Cara Murid Menghormati Pendapat Dan Kebolehan Orang Lain

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cara Murid Menghormati Pendapat Dan Kebolehan Orang Lain as PDF for free.

More details

  • Words: 145
  • Pages: 1
Cara Murid Menghormati Pendapat dan Kebolehan Orang Lain Setiap murid mempunyai kebolehan dan pendapat yang tersendiri. Kita sebagai seorang murid perlu menghormati kebolehan yang dimiliki oleh rakan kita itu. Selain itu, kita juga perlu menghormati pendapat yang berbeza di kalangan kita di dalam kelas. Antara cara kita boleh menghormati pendapat orang lain ialah dengan bersikap positif dalam menerima pandangan, kritikan, dan teguran daripada guru dan rakan. Dengan cara ini, kita akan dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana yang harmoni dalam kelas kita. Selain itu, kita juga perlu berfikir sama ada pendapat rakan kita itu berguna ataupun sebaliknya. Jika pendapat itu tidak sesuai, kita haruslah menyatakan perasaan kita supaya rakan kita menerima ia dengan hati yang terbuka. Ini dapat mengelakkan perselisihan faham, cemburu, dengki, pergaduhan, buli, dan perasaan tidak puas hati. Kesimpulannya, pelbagai pendapat yang ada dalam kalangan komuniti di sekolah mestilah kita hormati dan hargainya.

Related Documents