5.0 Cadangan Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan, hampir semua peserta berpuas hati dan sangat berpuas hati terhadap kesemua item yang telah dinyatakan di dalam borang soal selidik dan memberi pandangan bengkel yang dijalankan ini menarik. Kami juga mendapat beberapa cadangan penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh peserta berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara cadangannya ialah memperbaiki kualiti video (High Definition video format with high resolution) serta menambah kelantangan video yang dipaparkan supaya ia lebih kuat dan jelas.
Cadangan lain yang dinyatakan adalah menggunakan meja yang lebih luas untuk meletakkan permainan TJP dan Flienes dan meletakkan ia di tempat para peserta mudah untuk melihatnya.
6.0 Kesimpulan Secara kesimpulanya, bengkel pembelajaran berasaskan permainan ini mampu memberikan pendedahan serta menjadi salah satu solusi bagi mengatasi isu kekekurangan kemudahan teknologi di sekolah yang sering dihadapi oleh guru. Kini, isu kekekurangan teknologi ini sudah tidak seharusnya lagi menjadi alasan kepada para guru untuk menjadikan pengajaran tersebut menarik.
Pendedahan bengkel ini bukan sahaja meningkatkan motivasi bakal guru mempelbagaikan kaedah pengajaran, malah ia juga memberi kesedaran kepada bakal guru bahawa ia juga dapat menarik minat serta meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Akhir sekali, bengkel pembelajaran berasaskan permainan ini diharapkan mampu untuk mewujudkan bakal guru yang mampu untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu bagi meningkatkan tahap pendidikan di sekolah serta meningkatkan prestasi murid berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi.