Pengenalan Dalam setiap kehidupan manusia, perhubungan memainkan peranan penting mempermudahkan perhubungan,
manusia
istilah
berinteraksi
komunikasi
sesama
merupakan
sendiri.
ungkapan
Dalam yang
konteks
tepat
dalam
menentukan bentuk perhubungan tersebut. Sejak berabad-abad dahulu, manusia berhubung di antara satu dengan lain menggunakan perantaraaan komunikasi. Manusia
memang
mengetahui
kepentingan
komunikasi
sesama
manusia.
Kepentingan komunikasi telah menjadi wadah menggerakkan perhubungan masyarakat sehingga masyarakat manusia hidup maju, dinamik dan berdaya-saing.
Masyarakat manusia berkomunikasi untuk mencapai hasrat masing-masing dalam kehidupan mereka sehingga terbentuk komunikasi tradisi sesuatu kaum. Sesuatu kaum pula mempunyai kod-kod bahasa tertentu yang digunakan dalam komunikasi mereka. Pada asalnya bahasa adalah satu proses komunikasi yang berakar-umbi sejak manusia lahir sehingga dapat bertutur dengan lancar. Dalam hubungan ini, pertuturan yang menggunakan bahasa yang difahami oleh orang lain merupakan satu proses komunikasi. Manusia memahami sesuatu bahasa mengikut bangsa mereka dan proses komunikasi tersebut dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Namun begitu, setiap kaum mempunyai kod-kod bahasa
tertentu yang tidak diketahui oleh kaum yang lain. Walau bagaimanapun, kaumkaum tersebut masih dapat berinteraksi di antara satu dengan lain jika mereka mempelajari kod-kod bahasa kaum yang lain.
Menurut Beryl William, setiap
manusia ada repertoir skil komunikasi untuk berinteraksi dengan orang lain. Skil tersebut boleh dipelajari dan dipertingkatkan sehingga berkesan
Ceramah Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam bahasa Melayu antaranya perbahasan, perundingan, ceramah, ucapan dan taklimat. Menurut Maimunah Haji Omar,1993, ucapan merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan.
Ceramah merupakan satu proses komunikasi yang menggunakan
percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.
Prinsip komunikasi dalam brosur adalah seperti berikut, iaitu pesanan hendaklah terkawal, menggunakan bahasa yang mudah difahami. Tindakan yang tidak menimbulkan ketidakselesaan, dan perhatian ditumpukan sepenuhnya. Faktor peningkatan pemahaman komunikasi ialah kesedaran iaitu pemahaman tentang sesuatu konsep, kedua pengukuran iaitu tingkah laku yang selaras dengan tujuan komunikasi dan terakhir maklum balas iaitu respon/ tanda-tanda penerimaan mesej serta pemahamannya. Ceramah merupakan komunikasi sehala iaitu di mana penceramah berucap dan penonton/ audiens mendengar.
Kandungan ceramah itu haruslah mempunyai
penerangan, penjelasan dan fakta tentang sesuatu. Biasanya situasi bila ceramah diadakan adalah ketika majlis perasmian, perpisahan, perhimpunan dan keraian. Antara kebaikan komunikasi melalui ceramah adalah mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat di mana maklumat dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan kepada audiens.
Alat bantuan komunikasi boleh digunakan
contohnya seperti mikrofon yang mana ia berfungsi bersama set audio untuk membesarkan suara penyampai kepada audiens.
Penggunaan alat bantuan
komunikasi dapat menolong penyampai menyampaikan kandungan teks ucapan dengan jelas dan berkesan terutamanya dalam suatu majlis atau perhimpunan yang dihadiri oleh ramai audiens. Melalui ceramah juga, maklum balas yang diterima oleh penyampai daripada audiens adalah cepat.
Ini kerana sekiranya audiens
mempunyai kemusykilan, mereka boleh mengemukakan soalan kepada penyampai pada sesi soal jawab setelah selesai ceramah berkenaan dan ini membolehkan mereka memperolehi maklumat yang diingini dengan cepat dan tepat.
Kos
mengadakan ceramah juga adalah lebih murah di samping itu meyakinkan audiens tentang apa yang disampaikan. Keburukan ceramah ialah sekiranya penceramah tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, penceramah susah untuk menyampaikan mesej dan mungkin apa yang disampaikan kurang jelas. Ceramah tidak mempunyai rekod kekal kerana tidak nyata. Halangan luaran bagi penyampaian ceramah ialah tingkah laku, tindakan atau rungutan yang dibuat oleh penghantar maklumat semasa menyampaikan maklumat dan persekitaran di mana komunikasi itu mengambil tempat seperti pasar borong
yang bising. Bagi halangan dalaman pula, kekurangan yang dihadapi oleh penerima maklumat atau pendengar itu sendiri berbentuk emosi, salah sangka, gaya atau ketika menerima maklumat, tidak berminat untuk mendengar dan rasa bimbang.
