Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
79
MEMPERKASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH Mahzan Arshad Jabatan Pendidikan Bahsa & Literasi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
The article discusses the challenges faced by Malay language and literature teachers in the era of globalization as Malaysia progresses towards achieving developed nation status in 2020. Numerous challenges need to be faced by Malay language teachers especially to meet the demands of the new era. Issues such as standard in the teaching of the language, the use of new technology, and the need for new skills in the real world are discussed. Several suggestions are given to be viewed as references for the Malay language and literature teachers to plan and implement the curriculum in the classroom.
Pelbagai cabaran sedang dihadapi oleh para pendidik Bahasa Malaysia, khususnya dalam menangani cabaran pertukaran senario sistem dan arah tuju pendidikan negara baru-baru ini. Antara cabaran utama yang perlu ditangani ialah strategi perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan dan kesesuaian peredaran masa ini yang memerlukan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan. Pelbagai isu dibincangkan tentang mutu dan kemantapan kandungan dalam menyusun strategi perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah pada hari ini dalam seminar dan forum yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, institusi pendidikan tinggi dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak juga kajian yang dijalankan di sekolah berkaitan pengajaran Bahasa Malaysia di bilik darjah tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku dalam mengatur strategi dan melaksanakan strategi tersebut secara berkesan. Dapatan kajian juga menunjukkan masalah yang sarna masih berlaku dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah sehingga mengakibatkan matlamat dan objektif pengajaran yang ditentukan tidak kesampaian akhimya. Di samping itu, kandungan pengajaran yang tidak relevan dengan keperluan semasa masih juga dihidangkan kepada pelajar di sekolah menyebabkan mata pelajaran ini seolah-olah mata pelajaran yang ketinggalan zaman. Artikel ini akan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh para pendidik mata pelajaran Bahasa Malaysia berlandaskan beberapa fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah dan gaya hidup masyarakat di negara ini sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Bahagian awal kertas ini akan membincangkan fenomena pengajaran Bahasa Malaysia yang dilaksanakan serta Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) yang telah menjadi sebahagian daripada komponen wajib dalam mata pelajaran ini.
80
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
Seterusnya artikel ini akan membincang isu-isu utama yang menjadi cabaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia pada masa ini. Pada bahagian akhir, artikel ini akan menyarankan beberapa prinsip atau dasar utama yang boleh difikirkan untuk dipraktikkan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam memperkasakan strategi dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini di sekolah. Cabaran dalam Pelaksanaan Proses Pengajaran Bahasa Malaysia Bahagian ini akan membincangkan isu tentang penentuan arah dan tujuan asas pendidikan Bahasa Malaysia sebagai satu mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah di negara ini. Integrasi antara kedua-dua aspek tersebut difikirkan perlu bagi memperkasa proses pengajaran mata pelajaran ini, bersesuaian dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Kejayaan bagi mencapai matlamat mendaulatkan Bahasa Malaysia difikirkan perlu disertakan dengan usaha pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di negara ini meningkatkan mutu dan kepentingannya secara lebih serius dalam kehidupan negara ini yang telah banyak berubah berbanding lima puluh tahun yang silam. Pihak sekolah, khususnya para pendidik Bahasa Malaysia mempunyai tanggungjawab penting bagi memastikan pelajar yang dididik berkemampuan untuk menguasai tahap kemahiran Bahasa Malaysia dan dapat menghayati kesusasteraan Melayu yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan era baru ini. Penguasaan Bahasa Malaysia dan pengetahuan tentang kesusasteraan Melayu haruslah berada pada satu tahap yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan pelajar. Ini merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru sebagai pendidik mata pelajaran tersebut. Bagi mencapai matlamat yang disebutkan, kita perlu melihat kembali sejarah pendidikan negara berhubung penggunaan Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan juga sebagai satu mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan yang telah diamalkan hampir setengah abad yang lampau. Kita juga perlu membincangkan bagaimana pelbagai teori pembelajaran dan penguasaan kemahiran berbahasa dapat digunakan dalam membentuk program pendidikan bahasa yang mantap, berkesan dan bermanfaat untuk masa ini. Pendedahan terhadap pelbagai prinsip asas dalam amalan pengajaran bahasa di bilik darjah juga perlu difikirkan secara serius untuk dijadikan panduan dalam pembentukan program pendidikan bahasa yang dapat memenuhi keperluan era baru sebagai sebuah negara maju. Persoalan tentang teori pembelajaran dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan setakat ini dilihat sebagai sesuatu yang amat asing bagi para pendidik bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara ini. Ramai masih menganggap teori tidak ada kaitannya dengan amalan. Sebagai contoh, Mahzan Arshad (2002) dalam satu kajian tentang penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu mendapati para guru tidak menggunakan sebarang landasan atau pegangan yang tertentu dalam pelaksanaan pengajaran mereka dalam kelas Bahasa Melayu. Kajian ini mendapati para guru melaksanakan komponen nilai dalam pengajaran mereka secara spontan dan kebetulan semata-mata. Tidak ada perancangan yang khusus, apalagi berlandaskan sebarang teori atau pegangan konsep yang tertentu dalam penerapan nilai murni dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu. Walhal penerapan nilai murni adalah salah satu komponen yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran semua mata pelajaran di sekolah.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
81
Pelbagai teori dan konsep utama diperkenalkan bagi membantu para guru menerapkan nilai murni dalam pelbagai bidang dan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Namun begitu, para pendidik, khususnya pendidik mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu, tidak menganggap rujukan terhadap teori dan konsep asas dalam penerapan nilai murni ini penting dan perlu dijadikan landasan dalam mengatur strategi dan pelaksanaan pengajaran mereka. Kesan daripada kegagalan kita merancang pengajaran berlandaskan teori yang khusus dan konsep utama dalam penerapan nilai murni dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran ini adalah besar dalam membentuk generasi muda di negara ini buat masa ini dan masa akan datang. Kesan jangka pendeknya ialah para pelajar tidak memahami matlamat atau maksud sebenar penerapan nilai murni ini dalam mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu. Apabila ditanya apakah nilai murni yang diperolehi daripada sesuatu bahan bacaan, pe1ajar sukar untuk memberikan respon yang bersesuaian dan sukar memberikan pendapat yang bernas yang datangnya dari hati dan pemikiran mereka sendiri (Mahzan, 1998). Kesan jangka panjang pula ialah para pendidik tidak dapat membantu pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni da1am kehidupan mereka. 01eh itu, tidak hairan1ah hari ini ramai pe1ajar yang bermasalah disiplin dan sukar untuk dikawal perlakuan mereka kerana ama1an nilai murni gagal diterapkan dengan berkesan menerusi mata pelajaran yang diajar di sekolah. Cabaran seterusnya ialah ke manakah arah yang harus kita tuju bagi membawa mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu ini agar setanding,jika tidak melampaui kepentingan mata pelajaran lain dalam menongkah arus perkembangan semasa. Telah berkalikali penulis menegaskan dalam pelbagai pertemuan ilmiah bahawa kita tidak boleh duduk pada takuk lama dalam menentukan perjalanan memperjuangkan kedaulatan bahasa dan keterusan kewujudannya di negara ini. Perkembangan terkini dalam sistem pendidikan pada hakikatnya tidak lagi meletakkan Bahasa