkat terbantut. awal selepas menanam. Sembur racun permethrin, cypermethrin atau dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari. Daun menjadi Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot dan atau imidachloprid bunga gugur. pada peringkat awal selepas menanam. Sembur racun chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
32
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.)
Daun dan buah
Peringkat berbuah
Daun dan buah berlubanglubang
Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan melebihi tahap 5%
Lalat Buah (Bactocera)
Buah
Peringkat berbuah
Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur.
Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula berbuah.
Hamama Merah (Tetranychus spp.)
Daun dan bunga
Pokok Matang
Daun berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut.
Sembur dengan racun amitraz, dicofol, malathion atau prothiofos
2) Kawalan Penyakit Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan penyakit.
Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah :
Penyakit
Penyebab
Antraknos Buah
Colletotrichum capsici
Bahagian Diserang Buah
Cara Merebak Biji benih, angin
Simptom Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekoklekok ini akan membesar,
Kawalan Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau thiram. Musnahkan pokok yang diserang. 33
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur.
Sembur dengan racun kulat mancozeb
Bintik Daun
Cercospora capsici
Daun dan tangkai daun.
Angin
Terdapat bintikbintik kecil bulat berwarna perang pada daun.
Musnahkan bahagian yang kena serang. Sembur racun benomyl
Hawar Pucuk
Choanephora cucurbitarum
Pucuk
Angin
Terdapat sporaspora hitam pada pucuk yang kena penyakit. Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam
Rawatan awal diperingkat biji benih. Musnahkan pokok yang diserang.
Reput Pangkal
Sclerotium rolfsii
Pangkal pokok
Tanah
Daun layu, terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi pada pangkal pokok. Pangkal pokok menjadi hitam dan mereput.
Cabut, bakar dan musnahkan keseluruhan pokok yang kena penyakit.
Lecuh Anak Pythium sp., Batang Rhizoctonia sp. anak benih Benih
Tanah dan air
Di pangkal anak benih seakanakan lecuh. Serangan yang teruk menyebabkan anak benih tumbang.
Rawatan benih di peringkat awal. Elak siraman berlebihan Pastikan tapak semaian mempunyai saliran yang baik.
Pseudomonas solanacearum
Tanah, air dan sentuhan akar
Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan
Cabut dan bakar pokok berpenyakit. Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.
Layu Bakteria
Daun dan batang
34
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
cecair jaluran putih. Mozek Daun
Mosaic virus
Semua bahagian pokok
Biji benih, kutu daun sebagai pembawa penyakit.
Daun berbintik Cabut dan bintik dan bakar pokok berkerekot. Urat berpenyakit. daun Tentukan membengkak . saliran baik di Pokok bantut dan kawasan tapak kurang berbuah. projek. Buah menjadi Elak guna biji kecil dan berubah benih yang bentuk. berpenyakit. Kawal serangga pembawa virus iaitu kutu daun dan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos. Kawal rumpai yang menjadi perumah serangga pembawa virus.
7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :
35
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
GERAK KERJA
HARI / MASA
AKTIVITI
PERSEDIAAN AWAL
25 Hari Sebelum Tanam
PENYEMAIAN BENIH
20 Hari Sebelum Tanam
Mengira keperluan baja dan coco peat. Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian coco peat. Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja. Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.
Menyediakan dulang semaian. Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat moss. Melembapkan medium percambahan. Merawat anak benih dengan racun kulat ’Thiram’. Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug). Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang). Menutup lubang berisi biji benih. Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer. Menutup dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium percambahan supaya tidak 36
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
kering. PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN
19 Hari Sebelum Tanam
PENIMBANGAN BAJA
18 Hari Sebelum Tanam
PEMBESARAN ANAK BENIH
16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam
PENYEDIAAN BEG TANAMAN
20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam
Membersihkan takung pembesaran. Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih. Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik. Menetukan alat pengatur masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman). Menimbangkan baja menggunakan formulasi yang betul. Membancuh baja stok. Gunakan tong biru (tebus guna) muatan 100 liter.
Membuka plastik yang menutup dulang semaian. Memindahkan dulang semaian ke dalam takung pembesaran. Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan. Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5 Memerhatikan pertumbuhan anak pokok. Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak. Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tandatanda kerosakan. Membilas coco peat. Mengetoskan coco peat. Menimbangkan coco peat 2 – 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah ditoskan).
37
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
PENANAMAN
0 Hari
Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman. Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke dalam rumah tanaman. Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris. Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg. Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat. Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.
Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman. Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih. Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug. Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan. Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar. Mencucuk penitis
38
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
PENYELIAAN SELEPAS MENANAM
1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam
3 Hari Selepas Tanam
berhampiran dengan pangkal anak pokok. Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada anak benih. Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak. Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan. Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang. Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok. Menghidupkan pam sekali pada awal pagi. Pastikan bahawa medium tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati. Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit. Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5 Menghidupkan pam,
39
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.
4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam
7 Hari Selepas Tanam
7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam
Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan.
Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar.
Membuat rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’. Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml atau FoliR-Fos sebanyak 13 ml ke
10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam
PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK
Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari. Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak. Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya. Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar.
