SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
SUNGAI WANG Jadikan Wang Anda Bekerja Jadikan wang anda bekerja
Oleh Kamaruddin Haji Mamat
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
1
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
KANDUNGAN
2
Muka
1. Wang & Sifatnya
3
2. Sumber Wang & Pergelutan Wang
4
3. Celik Kewangan Kiyosaki
7
4. Hukum Wang
9
5. Apa itu Aset & Liabiliti–aliran tunai
11
6. Pola Orang Miskin & Menengah vs Orang Kaya
13
7. Kuasa Berfikir
15
8. Rumah:Aset atau Liabiliti
18
9. Penyata Kewangan: ayah Miskin vs ayah Kaya
20
10. Kenapa orang Kaya makin kaya
21
11. Bekerja untuk Belajar, bukan untuk Wang
25
12. Belajar untuk Menjual: Bisnes
33
13. Cerita Bandingan Pipeline
37
14. Kita hidup dalam Dunia Angkut-Baldi
40
15. Daya Tuas Masa: Pipeline orangramai
45
16. Strategi Paling Berkuasa
54
17. Takaful & Insuran
56
18.. Urus Hutang
57
19.. Jadikan Duit Anda Bekerja
59
20. Saham Amanah
61
21. Anda Calon Jutawan
61
22. Pertanian
62
23. Berniaga
67 Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
3
WANG Apa itu Wang? Ianya satu benda maya atau virtual. Ianya bukan zat yang bernilai pada hakikatnya, tidak sebagaimana emas atau perak. Wang diikat kepada benda yang memiliki nilai tertentu yang lebih nyata, misalnya emas atau perak. Di zaman silam, dalam Islam tiada wang kertas maya ini. Yang ada hanya dinar (emas) dan dirham (perak). Dinar dan dirham ini adalah nilai nyata atau hakikat. Oleh itu ia sukar dimanipulasi. Tidak sebagaimana wang kertas hari ini yang boleh diberi nilai yang berbeza dan cair pula. Jadi sesiapa yang kejar wang, maka dia akan berdepan dengan bahaya yang besar kelak kerana ia boleh dikuasai dan dimanipulasi. Wang ada kuasanya. Ia bukan sahaja berkuasa ke atas orang lain yang berkehendakkan wang itu, malah ia turut menguasai tuan punya wang. Wang berkuasa ke atas semua jenis orang. Sesiapa yang pegang wang, dialah yang memegang kuasa. Apa itu Sifat Wang? Wang memang berkuasa, tetapi anda boleh menguasainya jika tahu caranya. Wang boleh berkembang dan menokok jika fahami sifatnya [Burke]. Wang akan terbantut jika anda bakhil. Tetapi ia akan cepat berkembang jika anda murah hati. Itu sebab, orang Terkaya Babylon dan Kiyosaki mendedahkan perlunya kita berderma setiap hari walaupun sedikit agar wang kita mahu berkembang. Sebagai muslim, Allah SWT sudah menjanjikan, setiap satu kebajikan yang kita buat akan diganjari 10 hingga 700 kali ganda seperti satu biji benih yang tumbuh menjadi pokok gandum. Malah ada yang tak terkira banyaknya! [al-Quran]. Jika anda abai kuasa wang atau jahil tentangnya, ia akan berkuasa ke atas anda dan ia mampu menjadikan anda pekerjanya malah hambanya. Ia cukup berkuasa menentukan apa yang patut kena buat dengan memenuhi nafsu anda. Apabila anda sudah dikuasai wang, semua benda jadi buruk dan teruk, bukan sahaja pada diri sendiri, malah masyarakat sekeliling anda. Kenalilah wang dan kawal dirinya, jika tidak dia akan mengawal anda! Wang memang satu bentuk kuasa. Tetapi suatu yang lebih berkuasa ialah pendidikan kewangan. Wang boleh datang dan pergi, tetapi jika anda mempunyai pendidikan tentang cara wang bekerja, anda mendapat kekuasaan ke atasnya dan boleh mulai membangunkan kekayaan. Pemikiran positif sahaja tidak cukup dan tidak mampu kerana kebanyakan orang hanya pergi ke sekolah dan tidak pernah belajar cara wang bekerja, sehingga mereka menghabiskan seumur hidup mereka untuk bekerja demi wang. “Orang biasa bekerja untuk wang. Orang kaya menjadikan wang mereka bekerja.”
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
4
Sumber wang adalah seperti berikut: Anda bekerja makan gaji. Aset anda bekerja untuk anda Durian runtuh & dapat pesaka Jumpa harta karun Kahwin dengan orang kaya Pampasan insurans Menang peraduan, who want to be millionaire, jutaria PERGELUTAN WANG Apa itu pergelutan wang? Duit anda telah memaksa anda bekerja lebih kuat supaya menghasilkan wang yang lebih banyak. Anda sanggup lakukan apa saja demi wang. Misalnya kerja ofis tak cukup wang, jadi kena buat kerja sampingan atau buat OT. Ajar tuisyen, jual direct selling dsbnya semata-mata untuk tambah wang anda. Lebih teruk lagi bila anda menjadi hamba wang, anda sanggup buat apa sahaja. Sehingga melampaui batas agama seperti memakan riba, makan suap, merendahkan kehormatan, sehingga menjual maruah diri bahkan lebih jauh lagi, jadi murtad dan tukar agama semata-mata hidup terdesak dan perlukan wang. Ketika itu anda tiada harga diri lagi, bahkan lebih teruk dari binatang, pasal akal anda sudah tak berguna, berbanding binatang yang memang tiada akal. Inilah bahana permainan wang akibat tak faham atau buta kewangan. Lihatlah bagaimana negara paling maju di dunia AS pun terpaksa berlutut dengan tekanan kapitalis (baca zionis) agar mencari wang baru, akibat berhutang 7 trilion dolar dengan Central Bank (bukan Bank Negara seperti yang disangka rakyatnya sendiri bahkan milik kapitalis zionis antarabangsa). Maka dia buat propaganda serang Afghanistan dan Iraq, padahal mahukan minyak. Penderitaan rakyat dan askar sudah tidak diambil kira. Beratus ribu terkorban kerana wang. Wang adalah segala-galanya. Kerajaan pun ditipu oleh wang, usahkan kita. Kerana kerajaan pun menganut satu doktrin yang sama dengan orang awam tentang wang. Rakyat menghabiskan masa bertahun-tahun di alam persekolahan tetapi tak belajar suatu apa pun tentang wang. Hasilnya manusia belajar untuk bekerja demi wang, tetapi tak pernah belajar menjadikan wang bekerja untuk mereka! Bacalah buku Kiyosaki untuk tahu lebih lanjut. Bila ia bermula? Ia bermula ketika anda mula bekerja. Ketika anda masih dalam jagaan ibu bapa atau masih belajar di kolej anda biasanya tidak terlibat dengan pergelutan wang. Pasal anda hanya tahu belajar dan belajar, wang akan datang juga. Bila bekerja lain pula ceritanya; Anda dapat gaji pertama RM1500, anda terpaksa bayar sewa bilik di bandar, beli motor dengan meminjam dari keluarga sedangkan anda tak pernah diajar secara betul tentang wang, termasuk semasa di universiti. [Universiti hanya mengajar anda menjadi seorang pekerja yang mahir. Bukan ajar cara membuat wang dan menguruskan wang dengan sebetulnya. Sejak kecil pun anda sudah diajar oleh ibu bapa tentang wang tetapi dengan set minda Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
5
orang miskin, walaupun sesetengahnya ada duit banyak. Mereka dahulu pun mewarisi perkara yang sama dalam soal wang. Kita semua sebenarnya mewarisi ilmu yang sama tentang wang, iaitu ilmu wang yang silap. Itu sebab, ayah kita tetap bergelut dengan wang dan tidak mustahil anda pun demikian juga. Pi mai pi mai tang tu jugak! Itulah permulaannya.] Jadi belajarlah dari orang yang mahir dan tahu tentang wang iaitu orang kaya yang bijak. Bagaimana ianya berlaku? Setelah setahun dua bekerja, anda sudah punyai teman dan mahu mendirikan rumahtangga. Anda berkahwin, pada anggapan anda tentulah gaji akan menjadi lebih banyak kerana kedua-dua bekerja. Bila dah ada RM3000, rasa tak sesuai lagi naik motor (takkan pegawai naik motor jer!). Jadi, berpakatlah anda suamiisteri membeli kereta [buat pelaburan katakan, sebenar ikut-ikut kata orang sahaja]. Bila dah setahun, anak yang ditunggu pun lahir. Rasa mahu beli rumah pula, melabur lagi sebagai meletakkan tapak asas keturunan anda. Oleh kerana rumah dianggap akar keturunan. Maka rumah mula dianggap satu aset (walaupun sebenarnya tidak). Rumah adalah liabiliti, bukannya aset [rujuk Kiyosaki]. Bila dah pegawai, tentulah ada kemudahan kad kredit. Anda ambil satu, isteri