Cakera Keras

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cakera Keras as PDF for free.

More details

  • Words: 348
  • Pages: 2
CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).

Permukaan cakera keras dan kepala baca/tulis begitu rapat sehingga sebarang partikel kotoran boleh menjejaskan kelancaran proses baca/tulis dan juga menyebabkan head crash. Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang) dan juga merosakkan kepala baca/tulis. Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah jejak dan sektor. Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis. Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek cakera (disk pack). Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik. Jika ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan. Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang berlainan. Terdapat pelbagai variasi cakera keras untuk mikrokomputer:

a) Pemacu Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data. b) Pengecilan (Miniaturization) Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3"). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang sama. c) Katrij Cakera Keras (Hard Disk Cartridges) Katrij cakera keras ini mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak plastik keras. Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data. Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up).

Kelebihan cakera keras/Hard disk: a) Muatan tinggi, disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ). b) Masa mencapai data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses yang hendak dibuat oleh pengguna. c) Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

Related Documents

Cakera Keras
June 2020 15
Cakera Keras
May 2020 15
Up-cakera
May 2020 3
Perangkat Keras
April 2020 42