Casis Komputer

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Casis Komputer as PDF for free.

More details

  • Words: 3,617
  • Pages: 26
Bab 2 Kes Komputer (Computer Casing) Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing. 1. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower 2. Desktop – Desktop dan Slimline Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan dimasa hadapan atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk majoriti pengguna.

Rajah 1: Jenis-jenis Casing. Power Supply (Watt)

Jenis Casing

Saiz

External Bays

Internal Bays

Sistem Pendingin

Full Tower

Tinggi

2 + 4 atau lebih

3 hingga 5 atau lebih

Tersangat baik

Mid Tower

Pertengahan

2+3

2 hingga 4

Sangat baik

200 hingga 300

Mahal

Midi Tower

Pertengahan 2 + 2 atau

2 hingga

Sangat

170 hingga

Pertengahan

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Harga

250 hingga Sangat Mahal 375 atau lebih

13

sehingga kecil

2+3

Mini Tower

Kecil

Desktop Slimline

4

baik

300

2+2

2 atau 3

Baik

170 hingga 250

Murah

Kecil

2+2

1 atau 2

OK

150 hingga 230

Murah

Kecil dan nipis

1+2

1 atau 2

Kurang baik

90 hingga 200

Pertengahan

Jadual 1: Perbandingan Casing. Monitor Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej. Terdapat dua jenis monitor dipasaran. 1. Tiub sinar katod (cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan pada komputer 2. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT. Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan monitor dari jenis CRT Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering digunakan adalah bersaiz 14” dan 15”. Harga monitor bersaiz 15” sekitar RM 280 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar RM 375. Perbezaan tidak lebih dari seratus ringgit. Dari itu pembelian monitor bersaiz 17” merupakan pilihan yang baik. Selain dari saiz fizikal monitor perlu besar, resolusi (resolution) pada monitor perlu diambil kira untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin kecil saiz pixel semakin bagus kualiti paparannya. Saiz pixel menggunakan ukuran mm (milimeter). Pixel bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.22mm. Tetapi memandangkan harga monitor untuk pixel bersaiz 0.18mm agak

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

14

mahal, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian dari segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya. Jenama

Jenis

Saiz

Harga dalam RM

Likom

CRT

15”

280

LG

CRT

15”

280

Samsung

CRT

15”

310

ComeMon

Panel Rata

15”

1060

Samsung

Panel Rata

15”

1100

Likom

CRT

17”

375

Digital

CRT

17”

340

ComeMon

Panel Rata

17”

2150

Samsung

Panel Rata

17”

1750

Jadual 2: Perbandingan harga monitor.

Rajah 2: Cara mengukur saiz monitor.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

15

Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz monitor . Sekiranya monitor bersaiz 17”, maka ukuran sepatutnya melebihi 16” dan tidak mungkin mendapat ukuran 17”. Ini disebabkan tiub tersebut perlu dihalang pada bekas monitor untuk mengelakkan tiub tersebut terkeluar dari bekasnya.

Rajah 3: Penyambung monitor Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan pada rajah 3. Motherboard (Papan Ibu) Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan seperti memori, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah gigbyte (http://tw.gigabyte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen (http://english.aopen.com.tw) dan asustek (http://usa.asus.com/). Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting kita kena pastikan setiap motherboard menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori dari jenis DDR berkelajuan 400MHz

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

16

atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333MHz. Pangkalan (port) seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard yang menggunakan chipset Via, Ali dan sebagainya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahu memproses data mengikut yang diarah tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi selari dan sebagainya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengawal lalulintas dijalan raya. Cuba bayangkan pagi Isnin tanpa polis trafik. Macam itu jugalah perlunya Chipset di dalam motherboard.

