Bola Baling Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. . Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.
BOLA BALING
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada
bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark, Czekoslovakia, Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM
OBJEKTIF AM 1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan; 2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; 3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; 4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; 5. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; 6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan
7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan. Posted by norizan.hj.johan at 5:41 PM