Berakhir Sebuah Penantian

  • Uploaded by: MiNH Hayat
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Berakhir Sebuah Penantian as PDF for free.

More details

  • Words: 982
  • Pages: 4
Berakhir Sebuah Penantian Indah sungguh pemandangan di Malaysia, amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan bumi Ireland yang hanya nampak salju memutih. Kanak-kanak bebas bermain tanpa menghiraukan ibu bapa mereka termasuk anak saudaraku sendiri, Haikal. Selepas menikmati keindahan bumi bertuah, aku masuk ke ruang tamu yang cantik dihias oleh mama dan kakak. Sudah lebih kurang tujuh tahun aku hidup di perantauan. Banyak betul perubahan dalam rumah ni. "Akak, siapa yang main dengan Haikal tu? Mesra nampak." "Wawan, anak jiran sebelah. Dia tu kawan baik Haikal. Kenapa?" "WAWAN!" Aku terkesima mendengar nama yang meluncur keluar dari mulut kakakku. Fikiranku melayang terkenang akan seorang insan yang benar-benar layak digelar 'Sahabat Sejati'. Kusingkap kembali zaman persekolahan ketika bersama dengannya dahulu..... "Wan overnight outing kali ini balik rumah tak? Eh! Wan orang mana?" aku menyapa pelajar yang duduk di sebelahku. "Kalau nak tahu, Wawan orang US. Kenapa, tak percaya?" jawabnya dengan muka selamba. Aku terdiam dan hanya mampu tersenyum. Siapa sangka, sejak peristiwa itu aku mendapat seorang teman baru dalam hidupku. Meskipun Wawan bukan setingkatan denganku tetapi itu tidak menjadi penghalang persahabatan kami. Aku ingat lagi, Wawan ke hospital kerana dia benar-benar sakit, tapi aku hanya kerana hendak ponteng kelas. Bukannya apa, banyak kerja sekolah yang cikgu bekalkan tidak siap. Hari demi hari, persahabatan kami semakin akrab. Aku lebih suka berkongsi masalah dengannya daripada rakan setingkatanku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku sangat mempercayainya sedangkan aku bukanlah seorang insan yang mudah mempercayai orang lain. Mungkin sudah suratan takdir yang menentukan. Aku selalu belajar dengannya mata pelajaran Biologi memandangkan dia memang arif dalam subjek ini. Wawan sentiasa mendapat A1 sedangkan aku bukan setakat A2, B4 pun tidak pernah menyentuh. Maklumlah, akukan suka ponteng kelas.

Kesimpulannya, aku seorang yang sangat nakal. Antara aku dengan Wawan banyak perbezaannya bagai langit dengan bumi. Wawan seorang pengawas yang berkaliber tapi aku seorang mawas yang lincah. Boleh dikatakan bilik GPK HEM sudah menjadi bilikku yang kedua. Masalah disiplin sudah sebati dalam hidupku sebagai seorang pelajar. Aku sentiasa menghalalkan barang yang haram dibawa ke sekolah. Bukan sahaja telefon bimbit dan laptop, pelajar ingin makan roti bakar pun berjumpa denganku. Wawan banyak mengubah persepsi hidupku. Dari seorang yang nakal kepada seorang yang baik, dari seorang yang pemalas menjadi rajin. Aku amat menjaga auratku selepas mendengar cerita daripada Wawan. Dia juga tidak pernah jemu menasihatiku agar belajar bermula dari tingkatan 4. Peperiksaan pertengahan tahun bermula esok. Aku tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengulang kaji pelajaran. Selepas kelas persediaan tamat, aku bergegas ke bilik sakit. Penyakit Wawan menyerang kembali. Aku hanya mampu berdoa kepada yang Maha Esa. Keesokkan harinya, aku mendapat tahu Wawan dihantar pulang kerana pihak sekolah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Penyakitnya bertambah kritikal. Hatiku menjadi keruan. Baru kini aku dapat rasakan erti sebuah persahabatan yang sebenar. Seminggu kemudian, Wawan pulang semula ke asrama. Hatiku riang tidak terkata. Seminggu tidak berjumpa bagaikan seabad. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana hari terakhir persekolahan Wawan disini. "Robot, free tak malam ni. Jom study sama." "Boleh juga. Lama kita tak study bersama-sama." "Robot ajar Bos Sejarah Tingkatan 4, boleh tak?" "Itu bisa diatur bos...." Dia lebih senang memanggilku dengan panggilan 'robot'. Menurutnya, aku seperti robot Power Rangers si pengaman dunia. Aku pula panggil dia Bos kerana dia merupakan pengawal 'robot'nya. Selepas lebih kurang 3 jam mengulang kaji pelajaran, kami pun berborak kosong. "Apa cita-cita robot ha?"