Rajah 4: Motherboard keluaran Asustek untuk Pentium IV.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

17

Rajah 5: Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium IV. Pengeluar

Jenis Motherboard

Harga dalam RM

Gigabyte

Titan 533MHz

240

Asustek

P4S533E

330

Jadual 3: Harga motherboard untuk sistem bus 533MHz. Memori (Memory) Memori berfungsi menyimpan aturcara aplikasi, sistem pengendalian, perisian sistem dan data yang sedang beroperasi. Semakin besar saiz memori akan meningkatkan prestasi PC tersebut. Memori diukur berdasarkan KB atau MB, menggunakan Byte bukan Bit. Ini kerana 8 bit bersamaan 1 byte bersamaan dengan satu ansara. Bit ditulis sebagai ‘b’ manakala byte ditulis Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

18

sebagai ‘B’. 1024KB bersamaan dengan 1MB. Terdapat banyak jenis memori dipararan, antaranya: 1. SIMM (Single in-line memory module) – Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Memori SIMM 30 pin untuk kegunaan PC zaman 80286 sehingga 80486 dan beroperasi pada 16 bit. Memory 72 pin banyak digunakan untuk PC berasaskan Pentium dan beroperasi pada 32 bit. Kelajuan dirujuk mengikut istilah ns (nano second) seperti 80ns, 70ns, 60ns dan sebagainya. Semakin kecil nilainya maka lebih laju. DRAM (dynamic RAM) dan EDO RAM (extended dataout RAM) menggunakan SIMM. DRAM menyimpan bit di dalam suatu sel penyimpanan (storage sell) sebagai suatu bayaran elektrik (electrical charge) yang mesti disegarkan semula (refesh) beratus-ratus kali setiap saat untuk mengekalkan (retain) maklumat. EDO RAM sejenis DRAM yang cepat, EDO menambah masa data output , dimana ia merancang masa di antara CPU dan RAM. Memori jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer yang baru.

Rajah 6: Contoh SIMM 30 pin.

Rajah 7: Contoh SIMM 72 pin 2. DIMM (dual in-line memory module) – Bersaiz 168 pin, kedua belah modul memori ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM yang hanya

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

19

berfungsi pada sebelah modul sahaja. Menyokong 64 bit penghantaran data. SDRAM (synchronous DRAM) menggunakan DIMM. Merupakan penganti kepada DRAM, FPM (fast page memory) dan EDO. SDRAM teratur (synchronizes) memori supaya sama dengan CPU clock untuk pemindahan data yang lebih cepat. Pada dasarnya, satu blok data dapat dihantar kepada CPU semasa yang lain sedang bersedia untuk dicapai. Terdapat di dalam dua kelajuan iaitu 100MHz (PC100) dan 133MHz (PC133).

Rakah 8: Contoh DIMM 168 pin. 3. DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) – Ciri-ciri DDR SDRAM serupa dengan SDRAM, tetapi pemindahan data (data transfer) menghampiri kelajuan sistem jam (system clock) dan ini secara teori menggandakan kelajuan SDRAM. Dahulu digunakan sebagai memori untuk kad paparan tetapi kini pengeluar komputer membuatnya pada modul memori untuk motherboard sebagai satu jalan alternatif untuk lebih pantas dari SDRAM. Mempunyai 184 pin. Terdapat di dalam tiga kelajuan iaitu 266MHz, 333MHz dan 400MHz.

Rajah 9: Contoh DDR SDRAM 184 pin.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

20

4. DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus. DRDRAM digunakan untuk CPU dari Intel yang berkuasa tinggi. Pemindahan data sama seperti DDR SDRAM tetapi mempunyai dua saluran data untuk meningkatkan prestasi. Juga dikenali sebagai PC800 yang kerkelajuan 400MHz. Beroperasi dalam bentuk 16 bit bukan 64 bit. Kini terdapat DRDRAM berkelajuan 1066MHz yang dikenali sebagai RIMM (Rambus inline memory module). DRDRAM model RIMM 4200 32-bit menghantar 4.2gb setiap saat pada kelajuan 1066MHZ. Teknik Meningkatkan Saiz Memori Seperti yang diketahui memori terdapat dalam berbagai jenis, saiz dan kelajuan. 1. Pemasangan memori jenis SIMM 30 pin memerlukan empat keping untuk membolehkannya beroperasi. Untuk meningkatkan saiz memori, empat keping memori perlu ditambah.pada motherboard. Motherboard untuk CPU jenis DX seperti 386DX dan 486DX mempunyai 8 slot, manakala motherboard untuk CPU jenis SX seperti 386SX dan 486SX mempunyai 4 slot. 2. Memori jenis SIMM 72 pin memerlukan dua keping untuk membolehkannya beroperasi. Oleh itu ia memerlukan tambahan memori sebanyak 2 keping untuk meningkatkan saiz memori. Motherboard untuk 3. Memori jenis DIMM 168 pin dan DDR SDRAM 184 pin hanya memerlukan sekeping untuk beroperasi. Kalau kita perhatikan, komputer yang ditingkatkan saiz memori menunjukkan prestasi yang lebih baik. Membuka aplikasi atau memproses data akan menjadi lebih pantas. Walaubagaimana pun kejadian ‘hang up’, ‘freeze’ dan ‘blue screen’ sering sahaja

