Company Law

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Company Law as PDF for free.

More details

  • Words: 1,444
  • Pages: 5
SOALAN 1 Terdapat TIGA (3) organisasi perniagaan yang terdapat di Malaysia iaitu perniagaan tunggal,perkongsian dan syarikat. a) Terangkan definisi syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat adalah merupakan satu perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian. Menurut Seksyen 4, Akta Syarikat 1956 atau manamana enakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, bererti ia mempunyai entity undang-undang yang khusus dan berasingan daripada personality ahli-ahlinya serta mempunyai hakhak dan tanggungjawab tertentu, contohnya syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta dan sebagainya. Menurut Oxford English Dictionary pula, syarikat didefinisikan sebagai penyatuan beberapa individu-individu yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu objektif yang sama atau serupa. Maksudnya, perkara-perkara yang perlu wujud pada sesebuah syarikat itu ialah :I. Penyatuan individu-individu iaitu keahliannya adalah melebihi daripada seorang ahli. II. Mempunyai objektif yang sama di kalangan ahli-ahli perbadanan yang lazimnya bersatu untuk tujuan perbadanan.

b) Huraikan LIMA (5) perbezaan di antara perniagaan tunggal perkongsian dan syarikat. Aspek Perniagaan tunggal perkongsian Syarikat Bilangan keahlian Seorang sahaja Biasa- 2 hingga 20 orang Professional-boleh melebihi 20 orang 2 hingga 50 orang Keupayaan untuk memiliki @memegang harta Kepunyaan tunggal Kepunyaan ahli-ahli kongsi Kepunyaan syarikat bukan ahli-ahlinya Tanggungan ahli terhadap hutang Secara peribadi Ahli-ahli kongsi secara peribadi sehingga selesai Syarikat itu sendiri dan ahli tidak akan bertanggungan secara peribadi Tindakan bagi prosidind undang-undang Di atas nama peribadi Ahli-ahli itu sendiri Atas nama syarikat itu sendiri dan boleh juga mendakwa mana-mana pihak atas namanya sendiri Jangkamasa hayat dan pembubaran Bergantung kepada diri sendiri Bergantung kepada perjanjian ahli-ahlinya Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam A.Syarikat 1965. SOALAN 2 a) Menurut seksyen 16 (5) Akta Syarikat 1965, syarikat dikatakan mempunyai entitinya sendiri di sisi undang-undang sebaik sahaja ia ditubuhkan dengan

