Beriman Kepada Allah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Beriman Kepada Allah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,763
  • Pages: 10
1) BERIMAN KEPADA ALLAH i) Definisi Takrif beriman kepada Allah ialah mempercayai Allah s.w.t bererti kita mempercayai Allah s.wt itu ada dan Dia adalah Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa denganNya.i Dalam Al-Quran Allah s.wt berfirman : Katakanlah (wahai Muhammad) : (Tuhan) ialah Allah yang Maha Esa , Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak , dan Ia pula tidak diperanakkan .Dan tiada sesiapa yang setara dengan-Nya . (Al-Ikhlas 112:1-4)

Beriman kepada Allah s.w.t bererti percaya bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan , Allah berfirman dalam Al-Quran.

Dialah Allah ,yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menguasai (sekalian alam) , yang Maha Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan), yang melimpahkan keamanan ,yang Maha Pengawal serta Pengawas ,yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat ,yang melengkapi segala kebesarannya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutu dengan-Nya. (Al-Hasyr 59:22)

1

Beriman kepada Allah s.w.t. juga bererti mempercayai bahawa Dialah penjadi alam ini dan alam akhirat.

Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Dia, yang

menjadikan tiap-tiap

sesuatu .Oleh itu beribadatlah kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan tiap-tiap sesuatu. (al-an’am 6:102)

Beriman kepada Allah s.w.t bererti mempercayai bahawa Dialah yang menghidupkan dan mematikan . Engkaulah (wahai Tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang ke dalam waktu malam, Engkaulah juga yang mengeluarkan (sesuatu) yang hidup daripada benda mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan (benda) yang mati daripada (sesuatu) yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitung hisabnya. (Ali Imran 3:27)

Beriman kepada Allah s.w.t. bermakna percaya bahawa semua makhluk ini adalah milik Allah s.w.t.

2

Segala puji bagi tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam .Yang amat Pemurah ,lagi amat Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (Hari akhirat) (Al Fatihah 3:27)

Beriman kepada Allah s.w.t ialah yakin dan percaya bahawa Dialah sahaja Allah yakni Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya. Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian ) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. (Ali ‘Imran 3:83) Beriman kepada Allah s.w.t. bererti kita tidak beribadat melainkan hanya kepada-Nya. Allah, tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya ) melainkan Dia ,yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). (Al Baqarah 2:255) Beriman kepada Allah s.w.t. bermaksud kita melakukan semua perkara dalam kegiatan hidup kita ini semata-mata kerana Allah dan dengan cara-cara yang tidak berlawanan dengan peraturan Allah s.w.t. Katakanlah hai Muhammad “bahawa sembahyangku ibadatku hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t.

3

Dapat disimpulkan disini seseorang itu tidak dikatakan beriman dengan sebenar-benarnya jika tidak beriktiqad dalam perkara yang telah saya nyatakan sebelumnya. Beriman kepada Allah juga merangkumi tiga aspek yang amat penting. Dan ini wajib dii’tiqadkad oleh setiap jiwa muslim dalam mencapai mu`min pada Allah. Saya akan terangkan perkara ini lebih mendalam pada halaman yang berikut. 2) PEMBAHAGIAN TAUHID i) Tauhid Ar-Rububiyyah

Tauhid Ar-Rububiyah dari segi bahasa arab iaitu Al-Rabb yang beerti Yang Mencipta ,Yang Memiliki dan Yang Mengatur. Tauhid Ar-Rububiyah dari segi takrifnya ialah mengakui dan mengiktiqadkan bahawa Allah satu-satunya Tuhan(Al-Rabb) dan tiada tuhan selainNya. Beriman segala perkara yang berlaku dibawah pengetahuan ,kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t. adalah termasuk didalam cabang tauhid ini. Dapat dijelaskan lagi bahawa Allah s.w.t. adalah Pembuat Yang Mutlak alam semesta ini dalam aspek peraturan, perubahan , penambahan ,pengurangan ,penghidupan ,kematian dan berbagai lagi yang tidak disekutui atau disyirikkan oleh yang lain. Dalam erti kata yang lain juga Allah lah yang memberi rezki, memberi manfaat, yang membuat seseorang itu cantik atau hodoh, yang menggerakkan bumi mengikut paksinya, yang menciptakan bunga-bungaan dari pokok dan pokok ditumbuhkan dari tanah yang sama, yang menciptakan lautan biru yang luas, yang memberikan suara untuk berkatakata kepada manusia ,haiwan dan seluruh makhluk ini dan banyak lagi ciptaan Allah yang ia adakan dari tiada.

