Buku Pertanian Pendidikan Khas -tulisan Abdul Murad Abd Hamid- Smk Sri Rahmat , Johor Bahru, Malaysia

  • Uploaded by: abdul murad abd hamid
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Pertanian Pendidikan Khas -tulisan Abdul Murad Abd Hamid- Smk Sri Rahmat , Johor Bahru, Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 5,103
  • Pages: 49
SMK SRI RAHMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS

MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERTANIAN

BAHAGIAN 1 PENANAMAN SAYURAN

intisari 1.0

PENANAMAN SAYURAN 1.1 Jenis sayuran 1.2 Pemilihan tapak 1.3 Penyediaan tapak 1.4 Pembinaan batas 1.5 Pemilihan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran 1.6.1 Menyemai benih besar 1.6.2 Menyemai benih kecil 1.6.3 Semaian terus 1.6.4 Mengubah/memindah semaian 1.6.5 Mengekalkan kesegaran 1.6.6 Perlindungan semaian 1.6.7 Sungkupan

1.6.8 1.6.9 1.6.10

1.6.11

1.1

Penjarangan Memancang Kawalan Penyakit dan Serangga 1.6.10.1 Jenis racun 1.6.10.2 Teknik Meracun Membaja 1.6.11.1 Jenis baja 1.6.11.2 Teknik membaja

JENIS SAYURAN

Sayuran daun

Sayuran kekacang

Sawi

Kacang panjang

Kailan

Kacang botor

Bayam

Kacang buncis

Kangkung

Kacang sepat

Sayuran berubi / akar

Sayuran Berbuah

Bendi

Petola

Keledek

Bendi

Ubi kayu

Cili

Sengkuang

Peria

Lobak putih

Timun

Lobak merah

Tomato

Latihan 1 1.

Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun • • • •

2.

Kubis _____________ ______________ Timun _____________ ______________ Bayam _____________ ______________ Peria _____________ ______________

petola kangkung buah

naga

kalian

Gariskan sayuran buah • • • •

3.

Cili Peria Ubi kayu Kacang buncis

bendi keledek kacang tanah kacang sepat

BULATKAN sayuran berubi • • • •

Keledek Labu air Keladi Lobak merah

4. Sayuran untuk menjalar.

labu kentang rozel sengkuang ______________

memerlukan

junjung

A.

daun

B.

berbuah

C.

kekacang

D.

berubi

BATAS

1.2 Pemilihan Tapak Batas o o o o o o

Tanah sebaik-baiknya rata Kawasan yang lapang Dekat jalan raya Dekat bekalan air Dekat dengan rumah Saliran yang baik

1.3 Penyediaan Batas o o

o o o o

Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai Gemburkan tanah dengan penggembur Buat parit saliran Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan Bina batas dengan ukuran yang sama

1.4 Pembinaan batas o

o o

1.5

Terdapat 2 jenis batas iaitu :  Batas tunggal  Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,  Batas rata  Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter Jarak di antara batas ialah 30-60 sm Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman

Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih o o

Cukup matang/tua Besar dan berisi penuh

o

o o

Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat Simpan benih di bekas kedap udara Labelkan bekas simpan benih

Kaedah menanam sayuran

1.6

Terdapat 3 cara menanam sayuran: o o o 1.6.1

Menyemai benih besar o o

1.6.2

Penanaman 4 segi Penanaman 3 segi Penanaman silang/ kuinkuk

Semaian terusMenyemai benih kecil Semaian terus ( seperti langkah di atas)

Semaian terus Langkah –langkah semaian:  Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan  Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang  Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja. Terdapat 2 kaedah semai tabur: o 1. Kaedah Jalur  Bina jalur  Tabur benih dan timbus tanah 



Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu 2. Semai Tabur  Tabur benih  Timbuskan dengan tanah nipis  Siram  Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu 

o

Semaian di Tapak Semaian

1.6.3 •

Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu : •





1.6.4

1. Mengguna Polibeg o Sesuai untuk cili, tomato dan terung o Pindahkan ke tanah setelah matang 2. Kotak Percambahan o Menggunakan kotak kayu yang berlubang o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus o Pindahkan ke tanah selepas percambahan 3. Batas semaian o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian o Semai kaedah jalur / tabor o Siram dan ubah benih selepas bercambah Mengubah/memindah semaian

• •

• • 1.6.5

Semai di tapak semaian Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak Ubah/pindah setelah cukup matang Tanam ikut jarak yang sesuai

Mengekalkan kesegaran Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu: •



1.6.6

1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air 2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa

Perlindungan semaian Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih. Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya

1.6.7

Penjarangan •



1.6.8

Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu. Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan

Memancang Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat. Terdapat 3 jenis pancangan iaitu : • • •

1.6.9

1. Pancang 3 segi 2. Pancang jenis jarring 3. Pancang jenis pagar

Kawalan Penyakit dan Serangga Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih. Haiwan perosak •

Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih)

Jenis racun

• •

Racun serangga Racun rumput

Penyakit Sayuran • • • • • • 1.6.9.1

Langkah Mengawal • • •

• • 1.6.10 •

Melecur - akibat kulat Reput akar – akibat kulat dan bacteria Bintik daun – akibat kulat Kulapuk – akibat kulat Karat batang- akibat kulat Pokok terbantut- akibat virus

Sembur racun serangga Buang siput/ulat bulu Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus Tanaman giliran Menjaga kebun dengan bersih

Tanaman giliran

Pusingan Giliran: • • • •

I – Tanaman Kekacang II- Sayuran daun III- Tanaman berubi IV- Sayuran berbuah

Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang.