Malaysia di temp at yang selesa seperti yang pernah kita nikmati sebelum ini. Kedudukan Bahasa Malaysia jika dilihat dari pelbagai sudut, baik dari segi ekonomi, sains, teknologi, malah dari sudut sosial, spiritual, dan kebudayaan juga tidak menyebelahi kita. Jika kita terus leka dan selesa berada pada takuk lama dalam pendekatan, strategi dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, maka kita telah melakukan satu kesilapan besar yang akibatnya akan melupuskan sama sekali keperluan terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah. Apabila menyebut tentang berada pada takuk lama ialah bagi menjawab persoalan adakah kita hanya mahu terus mengehadkan kandungan mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu ini kepada kemahiran menjawab soalan pemahaman, menulis satu dua karangan, meringkaskan petikan, dan menjawab pelbagai soalan yang berkait rapat dengan aspek tatabahasa dalam peperiksaan sekolah atau peperiksaan awam? Begitu juga dalam mata pelajaran yang berkaitan bahan kesusasteraan Melayu. Adakah kita hanya akan berpuas hati sekiranya pelajar kita dapat membaca karya sastera, memahami struktur pembinaannya, dan berkeupayaan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan dengan pemahaman pelajar terhadap karya sastera yang dibaca? Persoalan seterusnya adakah kita akan berpuas hati sekiranya pelajar kita dapat mencapai tahap tertentu dalam peperiksaan dan kita sendiri terlepas daripada "sumpahan peperiksaan" yang sering menghantui kehidupan kita dan kerjaya kita sebagai seorang pendidik? Semua persoalan ini hanya dapat dijawab sekiranya kita sedar ke manakah arah
82
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
tuju yang kita perlu lalui dalam menongkah arus kemajuan yang akan kita hadapi dalam tempoh lima belas tahun lagi. Menongkah Arus Globalisasi dalam Era Negara Maju Cabaran yang perlu dihadapi oleh para pendidik bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam era negara maju ialah bagi mengharungi arus globalisasi. Menempuh arus globalisasi ini memerlukan kita mempunyai keupayaan strategi perancangan dan pelaksanaan yang kukuh. Kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai pendayung yang akan membawa perahu kita menongkah arus globalisasi. Jika dayung rapuh, bagaimanakah kita akan dapat menahan bahasa dan kesusasteraan Melayu daripada terus hanyut mengikut arus yang deras ini? Dalam usaha untuk bersaing dengan pelbagai bahasa utama di dunia, kita harus bertolak dari keyakinan diri terhadap kemampuan bahasa ini digunakan dalam menjana pembangunan dan kekukuhan negara bangsa dalam semua bidang kehidupan. Apa yang menyedihkan ialah kepercayaan sesetengah anggota masyarakat kita selama ini bahawa menguasai bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris sebagai bahasa tuan penjajah kita sejak beratus tahun yang lalu, masih tebal tersemai dalam jiwa mereka. Kepercayaan ini amat sukar dihakis sarna sekali walaupun telah setengah abad kita merdeka. Kepercayaan ini tidak ada kebenarannya sarna sekali. Banyak negara bekas penjajahan yang berkeyakinan bahawa dengan mencontohi budaya hidup dan menguasai bahasa bekas penjajah, mereka akan mencapai pembangunan yang setaraf dengan bekas tuan penjajah mereka tersebut. Namun kebanyakan negara bekas penjajahan tersebut sehingga kini masih juga mundur dan terus menjadi alat ekonomi dan politik dalam era pasca-penjajahan. Sebagai contoh, negara-negara seperti di Amerika Latin, Afrika, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina percaya bahawa dengan meniru sikap individualisme barat mereka telah menemui formula bagi membangun dan menjadi kreatif (Abdullah Hassan, 1999). Tetapi sebaliknya negara-negara tersebut masih lagi mundur dan miskin hingga kini serta menghadapi ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial yang berterusan. Kurang keyakinan diri dan kurang daya tahan melawan arus globalisasi adalah kelemahan yang akan digunakan oleh pihak musuh bahasa, terutama yang datangnya daripada bangsa kita sendiri untuk melemahkan Bahasa Malaysia dan akhimya akan menyebabkan bahasa ini terus hanyut ke lembah kehancuran. Hal yang demikian ditambah lagi dengan jarum yang dicucuk secara halus dalam jiwa anak bangsa tentang