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

21

berlaku selepas peningkatan memori dilakukan. Ini berlaku disebabkan: 1. Modul memori yang ditambah tidak mempunyai kelajuan yang sama dengan kad memori yang sedia ada. Semasa membeli pastikan jenis memori dan kelajuannya. Rupa modul memori memang sama untuk setiap jenis tetapi mempunyai kelajuan yang berlainan 2. Modul memori menggunakan produk keluaran dari syarikat yang berbeza. Walaupun kita telah pastikan modul memori yang dibeli adalah dari jenis dan kelajuan yang sama tetapi setiap produk mempunyai perbezaannya sendiri 3. Kerosakkan static kerana kita cuai semasa proses pemasangan modul memori. Semasa proses pemasangan kita mungkin telah memegang modul memori tanpa menyahcaskan diri dari elektrik statik

Pengeluar

Kelajuan

Saiz

Harga dalam RM

Kingston

266MHz

128/256/512MB

109/199/398

Apacer

266MHz

128/256/512MB

118/216/410

Kingston

333MHz

256/512MB

228/448

Apacer

333MHz

256/512MB

229/435

Jadual 4: Perbandingan harga memori.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

22

Rajah 10: Contoh DRDRAM 184 pin.

CPU CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer. Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama: 1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

23

2. Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard. Ia juga dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti highway 10 lorong, manakala External Bus pula adalah jalan susur keluar highway yang hanya mempunyai 2 lorong. Walau besar atau lajunya sesuatu kereta di highway, bila tiba susur keluar kereta tersebut perlu perlahan. Bayangkan sekiranya lorong susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan berlaku bukan sahaja dilorong susur keluar malah akan menyebabkan highway yang besar akan mengalami kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External Bus yang besar untuk memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual 1, kita dapati Pentium IV mempunyai kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga 533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna yang mementingkan kelajuan. Jenis CPU

Internal Bus

External Bus 66 – 100MHz

850MHz – 2.2GHz

400MHz (1.7GHz keatas)

450MHz - 1.33GHz

133MHz

1.7 – 3.06 GHz

400 – 533 MHz

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

24

1.0 – 1.3GHz

200MHz

1700+ - 2800+

266 - 333MHz

Jadual 5: Perbezaan CPU Internal dan External BUS 3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah memahami fungsi cache kita bayangkan kita ada menerima 70 kotak berisi pelayan. Pada kotak yang pertama kita mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pelayan dari kotak kerana kita perlu memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak tersebut agar tidak merosakkannya. Untuk kotak kedua dan seterusnya, kita boleh membuka kotak tersebut dengan pantas tanpa perlu memikirkan (otak = CPU) bagaimana caranya membuka kotak tersebut. Ini kerana kita telah menyimpan di dalam ingatan kita (cache) cara-cara untuk membukanya. Tidak perlu lagi terkedek-kedek melihat keselurahan kotak atau membaca manual How to Open Box for Dummies. Sebagai contoh lain yang menunjukkan fungsi cache memainkan peranan penting di dalam prestasi komputer. Cuba lakukan pemasangan sistem operasi (operating system) Windows 98 dengan ingatan cache L1 (internal cache) dan L2 (external cache) dimatikan. Masa pemasangan akan mengambil sekurang-kurangnya 3 jam berbanding sebelum ingatan cache dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini kerana setiap fail di dalam bentuk .cab (cabinet) iaitu fail tersebut telah dimampatkan (compress). Fail pertama dibuka agak lambat kerana perlu mengetahui cara-cara untuk uncompress dan fail seterusnya CPU tidak perlu lagi belajar Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

25

cara-cara untuk uncompress kerana telah tersedia disimpan di dalam ingantan cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan maka setiap fail, CPU terpaksa memproses semula cara-cara untuk uncompress fail tersebut. CPU AMD Athlon dan Intel Pentium IV mempunyai saiz External cache yang sama. Untuk itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih sesuai kerana kelajuan dalaman dan luaran Pentium IV lebih dari pesaingnya. Jenis CPU

