Cerpen : Terima Kasih Aiman

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen : Terima Kasih Aiman as PDF for free.

More details

  • Words: 1,793
  • Pages: 4
Cerpen : Terima Kasih Aiman PAK Mail menyorot anak matanya jauh-jauh. Kelibat anak-anak muda yang melepak di pondok usang seusia umur tuanya itu masuk ke dalam retina matanya. Anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, tidak mahu mengusahakan sesuatu yang berfaedah buat diri mereka. Rokok, motorsikal, gam atau ganja menjadi barang mainan yang biasa. Mereka tidak punya akal buat memikirkan masa depan yang lebih baik, mencari pekerjaan yang bergaji tetap atau setidak-setidaknya membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa. Hairan juga, mereka masih lagi riuh rendah dengan ilai tawa di pondok kecil di tepi jalan. Pondok itu suatu ketika dahulu adalah tempat berteduh, temat melepas penat. Di situlah Pak Mail megesat keringat sambil memakan bekal makanan yang disediakan isterinya setelah seharian berkerat tulang mengerjakan ladang getah. “Aku tidak faham dengan mereka ni,” keluh Pak Mail. Kesal sungguh dia dengan gelagat remaja yang bising itu. Tidakkah mereka sedar waktu sudah hampir Maghrib? Tidakkah mereka tahu waktu solat sudah hampir, dan sepatutnya mereka berada di rumah untuk bersiap sedia ke surau atau masjid? Bukan dia tidak mahu menegur. Bukan. Sudah puas dan berbuih mulutnya menasihati mereka supaya berubah. Alih-alih dia dipermain-mainkan. Hati siapa akan sabar dengan kerenah itu? Hari itu seperti biasa Pak Mail lewat lagi kawasan tersebut. Beberapa orang anak muda rancak berbual. Entah apa yang dibualkan. Sesekali ilai tawa memuncak, entah apa perkara yang melucukan. Tangan mereka juga berasap, mulut mereka juga berasap. Rambut tidak terurus dan kusut masai, berjuntaian melepasi hidung jika ditarik ke depan. “Adi, arwah mak kamu pesan pada pakcik; tengoklah anak saya si Adi tu,” Pak Mail cuba berkompromi dengan salah seorang daripada mereka. Pesanan arwah itu cuba dilaksanakan sedaya upaya. Arwah juga bukan sesiapa dengan Pak Mail, dia adik kandungnya. “Ala pak cik, Adi bukan buat apa-apa pun. Adi melepak saja, bukannya mencuri. Adi tak susahkan sesiapa pun.” Adi cuba mempertahankan dirinya. Jauh di sudut hati Pak Mail, dia tidak mahu berkasar dengan Adi. Beginilah keadaan hidup Adi setelah pemergian ibunya. Bapanya sudah lama menghilang diri. Entah ke mana, khabarnya dia dibuat orang untuk berkahwin lain. Adi sebenarnya berperwatakan sederhana. Dia lulus STPM tetapi tidak bernasib baik untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi kerana masakah kewangan. Adi bekerja sebagai juruteknik di sebuah bengkel besi kimpal. Adi punya prinsip hidup tersendiri. Biarpun bergaul dengan pemuda-pemuda yang kelihatan selekeh dan merokok, dia tidak begitu. Adi tidak pernah merokok dan penampilannya sederhana. Dia tiada pilihan lain, jika tidak bercampur dengan mereka jadilah dia seperti kera sumbang. Tidak dinafikan, kadang-kadang Adi jadi leka bersama mereka sehingga pulang ke rumah apabila azan Maghrib berkumandang. “Adi, pakcik nak tengok Adi jadi budak yang baik. Jadi pelajar yang cemerlang, punya kelulusan sekolah yang tinggi. Kemudian masuk universiti. Nanti bila berjaya, senang juga hidup Adi.” Seingatnya sudah beratus kali diulang perkara itu. Apakah Adi bisa mengerti? Dia tahu, lagikan air yang menitis setitik demi setitik di atas batu boleh membentuk lekuk. Maka tidak mustahil pesanan demi pesanan itu akan berbekas jua di hati Adi. Adi bukan malas, bukan juga bebal untuk belajar tinggi. Adi sedang mencari pengalaman hidup dan mengumpul wang untuk modal permulaan kepada sebuah