ambil satu. Sedar tak sedar anda sudah dijerat oleh hutang dengan hutang kereta RM770, rumah RM800 s, kad kredit RM400. Sekali anda berhutang, bermakna anda menggali satu lubang besar untuk anda sekeluarga. Lubang besar kini ada tiga yang perlu ditimbus setiap bulan sebanyak RM2000, tak termasuk bayaran pengasuh, belanja anak (susu, lampin & ubatan), kos petrol, kos makanan, bil telefon rumah, handset, bil elektrik, bil air dan hiburan (Astro & internet), dll. Jadi duit RM3000 rasa tak cukup, maka anda cari kerja sampingan, buat OT, buat tuisyen, buat MLM dan sebagainya. Masa dahulu bekerja 8 jam sehari sudah jadi 12 jam. Hari minggu pun jarang balik kampung kerana terpaksa buat kerja sampingan. Anda betul-betul dikerjakan oleh wang, anda sekeluarga ikut cakap wang, “kerja mesti kuat dan aku akan bertambah”, maka akhirnya anda dah jadi hamba wang. Memang benar RM3000, RM5000 bahkan RM10,000 tak akan cukup. Tak caya tanyalah Erra. Bahkan gaji pilot dan kapten kapal yang berbelas ribu dolar pun tak pernah cukup. Kenapa? Kerana toy mereka lebih besar. Sila rujuk buku Rich Dad. Cara mengatasinya. Jika anda tersedar ketika anda sudah berumur 50 tahun, tak banyak yang boleh anda buat kecuali “masuk Pak Man Telo”. Kalau nasib baik, anda untung. Kalau tidak anda akan jatuh lagi, malah ditimpa tangga yang lebih besar pada usia lanjut. Tentulah lebih parah. Itulah ramai yang dah jadi Man Telor atau Man Sasau. Tapi jika anda masih muda, berumur 20-an. Inilah masa yang sesuai untuk merancang kewangan anda. Namun masa yang paling baik ialah merancang semasa anda kecil lagi. [Yang merancang ketika itu sebenarnya ialah ibu bapa anda jika mereka celik kewangan. Saya sendiri melabur untuk 3 orang anak sejak
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
6
mereka kecil dan dalam perut lagi. Ada pelbagai instrumen yang akan diperkatakan nanti]. Apabila anda sudahpun membaca dan faham apa itu wang dan sifatnya. Anda mesti ubah sikap anda. Jangan melakukan lagi kesalahan yang sama. Kita tidak sepatutnya dipatuk ular pada lubang yang sama, dua kali. Baca dengan teliti dan fahami sekali lagi apa itu wang, tipu dayanya dan fahami keupayaan wang. Berbanding anda bekerja demi wang, jadikan wang anda bekerja untuk anda. Dia lebih gigih daripada anda. Anda hanya pantau dengan akal budi. Misalnya anda boleh melabur untuk akal dan wang anda sekaligus melalui laman web saya ini. http://www.sgwang.com. beberapa kali, tapi jangan lupa gunakan akal. Akhirnya, sentiasa perbaharui ilmu wang mahupun ilmu agama. Melaburlah untuk akal budi anda iaitu dengan membaca buku-buku, ebooks, majalah, kaset, CD dan masuk seminar atau ambil sijil tentang kewangan mahupun agama, walaupun kosnya agak mahal. [Walaupun saya pernah belajar al-Quran dengan bapa saya dan beberapa guru ketika kecil dulu, tapi itu masih jauh dari cukup. Rupanya ada 14 lagi cara bacaan berlainan yang disebut ilmu qiraat 4, 7, 10 dan 14. Selama ini kita ambil satu qiraat saja iaitu riwayat Hafs walaupun banyak bacaan kita yang silap. Kita akan tahu betapa silapnya kita membaca al-Quran apabila kita tahu bacaan qiraat lain, misalnya bacaan Riwayat Warsy. Kita main hentam sahaja baca alQuran. Kenapa? Pasal kita rasa dah betul hanya kerana belajar takat masa kecik dulu. Tak cukup! Memang tak cukup dan banyak silapnya kerana kita tak belajar dengan sempurna. Maklumlah akal budak!] Begitu juga dalam soal wang, kita sentiasa kena perbaharui atau asah ilmu itu setiap masa. Jadi, membuat pelaburan dalam ilmu adalah paling utama. Kemudian barulah melabur dalam instrumen lain. Untuk mendapatkan bahan bacaan yang murah dan bernilai tinggi, sila ke laman web ini. http://www.jimatduit.com. Mari kita pelajari apa yang diperkatakan oleh Kiyosaki tentang wang dan urusannya.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
7
CELIK KEWANGAN -KIYOSAKI
Pada tahun 1994, saya bersara pada umur 47 tahun. Pencen bukan bermakna tidak bekerja. Bagi saya dan isteri saya, ianya bermakna berehat, kecuali ada perubahan besar yang tak terduga, kami boleh jadi bekerja atau tidak bekerja, dan kekayaan kami tumbuh secara automatik, jauh di atas inflasi. Saya rasa ini bermakna kebebasan. Aset yang ada cukup besar untuk mengembang dengan sendiri. Ianya seperti menanam sebuah pohon. Anda menyiramnya bertahuntahun dan suatu hari ia tak perlukan anda menyiraminya lagi. Akarnya sudah menjalar kukuh ke dalam bumi. Dan pohon itu memberi teduh untuk anda nikmati. Apabila saya bercakap dengan sekumpulan manusia, mereka selalunya bertanya apa syor saya atau apa yang patut mereka buat? "Bagaimana mereka memulakannya?" "Apakah buku yang bagus yang awak syorkan?" "Apa yang patut mereka buat untuk mempersiapkan anak mereka?" "Apakah rahsia untuk berjaya?" "Bagaimana saya boleh buat berjuta-juta dollar?" Saya sentiasa mengingatkan artikel ini yang pernah diberikan pada saya. Ianya seperti berikut. USAHAWAN TERKAYA Pada 1932, sekumpulan pemimpin kami yang terhebat dan para usahawan terkaya mengadakan satu pertemuan di Hotel Edgewater Beach di Chicago. Di antara mereka yang hadir ialah Charles Schwab, ketua syarikat industri keluli bebas; Samuel Insull, presiden industri utiliti terbesar di dunia; Howard Hopson, ketua industri gas terbesar; Ivar Kreuger, presiden International Match Co., salah satu syarikat terbesar di dunia pada waktu itu; Leon Frazier, presiden Bank of International Settlements; Richard Whitney, presiden New York Stock Exchange; Arthur Cotton dan Jesse Livermore, dua spekulator saham terbesar; dan Albert Fall, anggota kabinet Presiden Harding. Dua puluh lima tahun kemudian, sembilan dari mereka (yang tersenarai di atas) nasibnya berakhir seperti berikut. Schwab meninggal tanpa wang sesen pun setelah hidup selama lima tahun dengan wang pinjaman. Insull meninggal tanpa wang di negeri asing. Kreuger dan Cotton juga meninggal tanpa wang. Hopson menjadi gila. Whitney dan Albert Fall baru kelaur dari penjara. Fraser dan Livermore membunuh diri. Saya ragu jika seseorang boleh mengatakan apa sebenarnya terjadi pada mereka. Jika kita melihat tarikhnya, 1923, itu ialah tahun hampir sebelum terjadinya kehancuran pasaran dan "Kemurungan Besar" pada tahun 1929, yang saya syak sangat besar impak ke atas orang-orang itu dan kehidupan mereka. Pointnya begini: Sekarang kita hidup dalam zaman perubahan yang lebih besar dan lebih cepat daripada yang mereka alami. Saya menjangkakan akan ada banyak ledakan pasaran dan kehancuran dalam masa 25 tahun lagi yang kira-kira selari dengan kebangkitan dan keruntuhan yang dialami oleh mereka. Saya sangat ambil berat mengenai ramai manusia sedang fokus ke atas wang mereka terlalu lebih dan tidak ke atas kekayaan terbesar mereka, iaitu pendidikan mereka. Jika manusia dipersiapkan untuk bersikap fleksibel, berfikiran terbuka, dan terus Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
8