keagungan bahasa utama dunia dan kedudukan Bahasa Malaysia yang hanya layak dijadikan bahasa orang bergurindam dan berseloka berbanding bahasa asing tersebut. Hujah bahawa Bahasa Malaysia telah jauh ke belakang dalam persaingan mengejar pembangunan berbanding bahasa besar dunia dan tidak mungkin Bahasa Malaysia dapat bertanding dengan bahasa tersebut dalam bidang-bidang sains dan teknologi, pengurusan, perubatan, perhubungan antarabangsa dan pelbagai lagi bidang yang setanding dengannya, jelas merupakan senjata utama musuh bahasa ini sejak dahulu lagi. Mereka dengan megah mengagungkan kebesaran bahasa asing ini dan mengaitkannya dengan kemajuan serta memandang rendah Bahasa Malaysia dengan perasaan yang jelik.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
83
Jika kita juga terpedaya dengan dakyah mereka, bahasa dan kesusasteraan Melayu akan terus hapus dari muka bumi ini kerana ketiadaan pendirian diri yang jitu dan bersungguhsungguh untuk mengekalkan keperibadian bangsa dan bahasa kita sendiri. Tugas memerangi hujah ini, sarna ada menerusi bukti sejarah ataupun perkembangan terkini, harus menjadi wadah utama pejuang bahasa kita dan inilah jihad kita selama ini. Hujah yang menegaskan bahawa Bahasa Malaysia tidak akan dapat digunakan dengan meluas dalam perkembangan teknologi maklumat yang pesat masa kini adalah tidak berlandaskan realiti kerana terdapat berpuluh-puluh juta pengguna Internet di negara ini dan beberapa negara jiran yang menggunakan Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia. Di negara kita sahaja, golongan pengguna Interent ini adalah terdiri daripada golongan muda dan pertengahan umur yang rata-ratanya menerima pendidikan dalam sistem persekolahan aliran Melayu. Malah kemampuan mereka berbahasa Inggeris dapat dipersoalkan berbanding penguasaan Bahasa Malaysia yang mereka perolehi setelah menjalani alam persekolahan dalam aliran Melayu selama sebelas tahun atau lebih daripada tempoh tersebut sekiranya mereka memasuki institusi pendidikan tinggi awam di negara ini. Bagi meneruskan perjuangan, kita perlu bersedia bagi membuat beberapa perubahan bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia dan pengetahuan kesusasteraan Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan. Penguasaan Bahasa Malaysia perlu mengalami satu proses transformasi bagi menyesuaikannya dengan keperluan masa kini dalam pelbagai bidang ilmu, terutamanya ilmu-ilmu yang berkait dengan pelbagai bidang yang disebutkan di atas. Hal yang demikian tidaklah bermakna kita perlu merubah bahasa tersebut sehingga menjadikannya terlalu asing dengan hukum kebahasaan asas serta istilah Melayu yang selama ini kita gunakan. Hal yang demikian ini akan menjadikan Bahasa Malaysia itu sendiri sebagai satu bahasa asing bagi kita. Pakar bahasa serta pakar dalam bidang yang berkaitan tentunya boleh duduk semeja bagi membincangkan dan mencari pelbagai cara untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam bidang masing-masing. Usaha ini perlulah dijalankan secara berterusan sehinggalah penyusunan yang mantap tercapai dalam sesuatu bidang. Beban bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam pelbagai bidang janganlah diletakkan di atas bahu sesuatu pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata. Pakar bahasa juga boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan dan pihak swasta yang lain bagi membantu memantapkan penggunaan Bahasa Malaysia disektor yang pelbagai di negara ini. Sebagai langkah permulaan, fokus juga perlu diberikan kepada pedagogi pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah serta di pelbagai institusi pengajian tinggi di negara ini. Hal yang demikian setimpal dengan perubahan besar yang telah berlaku dalam senario kehidupan di negara ini daripada negara yang berlandaskan sumber pertaniankira-kira lima dekad dahulu kepada negara semi perindustrian tiga dekad kemudiannya, seterusnya menjadi sebuah negara perindustrian buat masa ini dan akan mencapai status negara maju satu dekad akan datang, iaitu pada tahun 2020. Perubahan ini tentunya memerlukan satu bentuk pedagogi penguasaan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dapat menampung keperluan masyarakat perindustrian masa ini dan masa depan.