40
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam
30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan ( 2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua. Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.
Memacak dua batang panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili.
Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan berterusan apabila perlu.
20 Hari Selepas Tanam
MENGIKAT POKOK
dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok. Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan.
41
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali
MEMBILAS MEDIUM TANAMAN
Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok.
Bunga-bunga cili mesti menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah. Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini. Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili. Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan. Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara
28 Hari Selepas Tanam
MEMBANTU PENDEBUNGAAN
25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek
Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada. Ini bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan pokok mati.
42
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
MEMETIK BUAH
55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari
MENAMATKAN TANAMAN
150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai
Memetik buah cili masak. Membuat penggredan buah cili Memasarkan buah cili Memetik buah cili yang masak termasuk juga yang hijau. Mengasingkan yang masak dengan yang hijau. Mencabut semua pokok bersama akar dan memusnahkan semuanya.
7.3.10 Penuaian Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam.
Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
43
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.
Penyahhijauan Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %. Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam. Penggredan Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz, tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit atau perosak. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :
INDEKS KEMATANGAN
Indeks 1 (Tidak Matang)
KETERANGAN
GAMBARAN
Kulit berwarna hijau muda. Dipasarkan sebagai cili hijau
44
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Indeks 2 (Matang)
Indeks 3 (Cukup Matang)
Indeks 4 (Cukup Matang)
Kulit berwarna hijau tua. Keadaannya berkilat Dipasarkan sebagai cili merah. Kulit kelihatan berwarna hijau dan merah ataupun hijau merah. Dipasarkan sebagai cili merah. Kulit berwarna merah kehitaman (hampir masak). Keadaan ini masih boleh diterima oleh pasaran pada peringkat runcit. Kulit cili berwarna merah sepenuhnya.
Indeks 5 (Cukup Matang)
Kulit cili berwarna merah kehitaman. Indeks 6 (Cukup Matang)
Pembungkusan Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara bagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin (plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah sesuai.
45
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Penyimpanan Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5 jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .
7.4
CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN
46
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.0
RANCANGAN PEMASARAN Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkaraperkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :
1) Analisa Pasaran 2) Analisa Pesaing 3) Analisa Persekitaran 4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat) 5) Strategi Pemasaran 6) Pemilihan Strategi 7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan
8.1
ANALISA PASARAN
8.1.1
Takrif Dan Informasi Pemasaran Definisi : Pemasaran ”Adalah satu daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di mana
ia
melibatkan
penggunaan
hasil-hasil
pertanian
yang
mendatangkan manfaat kepada semua.”
Definisi : Jualan ”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau urusniaga.”
47
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.2
Proses Pemasaran HIMPUNAN SETEMPAT Kawasan Pengeluaran HIMPUNAN PUSAT Kawaan Pengumpulan PEMPROSESAN / PENGILANGAN Perubahan Bentuk PEMBORONGAN Pasaran Borong PERUNCITAN
8.1.3
Saluran Pemasaran PENGELUAR
EJEN / BROKER
PEMBORONG
PEMBORONG
PERUNCIT
PERUNCIT
PERUNCIT
48
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.4
Penetapan Harga Sistem Hantaran
PENGELUAR
PEMBORONG
AKTIVITI JUALAN
PENGELUAR
8.1.5
Sayur dihantar pemborong. Harga tidak diketahui. Semua jenis gred
kepada
Persetujuan hantaran. Tiada apa-apa bayaran
Jualan secara tunai. Pengeluar – menanggung kerosakan, susun. Pemborong – ambil upah dan kos yang terlibat.
Pembayaran pemborong.
yang
dibuat
oleh
Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong Sasaran :
Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.
Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna sasaran. Penetapan harga adalah dipengaruhi oleh : 1) Masa 2) Kualiti 3) Kuantiti 4) Permintaan 5) Persaingan
49
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata) Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI
1996 (RM)
1997 (RM)
1998 (RM)
1999 (RM)
2000 (RM)
KEDAH
3.16
2.70
3.58
N/A
3.45
PERAK
1.30
4.32
5.89
N/A
4.41
JOHOR
4.45
4.30
5.32
N/A
3.79
KELANTAN
2.79
2.87
4.80
N/A
4.57
TERENGGANU
2.27
2.53
3.38
N/A
3.14
PERLIS
2.74
2.19
NIL
N/A
NIL
SELANGOR
2.56
1.70
1.80
N/A
7.50
PAHANG
4.38
3.43
5.10
N/A
3.53
SARAWAK
2.43
3.30
4.11
N/A
5.06
MELAKA
3.40
5.07
5.65
N/A
5.75
P.PINANG
3.53
3.32
4.63
N/A
NIL
N.SEMBILAN
2.83
3.36
4.35
N/A
3.46
SABAH
NIL
NIL
2.8
N/A
NIL
PURATA
3.16
3.30
4.48
N/A
3.95
50
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata) Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN 1996 (RM)
1997 (RM)
1998 (RM)
1999 (RM)
2000 (RM)
KEDAH
4.16
4.00
5.53
N/A
5.03
PERAK
1.40
5.12
6.56
N/A
5.12
JOHOR
5.31
5.51
6.61
N/A
5.21
KELANTAN
3.28
3.53
4.89
N/A
5.09
TERENGGANU
3.36
3.44
4.76
N/A
4.25
PERLIS
4.65
4.62
NIL
N/A
NIL
SELANGOR
6.13
5.48
7.92
N/A
6.43
PAHANG
5.62
5.30
7.26
N/A
6.01
SARAWAK
4.29
5.20
5.53
N/A
6.93
MELAKA
5.29
5.21
6.47
N/A
5.59
P.PINANG
4.45
4.49
5.89
N/A
4.86
N.SEMBILAN
4.05
4.85
5.65
N/A
4.99
SABAH
2.56
2.66
2.83
N/A
6.05
WILAYAH
5.04
4.83
6.05
N/A
5.74
PURATA
4.54
4.73
6.13
N/A
5.46
NEGERI
51
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata) Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI
1996 (RM)
1997 (RM)
1998 (RM)
1999 (RM)
2000 (RM)
KEDAH
5.71
6.30
7.82
N/A
7.20
PERAK
1.90
6.59
7.59
N/A
6.78
JOHOR
6.34
6.92
8.67
N/A
6.99
KELANTAN
4.31
4.89
6.07
N/A
6.09
TERENGGANU
4.65
4.92
6.99
N/A
6.19
PERLIS
5.77
5.76
NIL
N/A
NIL
SELANGOR
7.06
7.41
8.87
N/A
7.55
PAHANG
6.68
6.30
8.83
N/A
8.00
SARAWAK
6.20
7.58
7.39
N/A
8.91
MELAKA
6.51
6.33
7.77
N/A
6.99
P.PINANG
5.54
5.83
7.91
N/A
6.17
N.SEMBILAN
6.03
6.73
8.35
N/A
6.19
SABAH
4.33
6.65
NIL
N/A
8.31
WILAYAH
6.84
7.52
8.74
N/A
7.57
PURATA
5.88
6.53
7.92
N/A
7.20
52
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi Dan Isi Rumah. TAHAP PENGGUNAAN TAHUN
INSTITUSI (MT)
ISI RUMAH (MT)
KILANG (MT)
1991
5,282.30
21,684.40
2,037.00
1992
5,431.70
22,248.20
1,963.00
1993
4,252.10
22,826.70
13,215.00
1994
5,203.90
23,420.20
15,197.30
1995
5,984.50
24,029.10
17,476.80
1996
6,882.20
24,653.90
20,098.40
1997
7,914.50
25,294.90
23,113.10
1998
9,101.70
25,952.50
2,658.10
8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di dunia, namun begitu negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas berbanding benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua Afrika mempunyai kawasan tanaman seluas 204,890 hektar. Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998 Amerika Tengah
Afrika
Asia
Eropah
Amerika Latin
Amerika Selatan
Amerika Utara
119,730
204,890
688,710
145,411
149,350
28,438
29,620
53
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi bagi pasaran luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering. Namun yang demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah cili Bangi, cili Kulai, cili merah dan cili api.
Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan sumber The Chilli Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi 46% pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7,025,360 metrik tan pada bulan Disember 2002 .
Negara pengeluar utama cili dunia adalah : NEGARA PENGELUAR
JUMLAH PENGELUARAN ( 1 MT = 1000 KG)
China 7,025,360 Turkey 1,390,000 Mexico 1,181,924 Nigeria 970,000 Sepanyol 888,400 USA 760,810 Egypt 369,500 Korea 322,341 Indonesia 274,022 Italy 245,800 Netherlands 240,000 Tunisia 210,000 Yugoslovia 209,000 Morocco 203,700 Romania 191,376 Algeria 190,000 Bulgaria 185,000 Japan 165,000 Hungary 140,000 Macedonian 110,676 Greece 110,000 JUMLAH 15,382,909 Sumber : The Chili Pepper Institute, Disember 200
54
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju Pendekatan utama yang di kenal pasti bagi menjamin daya saing pasaran cili ialah pasaran domestik dan pasaran eksport . Maka aktiviti pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan segmen yang terlibat .
1) Pasaran Domestik Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara. Faktor menggalak seperti promosi, memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-sayuran , contohnya dalam pemakanan harian.
”Kempen
Makan
Sayur-Sayuran”
perlulah
dilihat
kepada
kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara. Usaha ini akan dapat mengurangkan bil import, seterusnya mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di samping itu, galakan perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel, sekolah, pusat latihan
menggunakan
sepenuhnya
sayur-sayuran
tempatan.
Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayursayuran tempatan terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan.
2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara) Pasaran eksport utama cili Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu
55
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
diperkenalkan
dan
hantaran
percubaan
akan
dibuat
bagi
memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara khususnya pasaran baru di negara-negara EU.
Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong dengan program promosi perlu dilaksanakan secara berkesan. Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti cili dan berdaun dikenal
pasti
sebagai
peluang
pasaran
ke
negara-negara
pengimport utama sayur-sayuran Malaysia.