berdasarkan kes Salomon lwn A. Salomon & Co. Ltd (1897), huraikan definisi prinsip entity berasingan tersebut. Apabila sesebuah syarikat itu diperbadankan, ia mempunyai sifat entiti berasingan dari orang-orang yang menubuhkannya. Prinsip entiti ini dinyatakan jelas dalam kes Salomon A. Salomon & Co. Ltd (1897), Contoh kes : Salomon menjalankan perniagaan kasut. Salomon telah menubuhkan syarikat berhad iaitu Salomon Co. Ltd. Salomon merupakan pemegang saham utama syarikat. Selepas beberapa lama syarikat menjalankan perniagaan, syarikat mengalami kerugian dan diperintahkan oleh mahkamah untuk digulungkan. Kreditor yang tidak bercagar pula tidak mendapat bayaran kerana syarikat tidak mampu bayar hutang. Oleh itu,tuntutan secara peribadi dibuat ke mahkamah. Persoalannya adalah, adakah Salomon bertanggungan terhadap hutang-hutang Salomon & Co. Ltd secara peribadi? Walaupun Salomon bertanggungan terhadap pengurusan syarikat tidak bererti beliau mesti bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat. Hutang syarikat merupakan hutangnya sendiri dan bukan hutang ahli-ahlinya. Perbezaan ini merupakan entity berasingan dalam syarikat. b) Huraikan LIMA (5) kesan prinsip entity berasingan bagi syarikat yang telah diperbadankan. Sokong jawapan anda bersama dengan contoh kes yang bersesuaian. I. Syarikat adalah merupakan satu badan korporat yang mempunyai kuasa sebagai sebuah perbadanan. • Sesebuah syarikat merupakan ‘legal person’ yang dibentuk dan diiktiraf oleh undang-undang. Dalam hal ini syarikat dikenali sebagai ‘artifical legal person’ di mana ia berbeza dari seseorang individu yang dikenali sebagai manusia biasa. • Syarikat diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seseorang individu. II. Syarikat boleh memiliki hartanya sendiri • Selsyen 16 (5) Akta Syarikat 1965 , hanya menyebut tanah sahaja, tetapi dalam erti kata sebenarnya, syarikat juga boleh memiliki harta benda yang lain. Walaupun seseorang ahli mungkin merupakan pemegang saham terbesar atau memiliki kesemua saham syarikat, ini bukanlah bererti harta syarikat adalah milik peribadi beliau. III. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa dengan menggunakan nama syarikat itu sendiri. • Apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan atau didakwa oleh pihak lain yang berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikat sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana mereka tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk membuat dakwaan bagi pihak syarikat. IV. Syarikat mempunyai kesinambungan hayat iaitu ia berkekalan secara turub temurun • Sesebuah syarikat tidak akan mengalami pembubaran akibat dari kematian salah seorang atau kesemua ahli-ahlinya. Syarikat akan sampai ke pengakhiran hayatnya apabila syarikat tersebut mengalami penggulungan ataupun pendaftar syarikat memberikan perintah pergulungan. V. Tanggungan/liability ahli-ahli syarikat adalah terhad • Tanggungan atau liability ahli-ahli syarikat terhadap hutang syarikat adalah ditanggung oleh syarikat itu sendiri.

SOALAN 3 Jawapan Isu/Persoalan 1. Adakah Baba berhak menggunakan syarikat demi kepentingan dirinya dan bersubahat dengan syarikat milik keluarganya? 2. Adakah Baba akan dikenakan tindakan kerana menggunakan komponen-komponen computer Smart It & Services secara rahsia? 3. Adakah Ali dan Bujang patut meneruskan pendakwaan mereka atas kesalahankesalahan Baba sebagai salah satu pengarah di syarikat itu? Undang-undang yang berkaitan • Seksyen 132 (1) Seorang pengarah hendaklah pada semua waktu bertindak jujur dan menggunakan ketekunan yang munasabah dalam melaksanakan kewajipan jawatannya. • Seksyen 132 (2) Seorang pegawai atau ejen syarikat atau pegawai Pasar Saham tidak boleh menyalahkan mana-mana maklumat yang diperolehi dengan kehendak kedudukannya sebagai seorang pegawai atau ejen syarikat itu atau pegawai Pasar saham untuk mendapat peluang bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain atau menyebabkan kerugian pada syarikat itu secara langsung atau tidak langsung. • Seksyen 132 (3) Seorang pegawai atau ejen pegawai Pasar Saham yang melanggar kehendak seksyen ini hendaklah : a) Berhak kepada syarikat itu bagi mana-mana keuntungan yang dibuat olehnya atau bagi mana-mana kerosakan yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran itu dan b) Bersalah melakukan kesalahan terhadap akta ini. Penalti : hukuman penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgit.

• Prinsip entiti berasingan Syarikat boleh mendakwa dan didakwa dengan menggunakan nama syarikat itu sendiri. Apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan atau didakwa oleh pihak lain yang berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikat sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana mereka tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk membuat dakwaan bagi pihak syarikat. Kes yang berkaitan 1. Boardaman lwn Phipps (1967) “seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalam keadaan di mana berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya.” 2. Foss lwn Harbottle (1843) Dua orang pemegang saham di Victoria Park Company telah mengambil tindakan undangundang terhadap pengarah syarikat dan beberapa orang yang lain. Mereka mendakwa bahawa set/harta syarikat itu telah disalahgunakan. Isu yang timbul ialah samada dua orang pemegang saham itu layak membuat dakwaan bagi pihak syarikat? Mahkamah telah memutuskan bahawa penyalahgunaan harta tersebut adalah merupakan