4

Tauhid Rububiyah menjadi fitrah semula jadi manusia, yang hampir semua manusia mengakuinya dan membenarkannya. Seperti yang berlaku pada musyrikin mekah, mereka mempercayai Allah sebagai tuhan yang menciptakan seluruh makhluk tetapi mereka mensyirikkan Allah ataupun menyukutukan Allah dengan berhala dan sebagainya. Boleh disimpulkan, mereka mentauhidkan Allah dari segi rububiyah tetapi tidak dari segi uluhiyah.Tauhid uluhiyah insyaAllah akan diterangkan pada halaman yang lain.

Terdapat dua golongan yang mengingkari tauhid Ar-Rububiyah: 1) Golongan yang ingkar terhadap kewujudan Tuhan dan sebab mereka mengingkari tauhid ini. Contohnya golongan animisme. 2) Golongan yang mengakui wujudnya Allah, tetapi dalam sebahagian rububiyah yang lain mereka mensyirikkannya.Contohnya percaya hanya bomoh sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit.

5

ii) Tauhid Uluhiyyah Tauhid uluhiyyah ialah mengakui bahawa satu-satunya Tuhan yang berhak disembah ialah Allah s.w.t sahaja . Dalam erti kata lain, Tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah s.w.t. dalam segala jenis ibadah (pengabdian). Hanya Allah sahajalah yang berhak kita abdikan diri, tidak kepada yang lain. Selain itu, ia juga bermaksud mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagiNya dengan tidak mensyirikkan Allah dari sesuatu. Nama lain bagi tauhid uluhiyyah ialah tauhid ubudiyyah yang membawa maksud mengakui bahawa dalam beribadah, berdoa ,meminta,tunduk ,patuh, merendah diri hanya kepada Allah, tidak kepada yang lain . Kesimpulannya, mentauhidkan Allah s.w.t. dalam rububiyah bukan bermaksud seseorang itu tidak mentauhidkan Allah dalam uluhiyah. Pada erti kata lain tidak semua orang yang mentauhidkan Allah dengan tauhid urububiyah tidak semestinya ia mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah. Ada yang hanya mentauhidkan Allah dengan tauhid rububiyah sahaja. Dan ia diaggap kafir sekiranya tidak mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah seperti musyrikin mekah dan ahlul kitab(yahudi dan nasrani) yakni mereka mengakui bahawa Allah dari segi rububiyyah tapi tidak dengan uluhiyyah.

iii) Tauhid Asma’ wa Sifat

Terdapat dalam Al-Quran 99 nama Allah ataupun yang lebih dikenali sebagai ‘asmaul husna’. Kita perlu kenal dan faham nama-nama ini supaya kita dapat 6

mendekatkan diri pada Allah. Bagi tauhid as sifat ialah meyakini bahawa Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan diyakini bahawa Allah dari sifat-sifat mustahil dan sifat yang kekurangan yang bertentangan dengan sifat kebesaran dan kesempurnaanNya. Wajib bagi Allah dan sekalian sifat kesempurnaan (sifat ketinggian) yang sesuai dengan zatNya yang maha tinggi. Dan sifat kesempurnaan adalah banyak, kita tidak mampu mengetahui semua Allah sahaja yang mengetahui. Maka wajib kita iktiqad dalam jiwa kita bahawa semua sifat kesempurnaan adalah sifat Allah. Sebaliknya kesemua sifat kekurangan mustahil bagi Allah. Kita hendaklah mengetahui sifat Allah melalui dua cara iaitu: a)secara ijmali : wajib Allah bersifat dengan segala kesempurnaan yang bagi zatNya yang tidak terbatas kebesaran dan kesempurnanNya. Contoh: Allah Maha Besar, Allah Maha Melihat dan banyak lagi. Secara ijmali boleh dikatakan adalah secara umum. b)secara tafsili : Allah s.w.t. mempunyai sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan harus. Secara tafsili juga dikenali sebagai secara detail ataupun secara teliti. InsyaAllah akan diterangkan sifat-sifat yang wajib kita ketahui dan pembahagianpembahagiannya pada halaman yang berikutnya. 3)SIFAT-SIFAT BAGI ALLAH i) Sifat-sifat yang wajib bagi Allah Sifat-sifat yang wajib bagi Allah megikut makna iaitu: 1)Sifat nafsiah 2)Sifat Salbiah 3)Sifat maani 4)Sifat maknawiyah