8.1.11 Masalah Pemasaran a) Harga Tidak Stabil Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan mengikut keadaan semasa.
b) Kurang Saluran Pemasaran Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan pengguna, pemborong dan peruncit.
c) Kurang Maklumat Pasaran Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasilhasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat
56
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan pasaran semasa.
d) Kurang Prasarana Wujudnya
masalah
kekurangan
kemudahan
seperti
saluran
pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.
e) Bekalan Tidak Terjamin Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.
f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan mengakibatkan pembaziran.
g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu Wujudnya
peraturan-peraturan
tertentu
yang
menghadkan
pengagihan pemasaran.
h) Sistem Pembungkusan Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.
57
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
i) Persaingan Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili yang lain.
j) Kurang Pendedahan Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di luar negara.
8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah i) Pendekatan konsep ”Pasaran Pengeluaran Pemasaran” ii) Penyebaran maklumat pasaran iii) Mempertingkatkan promosi iv) Penggunaan teknologi terkini v) Pengwujudan industri hiliran cili vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran vii) Perlaksanaan penguatkuasaan
8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan i) Berkualiti ii) Jaminan pengeluaran iii) Pengendalian yang sempurna iv) Kos pengeluaran yang minima v) Pembungkusan yang baik vi) Kecekapan operasi ladang kontrak vii) Memenuhi citarasa pembeli
58
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
viii)Keberkesanan aktiviti promosi ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin x) Berdaya saing xi) Bijak mencari peluang
8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia Cili merupakan salah satu sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia. Berdasarkan jadual eksport import cili Malaysia, kita boleh merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan agak statik dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus meningkat dari tahun 1995 – 2001 itu.
59
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
60
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.1.13 Pasaran Domestik Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi. Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008, 2009 dan sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikut pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos atau cili giling.
61
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.
8.2
ANALISA PESAING
8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili Analisis
dayasaing
dilaksanakan
bagi
menentukan
kedudukan
Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara pesaing utama iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang merupakan sumber import negara.
Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah ’Peta Dayasaing’ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari segi perniagaan, teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran terbuka ( rujuk Peta 1).
62
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap : i) Dominan ii) Berdaya Maju iii) Lemah
Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi angkubah kos pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan penghasilan (atau lain-lain angkubah yang sesuai) di antara negaranegara pesaing.
Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba di pasar borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos
63
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan angkubah hasil (tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi.
Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing teknologi bagi tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan disejukkan.
8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil Persaingan di pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan harga cili yang di import (harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan penghasilan cili se hektar bagi negara-negara pesaing (rujuk Peta 2).
64
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing teknologi memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha) berbanding negara-negara pesaing. Indonesia pula berada pada kedudukan
terkebelakang
dalam
dayasaing
teknologi
dengan
penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah China dengan kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan kadar hasil 14.44 tan/ha.
Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan lemah kerana harga borong yang tinggi berbanding harga import dari negara-negara pesaing.
Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling rendah, diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil kira dayasaing teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan dominan dalam dayasaing teknologi dan lemah.
Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”breakout-strategies” , dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan pemasaran hasil.
Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg. Harga cili di peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan harga borong pula adalah RM 4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam
65
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang, borong dan runcit.
8.3
ANALISA PERSEKITARAN Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat beberapa insentif kerajaan di dalam pelaburannya. 1) Insentif Bukan Cukai 2) Insentif Potongan Cukai 3) Insentif Mengikut Projek Naungan
8.3.1
Insentif Bukan Cukai i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme Diuruskan oleh Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998. Pelaburan cili mendapat kemudahan secara langsung atau tidak langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport seperti berikut :
a) Kemudahan Pasca Penghantaran Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya RM10 juta.
b) Kemudahan Sebelum Penghantaran Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000 ataupun 80% daripada pinjaman asal.
66
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes Skim ini ditubuhkan pada tahun 1977 dan equitinya dipegang oleh Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk menolong mempromosikan eksport dan pelaburan.
iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF) Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dengan pembiayaan permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah untuk skim berikut : a) Business Planning And Development Scheme b) Process Improvement And Product Development Scheme c) Productivity And Quality Certification Scheme d) Market Development Scheme
iv) Fund For Food Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank Pertanian Malaysia pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta.