belajar, mereka akan tumbuh semakin kaya melalui perubahan-perubahan itu. Jika mereka mengira bahawa wang akan menyelesaikan masalah mereka, saya khuatir orang-orang ini akan menjalani hidup yang keras. Kebijaksanaan sentiasa menyelesaikan masalah dan menghasilkan wang. Wang tanpa disertai kebijaksanaan kewangan ialah wang yang akan segera habis. Kebanyakan orang gagal untuk menyedari bahawa yang penting dalam hidup ini bukanlah berapa banyak wang yang boleh anda buat, tetapi berapa banyak wang yang anda boleh simpan. Kita tentu pernah mendengar kisah-kisah tentang orang miskin yang menang loteri. Secara tiba-tiba mereka menjadi kaya raya, tapi tak lama kemudian jatuh miskin semula. Mereka menang loteri jutaan dolar, tapi dalam masa singkat mereka kembali ke titik di mana mereka bermula. Atau tentang kisah para ahli sukan profesional, yang pada umur semuda 24 tahun, memperolehi berjuta-juta dolar setahun dan berakhir dengan tidur di bawah teduhan jambatan pada umur 34 tahun. Dalam tahun 1997, saya kenal begitu banyak orang menjadi jutawan segera. Ianya "Roaring '2Os" yang berlaku sekali lagi. Sungguhpun saya suka melihat ramai orang menjadi semakin kaya, saya cuma ingin mengingatkan bahawa untuk jangka panjang, bukanlah berapa banyak yang boleh anda buat, tetapi berapa banyak yang boleh anda simpan, dan untuk berapa generasi anda boleh menyimpannya. Ketika orang-orang bertanya, “Di mana saya mesti mulakan?” atau “Beritahu saya cara boleh menjadi kaya dengan cepat,” Mereka selalu sangat kecewa dengan jawapan saya. Saya hanya katakan pada mereka apa yang dulu dikatakan ayah kaya saya ketika saya masih budak. “Jika kamu ingin menjadi kaya, kamu mesti ada literasi kewangan.” Idea itu dicanangkan berulang-ulang dalam kepala saya setiap kali kami bertemu. Seperti yang saya katakan, ayah saya yang berpendidikan menekankan pentingnya membaca buku, sementara ayah kaya saya menekankan kemestian untuk mahir mengenai literasi kewangan. Jika anda hendak membangun Empire State Building, sebuah pencakar langit di AS, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menggali lubang yang sangat dalam dan membuat tapak asas yang kukuh. *The Roaring ‘20s adalah tahun-tahun 1920-an selepas Perang Dunia I, di mana ekonomi dianggap akan baik, pasaran optimis, indeks bursa saham naik terus, orang merasa makmur dan boleh menjadi kaya dengan cepat. Tiba-tiba pada Black Thursday 1929, bursa saham merudum, banyak syarikat bangkrap, ekonomi AS pun mulai menjunam. Terjadilah the Great Depression tahun 1929. Jika anda hendak membina sebuah rumah di pinggiran kota, apa yang anda perlukan hanyalah campuran batu dan simen sedalam 6 inci untuk tapak asas. Malangnya, kebanyakan manusia, kerana nafsu mereka yang begitu besar untuk menjadi kaya cepat, berusaha membangun Empire State Building dengan tapak asas yang cuma 6 inci. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
9
Sistem sekolah kita, yang dicipta pada Zaman Pertanian, masih percaya pada rumah tanpa tapak asas. Lantai tanah masih digemari. Sebab itu budak-budak lulus dari kolej secara mayanya tiada tapak asas kewangan. Suatu hari, kerana tidak boleh tidur dan dikelilingi hutang, mereka termenung sambil membayangbayangkan American Dream di pinggiran kota dan memutuskan bahawa jawapan terhadap masalah kewangan mereka adalah mencari satu jalan untuk kaya cepat. Sekarang, subjek perakaunan mungkin merupakan subjek paling membosankan di dunia. Mungkin juga yang paling membingungkan. Tetapi jika anda ingin menjadi kaya, dalam jangka panjang, perakaunan merupakan subjek paling penting. Persoalannya ialah bagaimana anda mengambil subjek yang paling membosankan dan membingungkan untuk diajarkan kepada anak-anak? Jawapannya ialah permudahkanlah. Pertamanya, ajarkanlah dalam bentuk gambarajah. Ayah kaya saya telah meletakkan tapak asas finansial yang kukuh pada Mike dan saya. Kerana kami masih kecil, dia menciptakan satu cara yang sederhana untuk mengajar kami. Selama bertahun-tahun dia hanya melukis gambar dan menggunakan kata-kata. Mike dan saya memahami rajah yang sederhana, jargon, pergerakan wang, dan beberapa tahun kemudian, ayah kaya mulai menambah angka-angka. Di mukasurat berikutnya, saya memberikan anda lakaran-lakaran bergaris mudah seperti yang diciptakan ayah Mike untuk kami berdua. Sungguhpun mudah, lakaran-lakaran ini membantu membimbing dua anak kecil dalam membangun sejumlah besar kekayaan di atas tapak yang padu dan dalam. Hukum Pertama. Anda mesti mengetahui perbezaan antara satu aset dan liabiliti (bebanan) dan membeli aset. Jika anda ingin kaya, itulah yang perlu anda ketahui. Itulah Hukum No. 1. Itulah satu-satunya peraturan. Kedengarannya amat mudah, tetapi kebanyakan orang tidak tahu betapa bernilainya hukum ini. Kebanyakan orang bergelut secara kewangan kerana mereka tidak tahu perbezaan antara aset dan liabiliti. “Orang kaya menambah aset. Orang miskin dan kelas menengah menambah liabiliti, tetapi mereka mengira itu adalah aset.” Ketika ayah kaya saya menjelaskan perkara ini pada Mike dan saya, kami menganggap dia bergurau. Itulah kami, remaja belasan tahun yang menunggu rahsia untuk menjadi kaya, dan inilah jawapannya. Begitu mudah sehingga kami terpaksa berhenti cukup lama untuk memikirkan perkara itu. “Apa itu aset?” tanya Mike. “Jangan risau perkara itu sekarang,” katanya. “Biarkanlah idea ini meresap ke dalam hati kamu. Jika kamu dapat memahami kesederhanaan, hidup kamu akan mempunyai perancangan dan kewangan kamu menjadi mudah. Ianya begitu mudah; sebab itu idea ini selalu tertinggal.”
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
10
“Maksud Pakcik, apa yang perlu kami ketahui hanyalah aset, mendapatkannya, dan kami boleh jadi kaya?” tanya saya. Ayah kaya menganggukkan kepalanya. “Ya, mudah sekali.” “Jika begitu mudah, mengapa setiap orang tidak kaya-kaya?” tanya saya. Ayah kaya tersenyum. “Kerana orang tidak tahu bezanya antara aset dan liabiliti.” Saya ingat pernah bertanya, “Bagaimana orang dewasa boleh jadi begitu bodoh? Jika perkara ini mudah, dan jika perkara ini amat penting, mengapa setiap orang tidak mahu mengetahuinya?” Ayah kaya saya memerlukan beberapa minit untuk menjelaskan apa itu aset dan liabiliti. Sebagai orang dewasa, saya sukar untuk menerangkan perkara ini kepada orang dewasa yang lain. Kenapa? Kerana orang dewasa lebih cerdik. Dalam banyak kes, mudahnya idea ini sentiasa melupakan kebanyakan orang dewasa kerana mereka telah dididik secara berbeza. Mereka telah dididik oleh para profesional terdidik lainnya, seperti para banker, akauntan, agen hartanah, perancang kewangan dan sebagainya. Kesukaran muncul ketika meminta orang dewasa untuk belajar meninggalkan idea lama atau menjadi budak kembali. Seorang dewasa yang sudah cerdik sentiasa terasa rendah kalau terpaksa menumpukan pada definisi yang terlalu mudah. Jadi apa yang menyebabkan kekeliruan? Atau bagaimana sesuatu yang begitu mudah menjadi begitu susah? Mengapa orang masih mahu membeli aset yang sebenarnya ialah liabiliti? Jawapannya ditemui di dalam asas pendidikan. Kami memfokus pada kata “literasi” dan bukannya “literasi kewangan”. Yang mendefinisikan sesuatu sebagai aset atau liabiliti bukanlah hanya perkataan itu. Bahkan, jika anda benar-benar keliru, sila lihat perkataan “aset” dan “liabiliti” dalam kamus. Saya tahu definisinya kedengaran bagus bagi seorang akauntan terlatih, tetapi bagi orang ramai perkara itu tidak bererti apa-apa. Tapi kita orang dewasa sering terlalu angkuh untuk mengakui sesuatu itu tidak bererti apa-apa. Sebagai anak muda, ayah kaya saya mengatakan, “Apa yang mendefinisikan aset bukanlah perkataan tetapi angka-angka. Dan jika kamu tidak boleh membaca angka, tidak payah kamu bercakap tentang aset.” "Dalam perakaunan" Ayah kaya akan mengatakan, “yang penting bukanlah angka, tetapi apa yang angka-angka itu beritahu kamu. Ia hanya seperti perkataan. Yang penting bukan perkataannya, tetapi cerita yang diberitahu oleh perkataan itu pada kamu." “Banyak orang membaca, tetapi ramai yang tidak faham. Ini disebut kefahaman membaca. Dan kita semua mempunyai kebolehan berbeza bila berhadapan dengan soal tersebut. Misalnya, baru-baru ini saya telah membeli sebuah VCR Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
