Bios komputer anda…? Files under komputer, perkakasan | Posted by admin Apa itu BIOS..?
BIOS (basic Input Output System) merupakan satu kod aturcara yang asas dan penting bagi sesebuah sistem komputer. Saiz dan kapasiti simpanannya adalah kecil iaitu 256KB atau 512KB. BIOS disimpan di dalam sebauh cip memori yang dipanggil CMOS. Fungsi utama BIOS pada papan induk : • • •
Melaksanakan pengawalan, pemasangan dan pengesanan terhadap perkakasan & peirisian komputer. Sistem melaksanakan POST (Power On Self Test) secara automatik. Setelah pengesanan perkakasan dan perisian yang berkaitan seperti cakera kera, pemacu cakera liut, cakera CD-ROM, dan sebagainya selesai, ia akan mencari kedudukan sistem operasi dan menghidupkannya.
Ringkasannya, BIOS diibaratkan penterjemah di antara perkakasan dengan perisian komputer supaya kedua-duanya boleh berkominikasi.
Selain itu, kita juga perlu tahu tentang CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor) yang berperanan menyimpan maklumat penting sistem semasa komputer dihidupkan. BIOS dan CMOS saling memerlukan. BIOS melaksanakan aturcara apabila komputer dihidupkan dan menyimpan maklumat yang didapati di dalam CMOS. BIOS juga akan membaca nilai penetapan yang sebelumnya dari CMOS supaya proses menghidupkan komputer berjalan dengan lancar.
Bios - bhg 2 Telah diterangkan BIOS (Basic Input Output System) merupakan program asas komputer yang menjalankan operasi input - output semasa POST (Power On Selt Test). Program BIOS ini disimpan di dalam satu cip memori yang dikenali CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor).
Gambarajah di sebelah adalah proses POST berjalan semasa komputer dihidupkan. Setiap komputer mempunyai BIOS yang berlainan bergantung kepada jenis dan pengeluar komputer tersebut. Berikut merupakan beberapa pengeluar BIOS dan jenis BIOS yang terdapat di pasaran. Pengeluar BIOS • • • •
Acer Labs American Megatrends Ins (AMI) Pheonix Technologies LSI Logic
Jenis-jenis BIOS • • • •
AMI Bios Award Bios Phoenix Bios Microid Research (MR Bios)
Biasanya setiap pengeluar menghasilkan BIOS yang berbeza dari segi Error Code, POST Code & Interrupt Key. Oleh itu, cara memasuki dan cara penggunaan sistem BIOS ini juga adalah berbeza-beza. Cara Memasuki System BIOS
BIOS boleh dimasuki dengan menekan kekunci “Interrupt Key” semasa proses POST komputer berjalan. Interrupt Key adalah satu kekunci atau kombinasi 2 kekunci yang telah ditetapkan oleh pengeluar BIOS tersebut. Antara Interrupt Key yang biasa digunakan ialah : • • • • •
Del F1 atau F10 Esc Ctrl + Alt + Esc F2
Semasa proses POST berjalan, anda boleh melihat di bawah skrin tertulis seperti : “Press F1 to Enter Setup”
Bila ayat di atas tertera, tekan F1 dan anda akan memasuki sistem BIOS. Di dalam sistem BIOS, anda boleh melakukan beberapa konfigurasi ke atas komputer anda seperti menetapkan proses “boot” , mengesan cakera keras, mengubah tarikh, overclocking dan sebagainya. Namun anda dinasihatkan berhati-hati semasa melakukan konfigurasi tersebut. Jika anda tidak biasa melakukan perubahan ke atas BIOS, lebih baik anda tidak melakukan apa apa terhadap BIOS komputer anda. Kesilapan boleh menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
Bina kata laluan pada BIOS… Kali ini kita bincangkan pula secara ringkas bagaimana kita boleh meletakkan password pada BIOS komputer kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan BIOS komputer kita dimasuki oleh orang lain.
Cara-caranya ialah : • • • •
Masuk ke dalam sistem bios komputer anda dengan menekan “Del” , “F1” (bergantung kepada komputer anda) Pilih “Set User Password” dan tekan “ENTER“ Isikan maklumat password yang dikehendaki. Tekan F10 untuk save .
Restart semula komputer anda dan bila anda cuba memasuki BIOS anda dikehendaki memasukkan password seperti apa yang telah anda lakukan melalui langkah diatas. Masukkan password untuk memasuki BIOS. Post akan datang kita bincang pula mengenai bagaimana kita boleh memecahkan password BIOS bila kita terlupa password tersebut.
BIOS - Terlupa Kata Laluan Sebelum ini kita telah membincangkan tentang bagaimana untuk meletakkan kata laluan pada BIOS. Kali ini kita bincangkan pula bagaimana kita nak memecahkan kata laluan bila kita terlupa. Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memecahakan kata laluan pada BIOS komputer anda : •
•
•
•
Mengeluarkan Bateri Merkuri - Maklumat penetapan BIOS disimpan dalam RAM. Maklumat pada RAM tidak hilang walaupun bekalan kuasa terputus. Ini kerena bateri merkuri membekalkan kuasa kepadanya. Kata laluan dapat dipecahkan dengan mengeluarkan bateri itu dan memasangnya semula. Mengeluarkan Jumper - Biasanya pengeluar membekalkan jumper yang boleh memadamkan penetapan pada BIOS. Tanggalkan jumper dan pasangkan semula selepas beberapa saat. Setelah itu, hidupkan komputer semula dan kata laluan sudah di padamkan. Pemecahan Berdasarkan Nasib - Kata laluan serba guna AMI BIOS : (AMI , BIOS , PASSWORD , AMI?SW , A.M.I , LKWPETER)………Kata laluan serba guna AWARD BIOS : (AWARD_SW , SER , SKY_FOX , aLLY , Syxz , j322 , ALFAROME) Menggunakan Perisian - Terdapat perisian yang boleh digunakan untuk memecahkan kata laluan BIOS seperti AMI.ZIP , AW.ZIP , ZW.COM , AMIDECOD.ZIP.
BIOS - Isyarat Kesilapan Kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan isyarat kesilapan BIOS yang biasanya muncul semasa komputer anda dihidupkan. Berikut adalah beberapa isyarat kesilapan tersebut : CMOS Battery Failed Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru. CMOS Checksum Error Ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan memilih “Save & Exit Setup” sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak. Keyboard Error Periksa sama ada papan kekunci disambung dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut. Memori Test Fail
Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakkan. Floppy Disk Fail Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul. Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan. Primary Master Hard Disk Fail Pastikan wayar pemacu dan wayar kuasa cakera keras utama disambungkan dengan betul. Periksa BIOS untuk mengenal pasti penetapan cakera keras sepadan dengan pemacu cakera keras. ERROR…Can’t write ESCD Fungsi menulis pada ESCD tidak dapat dilakukan. Masuk ke “PnP/PCI Configuration” dan aktifkan fungsi item [Reset Configuration Data]. Disk Boot Failure, Insert System Disk And Press Enter Periksa sama ada susun atur menghidupkan komputer di dalam BIOS tepat atau tidak. Periksa juga pemacu cakera keras dapat dikesan atau tidak. Pastikan BOOT disk tidak dimasukkan ke dalam cakera liut semasa komputer dihidupkan. Seterusnya periksa sama ada perkakasan yang dihidupkan terlebih dahulu disambungkan dengan tepat atau tidak.