Cerita Teladan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerita Teladan as PDF for free.

More details

  • Words: 723
  • Pages: 17
CE RITA TELA DA N

Definisi Cerita Teladan Cerita teladan dimaksudkan sebagai cerita yang mempunyai unsur didaktik, pendidikan moral dan memberi pengajaran atau teladan. Pengajaran atau pendidikan tersebut biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak dan kebanyakkannya berupa pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau ajaran agama.

Ciri-ciri Cerita Teladan Struktur Isi Cerita/Plot Cerita teladan biasanya dalam bentuk naratif. Struktur cerita adalah sederhana dan tidak berbelit-belit seperti cerita penglipurlara. Biasanya plot cerita teladan bersifat kronologi. Susunan cerita adalah mengikut urutan waktu. Contohnya, cerita Bawang Putih Bawang Merah yang tidak ada unsurunsur imbas kembali. Menceritakan kehidupan dikalangan rakyat biasa dari golongan miskin.

Sering diketengahkan cerita tentang watak baik mendapat pembelaan manakala watak jahat akan menerima pembalasan setimpal. Cerita teladan ini penuh dengan unsur didaktik dan teladan. Unsur-unsur kebetulan memainkan peranan penting. Tidak banyak unsur-unsur kesaktian seperti mana dalam cerita penglipulara. Biasanya cerita teladan berakhir dengan ‘happy ending’,tetapi ada juga sebaliknya,contohnya cerita Si Tenggang.

Watak dan Perwatakan Cerita ini sebagai dongeng biasa yang ditokohi oleh watak manusia daripada golongan manusia biasa atau rakyat bawahan yang miskin dan bekerja sebagai petani. Contohnya dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah, keluarga Pak Ali merupakan keluarga petani miskin yang tinggal di pinggir sebuah hutan.

Watak utama sering digambarkan penuh dengan penderitaan,kekejaman, nasib malang dan penindasan. Contohnya dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. Bawang Merah sering ditindas dan diseksa oleh ibu tirinya Mak Kundur Sering diketengahkan cerita tentang watak baik mendapat pembelaan manakala watak jahat akan menerima pembalasan setimpal. Contohnya Bawang Merah berkahwin dengan anak raja dan hidup bahagia. Manakala Mak Kundur dan Bawang Putih menerima pembalasan dengan dihukum bunuh oleh raja

Manakala Mak Kundur dan Bawang Putih menerima pembalasan dengan dihukum bunuh oleh raja kerana perbuatannya tetapi setelah dirayu oleh Bawang Merah, hukuman bunuh dibatalkan, tetapi Mak Kundur telah dihalau keluar dari negeri. Ada juga watak utama dalam cerita teladan ditokohi oleh anak-anak raja.Contohnya cerita “Melur Pagi Melur Petang” dan “Ular Lenggaong” Terdapat juga watak bukan manusia tetapi tidak begitu menonjol, contohnya watak ikan kaloi dalam cerita bawang Putih Bawang Merah.

Latar Latar Tempat Cerita teladan ini banyak berlaku dialam yang nyata seperti kampung, hutan, istana, gua dan sebagainya. Contohnya dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah berlatarkan tempat dipinggir hutan tempat tinggal keluarga Pak Ali. Terdapat juga alam fantasi tetapi tidak begitu menonjol. Contohnya, mimpi Bawang Merah berjumpa ibunya.

Latar Masa Cerita teladan ini berlaku di zaman yang dahulu ketika rakyat tidak tahu membaca tetapi masanya tidak dapatditentukan.

Cara Penyampaian Cerita teladan disampaikan dalam bentuk pemeriaan dan tidak diselit gaya bahasa puisi seperti yang terdapat dalam cerita penglipurlara. Ia disampaikan secara bersahaja, menggunakan gaya pertuturan seharian. Penutur cerita teladan tidak memerlukan kebolehan luar biasa seperti penutur cerita penglipurlara. Penuturnya hanya perlu mengingat jalan cerita sahaja.

Unsur-unsur Dalam Cerita Teladan Unsur Moral Cerita Teladan banyak mengandungi unsurunsur moral bagi tujuan memberi pengajaran, mendidik serta memberi nasihat kepada yang mendengarnya. Contohnya, apabila seseorang itu mendengar cerita Si Tenggang, mereka akan mendapat pengajaran dari cerita itu supaya tidak menderhaka kepada ibu bapa

Unsur Kebetulan Unsur kebetulan banyak memainkan peranan dalam cerita teladan ini. Ia banyak melicinkan jalan cerita teladan. Contoh unsur kebetulan dapat dilihat dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah,Mak Labu dan makKundur melahirkan anak perempuan serentak yang akhirnya membawa pergolakan hebat dalam keluarga mereka.

Hukum Karma Ini merupaka salah satu pengaruh Hindu, Hukum karma ini membawa erti yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas setimpal dengan perbuatan jahatnya. Contohnya, cerita Bawang Putih Bawang Merah di mana Bawang Merah yang sering diseksa oleh ibu tirinya mak Kundur akhirnya hidup bahagia. Manakala Mak Kundur akibat kejahatannya telah dihalau keluar dari negeri.

Fungsi Cerita Teladan. 1. Sebagai alat pendidikan. Fungsi utama cerita teladan ialah sebagai saluran pendidikan. Cerita teladan membawa pelbagai tema yang berkaitan dengan budi pekerti, kasih sayang sesama manusia atau binatang,hubungan kekeluargaan dan sebagainya.

Ajaran utama adalah balas baik terhadap setiap kebaikan. Contohnya, cerita Bawang Putih Bawang merah memperlihat dengan jelas bagaiman Bawang Merah yang baik hati dan budi pekerti tetapi sering dianiaya oleh Bawang Putih dan ibunya akhirnya hidup bahagia sebagai seorang pemaisuri.

Cerita teladan juga menekankan hubungan ibu-anak dalam keluarga. Contohnya, cerita Si Tenggang yang tidak menerima ibunya mendapat balasan yang setimpal,dia akhirnya menjadi batu bersama seluruh isi kapalnya.

2. Sebagai alat hiburan. Cerita teladan merupakan bahan hiburan sebelum tidur. Ia sering dituturkan oleh ibuibu atau nenek ketika berehat pada waktu malam bersama anak-anak atau cucu-cucu mereka.

Related Documents

Cerita Teladan
April 2020 15
Teladan Agung
November 2019 31
Cerita
May 2020 54
Cerita
June 2020 51
Cerita
June 2020 51
Sebuah Teladan
October 2019 22