8.3.2
Insentif Potongan Cukai Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai produk yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of Investment Act, 1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh dibuat secara sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan
67
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan dan duti juga boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax Act, 1972” dan “Excise Duty Act, 1976”.
i) Promotion Of Investment Act, 1986 Adalah dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh dipohon daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan perkara-perkara yang boleh dipohon adalah : a) Pioneer Status b) Invesment Tax Allowance c) Infrastructure Allowance d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports
ii) Income Tax Act, 1967 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta ini adalah seperti berikut : a) Agriculture Allowance b) Reinvestment Allowance c) Double Deduction On Research And Development d) Double Deduction For Training e) Double Deduction For Insurance Premiums f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name
68
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses h) Industrial Building Allowance i) Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture Projects j) Special Tax Treatment For Gift k) Tax Exemption Of Increased Exports l) Special Capital Allowances
iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act, 1976 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pengecualian cukai boleh dipohoon kepada perkara-perkara berikut : a) Sektor Pertanian b) Aktiviti Penyelidikan c) Aktiviti Latihan d) Kawalan Alam Sekitar
8.3.3
Insentif Mengikut Projek Naungan Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian Pertanian adalah seperti berikut : i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) ii) Kualiti Dan Standard iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang iv) Projek Perdana
69
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan
Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM) Satu kemudahan yang disediakan khas dengan kemudahan asas untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana pihak MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh agensi pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai RM10,000 / hektar, telah dijalankan.
Kualiti Dan Standard FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Enakment Dan PeraturanPeraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975 adalah berkaitan.
Skim Akreditasi Tanaman Ladang Skim di bawah Kementerian Pertanian ini menggalakkan golongan pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan pemeriksaan perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.
70
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Projek Perdana Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong oleh badan tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan bantuan.
Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian mempunyai tugas memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi oleh Jabatan Pertanian dan MARDI.
8.4
ANALISA SWOT
8.4.1
Analisis Matrik TOWS Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat analisis (analysist’s tool) yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan (W), peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan tanaman cili di Malaysia. Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI KEKUATAN (S) 1. Mempunyai tanah subur, iklim sesuai dan kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran. 2. Teknologi pengeluaran dan pengendalian lepas tuai yang cekap. 3. Penggunaan dalam negeri bertambah.
KELEMAHAN (W) 1. Benih import. 2. Kebun kecil dan berselerak. 3. Kurang pekerja. 4. Kos pengeluaran yang tinggi. 5. Mudah rosak. 6. Harga tidak stabil. 7. Kurang maklumat pasaran. 8. Tidak memenuhi
71
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4. Rantaian pasaran kukuh. 5. Khidmat sokongan agensi kerajaan. PELUANG (O) 1. Insentif dan galakan kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran. 2. Penggantian import. 3. Kesan WTO peluang eksport terbuka. 4. Kontrak pasaran dengan syarikat multinasional (contoh: pasaraya besar Giant, TESCO dll , Nestle
kehendak pasaran. 9. Sisa toksik yang tinggi.
Stretegi – SO Strategi – WO 1. S1/S2, O1/O2 /O3 – 1. W2, O1/O2/O3/O4 tingkat pengeluaran – tumpuan bagi memenuhi penanaman permintaan dalam ekstensif di tanah negeri. rendah 2. S1/S2, O5 – tingkat menggunakan pengeluaran untuk teknologi teroka pasaaran persekitaran eksport baru dan terkawal (seperti bangunkan pasaran sistem fertigasi) tradisi. atau organik bagi 3. S1/S2, O4 – tingkat mengurangkan sisa kecekapan dan kimia. produktiviti secara 2. W3/W4/W5, O1/O2/ ekstensif bagi O3/O4 – pengeluaran di pengeluaran secara tanah rendah. berkelompok / besar-besaran dengan mekanisasi persekitaran terkawal bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos. 3. W1, O1/O2 – bangunkan teknologi pengeluaran biji benih .
ANCAMAN (T) Strategi – ST 1. WTO dan AFTA 1. S3, T1/T2 – membuka peluang pendidikan dan bagi negara lain promosi pengguna mengeksport ke tentang kelebihan Malaysia. cili Malaysia. 2. Kemasukkan cili 2. S1/S2, T3 – harga murah dari wujudkan insentif Thailand, Indonesia, galakkan eksport China dan India. terutama 3. Tahap kesedaran kemudahan pengguna terhadap pengendalian lepas kesan makanan tuai dan pedas dan bertoksik pengangkutan.
Strategi – WT 1. W6, T1 – insentif galakan bagi menerokai pasaran eksport baru dan membangunkan pasaran tradisi. 2. W5, T2 – penggunaan cili import oleh institusi dan memproses. 3. W4, T2/T2 – teknologi baru bagi meningkatkan
72
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
tinggi meningkat.
3. S1/S2, T1/T2 – teknologi mengurangkan kos pengeluaran dan kos pemasaran.
kecekapan, produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran.
Strategi SO Menggunakan
kekuatan
dalaman
bagi
mengambil
kesempatan
peluang luaran.
Strategi WO Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran.
Strategi ST Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan kesan ancaman luaran.
Strategi WT Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman dan mengelakkan ancaman persekitaran.
8.4.2 Pemilihan Strategi 1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport. 2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah persekitaran terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.
73
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili dengan pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok menggunakan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kos pengeluaran. 4) Membangunkan teknologi pengeluaran biji benih yang toleran kepada penyakit. 5) Pendidikan dan promosi pengguna tentang kelebihan cili tempatan.
8.5
STRATEGI PEMASARAN
8.5.1 Strategi Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :
1) Strategi Produk Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran,
strategi produk perlu berkualiti, menitikberatkan
kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran jangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standard piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.