Internal Cache (L1 Cache)

External Cache(L2 Cache)

32 KB

128KB

32KB

256KB

12k µop + 8KB

256KB

128KB

64KB

128KB

256KB

Jadual 6: Perbandingan CPU untuk L1 dan L2 Cache.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

26

Jenis CPU

Kelajuan

Harga dalam RM

1.1/1.2A/1.3/1.7/1.8

159/175/198/215/273

1.7/1.8A/2A/2.4/

488/565/638/748/

2.53/2.66/2.8/3.0

929/1158/1488/2398

1/1.3GHz

125/158

1.7/1.8/2.0/2.1/2.2/2.4

215/265/328/395/595/790

Jadual 7: Perbandingan harga CPU

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet fleksibel, iaitu cakera liut, dan membaca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak didapatkan kembali atau disimpan. Pemacu cakera liut tidak mempengaruhi prestasi terhadap komputer. Harga sekitar RM 25 sehingga RM 27. Kapasiti formatting 1.44MB.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

27

Rajah 11: Pemacu cakera liut 1.44MB. Cakera Keras (Hard Disk) Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang diselaputi atau dilapisi biasanya dikedua-dua belah degan bahan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang dipilih mesti menyokong UDMA (ultra direct memory access ) dan kelajuan pusingan sekurangnya 5400rpm. Sekiranya mampu kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200 rpm. Cakera keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera liut dan storan optik. Ultra DMA Mode

Maximum Transfer Rate (MB/s)

Defining Standard

Mode 0

16.7

ATA/ATAPI-4

Mode 1

25.0

ATA/ATAPI-4

Mode 2

33.3

ATA/ATAPI-4

Mode 3

44.4

ATA/ATAPI-5

Mode 4

66.7

ATA/66

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

28

Mode 5

100

Ultra ATA/100

133

Ultra ATA/133

Jadual 8: Perbezaan Mod UDMA Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat cable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar maksima perhantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.

Rajah 12: Cakera keras dari jenama Quantum. Selain cakera jenis sambungan IDE (Integrated Drive Electronics) terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut ‘scuzzy’. Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai digunakan pada pelayan (server) kerana harganya agak tinggi.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

29

Rajah 12: Perbezaan diantara IDE 80 dan 40 wayar.

Jenama

Kapasiti

Kelajuan pusingan

Harga dalam RM

Maxtor

30/40/60GB

5400 RPM

228/259/299

Seagate

20/40GB

5400 RPM

212/269

Western Digital

20/40GB

5400 RPM

220/259

Maxtor

20/30/40/80GB

7200 RPM

228/242/285/390

Seagate

40/80GB

7200 RPM

288/385

Jadual 9: Perbandingan harga cakera keras.

Pemacu CDROM Pemacu CDROM dari storan sekunder berasaskan stroran optik. Di pasaran sekarang, terdapat 3 jenis pemacu CDROM yang popular. 1. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CDROM. 2. Pemacu CDROM CDRW – CDROM jenis ini boleh membaca dan merakam. Sekiranya menggunakan cakera jenis CD-R (CD-Recordable) iaitu cakera yang hanya boleh ditulis sekali sahaja maka pemacu CDROM CD-RW hanya boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

30

data tersebut. Ia sesuai untuk menyimpan data yang kekal seperti multimedia dan arkib. Sekiranya menggunakan cakera dari jenis CD-RW, maka data tersebut dapat disimpan serta boleh dibuat perubahan sama seperti cakera keras cuma pada kelajuan yang perlahan. 3. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya membaca cakera DVD berkapasiti 17GB berbanding dengan cakera CD-ROM hanya sekitar 740MB. Pemacu DVD boleh membaca cakera jenis CDROM biasa, CD-R dan DVD.