11
baru. Alat ini disertai buku manual yang menjelaskan bagaimana memprogram VCR. Yang saya inginkan hanyalah merakam acara TV kesukaan saya pada Jumaat malamnya. Saya hampir bingung ketika cuba membaca dan memahami buku manual itu. Tidak ada yang lebih rumit berbanding dengan mempelajari cara memprogram VCR saya. Saya boleh membaca kata demi kata, tetapi saya tidak faham apa-apa pun. Saya dapat nilai “A” untuk mengenali perkataan. Tapi saya dapat “F” untuk kefahaman. Itulah yang terjadi ketika orang menghadapi laporan-laporan kewangan. “Jika kamu ingin kaya, kamu mesti membaca dan memahami angka-angka.” Saya mendengar perkara ini ratusan kali daripada ayah kaya saya. Dan saya juga selalu mendengar, “Orang kaya menambah aset, orang miskin dan kelas menengah menambah liabiliti.” Begitulah cara ayah kaya memberitahukan perbezaan antara aset dan liabiliti. Kebanyakan akauntan dan ahli kewangan tidak menyetujui definisi, tetapi gambar-gambar mudah berikut ini adalah permulaan tapak asas kewangan yang kukuh bagi dua anak muda ini. Untuk. mengajar budak yang belum berusia belasan tahun, ayah kaya membuat segala sesuatunya dengan mudah, menggunakan gambarajah sebanyak mungkin, perkataan sesedikit mungkin, dan tidak ada angka selama bertahuntahun. "Ini ialah corak Aliran Tunai sebuah ASET" Pendapatan Belanja
Aset
Liabiliti
Kekotak di atas ialah Penyata Pendapatan yang dipanggil Penyata Untung-Rugi. Ia mengukur pendapatan dan belanja. Wang masuk atau wang keluar. Diagram yang di bawah ialah Imbangan Duga (Balancesheet) - disebut begitu kerana laporan ini dianggap menyeimbangkan aset terhadap liabiliti. Banyak orang baru dalam bidang kewangan tidak mengetahui hubungan antara Penyata Pendapatan dengan Imbangan Duga. Sedangkan hubungan itu tersangat penting untuk difahami. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
12
Penyebab utama kesukaran kewangan ialah cuma tidak tahu membezakan antara aset dan liabiliti. Penyebab kekeliruan dijumpai dalam definisi dua perkataan. Seperti kata saya dulu, ayah kaya saya dengan mudah memberitahu dua anak muda ini bahawa "Aset memasukkan wang ke dalam poket." Elok, mudah dan boleh diguna. "Ini ialah corak Aliran Tunai LIABILITI" Pendapatan Belanja
Aset
Liabiliti
Kini, aset dan liabiliti sudah didefinisikan melalui gambararajah, ianya mungkin lebih mudah untuk memahami definisi saya dalam perkataan. Aset ialah sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket saya. Liabiliti ialah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket saya. Inilah yang benar-benar anda perlu tahu. Jika anda ingin kaya, cuma habiskan hidup anda dengan membeli aset. Jika anda ingin miskin atau menjadi kelas menengah, habiskan hidup anda dengan membeli liabiliti. Tidak mengetahui perbezaan kedua perkara itulah yang menyebabkan banyaknya pergelutan kewangan di dunia ini. Panah dalam diagram itu menunjukkan aliran tunai. Angka-angka semata-mata mempunyai pengertian yang kecil, begitu juga jika perkataan sahaja. Yang lebih bermakna memahami ceritanya. Dalam laporan kewangan, membaca angka bermakna mencari plot atau ceritanya. Cerita tentang ke mana wang tunai mengalir. Dalam 80 peratus keluarga, cerita kewangan adalah sebuah cerita kerja keras dalam usaha untuk maju. Bukan kerana mereka tidak menghasilkan wang. Tetapi kerana mereka menghabiskan hidup mereka untuk membeli liabiliti dan bukannya aset.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja Sebagai contoh, inilah pola aliran tunai seorang miskin, atau orang biasa. Kerja
Pendapatan: Gaji
Belanja: Cukai Makanan Sewa Liabiliti
Aset Pakaian Kenderaan
Ini pula ialah pola aliran tunai seorang kelas menengah. Kerja
Pendapatan
Belanja Cukai Pinjaman rumah Belanja Tetap Aset
Makanan Pakaian Liabiliti Hiburanrumah Pinjaman Kenderaan Pinjaman
pengguna Pinjaman kereta Kad Kredit
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
13
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
14
Ini ialah pola aliran tunai orang kaya. Pendapatan: Dividen Bunga Hasil Sewa Royalti Belanja:
Aset:
Liabiliti:
Saham-saham Bond-bond Sijil-sijil Bank Hartanah Harta Intelek
Semua diagram itu jelas telah dipermudahkan. Setiap orang menjalani hidup dengan pelbagai belanja, sekurang-kurangnya keperluan makanan, tempat tinggal dan pakaian. Alasan saya memulakan cerita mengenai orang-orang terkaya di Amerika adalah untuk menggambarkan ketempangan pemikiran begitu ramai orang. Ketempangan itu ialah wang akan menyelesaikan segala masalah mereka. Itulah sebabnya saya merasa terperosok bila saya mendengar orang bertanya pada saya bagaimana menjadi kaya dengan lebih cepat. Atau di mana mereka mulakan? Saya selalunya mendengar, “Saya banyak hutang, jadi saya mesti menghasilkan wang lebih banyak.” Tetapi wang lebih selalunya tidak menyelesaikan masalah; bahkan, ianya mempercepatkan masalah. Wang selalunya memperjelas lagi ketempangan manusia yang tragik. Wang selalunya menjelaskan lagi apa yang kita tidak tahu. Oleh sebab itu ada perumpamaan, “Si dungu dan wangnya samalah seperti satu pesta besar.” Saya sudah mengatakan berulang kali bahawa kita pergi ke sekolah untuk memperolehi kemahiran sarjana dan kemahiran profesional, kedua-duanya memang penting. Kita belajar menghasilkan wang dengan kemahiran Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
15
profesional kita. Dalam tahun 1960-an, ketika saya masih di sekolah menengah, jika seseorang mendapat keputusan yang baik di sekolah, secara automatik masyarakat menganggap bahawa murid yang cemerlang ini akan melanjutkan pelajarannya untuk menjadi seorang doktor. Selalunya tak seorang pun bertanya pada kanak-kanak itu apakah dia memang ingin menjadi doktor. Itu diandaikan begitu saja. Kerana doktor adalah kerjaya yang menjanjikan gaji yang besar. Sekarang, doktor berhadapan dengan cabaran kewangan yang saya tidak pernah berharap terkena pada musuh ketat saya sekalipun: syarikat insurans yang menguasai urusan kesihatan, menguruskan rawatan kesihatan, campurtangan kerajaan, salahlaku sesuka hati, dan sebagainya. Sekarang, anak-anak ingin menjadi bintang bola basket, pemain golf seperti Tiger Woods, juara komputer, artis, bintang rock, ratu cantik, atau peniaga saham di bursa saham. Alasannya mudah, kerana di sana ada glamour, wang, dan prestij. Itu sebabnya sangatlah sukar untuk memotivasi anak-anak bersekolah. Mereka tahu bahawa kejayaan profesional tidak lagi hanya tergantung pada keputusan akademik seperti dulu. Kerana murid-murid meninggalkan sekolah tanpa kemahiran kewangan, berjuta-juta manusia terdidik mengejar kerjaya mereka secara cemerlang, tetapi kemudian mendapati diri mereka berjuang setengah mati dalam soal kewangan. Mereka bekerja lebih keras, tetapi tidak maju-maju juga. Apa yang hilang dari pendidikan mereka bukanlah cara menghasilkan wang, tetapi bagaimana menghabiskan wang— apa yang anda lakukan setelah mendapatkan wang. Ini disebut literasi kewangan—apa yang anda lakukan dengan wang setelah anda mendapatkannya, bagaimana menyimpannya agar tidak “diambil” orang, berapa lama anda menyimpannya, dan berapa kuat wang itu bekerja untuk anda. Kebanyakan orang tidak dapat menceritakan mengapa mereka bergelut secara kewangan kerana mereka tidak memahami aliran tunai. Seseorang boleh jadi berpendidikan tinggi, berjaya secara profesional, tetapi buta kewangan. Mereka ini selalunya bekerja lebih keras daripada yang mereka perlukan kerana mereka belajar bagaimana bekerja keras, tetapi tidak belajar bagaimana membuat wang mereka bekerja untuk mereka.
