PRINSIP PERNIAGAAN KMA 241 SEMESTER 1 09/10 NAMA PENSYARAH:ENCIK ARMAN HADI ABDUL MANAF
NAMA AHLI: :SHAZRUL AZHAN BIN ABDULLAH :ZULHUSNI B.MOHD HUSAIN :ABDUL AZIZ BIN ABDUL RASHEED :FIRDAUS BIN
NO.MATRIK: :DPP091054
BENTUK MILIKAN PERNIAGAAN. Perniagaan milikan tunggal -Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu. Dengan kata lain, perniagaan milikan tunggal dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh itu, individu yang memiliki perniagaan ini mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Atas sebab inilah maka liabiliti pemilik adalah tidak terhad.
Contoh- Contoh: Kedai runcit / Pasar mini / Warung (Paling banyak & tertua)
Perniagaan perkongsian. -Perniagaan secara perkongsian adalah perniagaan yang dimiliki dan dikawal secara bersama oleh semua rakan kongsi. Jumlah minimum rakan kongsi ialah dua orang dan jumlah maksimum ialah 20 orang. Walau bagaimanapun, jika perkongsian itu dibentuk oleh pengamal sesuatu profesion misalnya klinik swasta, akauntan, pengamal undangundang dan sebagainya, maka bilangan maksimum rakan kongsi tidak terhad.Perniagaan secara perkongsian juga tidak mengehadkan liabiliti pemilik-pemilik iaitu semua rakan kongsi.
Contoh-Syarikat-syarikat sederhana seperti restoran atau pusat hiburan.
Perniagaan berhad. -Syarikat yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.Syarikat sendirian mudah dikenali daripada namanya yang diakhiri oleh rangkai kata Berhad atau Bhd.Syarikat jenis ini tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) .Pemilikan syarikat ini pula adalah berliabiliti terhad terhadap modal yang dilaburkan Contoh-Syarikat-syarikat yang besar seperti Tenaga Nasional Berhad(TNB) PENGURUS DAN CIRI-CIRI PENGURUS YANG BERJAYA
Definisi Pengurus -Pengurus di definisikan sebagai ahli organisasi yang mengintegrasi dan megkordinasi kerja bagi orang lain.Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas seorang pekerja atau sekumpulan pekerja.Seterusnya pengurus juga memastikan kerja bagi pelbagai jabatan atau kumpulan ataupun dari pelbagai organisasi. Ciri-ciri pengurus yang berjaya
*Mengamalkan komunikasi terbuka. -Pengurus yang berjaya biasanya mengamalkan komunikasi terbuka ,iaitu kesediaan menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila berkomunikas dan bersemuka dengan kakitangan .Pengurus perlu bertindak jujur dan berterus terang kerana kakitangan sentiasa memerlukan maklumat yang benar dan tepat daripda ketua mereka.
*Menentukan hala tuju yang jelas. -Berupaya membentuk matlamat secara jelas dan sekata untuk kakitangannya.Pengurus perlu memberi perhatian pada matlamat individu dan kumpulan .Pengurus mesti memamstikan kakitangan turut serta dalam proses pembentukan ke dua-dua matlamat ini dan bukan sekadar memaksa mereka menerima matlamat yang telah ditetapkan.Pengurus perlu prihatin dan berhatihati semasa mengagihkan tanggungjawab kepada kakitangannya. *Mengadakan pengiktirafan objektif. -Pengurus yang Berjaya akan member penghargaan kepada kakitangan yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam pelaksanaan tugas mereka.Sebaliknya,pengurus tidak harus mengkritik kakitangan yang bermasalah.Penghargaan dan ganjaran yang diberikan oleh pengurus kepada kakitangan harus berdasarkan pencapaian kerja,bukan berdasarkan kekananan kakitangan atau perhubungan peribadi antara pengurus dan kakitangan.
*Memberi tunjuk ajar dan sokongan. -Pengurus yang Berjaya akan membantu individu lain melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugas ,dan sentiasa bekerjasam dengan kakitangan yang lain dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan pencapaian dan prestasi organisasi.
