Cerpen : Jurnal Seorang Anak Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. Kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama ini setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis. Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah. Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah. Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi. Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang. Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha. Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anakanaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tu.... Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur" abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada. Ya ALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."
"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah.... Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu"......... Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun.... Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan.. Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah. Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar..... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan. Al-fatihah....