Bm2-web

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm2-web as PDF for free.

More details

  • Words: 2,465
  • Pages: 9
Selamat bercuti dan menyiapkan semua tugasan yang telah diberi. Ingat kejayaan tidak datang bergolek dan pasti perlu pengorbanan. Fokus pada apa yang kita buat! Kerja Musim Cuti Penggal Pertama Minggu Pertama (24-31 Mei 2008) Tingkatan 6 Atas Arahan: Pelajar diminta menjawab semua soalan. Jawapan boleh dihantar melalui email atau semasa sesi penggal kedua bermula. Pastikan setiap tugasan dibuat mengikut cadangan waktu yang diberi. Tugasan 1 BAHAGIAN A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan tajuk di bawah ini. [ 50 ] 1. Sebagai seorang pegawai persatuan pengguna, anda diminta memberi ucapan dalam satu majlis perasmian Minggu Pengguna di daerah anda. Fokus ucapan anda ialah implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat. Sediakan teks ucapan tersebut.

Bahagian B RUMUSAN 1 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dalam tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya hendaklah antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20 markah] Sepanjang dekad ini, masyarakat, media dan dunia sering memperkatakan teknologi maklumat. Pada mulanya, masyarakat kagum dengan keupayaan internet

sebagai satu pangkalan data yang mengatasi komputer biasa dalam keupayaannya membekalkan kepada kita berkali ganda maklumat. Dalam menuju ke arah pembangunan yang kian pesat ini, teknologi maklumat telah menjadi satu pemangkin ke arah kemajuan negara. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang asing kepada masyarakat negara ini. Malahan ada yang sudah memiliki dan menguasainya secara profesional. Dalam dunia sekarang, kemajuan dan tamadun sesebuah negara diukur dari segi reka cipta dan penggunaan teknologinya. Semakin tinggi penghasilan dan penggunaan teknologi sesebuah negara, semakin tinggilah tamadun bangsa berkenaan. Namun pelbagai cabaran dan rintangan dalam bidang ini perlu dihadapi untuk membangunkan masyarakat berwawasan. Masyarakat yang berteknologi dan berakhlak merupakan wawasan yang perlu dicapai. Teknologi maklumat ada yang bersifat positif dan ada yang bersifat negatif. Oleh itu, penerimaannya bergantung kepada akal budi kita. Seharusnya kita jangan menolaknya bulat-bulat, ibarat kita menolak penggunaan kereta kerana boleh mencetuskan kemalangan. Sebaliknya, cara penggunaan dan tujuannya yang harus kita tetapkan agar tidak mendatangkan kemudaratan. Sikap negatif masyarakat yang memandang serong teknologi maklumat juga harus diubah. Ini melibatkan golongan tokoh agama. Masih terdapat golongan tokoh agama yang menyatakan bahawa pembelajaran dan pengajaran agama serta al-Quran tidak boleh dibuat secara karaoke dalam pakej cakera padat (CD) komputer. Sebenarnya apa salahnya jika agama dan al-Quran disebarkan melalui internet. Agama tidak mengajar kita menolak kemajuan. Agama mengajak kita menyebatikan keagamaan dan menyebarkannya dengan teknologi maklumat. Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab memperkembang teknologi maklumat, tetapi juga membina masyarakat yang bermoral tinggi. Kerajaan harus memastikan masyarakat penyayang tidak ditenggelami landaan gelombang internet. Minda dan jiwa masyarakat harus sarat dengan nilai-nilai akhlak yang mulia di samping mengendalikan teknologi maklumat. Pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sedang giat dijalankan. Pelaburpelabur asing, termasuk Microsoft dan IBM, berjanji akan mendirikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi maklumat di Malaysia. Namun, sampai bilakah kita mahu bergantung kepada mereka? Mengapakah syarikat tempatan tidak berupaya menyertai projek ini? Inilah persoalan yang harus diberikan perhatian serius. Kepakaran rakyat dalam bidang teknologi maklumat harus mencukupi. Tiada perbezaan mengimport teknologi maklumat bulat-bulat dari negara asing dengan menarik mereka melabur di sini jika kita sendiri tidak berupaya menghasilkan teknologi maklumat. Oleh itu, sudah tibalah masnya satu rancangan pembangunan menyelutuh dalam teknologi maklumat tempatan dilaksanakan. Pembangunan teknologi maklumat harus meliputi seluruh penduduk Malaysia, dari sekolah rendah sehingga orang awam. Mereka perlu mengenali dan memahami teknologi maklumat. Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) menghadapi masalah memenuhi permintaan tinggi untuk melanggan perkhidmatan Jaring, iaitu laluan untuk berhubung dengan internet. Keluhan orang ramai bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk dihubungkan kepada internet menunjukkan kelemahan perancangan kita. Kita mahu rakyat mengetahui dan mengenali teknologi maklumat.