KUASA BERFIKIR Wang yang lebih banyak jarang menyelesaikan masalah wang yang dialami oleh seseorang. Kebijaksanaanlah yang menyelesaikan masalah. Ada pepatah yang diucapkan oleh seorang rakan saya berulang kali kepada mereka yang berhutang. “Jika kamu mendapati diri kamu berada dalam satu lubang... berhentilah menggali.”
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
16
Orang miskin dan kelas menengah hampir selalu membiarkan kuasa wang menguasai mereka. Hanya dengan bangun pagi dan bekerja lebih keras, tanpa bertanyakan diri mereka apakah yang mereka lakukan itu boleh diterima atau tidak, mereka sama seperti menembak kaki sendiri ketika mereka berangkat setiap pagi. Dengan tidak memahami sepenuhnya wang, begitu banyak orang membiarkan kehebatan kuasa wang menguasai diri mereka. Kuasa wang digunakan untuk menentang diri mereka sendiri. Gunalah kekuatan cermin, mereka akan mulai berfikir, “Apakah ini boleh diterima?” Selalunya, daripada mempercayai kebijaksanaan batin mereka, atau kepintaran diri mereka sendiri, kebanyakan orang masih terikut dengan pendapat orang ramai. Mereka berbuat sesuatu kerana semua orang melakukannya. Mereka akur lebih dari bertanya. Selalunya, tanpa berfikir panjang mereka mengulangi apa yang diberitahu kepada mereka. Idea-idea seperti "rumah kamu ialah sebuah aset”. “Rumah kamu adalah pelaburan kamu terbesar.” "Cukai kamu akan dipotong jika kamu membuat lebih banyak hutang" "Carilah pekerjaan selamat.” “Jangan membuat kesilapan.” “Jangan ambil risiko.” Dikatakan bahawa rasa takut berucap di khalayak ramai adalah lebih besar daripada kematian bagi kebanyakan orang. Menurut psikiatris, ketakutan berucap di khalayak ramai timbul kerana rasa takut dipulau, takut menonjol, takut dikritik, takut ditertawakan, takut tersingkir. Takut menjadi berbeza menghalang banyak orang untuk mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah mereka. Itu sebabnya ayah terpelajar saya mengatakan bahawa orang Jepun paling menghargai kekuatan cermin, kerana hanya dengan kita sebagai manusia memandang ke dalam cerminlah, kita benar-benar menemui kebenaran. Dan alasan utama kebanyakan orang mengatakan "Buatlah secara selamat" adalah kerana perasaan takut. Ianya berlaku dalam semua perkara, dalam sukan, perhubungan, kerjaya dan wang. Ketakutan yang sama, takut dipulau menyebabkan orang akur dan tidak mempersoalkan pendapat umum atau trend yang popular. “Rumah kamu adalah sebuah aset.” “Dapatkan pinjaman bill consolidation dan bebas dari hutang.” “Bekerjalah lebih keras.” “Ini adalah kenaikan pangkat.” “Bila gaji saya naik, saya akan membeli rumah yang lebih besar untuk keluarga kita.” Banyak masalah besar kewangan disebabkan kita terikut pandangan umum dan cuba duduk setaraf keluarga Datuk-datuk. Terkadang, kita semua perlu bercermin dan bersikap jujur pada kebijaksanaan batin kita berbanding perasaan takut kita. Pada waktu Mike dan saya berumur 16 tahun, kami mulai bermasalah di sekolah. Kami bukanlah budak nakal. Kami cuma mulai memisahkan diri dari khalayak. Kami bekerja untuk ayah Mike selepas waktu sekolah dan pada hujung minggu. Mike dan saya menghabiskan masa berjam-jam setelah bekerja dengan duduk semeja dengan ayahnya ketika dia mengadakan mesyuarat Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
17
dengan para banker, peguam, akauntan, broker saham, pelabur, pengurus dan pekerjanya. Beliau meninggalkan sekolah pada umur 13 tahun, dan sekarang mentadbir, mengajar, mengarah, dan menanyakan soalan kepada orang-orang terpelajar itu. Mereka selalu bersiap siaga, dan merasa terperosok ketika dia tidak menyetujui pendapat mereka. Dia jenis orang yang tidak terikut-ikut dengan pendapat umum. Dia ialah orang yang membuat fikiran sendiri dan membenci perkataan, “Kita mesti melakukannya dengan cara ini kerana inilah cara yang dilakukan oleh semua orang.” Dia juga membenci kata-kata, “tidak boleh”. Jika anda mahukan dia membuat sesuatu, cuba kata, “Saya kira tuan tidak dapat melakukannya.” Mike dan saya belajar lebih banyak duduk di dalam mesyuaratnya daripada yang kami pelajari selama bertahun-tahun di bangku sekolah, mahupun di kolej. Ayah Mike tidak belajar di sekolah, tetapi dia terdidik secara kewangan dan kejayaan adalah hasilnya. Dia memberitahu kami berulang kali. “Orang cerdik menggajikan orang yang lebih cerdik daripada mereka” Oleh itu, Mike dan saya beruntung menghabiskan waktu berjam-jam untuk mendengar dalam proses pembelajaran dari orang cerdik. Tetapi kerana perkara ini, Mike dan saya tidak dapat mengikuti dogma standard yang diajarkan oleh para guru kami. Dan ianya menimbulkan masalah. Ketika seorang guru berkata, “Jika kamu tidak mendapat gred yang baik, kamu tidak akan bekerja dengan baik di dunia sebenar,” Mike dan saya cuma mengangkat kening. Ketika kami diberitahu untuk mengikuti beberapa prosedur dan tidak menyimpang dari peraturan, kami boleh melihat bagaimana proses persekolahan ini sebenarnya tidak menggalakkan kreativiti. Kami mulai memahami mengapa ayah kaya kami memberitahu bahawa sekolah dirancang untuk menghasilkan pekerja yang baik, bukannya majikan yang baik. Kadang-kadang Mike atau saya akan bertanyakan guru kami bagaimana sesuatu yang kami pelajari di sekolah boleh diaplikasikan, atau kami bertanya kenapa kami tidak pernah belajar wang dan cara ianya bekerja. Bagi soalan akhir itu, kami selalu mendapat jawapan yang wang tidaklah penting, bahawa jika kami cemerlang dalam pendidikan kami, wang pun akan datang. Semakin kami mengetahui kekuatan wang, semakin jauh jarak antara kami dari guru-guru dan rakan sekelas kami. Suatu hari, ayah memberitahu saya mengapa rumah kami adalah pelaburannya yang terbesar. Sebuah perbahasan yang kurang enak terjadi ketika saya menunjukkan kepadanya kenapa saya fikir rumah bukanlah sebuah pelaburan yang baik. Diagram di bawah ini menggambarkan perbezaan persepsi antara ayah kaya saya dan ayah miskin saya mengenai rumah mereka. Ayah yang satu berfikir bahawa rumahnya adalah aset, dan ayah yang satu lagi berfikir bahawa rumahnya adalah liabiliti.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja Ayah Kaya Aset:
Liabiliti: Rumah
18
Ayah Miskin Aset: Rumah
Liabiliti:
Saya masih ingat ketika saya melukis diagram berikut ini untuk menunjukkan arah aliran tunai kepada ayah saya. Saya juga menunjukkan kepadanya perbelanjaan tambahan akibat memiliki rumah. Semakin besar sesebuah rumah bermakna pengeluaran yang lebih besar, dan aliran tunai terus keluar melalui kolum belanja. Pendapatan: Belanja Pinjaman rumah Cukai hartanah Insurans Selenggara Utiliti Aset: Liabiliti: Pinjaman rumah
Sekarangpun, saya masih dicabar tentang idea yang rumah bukanlah sebuah aset. Saya tahu bagi banyak orang, rumah adalah impian mereka dan sekaligus pelaburan mereka yang terbesar. Dan memiliki rumah anda sendiri memang lebih baik daripada tidak memiliki apa pun. Saya hanya memberi satu cara alternatif untuk melihat dogma yang popular ini. Jika saya dan isteri saya gemarkan rumah lebih besar dan mewah, itupun lebih untuk "berlagak" sahaja, namun kami tetap berpegang rumah bukanlah aset; ianya adalah liabiliti kerana ia mengeluarkan wang dari poket kita. Maka, inilah perbahasan yang saya kemukakan. Saya memang tidak berharap bahawa banyak orang akan bersetuju kerana rumah yang indah adalah soal
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
19