masa hadapan yang cerah. Dia bercadang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma setelah wang yang dikumpulnya mencukupi untuk mendaftar. Adi ingin membuat kejutan, kepada Pak Mail dan semua orang. Adi memerhati gelagat anak Pak Man. Namanya Shah. Shah bertuah kerana keadaan keluarganya yang stabil. Dahulu mereka bersahabat baik, kini semuanya telah berlalu. Shah tidak lagi memandangnya. Maklumlah Shah sudah jadi orang terpelajar di Bandar. Shah jauh lebih hebat dengan kemodenan di Bandar. Shah sudah ke hadapan dengan teknologi terkini. “Siapalah aku? Desis hatinya. Sedih dan pilu dengan sikap sombong seorang kawan. Adi tidak memahami dan merungkai makna tersirat di sebalik keadaan itu. Adi memang homat pada Shah. Dia amat segan mata untuk bersemuka dengan Shah, maklumlah dia tidak sepandai Shah. Sambil termenung sendirian, petang yang damai itu amat mengejutkan. “Assalamualaikum.” Ucapan salam itu cukup memeranjatkan Adi. Igauannya terhenti tiba-tiba. Keindahan gunung-ganang dan sejuk puput bayu dan angina sepoi-sepoi bahasa berlalu juga tidak dihiraukan lagi. “Waalaikumussalam.” Salam itu dibalas, serentak dengan itu tangan dihulurkan. Itulah adat tradisi yang tidak lari dalam dirinya. “Saya Aiman. Saya nak tanya saudara.....err...rumah Pak Ramli.” Senyuman manisnya dan wajahnya yang bersahaja itu menghilangkan sedikit rasa kaget dalam diri Adi. “Pak Ramli tu bapa saudara saya,” pemuda itu menjelas maksud tujuannya tanpa diminta. Adi menawarkan khidmat untuk menunjuk jalan ke rumah Pak Ramli. Jika dia mahu memberi petunjuk secara lisan, bimbang juga kalau-kalau Aiman akan sesat. Semasa berjalan menuju ke sana dengan menaiki kereta, mereka sempat berbual. Bak kata orang tua-tua biarlah petunjuk yang terpimpin. Lagi pula, jalan yang bersimpang siur tanpa sebarang nama tentu akan menyukarkan Aiman. Aiman, itulah pelajar sekolah kejuruteraan di sebuah universiti ternama tempatan. Personalitinya biasa sahaja. Pada pendapat Adi, Aiman pandai berkomunikasi, bijak mengambil hati orang lain. Adi tahu, kebanyakan orang yang berpendidikan tinggi mempunyai ego yang tersendiri. Kata pakar psikologi dalam akhbar yang pernah dibacanya – mereka kadang-kadang mempunyai status quo yang tinggi. Bukan salah sesiapa, bukan salah pelajar itu. Bukan! Sistem pendidikanlah yang membentuk acuan nilai ini dalam jiwa mereka. Turun ke akar budi masyarakat biasa, bercampur gaul dengan orang-orang yang pelbagai latar pendidikan adalah cabaran yang besar buat mereka. Sukar bagi mereka untuk menghayati dan meresap hidup dalam kelompok sederhana dan berfikiran agak ‘kolot’ seperti orang kampong yang tidak belajar tinggi. “Adi, Aiman kirim salam,” Pak Mail menyampaikan salam Aiman kepada Adi setelah usai mengerjakan solat fardu Isyak di masjid. “Waalaikumussalam,” Adi tersenyum kelat. Dia sememangnya tahu, malam itu ada kuliah pengajian agama di masjid. Adi rasa malu kepada dirinya sendiri. Adi rasa takjub dan bertambah kagum dengan sikap baik Aiman. Aiman tidak pernah lupa asal usulnya. Peristiwa sebentar tadi, menerima kiriman salam daripada Aiman membuatkan Adi berfikir. Selama ini rupanya dia terperangkap dalam mentaliti pemikirannya yang lama. Sahlah, jelaslah bahawa tidak semua orang yang bijak pandai itu sombong.