Namun pendedahan awal mereka kepada teknologi maklumat sudah membosankan dan mematahkan semangat mereka. Oleh itu, kerajaan telah membenarkan Syarikat Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan internet melalui TMNet. Kerajaan juga bercadang membenarkan syarikat telekomunikasi lain untuk menyediakan perkhidmatan ini. Landaan teknologi maklumat tidak dapat dicegah oleh sesiapa pun. Kita tetap akan menerimanya dalam semua bidang. Namun, perancangan yang rapi bukan mudah dijalankan. Keseimbangan teknologi maklumat dengan seni dan kemanusiaan juga harus dititikberatkan.

Bahagian C [15] Jawab satu soalan sahaja. 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. ”Kalau Tuan Aji jadi wakil rakyat, ada canlah saya naik gaji”? Sidik memasang lukah di air jernih. ”Huh...kerja kau tak ada lain, belum apa-apa gaji yang kaukira! Kalau aku jadi wakil rakyat, gaji kau tak akan naik!” Haji Lamin mencantas harapan orang kanannya. Dan Sidik tersipu. ”Takkan nak makan seorang, tuan haji?” ”Gaji kau akan jadi dua! Satu imbuhan sebagai pemandu aku, dan satu lagi driver wakil rakyat!” Pemborong rakus memasang jerat politik. Dan anak tolol kampung itu tersengih senang. ”Kalau macam itu kira jadi! Tuan Aji boleh goyang kaki, pasti menang! Serahkan pada saya, Cuma pulinya mestilah tebal!” ”Macam mana?” ”Macam yang Tuan Aji suruh saya buat untuk menangkan Yang Berhormat Hajah Senah dulu, nak jatuhkannya lagi senang! Sebodoh-bodoh saya ni pun, Ketua Pemuda Cawangan Tuan Aji!” Ketua pemuda cawangan itu menjilat punggung bakal ketua bahagian. Hidungnya kembang-kempis menghitung jumlah dua kali gaji. Haji Lamin menepuk dan mencengkam bahu Sidik lalu menghala langkah ke Pajero di tikungan simpang empat muka Kota Serambi pekan budaya. Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Internet mengandungi banyak data dan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai topik. Dalam pencarian item maklumat tertentu, domain maklumat yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori mudah. Kategori pertama ialah kategori maklumat yang sesuai, iaitu maklumat yang sememangnya dikehendaki anda. Kategori yang kedua merupakan maklumat yang tidak diperlu langsung sebab tidak ada nilai dan tidak berkaitan langsung dengan keperluan anda. Kategori ketiga ialah maklumat yang masih samar-samar, iaitu kumpulan maklumat yang perlu diperdebatkan dan dibincangkan samada maklumat itu sesuai atau tidak. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _

Kerja Musim Cuti Penggal Pertama Minggu Kedua (1-7 Jun 2008) Bahagian B RUMUSAN Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dalam tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya hendaklah antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20 markah] Pengenalan euro sebagai mata wang tunggal di Eropah merupakan perkembangan yang bermakna dalam sejarah manusia. Inilah julung-julung kalinya dalam sejarah dunia, apabila negara-negara yang berdaulat – seperti Austria, Belanda, Jerman, perancis, Finland, Portugal, Itali, Luxembourg, dan Belgium – bersatu dan dengan sukarela menerima penggunaan mata wang tunggal. Kejayaan pelaksanaan penggunaan mata wang euro mendorong beberapa pemikir ekonomi untuk mengimpikan bahawa suatu hari kelak dunia akan hanya menggunakan satu mata wang. Langkah ini bukan sahaja memudahkan perdagangan dan perniagaan antarabangsa bahkan system yang wujud itu boleh menghapuskan spekulasi mata wang nasional. Jika dunia menggunakan mata wang tunggal maka dengan sendirinya pengurup mata wang dan speculator mata wang akan menghentikan perniagaan mereka. Jika keadaan ini berlaku, mata wang akan menjadi alat membeli-belah dan tidak lagi menjadi satu komoditi untuk dijual beli. Mata wang bukan lagi komoditi tetapi