2) Strategi Harga Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,
74
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.
3) Strategi Promosi Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagi pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat kepada memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara penggunaannya.
4) Strategi Pengedaran Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan,
pembungkusan dan penyimpanan,
perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada kaedah
pemborongan
melalui
pasar
borong,
institusi
dan
pengilangan.
75
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran i) Rangkaian
pemasaran
pemborongan
dan
peruncitan
perlu
diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian pesaran FAMA seperti penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru yang telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.
ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi membolehkan pengguna mendapatkan produk.
iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’ bagi penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar.
iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan yang dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran keluaran Malaysia mempunyai standard yang tersendiri.
v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma disebabkan ciri mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba di pasaran. Perlindungan yang rapi dan sesuai perlu dipraktikkan bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dikeluarkan.
76
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang menggunakan bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai, perlu diubah. Trend permintaan pasaran yang memerlukan pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag dan bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik. Cara ini lebih sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan peratus kerosakan.
vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi mengelakkan
lambakan
sayur-sayuran
di
pasaran
yang
menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.
viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta menawarkan kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang kargo yang mencukupi bagi pengeksportan barangan segar dan mudah rosak perlu dikhaskan.
ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan pelaburan kepada syarikat luar yang melabur dalam sektor sayursayuran untuk tujuan eksport perlulah diadakan. Di samping itu, galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran gantian import perlu diperkenalkan.
77
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh dilaksanakan melalui cara berikut :
Mengadakan latihan usahawantani
Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani
Mewujudkan dana dan modal pusingan
Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan
Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain.
Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan dengan keperluan input pertanian.
xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara pengedaran.
Pengedaran
seperti
e-dagang
akan
menjadi
pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan keselesaan dan gaya hidup.
8.6
PEMILIHAN STRATEGI i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti berikut :
Kecekapan Pemasaran : Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman
78
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Kecekapan Faktor Dalaman : Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran
Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan
ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran.
Perkara
ini
boleh
berhubungkait
dengan
kos
pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor penyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada penanaman cili disebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang baik.
iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia adalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality” yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain).
iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan pelabuhan yang efisyen.
79
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting kepada perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif akan dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan perlaksanaan AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara persekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia.
vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary” untuk kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini adalah senjata terbaik Malaysia untuk mengelakkan komoditi yang tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkan harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan pengguna di Malaysia.
vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat mengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen dan kehilangan lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan (keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkan rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.
80
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8.7
FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam rancangan pemasaran cili adalah : BIL. 1.
ISU / MASALAH Harga yang tidak stabil
PEMANTAUAN
Pengeluaran tidak konsisten Maklumat pasaran terhad Jadual penanaman/pemasaran lemah Cuaca tidak stabil
2.
Kurang saluran pasaran
Maklumat terkini lambat Prasarana canggih di Malaysia
3.
Kurang maklumat pasaran
Penyebaran terhad Tidak menepati sasaran
4.
Kurang prasarana
Tidak menggunakan prasarana secara berkesan. Tidak menggunakan secara optima.
5.
Bekalan tidak terjamin
Mengikut musim dan selera petani
6.
Tidak memenuhi pasaran
Masih mengutamakan pengeluaran daripada pilihan pasaran.
7.
Perlaksanaan peraturan tertentu
Perubahan akta dan peraturan undang-undang.
8.
Sistem pembungkusan
Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi
9.
Persaingan
Perkara biasa dalam pasaran
10.
Kurang pendedahan
Kebanyakan petani buta maklumat.
11.
Kualiti Penyimpanan
Genetik baru / genetik ubahsuai.
81
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang selalunya tidak stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar dan petani mahu nilai tenaga yang disumbangkan
untuk
membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari.
iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang tidak konsisten kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang tahun. Oleh itu, faktor tersebut dan faktor-faktor lain seperti di dalam jadual di atas dapat di atasi dengan melahirkan produk cili yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan harga sepanjang tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan. Untuk melahirkan kualiti penyimpanan yang ini perlulah ada genetik baru yang boleh ditanam. Genetik ini diperolehi
sama ada dari
pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru.
82
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.0
RANCANGAN KEWANGAN Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 5,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah pelindung tanaman (berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di atas tapak seluas 5 ekar.
9.1
ANGGARAN KOS PERMULAAN Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah : 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran
9.1.1
Kos Pembangunan i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan BIL 1.
PERKARA Meracun rumpai dan tumbuhan secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah untuk mematikan tumbuhan supaya mudah dibersihkan.
KOS (RM) 2,500
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
2.
Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan jentolak / JCB untuk keluasan 5 ekar tanah.
5,000
83
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Kadar upah : RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja 3.
Kerja-kerja merata dan memadatkan tanah secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah.
2,500
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar Jumlah Kos
10,000
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana BIL
PERKARA
KOS (RM)
1.