1.6.11

Membaja 1.6.11.1 Tujuan Membaja • •

Membekalkan zat makanan Membaiki struktur tanah

1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K) • • •

N – Nitrogen ( tumbesaran) P – Phosforus (akar) K – Kalium ( bunga dan buah)

1.6.11.3 Jenis Baja Terdapat 2 jenis baja iaitu dan baja organan

baja organan

Baja organan •

Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar

Baja kimia Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian •

Baja tunggal o Baja Nitrogen ( urea 46%, ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33% o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super)

Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%) Baja Campuran/sebatian o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium) o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2% o



Teknik Membaja •



Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam  5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian  Baja fosforus CIRP 50 gram  Kapur 0.5 kg Pembajaan permukaan o Tabur sekeliling pokok o Tabur setiap 2 minggu o Elak baja terkena pokok o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur

Pemungutan Sayuran Sayuran

Cara Tanam

Jarak tanam

Jarak Tanam

Peria

Antara tumbuhan Semaian terus 45 cm

Antara barisan 60 cm

Petola

Perlu junjungan Semaian terus 45 cm

60cm

Mula Kutip hasil (minggu) 10 -12 minggu 8-10 minggu

Sawi Terung

Timun

Tomato

Perlu junjungan Semai dan pindah ke batas Semai di polibeg Dan ubah ke batas Semain terus ke batas Perlu junjuungan Semai terus ke batas atau polibeg

25 cm

30cm

4-6 minggu

45 cm

60 cm

10-12 minggu

45 cm

60 cm

6-8 minggu

45 cm

50 cm

12-14 minggu

MAKLUMA T

TANAMAN

PENANAMAN BENDI 1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)

2.

Pendahuluan:

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi 3.

Tanah:

Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar B. Menanam Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).

C. Membaja Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja. D. Menyiram

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah E. Merumput Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut. F. Sungkupan Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan. G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas 4. Kawalan Musuh Dan Penyakit: Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon. Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. 5. Penuaian: Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

i. 50 - 55 hari selepas menanam. ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur. Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bungabunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar. 6. Pengendalian Lepas Tuai Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %. |

PENANAMAN KACANG PANJANG 1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)

2. Penanaman: •

Penyediaan Tanah: Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu. •

Menanam:

Di Ladang

Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi). Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu. •

Menyedia Junjung:

Di Ladang Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

3. Penjagaan: •

Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan •

Membaja:

Di Ladang Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.



Merumput:

Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:

Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a.

5. Memungut Hasil: Di Ladang Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.

PENANAMAN KACANG BOTOR 1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D.C. )

2. Pendahuluan: Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepitepi pagar rumah. Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.

3. Tanah: Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.

4. Penanaman: A. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30 sm. B. Menanam Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.

C. Menyedia Junjung Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1) Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

PENANAMAN CILI

PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • • •

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm.



Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain •

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.



Menyedia Anak Benih 1. Di ladang • •

• • • • • •

Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam 1. Di Ladang

• •



Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain •

Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN Sungkupan 1. Diladang •

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain •

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput •

Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK Penyakit Bintik daun Antraknos buah

Kawalan Sembur racun kulat Benomyl Sembur racun kulat seperti mancozeb

Kutu daun

Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh dan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting. (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • • •

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain •

Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula) PENANAMAN Penyediaan Tanah • • •

Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas.

PENJAGAAN Membaja

• • •

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas. Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. Program pembajaan

Masa Pembajaan 3 minggu lepas tanam 5 minggu lepas tanam 7 minggu lepas tanam

Kadar Baja Cara Membaja (kg/0.4 ha) 100 Tabur di keliling pokok 200 Tabur antara pokok 200 Tabur antara pokok

Menyiram •

Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok • •

• •

Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah. Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar. Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para. Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.

Membalut buah • •

Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

MEMUNGUT HASIL •

Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik

buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.

PENANAMAN TERUNG

PENYEDIAAN TANAH 1. Di Ladang • • • •

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain •



Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH •

Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.





• • • • •

Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM 1. Di Ladang • • • •

Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas. Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain • •

Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 5 cm. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan. Membaja 1. Di Ladang •

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain •

Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan 1. Di Ladang Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu dan bekas lain Gunakan rumput-rumput kering. Merumput Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu. Menyedia Sokongan 1. Di Ladang •

Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain



Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT •



Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • • •

Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain •

Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.

PENANAMAN TIMUN PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • • • •

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 30cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain •



Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menanam 1. Di ladang •

Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.

• • •

Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain • •

Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN Sungkupan 1. Di Ladang •

Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain •

Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung 1. Di Ladang •



Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas. Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.

Membaja 1. Di Ladang • •

Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain •

Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.

Merumput •

Kawal rumput sepanjang masa.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT Penyakit / Perosak Kawalan Kumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif (b.a) Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025% Kulapok downy b.a.

MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • • •

Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang. Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm. Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.

• •

Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan. Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.

| Atas | Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru

ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman. Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini. Terung Varieti ARC-BJ-105

>> ARC-BJ-105 yang menarik Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut: Ciri-ciri tanaman: Ketinggian

133 cm

PENANAMAN KACANG BUNCIS 1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )

2. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat. 3. Jenis: Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu: a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI. b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4. Tanah: Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya. 3. Penanaman:

A. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm Menyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas Kawasan berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m. B. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan Menanam jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha. C. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis Menyedia perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang Junjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayukayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

Rajah menunjukk an rupa bentuk junjung untuk pokok kacang buncis

4. Penjagaan:

A. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali Menyiram hari hujan. B. Membaja

Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.

Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam. C. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 5. Memungut Hasil: Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.

Related Documents


More Documents from ""