Rajah 13: Pemacu CDROM CD-RW jenama Yamaha Diantara ketiga jenis pemacu CDROM tadi, pemacu CDROM CD-RW merupakan satu pembelian yang bijak kerana data dan aplikasi boleh disimpan sekiranya kita menggunakan cakera CD-R atau CD-RW. Kos sekeping CD-R hanya sekitar 70sen sekeping dan boleh menyimpan sebanyak 740MB berbanding dengan cakera liut yang harganya sekitar RM 1 sekeping dan hanya berupaya menyimpan 1.44MB. Penyimpanan dan penghantaran data dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana disokong oleh pemacu dari jenis CD-ROM biasa dan pemacu DVD. Jenama

Kelajuan

Harga dalam RM

Beng

40x 12x 48x

169

Lite-on

40x 12x 48x

200

Beng

48X 24x 48x

210

Lite-On

48X 24x 48x

220

Jadual 10: Perbandingan harga pemacu CD-RW.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

31

Modem Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer lain dengan menggunakan talian telefon. Menurut definasi dari kamus Fajar Bakti, modem bermaksud: “Peranti yang boleh menukar strim bit digital menjadi isyarat analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog (pemodulat), dan boleh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital (penyahmodulat).” Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan maklumat dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog kepada digital (dari talian telefon ke komputer). Kelajuan paling tinggi bagi analog modem adalah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah huruf kecil maka ukuran data komunikasi adalah di dalam bentuk bit bukan bait (byte). Tetapi semasa kita membawa turun (download) fail dari Internet, ukuran yang digunakan adalah bait ( ‘B’ huruf besar). Sekiranya kelajuan semasa membawa turun fail adalah 5KBps maka apabila ditukar di dalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps (5 x 8 bit). Terdapat empat modem untuk talian analog. 1. Internal modem 2. External modem 3. USB modem 4. PCMCIA modem

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

32

Rajah 14: Internal modem jenis slot PCI.

Rajah 15: External modem mempunyai procesor.

Rajah 16: USB Modem

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

33

Rajah 17: PCMCIA modem. Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal modem dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala pemasangan external modem pula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan menyimpannya di dalam memori yang ada padanya. Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

34

Jenama

Jenis

Harga dalam RM

Aztech

Internal

32

Artnet

Internal

33

Aztech

External

97

Arcnet

External

98

Aztech

USB

99

Arcnet

USB

104

Jadual 11: Perbandingan harga modem. Kad Paparan (Display Card) Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk (motherboard) atau terbina dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti monitor dan adalah diantara komponen yang penting menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan dipasaran: 1. ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486 2. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering terdapat pada pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit 3. AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz. 4. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

35

a. Menggunakan memori motherboard. Berkongsi. Saiz memory boleh diubah dari 2MB sehingga 8MB b. Mempunyainya memorinya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan mempunyai prestasi yang lebih baik dari pilihan di atas

Rajah 18: Kad Paparan jenis AGP Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang mempunyai kad paparan bina dalam kerana prestasinya amat mengecewakan. Penggunaan kad paparan jenis AGP merupakan tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP mempunyai kapasiti yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Tetapi memandangkan harga tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB maka lebih pratikal menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB. Jenama

Saiz Memori dalam MB

Harga dalam RM

NVidia

32

85

Riva

32

88

GeF MX400

64

115

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

36

Asustek V710SE

64

170

Aztech

USB

99

Arcnet

USB

104

Jadual 12: Perbandingan harga kad paparan AGP. Papan Kekunci (Keyboard) Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang boleh berupa butang berkapsen atau kawasan bertanda pada suatu satah, dengan setiap kunci boleh menyebabkan tindakan atau isyarat diskret apabila ditekan dengan jari. Papan kekunci digunakan sebagai peranti input. Terdapat berbagai bentuk dan fungsi papan kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis 104 keys berharga RM 18 sudah mencukupi untuk kegunaan biasa. Papan kekunci yang mahal mempunyai fungsi tambahan seperti butang multimedia, butang Internet, speaker dan sebagainya.

Rajah 19: Papan Kekunci. Tetikus (Mouse) Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling permukaan rata, gerakan di atas permukaan dikomunikasikan kepada komputer dan menyebabkan gerakan sepadan kursor di atas paparan. Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap. Seperti juga papan kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan. Untuk kebanyakkan pengguna, tetikus berharga RM 8 sudah mencukupi. Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

37

Rajah 20: Tetikus.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

38

Related Documents

Casis Komputer
May 2020 1
Komputer
December 2019 48
Komputer
October 2019 55
Komputer
December 2019 53
Komputer
June 2020 30