hanya merupakan satu alat. Bagaimanapun, buat masa ini, mata wang dijual beli mengikut harga pasaran dengan tidak menghiraukan peranannya sebagai alat. Menjatuhkan dan menaikkan nilai mata wang sesebuah Negara menimbulkan kesengsaraan yang besar kepada Negara-negara membangun seperti apa yang berlaku di Asia pada akhir abad ke-20. Sememangnya mata wang menandakan kuasa dan kedaulatan sesebuah kerajaan untuk menentukan keadaan ekonominya. Hakikat bahawa Dolar Amerika digunakan dengan luas di seluruh dunia menunjukkan betapa Amerika Syarikat menguasai ekonomi dunia. Ini dilihat daripada minat dunia untuk menggunakan Dolar Amerika dalam urusan jual beli. Negara-negara Eropah juga mempunyai mata wang nasional masing-masing yang kuat kerana nilai sesuatu mata wang bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah Negara. Keputusan negara-negara Eropah untuk mewujudkan satu mata wang merupakan tindakan menyerahkan kuasa mereka masing-masing demi kepentingan masa depan benua itu sendiri. Walau bagaimanapun, tidak semua Negara Eropah mahu menyertai mata wang tunggal itu – antara Negara utama yang enggan menyertainya ialah Britain. Bagaimanapun, Negara-negara lain yang menyertai euro sudah cukup untuk menggerakkan benua itu kea rah penggunaan mata wang tunggal. Idea menggunakan mata wang tunggal itu lahir dan membesar daripada pemikiran dan harapan bagi perpaduan Eropah. Dengan penubuhan Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai parlimennya sendiri akhirnya membawa kepada penyatuan mata wang. Maknanya, kesedaran dan dorongan kea rah perpaduan telah membawa Eropah kepada sistem mata wang tunggal. Penggunaan satu mata wang ada baik dan buruknya tetapi penyertaan banyak Negara Eropah dalam Euro menunjukkan bahawa kebaikannya adalah lebih besar. Dengan penyatuan mata wang itu, Eropah telah menawarkan satu mata wang yang kuat dan mampu mencabar kedudukan Dolar Amerika. Ini bermakna, dunia mempunyai pilihan dalam penggunaan mata wang bagi urusan perdaganan antarabangsa. Kalau dulu mereka lebih cendrung menggunakan Dolar Amerika kerana mata wang lain, termasuk mata wang yang kuat di Eropah seperti Franc dan Deutschmark, tidak dapat menyaingi Dolar Amerika. Sekarang, Negara-negara di dunia mempunyai pilihan antara Dolar Amerika dengan euro. Bagi Asia pula, yang pernah dilanda oleh kegawatan ekonomi akibat kenaikan Dolar Amerika berbanding dengan nialai mata wang nasional, kewujudan euro merupakan jalan baru untuk mengimbangi serangan spekulator mata wang asing. (Diubah suai daripada Euro Mampu Cabar Dolar Amerika oleh Zin Mahmud; Massa, 9 Januari 1999; Utusan Melayu)

Bahagian C [15]

6. Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. Mata Ayah Kujabat mesra tangan ayah Urat-urat daging-daging tua keras terasa Mataku tersenyum, matanya menyapa Anak yang pulang disambut mesra. Tapi matanya, mata yang menatapku Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi Garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram Suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu. Kelibat senyum matanya masih jua ramah Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang Memintaku pulang menikmati beras baru. Anak yang pulang di sisi ayahnya akulah Merasakan kepedihan yang tercermin di mata Meski kain pelikatnya bersih dalam kesegaran wuduk Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia. (Usman Awang) Bahagian D 8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Pada awal penemuan teknologi komputer, ada pihak yang meramalkan bahawa komputer akhirnya dapat mengatasi kecerdikan otak manusia bila komputer mampu belajar seperti manusia. Jika ramalan ini tepat, mungkin robot-robot komputer mengambil kesempatan di atas kelemahan manusia untuk mengambil-alih bumi ini? Ramalan ini tidak pelik untuk menjadi kenyataan. Walaupun para saintis-saintis mendapati bahawa komputer memang boleh dicipta untuk menjadi lebih pintar dari manusia dalam tugas-tugas tertentu, namun komputer masih kekurangan ”kuasa

dalaman”. Komputer tidak mampun menggaitkan peristiwa-peristiwa yang dialaminya secara rasional. Kelemahan ini menjadi ”halangan” besar terhadap saintis untuk mencipta komputer yang mampu beroperasi dengan kepintaran dan kecekapan seperti manusia. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Tugasan Bulan Mac (Cuti Pertengahan Semester 1) Bahasa Melayu Tingkatan Enam Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja. Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya. Cuba anda jadikan kejayaan pelajar ini sebagai contoh untuk diteladani: Muhd. Izzat pelajar Melayu terbaik STPM Melaka 11/03/2008 6:17pm