Jalan Ladang
5,000
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Perparitan Pagar Kawasan Sumber Air Sumber Elektrik Bangunan Pejabat Operasi Rumah Pam Sistem Fertigasi Stor Peralatan dan Bahan Input Pusat Pengumpulan Hasil
5,000 5,000 2,500 2,000 15,000 10,000 7,500 7,500
Jumlah Kos
60,000
iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan Untuk memuatkan 5,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak 10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina dengan keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.
84
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
BIL
PERKARA
KOS (RM)
1.
Besi GI 1”
50,000
2.
Besi GI 1 ½ ”
20,000
3.
Klip Besi Long Hook 1”
15,000
4.
Klip PVC (hitam) 1”
10,000
5.
Plastik Politena UV Lut Sinar
5,000
6.
Jaring Kalis Serangga
5,000
7.
Upah Pemasangan
10,000
Jumlah Kos
115,000
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi BIL 1.
PERKARA
KOS (RM) 1,000
3.
Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4.
Start Joiner 4/6mm (2 way)
1,500
5.
Pen dripper
2,000
6.
Off Take Valve
500
7.
Rubber Gromet
500
8.
Barb End Line
500
9.
Digital Timer
500
10.
Disc Filter 50mm
1,000
11.
Pam Air
1,000
12.
Tangki Air 2,700 Liter
1,500
2.
2,000 3,500
85
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
13.
Tangki Air 200 Liter
500
14.
Fitting
500
15.
pH Meter
500
16.
EC Meter
500
17.
Penebuk Lubang Efektif 4mm
500
18.
Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit)
500
19.
Plastik Tutup Bumi (Silvershine) 1.2m x 250m Upah Pemasangan
1,500
20.
Jumlah Kos
9.1.2
5,000 25,000
Anggaran Kos Pembangunan BIL
PERKARA
KOS (RM)
1.
Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
10,000
2.
Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana
60,000
3.
Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan
115,000
4.
Pembinaan Sistem Fertigasi
25,000
Jumlah Kos Pembangunan
210,000
86
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.1.3
Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim. i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh
BIL
PERKARA
BAYARAN BULANAN (RM)
KOS BAGI 4 BULAN (RM)
1.
Penyelia (1 orang)
2,000
8,000
2.
Buruh Am (4 orang)
3,000
16,000
5,0000
24,000
Jumlah Kos
ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain) BIL 1.
PERKARA
BAYARAN BULANAN (RM) 2,500
KOS BAGI 4 BULAN (RM) 10,000
500
2,000
2.
Sewa tanah (5 ekar) Kadar : RM 500.00/ ekar / bulan Air JBA
3.
Elektrik
250
1,000
4.
Telefon dan Faksimili
250
1,000
5.
Alat Tulis dan keperluan pejabat Petty Cash
500
2,000
1,000
4,000
Jumlah Kos
5,000
20,000
6.
87
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.1.4
Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) BIL
PERKARA
1 MUSIM (RM)
1.
Gaji Pengurusan / kakitangan
5,000
20,000
2.
Utiliti Dan Pengendalian
5,000
20,000
10,000
40,000
Jumlah Kos Pembangunan
9.1.5
BULANAN (RM)
Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja, benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan (musim).
9.1.6
Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim) BIL
PERKARA
KOS BELANJA 1 MUSIM (RM)
1.
Benih Cili (5,000 pokok)
2.
Polybeg 16" x 16" x 0.12mm
3.
Tray Semaian 'Plug'
500
4.
Peat Moss
500
5.
Cocopeat (Sabut Kelapa)
3,000
6.
Sekam Bakar
4,000
7.
Baja Fertigasi (Set A & Set B)
12,000
8.
Racun Kimia
1,500
9.
Lain-lain keperluan
1,000
Jumlah Kos
500 2,000
25,000
88
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.1.7
Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah : BIL 1.
2.
3.
