http://www.syed-ikhwan.com
Cara mengisi Gravatar di comment wordpress Kalau kita lihat di sini ramai di antara kita yang suka meninggalkan comment di post-post blog sana dan sini. Ada di antara kita yang menggunakan pelbagai nickname dan nama samaran. Jelas sekali di sini ada yang ingin dikenali dan ada juga yang suka menyorokkan identiti. Tapi perasankah anda, setiap kali anda mengisi comment di blog wordpress orang lain, ketika itu anda disuruh memasukkan email anda (wajib), nama samaran dan juga url website anda. Sebenarnya dengan berbuat demikian, akan meninggalkan “trace” siapa kita di blog mereka. Ada kalanya akan keluar satu image sebagai icon bila kita buat comment. Image ini dikenali sebagai Gravatar. Untuk lebih memahami apa yang saya cakapkan ni, sila rujuk gambarajah di bawah.
Gambarajah 1: Apa itu Gravatar Seperti yang kita lihat pada gambarajah 1, anak panah merah menunjukkan mereka yang tidak pernah set Gravatar mereka. Jadi paparan image default akan mengeluarkan image kosong. Manakala gambarajah anak panah biru pula adalah mereka yang telah set gravatar mereka. Dengan berbuat sedemikian, gambar yang mereka set akan keluar setiap kali membuat comment dan menggunakan maklumat email yang sama (setiap kali isi form comment). Kepentingan Gravatar. Sebelum kita belajar cara-cara nak set (buat) gravatar kita, ada baiknya kita memahami apakah kepentingan Gravatar itu sendiri. Antara kepentingan set Gravatar kita sendiri adalah: 1. Untuk mewujudkan “alert” @ “awareness” tentang kewujudan kita di dunia blogging. Hehehehe…
http://www.syed-ikhwan.com 2. Salah satu cara supaya mudah dikenali oleh orang lain. 3. Secaara tidak langsung boleh meningkatkan kredibiliti kita. 4. Boleh mendapat traffic ke blog kita kerana kadang kala orang mudah tertarik dan ingin tahu siapa kita sebenarnya. 5. Apabila dikenali ramai, dari situlah boleh mewujudkan peluang meluaskan rangkaian kawan dan juga jaringan perniagaan. Cara untuk set gambar di Gravatar. Baiklah, sekarang kita belajar pula cara untuk set gravatar. Baca dan praktiskan apa yang diajar di bawah. Langkah Pertama: Buka laman web Gravatar, yakni http://en.gravatar.com/
Langkah Kedua: Masukkan email yang biasa anda gunakan dan tekan pada butang Signup.
Langkah Ketiga: Kemudian satu email activation akan dihantar ke email anda.
http://www.syed-ikhwan.com
Langkah Keempat: Login ke dalam email anda dan buka email yang dihantar oleh pihak Gravatar. Click pada link activate untuk activated account Gravatar anda.
Langkah Kelima: Langkah seterusnya anda perlu memilih satu username yang sesuai (yang masih available) dan pilih password yang sesuai untuk akaun Gravatar anda. Kemudian click pada butang Signup.
http://www.syed-ikhwan.com Langkah Keenam: Sekarang anda akan mula memilih satu image untuk dijadikan Gravatar anda. Click pada “Add one by clicking here” sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah merah di bawah.
Langkah Ketujuh: Sekarang anda perlu memilih satu image @ grahpic untuk disunting supaya boleh dijadikan sebagai Gravatar anda. Saya mencadangkan supaya anda mencari image yang anda ingin gunakan dan save kan ia di dalam komputer anda dahulu. Dari situ anda hanya perlu click pada “My computer’s hard drive” (seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah di bawah). Kemudian anda hanya perlu click pada butang “Browse” untuk mencari image anda tadi di dalam komputer anda. Setelah selesai, click butang “Next”.
Langkah Kelapan: Setelah selesai upload, anda akan disuruh untuk crop dan edit gambar anda tadi tu. Jadi di sini anda boleh crop ia “secukup rasa”. Setelah selesai crop gambar anda, click pada butang “Crop and Finish!”.
http://www.syed-ikhwan.com
Langkah Kesembilan: Ini merupakan langkah terakhir untuk set Gravatar anda. Pada bahagian ini, anda dikehendaki set “rate” untuk Gravatar anda. Anda boleh memilih rate dari G, PG, R dan X. Jika gambar Gravatar anda tiada unsur-unsur untuk ditapis, pilih je G. (Ala, cam rate filem.. ada yang SG, SX, PL dan sebagainya). Hehehehehe
http://www.syed-ikhwan.com
Langkah Sepuluh: Sekarang secara rasminya anda telah mempunyai Gravatar anda sendiri. Jadi apabila anda ingin membuat comment di mana-mana blog wordpress, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan email yang telah anda registerkan tadi semasa membuka account Gravatar. Dari situ mereka boleh detect dan connectkan kepada akaun Gravatar anda dan secara tidak langsung gambar yang anda set tadi akan terpapar di comment tersebut. Selepas ini tiada alasan bagi anda yang tidak mempunyai Gravatar! Selamat Mencuba!