Buat IBU Syurgaku di bawah tapak kakinya Orang kata aku lahir dari perut.. IBU Bila dahaga , yang susukan aku.. IBU Bila lapar, yang suapkan aku.. IBU Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. IBU Kata IBU, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. IBU Bila nangis, orang pertama yang datang.. IBU Bila nak bermanja.. aku dekati IBU Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah IBU Bila sedih, yang boleh memujukku hanya IBU Bila nakal, yang memarahi aku? IBU Bila merajuk? Yang memujukku cuma IBU Bila melakukan kesalahan? Yang paling cepat marah.. IBU Bila takut? Yang tenangkan aku.. IBU Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. IBU Aku selalu teringatkan.. IBU Bila sedih, aku mesti telefon? IBU Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? IBU Bila bengang..aku suka luah pada ..IBU Bila takut, aku selalu panggil.. “IBUUUUU” Bila sakit, orang paling risau adalah.. IBU Bila nak exam, orang paling sibuk juga IBU Bila buat hal, yang marah aku dullu.. IBU Bila ada masalah, yang paling risau.. IBU Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini.. IBU Yang selalu masak makanan kegemaran aku.. IBU
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IBU Yang selalu berleter kat aku.. IBU Yang selalu puji aku.. IBU Yang selalu nasihat aku.. IBU Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? IBU Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok? Aku cari PASANGANKU Bila sedih? Aku cari IBU Bila berjaya? Aku ceritakan pada Pasanganku Bila gagal? Aku ceritakan pada IBU Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat IBUKU Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah IBU Bila sambut anniversary.. aku hadiahkan bunga pada Pasanganku Bila sambut hari ibu? Aku Cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu, Aku ingat pasanganku Selalu, Ibu ingat kat aku Bila-bila aku akan telefon Pasangku Entah bila..aku nak telefon IBU Selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila..aku nak belikan hadiah untuk IBUKU Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja..bolehlah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah” Berderai air mata aku Hari ini kalau IBU mahu lima ratus sebulan pun aku mampu Aku boleh kirimkan Tapi IBU sudah tiada. Aku tidak kesempatan lagi..
Bukan lima puluh ringgit..lima puluh sen pun tak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu AL FATIHAH! IBU Semoga rohmu Sentiasa dirahmati dan dicucuri AMPUN KAN AKU IBU..