Brosur
Proses komunikasi yang tidak menggunakan percakapan tetapi menggunakan tulisan dan gambar-gambar untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Proses komunikasi bukan lisan terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu bertulis, bercetak, penggunaan isyarat/ simbol, dan pergerakan anggota badan. Brosur merupakan sebahagian daripada proses komunikasi bukan lisan. Penulisan pada brosur ini merupakan kegiatan merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk disimpan atau digunakan pada masa hadapan, dan ia dilakukan secara terancang dan teratur. Penulisan yang baik dan sempurna akan melibatkan beberapa faktor seperti isi atau fakta, gaya dan laras, pegolahan dan bahasa. Fakta ialah isi yang hendak dipamerkan bagi tatapan pembaca.
Bagi karya
berbentuk ilmiah, fakta yang diketengahkan mestilah berdasarkan sesuatu yang dapat dipegang kebenarannya.
Fakta digarap melalui pembacaan, hasil
penyelidikan ataupun daripada pengalaman penulis. Faktor –faktor tersebut diadun, disusun dan dirancang persembahan sebelum ia dapat diketengahkan contohnya seperti dalam brosur Negeri Johor. kebolehpercayaannya yang tinggi.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai
Pandangan dan pendapat yang berasaskan
prinsip, falsafah, ideologi dan teori-teori juga merupakan bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai fakta. Paling penting, fakta-fakta yang dipamerkan hendaklah jelas, bermutu, terbukti kesahannya, meyakinkan dan dapat disampaikan secara mudah, logik, dan penuh bertanggungjawab. Gaya ialah stail atau cara sesebuah penulisan itu diolah dan disampaikan.
Ia
melibatkan penggunaan bahasa yang tertentu yang biasanya diadun dengan pengolahan yang menarik dan berkesan.
Gaya yang menarik dan baik
meransangkan pembaca dan memberikan impak yang mendalam kepada para pembaca. Laras ditujukan kepada penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi tertentu. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam fungsi perlakuan sosialnya. Adalah penting untuk mengenali laras utama bahasa Melayu. Apabila kita dapat membezakan laras formal dengan laras yang tidak formal, kita dapat mengelak daripada menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Pengetahuan ini penting dan berguna kepada mereka yang sering terlibat dengan saluran media cetak, penulis, penyair dan sebagainya. Pengolahan ialah kebolehan seseorang memerihalkan sesebuah penulisan secara menyeluruh. Melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan, serta melibatkan format dan bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian. Ia dapat membantu penulis memberi gambaran yang jelas dan menggerakkan ransangan serta daya berfikir pembaca dengan sempurna. Dengan kata lain, penulisan akan menjadi lebih matang, menarik dan berkesan. Dari segi bahasa, ia haruslah mudah dibaca, ditelahi dan dinikmati. Penulis juga haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan agar ia menarik dan mudah dinikmati. Teks dalam apa jua bentuk, bertulis atau lisan, merupakan salah satu sistem komunikasi yang paling utama.
Ianya membolehkan sesuatu maklumat atau
informasi disampai dan disebarkan ke seluruh dunia dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah media komunikasi seperti di dalam brosur bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan. Teks boleh dikombinasikan bersama-sama dengan gambargambar yang berkaitan yang lain bagi meyampaikan sesuatu informasi dengan lebih berkesan dan menarik. Biasanya teks hanya digunakan sebagai asas penyaluran. Sekiranya penggunaan jenis tulisan yang lebih kompleks diperlukan , biasanya teks tersebut terlebih dahulu perlu diterjemahkan ke bentuk grafik yang lebih menarik. Brosur mempunyai kebaikan yang tersendiri dan antaranya adalah mesej boleh dipindah sehingga mencapai persetujuan antara penghantar & penerima. Ini
bermaksud mesej yang terdapat dalam brosur biasanya dapat disampaikan kepada penerima dan terpulang kepada penerima samada bertindak mengikut apa yang dibaca.
Mesej juga boleh disesuaikan dengan bakal penerima iaitu contohnya
sekiranya penerima tidak bersetuju dengan apa yang diiklankan di dalam brosur tawaran kesihatan, penerima boleh menolaknya dengan tidak mengikuti tawaran itu. Kebaikan brosur itu juga adalah ia dalam bentuk yang tetap/ nyata dan dapat disimpan lama kerana ia bersifat kekal. Brosur juga boleh dihantar kepada penerima di mana penghantar tidak boleh sampai contohnya seperti iklan promosi pelancungan johor, brosur yang berkaitan boleh diedarkan di negeri-negeri lain agar penerima tahu mengenai sebarang aktiviti dan tempat-tempat menarik di negeri Johor. Dalam brosur, mesej yang disampaikan juga tidak berubah yakni kandungan adalah seperti yang dirancang dan dicetak, dan tiada had penerima maklumat bagi brosur. Antara keburukan brosur pula penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh menentukan pembacanya. Selain itu penerima mungkin membaca dan menerima brosur pada waktu yang salah. Penerima juga mungkin membuang dan tidak membaca brosur yang diterima. mungkin memahami hanya sebahagian mesej yang disampaikan. Contoh; Brosur Negeri Johor
Penerima juga
Muka hadapan
Isi brosur