emosi. Dan jika soal wang, emosi yang tinggi lebih cenderung mengurangkan celik kewangan. Saya tahu dari pengalaman peribadi bahawa wang mempunyai satu cara untuk membuat setiap keputusan bersifat emosional. 1. Bila berkaitan soal rumah, saya menunjukkan bahawa kebanyakan orang bekerja sepanjang hayat mereka untuk membayar rumah yang tidak pernah mereka miIiki. Dengan kata lain, kebanyakan orang membeli sebuah rumah baru setiap sekian tahun, dan setiapnya menimbulkan pinjaman baru selama 30 tahun untuk membayar rumah sebelumnya. 2. Walaupun orang menerima potongan cukai untuk bunga pinjaman rumah, namun mereka tetap membayar semua belanja lain dengan wang lepasan-cukai mereka. Bahkan selepas mereka membayar pinjaman mereka. 3. Cukai hartanah. Orangtua isteri saya terkejut ketika cukai hartanah ke atas rumah mereka mencapai US$1,000 sebulan. Ini terjadi setelah mereka bersara, maka kenaikan ini membebankan belanja persaraan mereka, dan mereka merasa dipaksa untuk berpindah. 4. Harga rumah tidak selalu naik. Dalam tahun 1997, saya masih memiliki rakan-rakan yang berhutang satu juta dolar untuk membeli rumah, yang kalau dijual sekarang hanya bernilai US$700,000. 5. Kerugian terbesar dari semua itu adalah hilangnya peluang. Jika semua wang anda diikat ke dalam rumah, anda mungkin dipaksa untuk bekerja lebih keras kerana wang anda terus mengalir keluar dari kolum belanja, bukannya menambah kolum aset - ini pola aliran tunai kelas menengah yang klasik. Jika awal-awal lagi satu pasangan muda mahu memuatkan lebih banyak wang ke dalam kolum aset mereka, maka tahun-tahun kemudian mereka akan hidup lebih mudah, terutama ketika mereka hendak menyekolahkan anak mereka ke kolej. Aset mereka akan meningkat dan tersedia untuk membantu menutup perbelanjaan. Saya tidak kata jangan beli rumah. Saya kata, fahamilah perbezaan antara aset dan liabiliti. Bila saya mahu rumah lebih besar, saya terlebih dahulu membeli aset yang akan menjanakan aliran tunai yang digunakan untuk membayar harga rumah. Laporan kewangan peribadi ayah miskin saya menggambarkan dengan sangat baik kehidupan seseorang yang berada dalam perlumbaan tikus. Pendapatannya diikuti oleh perbelanjaan, dia tidak pernah boleh melabur dalam aset. Akibatnya, liabilitinya, seperti hutang perumahan dan hutang-hutang kad kreditnya lebih besar daripada asetnya. Gambar berikut ini bernilai seribu kata:
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
20
Penyata Kewangan Ayah Miskin (Profesor) Pendapatan:
Belanja:
Aset
Liabiliti
Penyata peribadi kewangan ayah kaya saya, sebaliknya adalah terhasil daripada keputusan hidup yang dedikasi untuk melabur dan meminimumkan liabiliti Penyata Kewangan Ayah Kaya (Usahawan) Pendapatan:
Belanja: Aset
Liabiliti
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
21
Tinjauan ke atas penyata kewangan Ayah Kaya saya merupakan sebab mengapa orang kaya semakin kaya. Kolum aset menjanakan lebih dari sekadar pendapatan yang cukup untuk menutup perbelanjaan, dengan keseimbangan yang dilabur semula ke dalam kolum aset. Kolum aset terus meningkat dan, kerana itu, pendapatan yang dihasilkannya juga turut meningkat bersamanya. Keputusannya: Orang kaya semakin kaya! Kenapa orang kaya Semakin kaya. Pendapatan:
Belanja:
Aset
Liabiliti
Kelas menengah mendapati dirinya berterusan bergelut dengan masalah kewangan. Pendapatan utama mereka adalah melalui gaji, dan ketika gaji mereka naik, maka cukai mereka juga naik. Perbelanjaan mereka cenderung naik dengan kenaikan yang sama seperti naiknya gaji mereka; begitulah ungkapan “perlumbaan tikus”. Mereka menjadikan rumah mereka sebagai aset utama mereka, bukannya melabur dalam aset yang menghasilkan pendapatan.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
22
Kenapa Kelas Menengah Bergelut? Pendapatan:
Belanja:
Aset
Liabiliti
Pola yang menjadikan rumah anda sebagai sebuah pelaburan dan falsafah bahawa kenaikan gaji bermakna anda boleh membeli rumah yang lebih besar atau membelanjakan wang lebih banyak merupakan tapak asas masyarakat zaman ini yang dibelenggu hutang. Proses kenaikan perbelanjaan ini menjerumuskan banyak keluarga ke dalam hutang yang lebih besar dan ke dalam ketidaktentuan kewangan yang lebih besar pula, walaupun mereka mungkin terkedepan dalam pekerjaan mereka dan menerima kenaikan gaji secara tetap. Kehidupan yang berisiko tinggi ini disebabkan oleh lemahnya pendidikan kewangan. Seperti yang telah saya katakan pada awal bahagian ini, peraturan yang paling penting adalah mengetahui perbezaan antara aset dan liabiliti. Setelah anda memahami perbezaan itu, pusatkanlah segala usaha anda hanya untuk membeli aset yang menjanakan pendapatan. Itulah cara terbaik untuk memulakan perjalanan menjadi kaya. Teruslah melakukan perkara itu, dan kolum aset anda akan meningkat. Fokuslah untuk menjaga liabiliti maka perbelanjaan akan turun. Cara ini akan mendatangkan lebih banyak wang yang terus-menerus mengisi kolum aset. Kemudian aset asas anda akan mengakar jauh ke dalam, sehingga anda mampu melihat pelaburan lain yang lebih spekulatif. Pelaburan yang boleh memberikan untung 100 peratus hingga infiniti. Pelaburan yang US$5,000 serta-merta bertukar menjadi US$1 juta atau lebih. Pelaburan yang orang kelas menengah sebut “terlalu berisiko”. Pelaburan tidaklah berbahaya. Kekurangan kepintaran kewangan, bermula dari celik kewangan, itulah yang menyebabkan individu merasa perkara itu “terlalu berisiko”.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
23
Jika anda melakukan apa yang orang ramai buat, anda mendapat gambaran berikut: Pendapatan: Bekerja utk majikan Belanja: Bekerja utk kerajaan Aset
Liabiliti:
Tiada
Bekerja utk bank
Sebagai seorang pekerja yang juga seorang pemilik rumah, usaha kerja anda biasanya adalah seperti berikut: 1. Anda bekerja untuk orang lain. Kebanyakan orang, yang bekerja untuk gaji, sedang menjadikan majikan atau pemegang saham itu kaya-raya. Usaha dan kejayaan anda akan membantu memberikan kejayaan dan pencen kepada majikan. 2. Anda bekerja untuk kerajaan. Kerajaan mengambil bahagiannya dari gaji anda, bahkan sebelum anda melihatnya lagi- melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB). Dengan bekerja lebih kuat, anda hanya akan menaikkan jumlah cukai yang diambil oleh kerajaan- kalau dihitung, orang bekerja dari Januari hingga Mei hanya untuk kerajaan. 3. Anda bekerja untuk bank. Setelah cukai, perbelanjaan terbesar anda berikutnya biasanya ialah hutang pinjaman rumah atau kad kredit anda. Yang jadi masalah dengan bekerja lebih keras semata-mata ialah setiap peringkat dari ketiga-tiga aras itu mengambil bahagian yang lebih besar daripada peningkatan usaha anda sendiri. Anda perlu belajar cara peningkatan usaha anda itu yang secara langsung menguntungkan diri dan keluarga anda. Setelah anda memutuskan untuk menumpukan menguruskan bisnes anda sendiri, bagaimana pula anda menetapkan matlamat anda? Bagi kebanyakan orang, mereka mesti menjaga kerjaya mereka dan bergantung penuh pada gaji mereka untuk membiayai perolehan aset mereka. Berharta diukur pada aliran tunai di kolum aset bukannya pada kolum belanja.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
24
Mari gunakan contoh. Misalkan saya mempunyai aliran tunai di kolum aset saya US$1,000 sebulan. Dan saya mempunyai belanja bulanan US$2,000. Banyak mana berharta saya? Mari kita guna definisi Buckminster Fuller. Dengan menggunakan definisinya, saya dapat bertahan berapa hari? Kita andaikan satu bulan itu 30 hari. Dengan definisi itu, saya mempunyai cukup aliran tunai untuk separuh bulan (15 hari). Bila saya mencapai US$2,000 sebulan aliran tunai dari aset saya, maka saya sudah berharta (wealthy). Jadi, saya belum kaya, tetapi saya berharta. Kini saya mempunyai lebih banyak pendapatan yang dijanakan dari aset setiap bulan yang menampung sepenuhnya belanja bulanan saya cukup-cukup. Jika saya mahu meningkat belanja saya, saya mestilah terlebih dahulu meningkatkan aliran tunai di kolum aset untuk mempertahankan paras berharta saya. Perhatikanlah bahawa pada titik inilah saya tidak lagi bergantung pada gaji saya. Saya telah membuat fokus dan berjaya membina kolum aset yang menjadikan saya bebas kewangan. Jika saya berhenti kerja hari ini, saya akan mampu menampung semua belanja bulanan saya dengan aliran tunai dari aset saya. Matlamat saya berikutnya adalah melabur semula lebihan aliran tunai dari aset saya masuk ke kolum aset balik. Semakin banyak wang yang masuk ke kolum aset saya, semakin meningkatlah kolum aset saya. Semakin aset saya meningkat, semakin besar pula aliran tunai saya. Dan selagi saya terus menjadikan belanja saya lebih kecil dari aliran tunai daripada aset itu, saya akan meningkat lebih kaya, dengan pendapatan yang semakin banyak dari sumber-sumber selain kerja fizikal saya. Ketika proses pelaburan semula ini berterusan, saya benar-benar sedang berada di atas jalan untuk kaya. Definisi kaya yang sebenar ada di mata orang yang melihatnya.