Sahlah, bukan semua orang yang belajar tinggi hanya cemerlang akademik sahaja. Sahlah, bukan semua orang yang bijak pandai seperti Shah. Shah jauh berbeza dengan Aiman. Suatu hari beberapa bulan dahulu, ditakdirkan Adi melihat dengan matanya sendiri Shah berkepit dengan seorang wanita di pekan. Lagaknya macam laki bini. Walhal setahunya Shah belum bertunang apatah lagi berkahwin. Rasa hormatnya pada Shah kerana kebijaksanaan lusuh sama sekali. Selusuh warna baju yang buruk. “Kerana Shah, aku mengadili semua orang bijak pandai tidak mempunyai budi pekerti yang tinggi,” Adi insaf. Ya, Tuhan telah menemukannya dengan watak manusia yang seimbang. Hebat pencapaian akademiknya dan luhur budinya. Khabarnya anak saudara Pak Ramli itu juga banyak ilmu agamanya. Kata Pak Mail lagi, “Si Aiman tu bercita-cita nak jadi jurutera yang hafal AlQuran, dia nak jadi macam Dr. Jibril di Jordan.” Adi tidak faham, mengapa Dr. Jibril? “Dia tu doktor perubatan Jordan yang Al-Quran,” tukas Pak Mail lagi. Bukan Aiman yang menjaja cerita itu, namun lagi dirahsiakan lagi jelas nampak cita-citanya. Dijadikan cerita, Pak Ramli sendiri yang melihat jadual semakan ayat-ayat hafalan yang dibuat oleh Aiman di atas meja di bilik. Pak Ramli amat bersyukur dan terharu melihat cita-cita murni Aiman itu. Bukan mudah, bukan calangcalang orang boleh buat. Semuanya memerlukan mujahadah diri yang tinggi. Hari berlalu, cuti semester sudah hampir tamat. Aiman ingin berangkat pulang ke kampus universitinya. “Adi, saya akan pulang ke universiti esok. Insya-Allah, jika ada kesempatan waktu yang lain saya akan datang lagi.” Aiman memberitahu Adi tentang perancangannya besok hari. “Aiman, apa pandangan awak tentang ilmu? ” Adi bertanya kepada Aiman. “Adi, ilmu itu luas. Tidak semestinya segulung ijazah itu menunjukkan seseorang itu berilmu, ” Aiman menarik nafas dalam-dalam. “Ilmu itu boleh dicari di mana-mana. Apa guna ilmu jika tidak dapat diamalkan? Apa guna ilmu jika semakin tinggi ilmu itu semakin jauh orang itu dari Tuhan?” Adi mengangguk-angguk setuju. “Ilmu yang meresap masuk dan menjiwai nadi kehidupan seseoran manusia yang beriman umpama padi,” Aiman membuat tamsilan yang mudah buat pemahaman Adi. “Lihatlah padi, semakin berisi, semakin tunduk,” Aiman menghabiskan katakatanya sebelum membenarkan deruman kereta berlalu. Aiman menyambung celoteh panjang. Dia kongsi cerita yang menjentik minda Adi. Menurut Aiman, dalam kitab suci kita ada sepatah kata rabbaniyyin. Golongan rabbani disebutkan dalam ayat 79 surah Ali-‘Imraan. Mereka terbahagi dua, yang mengajar atau belajar kandungan al-kitab. Al-kitab untuk umat akhir zaman ialah AlQuran yang dibaca kini. “Saya tidak mampu jadi golongan pertama. Tapi, saya boleh jadi golongan kedua.” Aiman menepuk bahu Adi. Adi juga perasan gesaan Aiman itu. Barangkali inilah golongan yang mula dikenal dengan jolokan ‘protaz’ atau ‘uspro’ beberapa purnama yang lalu. ‘Protaz’ atau ‘uspro’ merujuk kepada golongan profesional yang cenderung dalam bidang agama. Meski tidak wujud sistem pendidikan yang mengasimilasi pendidikan bukan agama dengan agama, mereka gigih mengkaji ilmu agama secara tidak formal.