*Membentuk kawalan berterusan. -Kawalan berterusan adalah penting bagi menjamin pencapaian sebenar organisasi seimbang dengan pencapaian yang dirancang.Oleh itu,pengurus perlu mengambil tibdakan sususlan terhadap aktiviti atau isu yang dibangkitkan .Jika sesuatu tindakan perlu diambil ,pengurus perlu melakukan dengan tegas dan berwibawa.Misalnya, seorang pengarah sedang mengetuai satu
projek bagi mengenal pasti strategi pemasaran yang sesuai untuk satu produk baru.Sekiranya perkembangan projek tersebut tidak berlaku seperti yang dirancang,pengarah tersebut perlu mengambil tindakan bagi membetulkan kesilapan yang berlaku dan memastikan projek dapat dijalankan mengikutr spesifikasi cadangan asal.Di samping itu,pengurus juga bertanggungjawab memberi maklum balas kepada kakitangan mengenai hasil atau kesan bagi setiap keputusan yang diambil. FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM USAHA MENILAI SEMASA PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM PERNIAGAAN. *Kepastian. -Kepastian adalah situasi di mana semua maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah amat mudah didapati.Ini merupakan keadaan yang paling ideal dalam membuat keputusan yang terbaik kerana pengurus mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi mengenai apa yang berlaku hasil daripada keputusan ataupun tindakan yang diambil.Kepastian tersebut datangya daripada pengalaman yang telah di lalui oleh pengurus tersebut dalam menyelesaikan masalah yang sama pada masa-masa yang lepas. *Risiko. -Risiko pula merujuk kepada keadaan di mana pembuat keputusan tahu apakah masalah yang ingin di selesaikan serta apakah alternatif penyelesaian yang ada walaubagaimanapun mereka tidak akan dapat menjangkakan hasil ataupun kesan daripada pemilihan alternatif ataupun keputusan yang dibuat.Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana tiadanya maklumat lengkap mengenai apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan dengan memilih alternatif-alternatif penyelesaian yang ada.Keadaan ini membawa kepada ketidakpastian dan risiko untuk keputusan yang di ambil menjadi tidak tepat dan gagal.Tugas pengurus dalam mengurangkan kebarangkalian
untuk gagal dan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya adalah mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang ada untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat.
*Ketidakpastian. -Ketidakpastian adalah keadaan di mana pengurus mengetahui apakah matlamat yang ingin di capai tetapi maklumat mengenai alternatif-alternatif yang ada dan perkara susulan mungkin berlaku pada masa hadapan tidak lengkap.Keadaan ini berlaku apabila tiadanya maklumat yang mencukupi untuk menilai keputusan serta tindakan yang diambil dan risiko-risiko yang bakal di tempuhi kerana persekitaran yang sentiasa berubah.Ini akan menjejaskan keberkesanan keputusan yang di ambil.Dalam situasi yang sebegini,selalunya pengurus-pengurus yang terlibat akan menggunakan andaian untuk menggantikan maklumat yang tidak lengkap tersbut.Jadi proses pembuatan keputusan tersebut akan menghadapi risiko untuk menemui kagagalan.Untuk mengelakkan risiko kegagalan yang tinggi,Pengurus-pengurus tersebut haruslah menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dan berusaha dengan menggunakan kepakaran mereka dalam mencari jalan untuk mendapatkan alternatif-alternatif yang mungkin diambil untuk menyelesaikan masalah mereka,Setelah alternatifalternatif tersebut dikumpulkan,mereka harus bijak memilih yang mana pilihan terbaik untuk tujuan pelaksanaan. *Kesamaran. -Kesamaran adalah keadaan yang paling sukar untuk pengurus dalam usaha mereka untuk membuat keputusan.Ini kerana matlamat yang ingin dicapai ataupun masalah yang ingin diselesaikan tidak
jelas,alternatif yang ingin dipertimbangkan tiada kerana ianya sukar di tafsirkan dan ketiadaan maklumat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.Pengurus yang berhadapan keadaan ini selalunya akan menghadapi konflik antra matalamta yang ingin dicapai dan pemilihan alternative yang ada,ini kerana maklumat yang cuba di garap oleh pengurus-pengurus ini selalunya tidak lengkap,di tambah dengan persekitaran yang berubah-ubah dan tiadanya hubungan antara elemenelemen dalam pembuatan keputusan tersebut.Jadi pengurus mempunyai risiko untuk menyelesaikan satu masalah yang mungkin bukan masalah yang sebenarnya akibat daripada kesilapan dalam mengenal pasti masalah tersebut.