satu kerugian kepada syarikat, bukannya kepada ahli-ahli syarikat tersebut. Ahli syarikat dan syarikat mempunyai entiti yang berbeza. Justeru itu,mereka tidak layak untuk membuat dakwaan tersebut. Sepatutnya syarikat itu sendiri mendakwa pihak-pihak yang terlibat. Aplikasi 1. Baba seharusnya jujur dalam memegang tanggunjawag salah satu pengarah syarikat kerana mengiktu seksyen 132(1) hendaklah melakukan kerja dengan jujur dan tekun. 2. Baba tidak seharusnya mengambil harta syarikat,mengambil keuntungan peribadi dan didapati bersalah di bawah jenayah pecah amanah mengikut seksyen 132(2) Akta syarikat 1965. 3. Baba juga boleh dikenakan penalti atas kesalahan yang dibuat mengikut seksyen 132(3) 4. Mengikut prinsip entiti berasingan,Ali dan Bujang tidak ada hak menuntut peribadi dengan Baba kerana dakwaan sepatutnya dibuat atas nama syarikat.

Kesimpulan 1. Baba tidak mempunyai hak menggunakan harta syarikat demi kepentingan peribadi kerana akan melanggar akta syarikat 1965. 2. Baba akan dikenakan tindakan penalti mengikut keputusan mahkamah dan akta syarikat 1965. 3. Ali dan Bujang sepatutnya menggunakan nama syarikat untuk mendakwa Baba kerana Baba telah mengambil harta syarikat kerana mengikut entity berasingan Akta syarikat 1965. Soalan 4 a) Huraikan dengan terperinci perkara-perkara berikut : I.

Notis Panggil Mesyuarat

Seksyen 148(1) Akta syarikat 1965, setiap ahli berhak menghadiri, bersuara dan mengundi di dalam mana-mana revolusi mesyuarat. Walau bagaimanapun, sebelum mesyuarat dipanggil, notis hendaklah diberi kepada setiap ahli. Notis ini hendaklah diberi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat-s.145(2) Akta Syarikat, 1965. Tetapi artikel persatuan boleh memperuntukkan tempoh yang lebih lama dari seksyen ini. Jika mesyuarat dipanggil untuk meluluskan revolusi khas, maka notis hendaklah diberi sekurang-kurangnya 21 hari sebelum mesyuarat diadakan-s.152(1) Akta Syarikat. II.

Korum

Biasanya artikel persatuan akan memperuntukkan korum bagi sesebuah syarikat tersebut. Jika artikel persatuan menyepi mengenai hal ini s.147(1) (a) Akta Syarikat memperuntukkan 2 orang ahli syarikat boleh membentuk korum di dalam mesyuarat. Korum ini hanya perlu hadir pada permulaan sesuatu mesyuarat tersebut saja dan bukan sepanjang mesyuarat. Korum yang tidak cukup tidak akan member kesan kepada mesyuarat melainkan mahkamah berpendapat perkara tersebut akan menyebabkan ketidakadilan berlaku. III.

Pengudian

SOALAN 5 a) Terangkan keadan-keadan yang boleh menyebabkan sesebuah syarikat digulung secara sukarela. Apabila tempoh, jika ada, ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat sengan memorandum atau artikel-artikel telah tamat, atau kejadian jika ada, berlaku, dengan mana memorandum atau perkara-perkara syarikat memperuntukkan bahawa syarikat adalah dibubarkan dan syarikat dalam mesyuarat agungnya meluluskan satu resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela. b) Huraikan EMPAT (4) kesan penggulungan sukarela syarikat menurut Akta Syarikat 1965.

Related Documents

Company Law
June 2020 16
Company Law
May 2020 21
Company Law Synopsis.docx
October 2019 20
Ch 4 Company Law
December 2019 15
Company Law 2006
November 2019 21