84
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
Berikutan itu, kini kita memerlukan tenaga kerja yang dapat menguasai bahasa secara berfungsi supaya mereka dapat menjalankan rutin harian yang bersesuaian dengan usaha atau kerjaya yang mereka lakukan. Inilah cabaran yang amat perlu kita tangani dalam tempoh terdekat ini. Sebagai contoh, penggunaan komputer dan robotik adalah sesuatu yang lumrah dalam perindustrian berdaya maju. Pekerja peringkat mahir dan separuh-mahir memerlukan kemampuan memahami manual yang disediakan bagi menggerakkan peralatan tersebut dalam tugas harian mereka. Sekiranya kita berpegang pada prinsip asas untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia di negara kita sendiri, tentulah kita memerlukan orang yang mampu menulis manual dalam Bahasa Malaysia kerana orang yang akan membaca manual tersebut ialah pekerja yang juga mahu menjadikan pengetahuannya terhadap Bahasa Malaysia berfungsi dalam situasi tempat kerjanya. Oleh yang demikian, tugas guru di bilik darjah ialah bagi menentukan bahawa pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan negara mampu menguasai kemahiran menulis Bahasa Malaysia di peringkat yang dapat menghasilkan bahan-bahan penerbitan bercorak saintifik seperti manual dalam bidang ilmu komputer, robotik, kenderaan bermotor, jentera berat dan ringan, dan pelbagai peralatan yang moden untuk kegunaan perindustrian. Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga haruslah mampu menghasilkan pelajar yang dapat menggunakan Bahasa Malaysia yang berlaras teknologi tinggi secara berfungsi dalam pekerjaan harian yang akan ditempuhi kelak. Cabaran seterusnya ialah keperluan memperluas aspek kandungan dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah. Pengajaran bahasa dan kesusasteraan perlu diperluaskan daripada semata-mata berfokus pada pelbagai aspek kemahiran membaca dan memahami teks, atau dapat menulis karangan atau kritikan dalam bentuk dan tajuk yang diberikan, membina pelbagai bentuk ayat yang gramatis dalam Bahasa Malaysia,dan menentukan aspek kebahasaan yang tertentu digunakan dengan baik dalam ayat. Fokus kandungan pengajaran perlu berkembang kepada peningkatan tahap pembacaan dan pengolahan bahan secara terperinci bagi setiap tingkat pemahaman, peningkatan daya persembahan dalam pelbagai mod ketika menulis, peluasan format persembahan pemikiran dalam bentuk pelbagai media, dan pengukuhan kemampuan dalam kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan persembahan. Semua cabaran yang dibincangkan hanya segelintir sahaja daripada apa yang sebenarnya berlaku dan akan berlaku beberapa tahun akan datang. Hal ini demikian kerana keperluan kehidupan dalam era negara maju sentiasa berubah dan bergerak pantas setiap saat. Penggunaan teknologi contohnya akan menghasilkan sesuatu yang baru pada setiap saat yang berlalu. Begitu juga cabaran dalam memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga akan terus berubah setiap saat yang berlalu. Setiap satunya memerlukan cara penyelesaian yang perlu para pendidik fikirkan secara mendalam dan memerlukan penyelidikan yang berterusan bagi menjawab persoalan yang timbul dari semasa ke semasa. Perubahan Strategi dan Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat pelbagai aspek harus dikaji dan difikirkan semula dalam mengatur strategi dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Malaysia dalam melangkah ke era negara maju. Penegasan terhadap kemahiran literasi dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
85
Melayu haruslah menepati kehendak bagi mengisi keperluan era ini. Lima aspek yang penting dalam kemahiran literasi, iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir memerlukan suntikan yang baru bagi menghasilkan generasi muda yang berketrampilan dalam penguasaan bahasa (Mahzan Arshad, 2003). Aspek penghayatan dan penikmatan pula perlu ditegaskan dalam pengajaran atau kandungan kesusasteraan Melayu di bilik darjah. Walaupun aspek struktur masih juga penting, tetapi pengajaran kesusasteraan yang terlalu menegaskan aspek struktur sematamata akan menyebabkan pelajar hanya mempelajari bahan sastera, bukan menghayati dan menikmati karya sastera. Sesuai dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat, pengajaran Bahasa Malaysia perlu difokuskan kepada penggunaan peralatan komputer dan teknologi komunikasi bagi mendapatkan maklumat sarna ada dengan melayari laman web yang bersesuaian atau menerusi pesanan ringkas e1ektronik. Pe1ajar juga diharapkan dapat menghasilkan bahan penulisan menggunakan pelbagai perisian