Ingatlah ungkapan mudah ini: Orang kaya membeli aset. Orang miskin hanya mempunyai belanja. Kelas menengah membeli liabiliti yang dianggap aset.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
25
Bekerja untuk Belajar – Jangan Bekerja Untuk Wang Pada tahun 1995, saya ditemuramah oleh sebuah akhbar di Singapura. Wartawan wanita yang masih muda datang tepat pada waktunya, dan wawancara itu berlaku begitu saja. Kami duduk di lobi hotel yang mewah, menghirup kopi, dan berbincang tujuan kunjungan saya ke Singapura. Saya berkongsi platfom dengan Zig Ziglar. Dia berbicara pasal motivasi, dan saya berbicara pasal “Rahsia Orang Kaya”. “Suatu hari nanti, saya ingin menjadi penulis terlaris seperti anda,” katanya. Saya sudah melihat beberapa artikel yang dia tulis untuk akhbar, dan saya kagum. Dia punya gaya penulisan yang kuat, tajam, dan jelas. Artikelnya menawan minat pembaca. “Anda mempunyai gaya yang hebat,” kata saya membalasnya. “Apa yang menghalang anda untuk mencapai impian anda?” “Pekerjaan saya kelihatannya tidak ke akan mana,” katanya dengan perlahan. “Orang mengatakan novel saya luar biasa, tetapi tidak ada pun yang terjadi. Jadi saya tetap bekerja di akhbar. Setidak-tidaknya ini boleh membayar bil-bil saya. Apakah anda mempunyai syor?” “Ya,” kata saya tegas. “Kawan saya di sini, di Singapura, menjalankan sebuah sekolah yang melatih orang-orang untuk menjual. Dia menjalankan kursus latihan penjualan bagi banyak syarikat terkemuka di Singapura, dan saya rasa menghadiri salah satu kursusnya sangat meningkatkan kerjaya anda.” Dia kelihatan berfikir mendalam. “Apakah anda mengatakan saya mesti pergi ke sekolah untuk belajar menjual?” Saya mengangguk. “Anda tidak serius, bukan?” Saya mengangguk kembali. “Apakah itu salah?” Saya bertanya semula. Dia kelihatannya tersinggung, dan kini saya harap saya tidak mengatakan sesuatu pun. Dalam usaha membantu, saya mendapati diri saya menjadi pembela syor saya pula. “Saya mempunyai ijazah master dalam Sastera Inggeris. Mengapa saya mesti pergi ke sekolah untuk belajar menjadi seorang penjual? Saya seorang profesional. Saya pergi ke sekolah untuk dilatih dalam kerjaya sehingga saya tidak perlu menjadi seorang penjual. Saya benci para penjual. Mengapa? Kerana yang mereka inginkan hanyalah wang. Jadi katakan pada saya mengapa saya harus belajar menjual?” Dia pun mengemaskan beg bimbitnya dengan kasar. Wawancara itu pun berakhir begitu saja.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
26
Di meja tamu itu tergeletak buku terlaris saya sebelum ini, iaitu "If You Want To Be Rich and Happy, Don’t Go to School?" Saya mengambilnya dan juga catatan yang dia buat di notanya. “Saudari lihat ini?” kata saya sambil menunjuk ke catatan-catatannya. Dia menatap catatannya. “Apa?” sahutnya, keliru. Dengan sengaja, saya pun menunjuk catatannya lagi. Di notanya dia menulis “Robert Kiyosaki, best-selling author.” “Yang tertulis adalah ‘best-selling author’ (penulis terlaris), bukannya best ‘writing’ author (penulis ‘tulisan’ terbaik).” Dia terus menjenggilkan matanya. “Saya penulis yang teruk. Anda penulis yang hebat. Saya pergi ke sekolah jualan. Anda mempunyai ijazah master. Gabungkan dan anda akan menjadi bestselling author sekaligus best writing author.” Api kemarahan menyala di matanya. “Saya tidak akan merendahkan diri saya sebegitu rupa untuk belajar cara menjual. Orang seperti awak tidak tahu urusan tulis-menulis. Saya seorang penulis yang terlatih secara profesional dan awak seorang penjual. Itu perbandingan yang tidak adil.” Baki catatannya dibuang, dan dia bergegas keluar melalui pintu kaca yang besar menembusi udara pagi Singapura yang lembap. Setidak-tidaknya dia memberi saya artikel yang adil dan bagus keesokan paginya. Dunia penuh dengan orang yang pandai, berbakat, berpendidikan, dan dianugerahi Tuhan. Kita menemui mereka setiap hari. Mereka ada di sekeliling kita. Beberapa hari yang lalu, kereta saya agak buat hal. Saya menariknya ke dalam garaj, dan seorang mekanik muda membetulkannya dalam beberapa minit. Dia tahu apa yang tidak kena hanya dengan mendengar bunyi enjin. Saya sungguh kagum pada dia. Kenyataan yang menyedihkan ialah bakat besar saja tidaklah mencukupi. Saya selalu terkejut melihat betapa kecilnya pendapatan yang diperolehi oleh orang-orang berbakat itu. Pada hari lain saya mendengar kurang dari 5 persen orang Amerika mendapat pendapatan lebih dari US$100,000 setahun. Saya juga bertemu dengan golongan cerdik-pandai dan berpendidikan tinggi yang memperolehi pendapatan kurang dari US$20,000 setahun. Seorang perunding bisnes yang pakar dalam perdagangan perubatan memberitahu saya betapa ramai doktor, doktor gigi, dan doktor pakar lainnya bergelut dalam kewangan. Selama ini, saya menyangka sebaik saja mereka lulus, wang pun akan mengalir ke poket mereka. Perunding bisnes inilah yang memberi saya frasa, “Mereka masih tertinggal satu skil dari kekayaan yang melimpah-ruah.”