PERKARA KOS PEMBANGUNAN i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan 20’ lebar x 100’ panjang (10 buah) iv) Pembinaan Sistem Fertigasi
KOS (RM) 10,000 60,000 115,000
25,000
Jumlah Kos Pembangunan
210,000
KOS OPERASI ( 4 BULAN) i) Gaji Pengurusan / Kakitangan ii) Utiliti Dan Pengendalian
20,000 20,000
Jumlah Kos Operasi
40,000
KOS PENGELUARAN (4 BULAN) i) Benih Cili (5,000 pokok) ii) Polybeg iii) Tray Semaian 'Plug' iv) Peat Moss v) Cocopeat (Sabut Kelapa) vi) Sekam Bakar vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B) viii)Racun Kimia ix) Lain-lain keperluan
500 2,000 500 500 3,000 4,000 12,000 1,500 1,000
Jumlah Kos Pengeluaran
25,000
JUMLAH KESELURUHAN KOS PERMULAAN
275,000
89
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.2
HASIL DAN PULANGAN i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok yang ditanam x hasil sepokok . Bilangan Pokok Ditanam
=
5,000 pokok
Anggaran Hasil Semusim
=
5 kg / pokok
Jumlah Hasil Semusin
=
5 x 5,000
=
25,000 kg
=
25 tan / musim (4 bulan)
Bilangan Musim / Tahun
=
3 musim
Jumlah Hasil Setahun
=
25,000 kg x 3 musim
=
75,000 kg / tahun
=
75 tan
ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang. Harga jualan di ladang
=
Jumlah Pendapatan Semusim = = Jumlah Pendapatan Setahun = =
RM 4.00 / kg RM 4.00 x 25,000 kg RM 100,000.00 / musim RM 100,000.00 x 3 musim RM 300,000.00 / tahun
90
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9.3
ALIRAN TUNAI Aliran Tunai Musim 1 : BULAN
PERKARA
1
2
3
4
-
-
-
25,000 100,000
0
0
0
RM 100,000
210,000 10,000 25,000
10,000 -
10,000 -
10,000 -
245,000 ( 245,000)
10,000 (255,000)
10,000 (265,000)
10,000 (175,000)
PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit
Aliran Tunai Musim 2 : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit
BULAN 5
6
7
8
-
-
-
25,000 100,000
0
0
0
RM 100,000
10,000 25,000
10,000 -
10,000 -
10,000 -
35,000 ( 210,000)
10,000 (220,000)
10,000 (230,000)
10,000 (140,000)
91
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Aliran Tunai Musim 3 : BULAN
PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit
9
10
11
12
0
0
0
25,000 100,000 RM 100,000
10,000 25,000 35,000 ( 175,000)
10,000 10,000 (185,000)
10,000 10,000 (195,000)
10,000 10,000 (105,000)
MUSIM 1
MUSIM 2
MUSIM 3
JUMLAH
25,000 100,000 100,000
25,000 100,000 100,000
25,000 100,000 100,00
75,000 300,000 300,000
210,000 40,000 25,000 275,000 (175,000)
40,000 25,000 75,000 35,000
40,000 25,000 75,000 35,000
210,000 120,000 75,000 405,000 ( 105,000)
Aliran Tunai Satu Tahun : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit
9.4
DAYA MAJU PROJEK Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk: 1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV 2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR 3) Jangka Masa Pulang Balik Modal
Dari
unjuran
aliran
tunai
seperti
dalam
jadual
dibawah
ini,
kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.
92
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun TAHUN PENDAPATAN KASAR Pengeluaran (kg) Jualan @ RM4 / kg PERBELANJAAN Kos Pembangunan Kos Pengeluaran Kos Operasi Dan Penyelenggaraan Jumlah Kos Pendapatan Bersih Jumlah Pendapatan Bersih Terkumpul
1
2
3
4
5
75,000 300,000
75,000 300,000
75,000 300,000
75,000 300,000
75,000 300,000
210,000 120,000
120,000
120,000
120,000
120,000
75,000
75,000
75,000
75,000
75,000
405,000
195,000
195,000
195,000
195,000
(105,000)
105,000
105,000
105,000
105,000
(105,000)
0
105,000
210,000
315,000
NPV @ 10%
=
IRR (%)
=
Tempoh Pulang Modal
=
2 tahun
93
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
10.0
JADUAL PERLAKSANAAN
10.1
Kalender Perlaksanaan
AKTIVITI LADANG
1
2
3
4
5
BULAN 6 7 8
9
10 11 12
1) Pembersihan Kawasan 2) Penyediaan Tapak 3) Penyediaan Semaian 4) Penanaman 5) Pembajaan 6) Kawalan Perosak 7) Kawalan Penyakit 8) Penyelengaraan Tanaman 9) Penuaian 10) Aktiviti Lepas Tuai 11) Jualan Dan Pemasaran
10.2
Jadual Kerja
MINGGU AKTIVITI -4 Penyediaan Kawasan
-3
Penyediaan Tapak
CATATAN Bagi projek yang baru bermula, kerja-kerja seperti membina jalan, perparitan, infrastruktur dan prasarana. Bagi pusingan musim seterusnya, kerja-kerja membuang sisa polibeg tanaman, membetulkan sistem fertigasi dan lainlain. Memusnahkan rumpai perumah serangga perosak dan penyakit dan lain-lain. Membersihkan bumbung rumah pelindung tanaman dari kulat, lumut atau sebarang kekotoran. Membaiki apa-apa kerosakan pada struktur rumah pelindung tanaman dan lain-lain.
94
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
-2
Penyediaan Media Tanaman
-1
Penyediaan Semaian
Menggaul dan mengisi media tanaman. Menyediakan campuran media dan lain-lain. Menyemai benih tanaman dalam tray semaian plug. Semburan baja dan kawalan serangga dan penyakit. Kawalan suhu, haba dan air pada media semaian.
0
Penanaman
Memindahkan ke ladang. Menyusun polibeg ikut barisan.
1
Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
2
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
3
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.
95
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman.
Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman.
5
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
6
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
7
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan
96
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
agar tidak tersumbat. 8
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.
9
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit. Mula Menuai Hasil
10
Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
11
Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
12
Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Mula menuai hasil, selepas 60 hari cili mula masak. Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus. Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus. Memetik cili peringkat akhir Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus.
97
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
11.0
RUMUSAN Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa panjang.
Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di pasaran.
Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.
Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.
98