PENDAHULUAN Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis peralatan yang digunakan didalam kerja-kerja kemasiapan. Didalam kerjakerja kemasiapan ,terdapat proses penyemburan. Jenisjenis alat penyemburan yang digunakan dalam proses penyemburan ini adalah suction cup spray gun, gravity feed cup spray gun, dan pressure feed spray gun. Pressure feed spray gun pula terbahagi kepada dua iaitu air less spray gun, air assisted spray gun dan yang termaju sekali ialah HVLP. Selain daripada jenis-jenis alat penyemburan yang disebutkan di atas, Berus dan Kebuk Semburan juga termasuk juga dalam peralatan perlatan kerja-kerja kemasiapan. Kebuk Semburan terbahgi kepada dua iaitu kebuk semburan kering dan kebuk semburan basuhan air.
ISI KANDUNGAN • SPRAY GUN • HVLP (HIGH VOLUME LOW PRESSURE) • KEBUK SEMBURAN • BERUS KEMASAN
BERUS Berus merupakan antara peralatan bahan kemasiapan yang terawal pernah digunakan. Walaubagaimanapun ia menjadi kurang terkenal setelah spray gun diperkenalkan. Ini disebabkan oleh kualiti yang diberikan oleh berus kurang baik jika dibandingkan dengan spray gun.
Pemilihan Berus •
Pemilihan berus yang berkualiti penting untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan.
•
Terdapat dua jenis berus yang terdapat di pasaran antaranya adalah seperti berikut: Natural Bristle: Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan berus diperbuat daripada bulu haiwan. Antaranya bulu haiwan yang digunakan adalah seperti ekor kuda, bulu kambing Gurun, Wild Boar, Kucing liar dan bulu unta. Berus yang paling baik adalah berus yang diperbuat daripada red sable dan wild boar. Selain itu terdapat juga berus yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Contoh tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk membuat berus ialahTampico fibre, rice root, dan palmetto.
Komponen-komponen yang terdapat pada berus natural bristle adalah bristles, ferulle dan handle. Berus natural adalah sesuai untuk semua jenis bahan kemasiapan kecuali bahan kemasiapan yang menggunakan air sebagai pelarut. Synthetic bristle: Berus synthetic telah dicipta semasa perang dunia kedua untuk menggantikan berus cina. Berus synthetic boleh digunakan untuk semua kemasiapan samaada ianya pelarut berasaskan air atau solvent. Berus synthetic diperbuat daripada polyster atau nylon. Berus synthetic yang terbaik adalah bersaiz 2-3 inci dengan panjang bristle 2-3 inci. Komponen-komponen untuk berus synthetic adalah bristle, ferulle, dan handle.
KEBUK SEMBURAN Kebuk semburan ataupun lebih dikenali sebagai spray booth adalah peralatan sokongan yang amat penting didalam mendapatkan serta menjalankan kerja kemasiapan dengan hasil kualiti yang tinggi. Dengan adanya juga mutu alam sekitar lebih terjamin. Fungsi utama spray booth ini adalah untuk menarik / menyedut bahan kemasan yang disembur apabila menjalankan kerja kemasiapan.
Kebuk Semburan Kering •
Kebuk semburan jenis ini hanya terdapat penapis yang dipasangkan pada bahagian belakangnya dan sebuah kipas penyedut lebihan semburan.
•
Spray Booth ini tidak berapa efektif kerana ianya hanya menapis partikel tetapi tidak mampu menapis bahan yang meruap seperti pelarut.
•
Kebuk jenis ini juga hanya sesuai untuk pengeluaran kerja yang agak kecil dan sederhana.
•
Jenis kebuk ini juga memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerana penapisnya akan selalu tersumbat dan ianya perlu dan dibersihkan sekerap yang mungkin.
Kebuk Semburan Basuhan Air •
Pada asasnya pembinaan kebuk jenis ini adalah sama dengan kebuk kering.
•
Tetapi ianya berbeza dari segi bagaimana ianya menapis bahan lebihan semburan. Sekiranya kebuk kering adalah menggunakan penapis ataupun filler, manakala kebuk jenis ini menggunakan satu kaedah lain iaitu secara basuhan air.
•
Lebihan semburan akan tersedut oleh tindakan kipas penyedut, lalu ianya kan melalui satu tirai air ‘water curtain’ dan secara logiknya zarah-zarah yang tersembur dari spray gun akan diperangkap oleh tirai tersebut lalu dikumpulkan ke sebuah takungan air yang mengalir secara berulang (recycle).
•
Cara ini juga dapat memerangkap bahan pelarut yang meruap dengan lebih cekap lagi.
•
Kebuk semburan jenis ini adalah lebih praktikal kerana kurangnya kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat, ianya perlu disemburkan atau disalut dengan sejenis penyalut kebuk semburan ‘spray booth coater’ dan kerja penyelenggaraan hanya perlu dibuat pada takungan air yang ianya perlu ditukarkan sebaik sahaja kerja-kerja kemasan dijalankan.
•
Penukaran air adalah perlu bagi menjamin kebersihan spray booth itu sendiri dan mengelakkan air yang bertakung menjadi lebih bersifat asid , dimana ini akan mengakibatkan motor pengepam terhakis.
HVLP (high volume low pressure)
Selain daripada jenis-jenis spray gun yang sebelumnya, ‘HVLP spray gun’ merupakan teknologi yang terkini. Spray gun ini berfungsi secara menukarkan tekanan yang tinggi kepada tekanan yang rendah dan seterusnya mengatomizkan jumlah isipadu cecair yang tinggi dan ini akan mengurangkan pemecahan udara pada mumcung spray gun. Kelajuan bahan kemasan juga dapat dikurangkan supaya kesan pembalikan bahan yang disembur tidak terlalu tinggi (bounce back). ‘Over-spray’ juga dapat dikurangkan.
PENUTUP Sebagaimana yang kita sedia maklum terdapat pelbagai perubahan dalam industri kemasiapan terutama bagi peralatan kerja-kerja kemasiapan. Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa mengambil tahu peralatan kerjakerja kemasiapan yang digunakan dalam kerja kemasiapan serta fungsinya supaya peralatan yang digunakan sesuai dengan kerja kemasiapan yang dilakukan.