sarna ada bagi pemprosesan perkataan dalam Bahasa Malaysia dan dapat menggunakan ciri-ciri perisian tersebut bagi membantunya membina ayat dan menggunakan perkataan atau istilah yang tepat ataupun dapat menggunakan perisian yang bercorak penyelidikan. Pedagogi bilik darjah Bahasa Malaysia alaf baru perlu akan guru yang mahir menggunakan peralatan komputer, perisian komputer yang bersesuaian sebagai bahan pengajaran, malah mungkin sampai peringkat guru dapat membina bahan dan perisian komputer sendiri dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu. Guru Bahasa Malaysia juga perlu membimbing pelajarnya menggunakan e-mel (melelektronik) dan e-dagang (dagangelektronik) dalam berkomunikasi secara lebih pantas dan mudah menerusi ruang siber dan peralatan multimedia. Kemahiran tersebutlah yang perlu dikuasai oleh guru Bahasa Malaysia, dan latihan perguruan harus memberikan pendedahan awal kepada bakal guru supaya dapat menggunakan peralatan tersebut dengan berkesan. Gaya penyampaian maklumat dalam Bahasa Malaysia juga teJah berubah mengikut perkembangan peralatan multimedia terkini. Jika dahalu penulisan bahan dan maklumat dalam Bahasa Malaysia hanya dapat disampaikan dalam bentuk kertas yang bercetak, sarna ada dalam bentuk majalah, akhbar, atau buku, pada alaf baru ini bahan penulisan dan maklumat dalam Bahasa Malaysia dapat disampaikan dengan cara yang agak berbeza. Dalam mod penyampaian yang baru ini, teks tidak sahaja dapat disampaikan dalam bentuk bahasa yang gramatis dan tersusun dalam perenggan yang lengkap menerusi media percetakan. Maklumat masa kini dapat disampaikan menerusi peralatan multimedia dalam pelbagai bentuk yang lebih menarik dilengkapi dengan pelbagai kesan audio dan visual. Sebagai contoh, maklumat menerusi multimedia yang paling popular masa kini ialah bahan berbentuk visual tiga dimensi berserta kesan audio yang melengkapi teks yang ditulis. Oleh itu pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah hari ini perlu menyiapkan pelajar dengan kemahiran mereka bentuk bahan yang bukan sahaja dalam bentuk penulisan karangan yang lengkap dan gramatis semata-mata. Mereka perlu mempunyai daya kreativiti bagi menjadikan maklumat yang disampaikan dapat menarik minat pembaca. Di samping menguasai kemahiran menulis, pe1ajar juga perlu dilatih supaya dapat membina bentuk grafik, visual tiga dimensi, dan kesan audio bagi melangkapi bahan berbentuk penulisan tersebut.
86
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
Kesimpulan Artikel ini telah meninjau cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam menghadapi era globalisasi sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Artikel ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan agar dapat dijadikan rujukan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraan Melayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspek utama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Diharap artikel ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
87
Rujukan Ab RahmanAb Rashid, & Yap Kim Fatt. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi berkesan dan pengucapan umum. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Abdullah Hassan. (1999). Literacy in creativity. Dalam Ambigapathy Pandian (Ed.), Global literacy: Vision, revision and vistas in education. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Asmah Haji Omar. (1992). The linguistic scenery in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (1993) Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Saad. (1977). Pendidikan dan politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. MahzanArshad. (1998) Student teacher’s responses to multicultural literature. Tesis ijazah doktor falsafah yang belum diterbitkan. University of Pittsburgh, Pennsylvania, USA. Mahzan Arshad. (1999). Memahami pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Malaysia. Jurnal Dewan Bahasa, 43(7), 616-627. Mahzan Arshad. (200 I). Sejarah dan prinsip asas dalam pendidikan Bahasa Melayu: Satu penilaian semula. Masalah Pendidikan, 24, 95-109. Mahzan Arshad. (2002). Dasar literasi bahasa dan sastera dalam konteks masyarakat pelbagai budaya dan integrasi sosial. Dalam Sufean Hussin (Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Perspektif sistem dan organisasi (ms. 131-147). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, MahzanArshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan. Platt, J. T., & Weber, H. (1980). English in Singapore and Malaysia: Status, features, functions. Kuala Lumpur: Oxford UP.