"Orang! Orang nak jadi.....pelawak. Best tau dapat happykan orang lain." "Hahaha....lawaknya. Seriuslah, orang tanya betul-betul ni." "Orang nak jadi doktorlah. Boleh tolong orang sakit. Wawan?" "Kalau ada rezeki nak jadi perempuan Melayu pertama yang sampai ke ruang angkasa." "Nanti kalau dah dapat naik roket jangan lupa bawa orang sekali. Doktor boleh rawat angkasawan yang sakit. Siapalah pesakit kalau tanpa doktor." "Apa pula? Kalau tiada pesakit, mana ada doktor. Dah light off ni. Pergi balik dorm nanti warden marah pula. Good Night." Malam itu, kami berdua berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang murni. Kehadiran Wawan benar-benar membawa sinar gemilang dalam hidupku. Mungkin ini satu rahmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepadaku. Nampaknya hari yang kubenci menjelma jua. Pagi itu, dia telah mengajakku bersahur bersamanya. Aku hanya mendiamkan diri, menahan sebak di dada. Sayu hatiku melihat wajahnya. Wawan cuba untuk menceriakan suasana. Sekejap sungguh masa berlalu. Sebelum pulang, dia sempat memberiku warkah terakhir dan beberapa buah buku rujukan.

Assalammualaikum, "Perpisahan yang berlaku antara kita tidak menjanjikan perpisahan untuk selamalamanya. Hanya ruang memisahkan kita. Jika ada peluang kita pasti bertemu. Ambillah buku-buku ini. Orang lain bagi kepada adik mereka tapi Wawan tak tahu nak beri pada siapa. Wawan tak ada adik, Aizlah adik Wawan. Last but not least, pray for my SPM, 10A1. Just remember that I always be there for you. Thanks and sorry for everythings, Iman Nurarisha. Friends forever. Bye... Big Bos Of The Year, Wan Anis Athirah Wan Zaqwan

Semenjak aku belajar di Ireland, aku tidak lagi bersua muka dengannya. Bukan setakat bersua muka, satu khabar berita daripadanya pun tidak pernah kudengari. Tapi aku pasti, suatu hari nanti aku akan dapat bertemu dengannya kembali. Seingatku kali terakhir kami berjumpa, sewaktu peperiksaan SPM berlangsung. Adakah dia benar-benar menjadi angkasawan? Lamunanku terhenti apabila papa menghulur sekeping surat ke arahku. "Termenung jauh nampak. This is for you from space unit. Maybe Aiz kena follow them to space. My friend said they have new project. Bacalah sendiri." "Thanks papa." Aku membuka sampul surat dengan teliti. Benar jangkaan papa. Aku dipilih untuk menjadi pegawai perubatan ke angkasa. Tiba-tiba sekeping surat asing jatuh. Robot lama tak dengar cerita. Apa kes? Anyway orang dah kotakan janji nak bawa Robot naik roket. Actually, kita pernah berjumpa di Ireland tapi Aiz jalan laju sangat macam robot. Tak sempat nak kejar. So, see you next month. WAWAN Aku melonjak kegembiraan. Akhir-nya penantian selama ini sampai ke penghujungnya. Aku dapat juga bertemu dengan sahabat sehati sejiwaku. Terima kasih sahabat kerana engkau aku berjaya dalam hidup ini. Aku sungguh tidak sabar menanti pertemuan ini. Aku sentiasa berdoa agar persahabatan kita sentiasa diberkati-Nya.

Related Documents


More Documents from ""