7

1)Sifat nafisiah ialah sifat yang menunjukkan makna penetapan. Iaitu sifat yang menunjukkan makna ada zat yang wujud itu sendiri, tidak kepada makna-makna yang lain. Dalam erti kata lain bermakna Allah ada sendiri tidak menjadikan Dia oleh yang lain.1 Terkandung dalamnya sifat wujud. 2)Sifat Salbiah yang beerti sediakala ada Allah, bermakna tidak ada mula adaNya, dan tidak dikehandaki qidam zamani, yang beerti lama masa atau buruk, kerana makna ini mustahil bagi Allah.2Sifat salbiah juga membawa maksud penafian. Iaitu menafikan sesuatu sifat yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat-sifatnya adalah Qidam(sedia), Baqa’(kekal), mukhalafatuhu taala lilhawadith(tidak menyerupai Allah dengan makhluk) ,Qiamuhu binafsihi(Allah beridiri dengan sendirinya).

3)Sifat Maani beerti sifat yang ada pada zat atau sifat yang semestinya ada pada zat(lazim) .Dalam erti kata lain kuasa atau pengkuasa Allah iaitu sifat yang sedia adanya pada zat Allah yang dengan Dia dapat mengada tiap-tiap mumkin, dan mengtidak adakan sesuatu membetuli kehendakNya dan mustahil lawannya iaitu lemah Allah.3 Ahli sunnah menetapkan 7 sifat maani iaitu qudrat, iradah, ilmu ,hayyah, sama’ ,basar dan kalam.

4)Sifat maknawiyah ialah sifat yang menerangkan lagi tentang sifat maani atau sifat yang wujud apabila adanya sifat maani. Dalil sifat maknawiyah ialah dalil-dalil sabit sifat maknawiyah yang tujuh itu, dan dalil istihalah lawannya ialah dalil-dalil sifat maani, dan istihalah lawannya yang terdahulu.3 7sifat yang di sebut ialah : 1)kaunuhu Taala Qadiran 2)kaunuhu Taala Muridan 3)kaunuhu Taala ‘Aliman 1

Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi (10) Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(11) 3 Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(18) 3 Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(35) 2

8

4)kaunhu Taala Hayyan 5)kaunuhu Taala Sami’an 6)kaunuhu Taala Basiran 7)kaunuhu Taala Mutakalliman ii) Sifat Yang Mustahil Sifat yang mustahil ialah segala sifat kekurangan yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat ini adalah sifat lawan bagi sifat yang wajib. Contoh sifat yang musatahil ialah tiada ,baharu,binasa, menyerupai makhluk, keadaanNya yang jahil dan sebagainya yang tidak layak bagi Allah. iii) Sifat yang harus Sifat yang harus bagi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya pada mumkinat . Dalam erti kata lain, tentu salah satu daripada membuatkan apa-apa mumkin, atau tentu meninggalkan dia, adapun salah satu dengan tidak tentu., Maka iaitu wajib atau berhimpun membuat Dan meninggal atau tidak keduanya maka iaitu mustahil 4 Harus bagi Allah melakukan apa-apa yang Dia kehendakkan pada sesuatu mumkinat. Contohnya : Ia memberi hidayah dan menyesatkan seseorang yang dikendakiNya dan memberi rezki dan menahannya. 4) Aqidah islam dalam konteks beriman kepada Allah 1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.5 2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah 4 5

Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(38) Apa erti saya menganut Islam? :Fathi Yakan

9

mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. 3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. 4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla 5. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undangundang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. 6. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. 7. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w. 8. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.

10

Related Documents