Setelah mencapai kejayaan dalam bidang profesional masing-masing, mereka juga tidak lupa menyuburkan majlis keilmuan yang berkaitan dengan agama. “Kadang-kadang saya lihat orang berlatar belakang akademik seperti Aiman mampu memberi ceramah agama dengan baik. Petah mengeluarkan nas dan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith.” Adi yang kekampungan rupanya tidak ketinggalan menilai suasana semasa. Senario kewujudan profesional Islam yang minat bercakap hal berkaitan agama dan memperjuangkan agama bukanlah suatu yang pelik. Sebermula gerakan Islam pertama di Mesir. Siapa tidak kenal Ikhwanul Muslimin? Tokoh tajdid Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna merupakan seorang peguam. Kesungguhan beliau menjadikan gerakan Ikhwanul Muslimin digeruni pemerintah Mesir. Dek kerana sifat gerakan Islam bertentangan dengan hasrat dan cara fakir pemerintah, lantas dicantas habis-habis. Tekanan demi tekanan diberikan sehingga setiap ahlinya dibunuh. Jasa dan pengorbanan as-syahid sekurang-kurangnya meledakkan gelombang pemikiran baru terhadap gerakan pemerkasaan Islam. Belenggu dan dilemma, rasa serba salah golongan yang tidak berpendidikan Islam secara formal di peringkat lebih tinggi lenyap. As-syahid menterjemahkan model manusiawi yang sesuai dengan kesyumulan Islam. “Ya, saya setuju. Kata ustaz, Islam bukan hanya untuk diperjuangkan oleh ustaz dan ustazah. Islam untuk semua termasuk kami.” Aiman menyatakan persetujuannya. Kami merujuk kepada golongan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang agama secara formal tetapi cenderung untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada Islam. Inilah golongan rabbani yang akan menyuburkan kembali kemuliaan Islam. Andai ramai manusia berfikiran begini, jadilah mereka manusia yang faham tujuan hidup. Akan selesailah banyak kepincangan social yang berselirat dan menyerabutkan. Akan rukun dan damailah orang-orang Islam mengamalkan hidup beragama. “Adi juga mampu jadi seperti saya.” Sudah jadi tabiat Aiman memberi galakan kepada sesiapa sahaja demi kebaikan. “Jom! Maghrib sudah dekat.” Aiman bangkit lalu mendahului Adi melangkah. Hari sudah lewat, senja itu balam-balam fajar kazib menyaksikan dua orang sahabat yang baru kenal menuju ke masjid. Seruan yang datang dalam mimpi ‘Abdullah bin Zaid bin Abdul Rabbih sedang dialunkan muazzin. Adi mahu berubah dan telah mempelajari sesuatu yang baru. Dia berazam untuk menjadi seorang berilmu walau tidak memiliki segulung ijazah yang menunjukkan dia berpelajaran tinggi. Sebelum berpisah malam itu, Adi sempat mengucapkan, “Terima kasih Aiman.” Perkenalannya dengan Aiman telah mengubah persepsinya tentang hidup orang yang berilmu. Adi juga telah berazam untuk mencedok seberapa banyak ilmu secara formal atau tidak.

Related Documents

Cerpen : Terima Kasih Aiman
December 2019 26
Terima Kasih
May 2020 17
Terima Kasih Byk2
May 2020 14