Oleh: RIZANIZAM ABDUL HAMID MELAKA 11 Mac – Walaupun berasal dari keluarga yang sederhana, ia tidak menghalang Muhd. Izzat Ithnin, 19, muncul sebagai satu-satunya pelajar Melayu di negeri ini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007. Muhd. Izzat yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka di sini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Ekonomi, Sejarah dan Bahasa Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 mata. Dia merupakan satu-satunya pelajar Melayu daripada 44 pelajar di 23 buah sekolah di Melaka yang mendapat keputusan itu dalam peperiksaan STPM lepas. Menceritakan tentang rahsia kejayaannya, Muhd. Izzat berkata, dia menjadikan buku dan teman sekolah sebagai rujukan untuk mata pelajaran yang lemah.

``Setiap hari, saya akan terus berada di sekolah sehingga pukul 4 petang untuk mengulang kaji pelajaran. ``Sampai sahaja di rumah, saya akan berehat sambil menonton rancangan televisyen yang berunsur pengetahuan sebelum menyambung semula belajar dari pukul 8 hingga 10 malam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambahnya lagi, dia cuma meluangkan masa untuk berehat sepanjang hari setiap Jumaat untuk aktiviti riadah bersama keluarga. - Utusan Makan kurma dan berpuasa, rahsia Azali capai 20 1A 12-03-2008 06:32:19 PM PUTRAJAYA: “Tidak ada rahsia, cuma saya amalkan makan kurma dan minum madu setiap hari serta berpuasa sepanjang peperiksaan selain banyak bersabar dan konsisten dalam mengulangkaji,” kata Azali Aznan, 17 daripada SMKA Yan, Kedah apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya mendapat 20 1A dan 1 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Azali yang merupakan calon tunggal mengambil 21 mata pelajaran dalam SPM tahun lalu begitu bersyukur kerana segala usahanya selama ini berhasil.

Azali bersama seorang lagi pelajar cemerlang, Quek Khai Ren dari Mentakab “Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan sungguh tidak menyangka mencapai keputusan yang cemerlang memandangkan saya hanya mendapat 18A1 dan 3A2 semasa peperiksaan percubaan. “Justeru saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar saya daripada tadika hingga sekolah menengah kerana ini bukan kejayaan saya seorang tetapi kejayaan kami bersama,” katanya selepas diumumkan sebagai antara pelajar cemerlang SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, di sini, Rabu. Antara mata pelajaran yang diduduki Azali adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kesusateraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Physics, Chemistry, Biology, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Seni Visual, English for Science & Technology dan Additional Mathematics.

Ditanya apa yang mendorongnya mengambil banyak mata pelajaran dalam SPM, beliau yang juga pernah mendapat anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan tahun lalu, berkata itu hanya untuk kepuasan dirinya dan juga untuk ibu bapa serta guru.

“Saya tidak pernah berniat untuk menandingi sesiapa, cuma saya rasa mampu untuk melakukannya dan ia berhasil,” kata Azali yang juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya.

Bersama ibu bapanya yang banyak memberi dorongan Azali berkata, hanya 12 mata pelajaran yang menawarkan pembelajaran di dalam kelas manakala bagi sembilan mata pelajaran lagi, beliau hanya mengulangkaji sendiri. “Justeru, saya banyak melakukan solat hajat memohon supaya diberikan petunjuk dan bertawakal kepada Allah,” katanya. Azali berkata, beliau juga tidak mempunyai jadual pembelajaran kerana padanya itu akan membuat beliau berasa tertekan. “Jika ada jadual, kita akan rasa tertekan kerana perlu mengikut jadual yang kita tetapkan itu. “Justeru, saya hanya belajar apabila saya bersemangat tetapi pastikan semangat itu selalu ada,” kata anak kepada pasangan guru, Azlan Osman dan Rozita Sarapir yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini. Azali berkata, jika diberi peluang, beliau ingin menyambung pelajarannya dalam bidang bioteknologi di Amerika atau United Kingdom. “Bagaimanapun, saya sebenarnya tidak kisah sama ada belajar di dalam mahu pun di luar negara asalkan cita-cita saya ingin menjadi seorang professor tercapai,” katanya.