AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN P.I.S (GC Bahasa Melayu Gred Khas C) dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau memperoleh Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor dan Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu daripada UKM. Pernah memegang jawatan sebagai Pengetua SMK Bekok, Segamat, dan kini mengajar di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong, Johor. Beliau ialah perintis Program Majalah dalam Kelas (MDK) di Malaysia. Kerap menyampaikan ceramah kepada murid-murid, guru dan ibu bapa seluruh Malaysia dan Singapura. Azizul Rahman juga banyak menghasilkan buku rujukan, penilaian, ilmiah, dan teks Bahasa Malaysia dan penulis tetap majalah Dewan Siswa. Beliau aktif dalam menyelenggarakan antologi cerpen pelajar seperti antologi cerpen Spektrum, Aku Bunga dan Cikgu dan antologi Biques Legasi. Manakala antologi cerpen Guru Cemerlang yanag diselenggarkan oleh beliau ialah Terima Kasih Tuhan, Memoribilia dan antologi Selagi Masih Muda. Beliau pernah menjadi AJK Kawalan Buku Teks, AJK E-Bahasa Malaysia, penggubal sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, Pengerusi Panel Pakar Runding Bahasa Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor, AJK Panel Pakar Runding Mata Pelajaran Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Terkini, beliau menerima anugerah Excellent Author daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.