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
27
Erti frasa ini ialah kebanyakan orang hanya perlu belajar dan menguasai satu skil lagi, maka pendapatan mereka pun akan melonjak berkali ganda. Telah saya katakan bahawa kecerdikan kewangan adalah sinergi perakaunan, pelaburan, pemasaran dan undang-undang. Menggabungkan keempat-empat skil teknikal itu dan menghasilkan wang melalui wang adalah lebih mudah. Bila memperkatakan soal wang, satu-satunya skil yang paling diketahui oleh ramai orang ialah bekerja keras. Contoh klasik sinergi skil-skil itu ialah si penulis muda akhbar tadi. Jika dia rajin mempelajari skil penjualan dan pemasaran, pendapatannya akan melonjak secara dramatik. Seandainya saya menjadi dia, saya akan mengambil beberapa kursus penulisan iklan atau copywriting dan juga penjualan. Kemudian, berbanding bekerja di akhbar, saya akan mencari pekerjaan di agensi periklanan. Sekalipun gajinya mungkin lebih kecil, dia akan belajar cara berkomunikasi dengan “jalan pintas” yang digunakan dalam periklanan yang berjaya. Dia juga akan meluangkan masa untuk belajar public relations (PR), suatu skil yang penting. Dia akan belajar cara memperolehi wang berjuta-juta dengan publisiti percuma. Kemudian, pada malam hari dan hujung minggu, dia dapat menulis novelnya yang hebat. Ketika itu selesai, dia lebih mampu untuk menjual bukunya. Kemudian, dalam waktu singkat, dia boleh menjadi “penulis terlaris”. Ketika saya pertama kali datang dengan buku saya If You Want To Be Rich and Happy, Don’t Go to School?, seorang penerbit menyarankan agar saya mengubah judulnya menjadi The Economics of Education. Saya memberitahu penerbit itu bahawa dengan judul seperti itu, saya cuma boleh menjual dua biji buku: satu kepada keluarga saya, dan satu kepada kawan baik saya. Masalahnya, mereka berharap saya memberikannya secara percuma. Judul pelik If You Want To Be Rich and Happy, Don’t Go to School? dipilih kerana kami tahu ianya akan mendapat timbunan publisiti. Saya pro-pendidikan dan percaya pada reformasi pendidikan. Kalau tidak, mengapa saya terus mendesak untuk mengubah sistem pendidikan kita yang lapuk? Maka saya memilih sebuah judul yang akan membuatkan saya muncul di banyak siaran TV dan radio, hanya kerana saya mahu menjadi kontroversi. Banyak orang berfikir saya ini "kacang", tetapi buku itu terjual dan terus terjual. Ketika saya lulus dari U.S. Merchant Marine Academy pada 1969 ayah saya yang berpendidikan gembira sekali. Standard Oil di California menggajikan saya untuk armada kapal tangki minyaknya. Saya adalah kelasi kelas tiga, dan gajinya rendah jika dibandingkan dengan kawan sekelas saya. Tetapi tidak mengapa untuk kerjaya pertama selepas lulus kolej. Gaji pertama saya ialah US$42,000 setahun termasuk kerja lebih masa, dan saya hanya perlu bekerja selama tujuh bulan. Maka saya ada lima bulan lagi untuk cuti. Jika saya mahu, saya boleh mengikuti kapal kedua yang belayar ke Vietnam dan dengan mudah saya memperolehi gaji sekali ganda lagi, berbanding dengan cuti lima bulan tadi. Saya mempunyai kerjaya yang lumayan untuk masa depan saya. Namun saya meletak jawatan setelah enam bulan bersama syarikat itu dan bekerja pula Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
28
dengan Marine Corps. untuk belajar terbang. Ayah terpelajar saya sangat kecewa. Ayah kaya saya mengucap tahniah kepada saya. Di sekolah dan di tempat kerja, pendapat popular ialah idea "pengkhususan". Iaitu, untuk membuat lebih wang dan dinaikkan pangkat, anda perlukan pengkhususan atau specialization. Itu sebabnya, doktor perubatan biasanya akan melanjutkan pengajian dalam bidang yang khusus seperti ortopedik atau pediatrik. Perkara yang sama juga berlaku pada akauntan, arkitek, peguam, pilot dan lain-lain. Ayah terpelajar saya percaya pada dogma yang sama. Itu sebabnya dia sangat bersemangat ketika dia mencapai ijazah kedoktorannya. Dia sering mengakui bahawa sekolah akan memberi anugerah kepada seseorang yang belajar lebih mendalam atau mengkhusus. Ayah kaya mendorong saya untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Saranannya ialah "Kamu mesti tahu serba sedikit mengenai semua perkara”. Itu sebabnya selama bertahun-tahun saya bekerja di dalam syarikatnya dalam bidang-bidang yang berbeza. Untuk seketika saya bertugas di bahagian akaun. Walaupun saya tidak pernah terlibat sebagai akauntan, ia mahu saya belajar melalui apa yang dikatakan proses penyerapan "osmosis". Ayah kaya tahu saya akan mengutip jargon atau istilah khusus berkenaan akauntan dan memahami apa yang penting dan apa yang tidak penting. Saya juga bekerja sebagai kelindan bas dan buruh binaan, begitu juga dalam bidang jualan, tempahan dan pemasaran. Dia sedang mempersiapkan Mike dan saya untuk menjadi "orang kaya". Itu sebabnya dia memaksa kami duduk bersamanya dalam mesyuarat dengan para banker, peguam, akauntan dan brokernya. Dia ingin kami tahu serba sedikit tentang setiap aspek empayarnya. Ketika saya berhenti dari pekerjaan saya yang bergaji tinggi di Standard Oil, ayah saya yang berpendidikan berbincang dari hati ke hati dengan saya. Dia keliru. Dia tidak dapat memahami keputusan saya untuk berundur dari sebuah kerjaya yang menawarkan gaji tinggi, faedah besar, banyak waktu cuti, dan peluang kenaikan pangkat. Ketika dia bertanyakan saya di suatu petang, “Mengapa kamu berhenti?” Saya tidak dapat menjelaskannya kepadanya, setakat yang termampu. Logik saya tidak selari dengan logiknya. Masalah utamanya ialah logik saya merupakan logik ayah kaya saya. Jaminan kerja merupakan segala-galanya bagi ayah saya yang berpendidikan. Belajar merupakan segala-galanya bagi ayah kaya saya. Ayah yang berpendidikan fikir saya pergi ke sekolah untuk belajar menjadi pegawai kapal. Ayah kaya tahu bahawa saya pergi ke sekolah untuk mempelajari perdagangan antarabangsa. Jadi sebagai murid, saya membuatkan kargo berjalan, mengemudikan kapal barang yang besar, kapal tangki minyak, dan kapal penumpang ke Timur Jauh dan Pasifik Selatan. Ayah kaya menekankan agar saya tinggal di Pasifik berbanding membawa kapal ke Eropah kerana dia tahu bahawa “bangsa yang sedang bangkit” ada di Asia, bukan di Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
29
Eropah. Sementara kebanyakan rakan sekelas saya, termasuk Mike, berpesta di rumah sanak saudara mereka, saya sedang belajar perdagangan, manusia, gaya bisnes dan budaya di Jepun, Taiwan, Thailand, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Korea, Tahiti, Samoa, dan Filipina. Saya juga berpesta, tetapi tidak di rumah saudara mara. Saya menjadi matang dengan cepat. Ayah yang berpendidikan tidak dapat memahami mengapa saya memutuskan untuk berhenti dan menyertai Marine Corps. Saya memberitahu dia saya ingin belajar terbang, tetapi sebenarnya saya ingin belajar memimpin pasukan. Ayah kaya menjelaskan pada saya bahawa bahagian terberat untuk menjalankan syarikat ialah menguruskan manusia. Dia menghabiskan waktu tiga tahun dalam angkatan tentera; ayah saya yang berpendidikan bebas dari kerahan. Ayah kaya memberitahu saya tentang nilai belajar memimpin orang dalam situasi-situasi berbahaya. “Kepemimpinan adalah apa yang mesti kamu pelajari seterusnya,” katanya. “Jika kamu bukan pemimpin yang baik, kamu akan tertembak dari belakang, sama seperti yang mereka lakukan dalam bisnes.” Kembali dari Vietnam pada 1973, saya meletakkan jawatan saya, meskipun saya suka terbang. Saya mendapat pekerjaan di Xerox Corp. Saya menyertai Xerox kerana satu alasan, dan itu bukan kerana manfaat. Saya seorang pemalu, dan idea untuk menjual adalah perkara yang paling menakutkan di dunia. Xerox mempunyai satu program latihan-jualan terbaik di Amerika. Ayah kaya bangga terhadap saya. Ayah saya yang berpendidikan pula merasa malu. Kerana sebagai seorang intelektual, dia berfikir bahawa golongan penjual berada di bawah taraf dia. Saya bekerja dengan Xerox selama empat tahun sehingga saya mengatasi ketakutan saya untuk mengetuk pintu dan tak diterima. Setelah saya dapat secara tetap berada di senarai lima-terbaik dalam jualan, saya berundur lagi dan pindah, meninggalkan satu lagi kerjaya besar di sebuah syarikat yang luar biasa. Pada tahun 1977, saya membentuk syarikat saya yang pertama. Ayah kaya sudah mempersiapkan Mike dan saya untuk mengambil-alih syarikat. Jadi kini saya mesti belajar untuk membentuk syarikat dan menyatukannya. Produk saya yang pertama, dompet nilon dan velcro, dibuat di Timur Jauh dan dihantar dengan kapal ke gudang di New York, di dekat sekolah saya. Pendidikan formal saya selesai, dan inilah masanya untuk menguji sayap saya. Jika saya gagal, saya akan bangkrap. Ayah kaya mengajar bahawa yang terbaik adalah bangkrap sebelum berumur 30 tahun. “Dengan begitu, kamu masih ada waktu untuk bangkit semula” adalah nasihatnya. Pada malam ulang tahun saya yang ke-30, perkapalan pertama saya meninggalkan Korea menuju ke New York. Sekarang, saya masih berbisnes secara internasional. Dan seperti yang digalakkan oleh ayah kaya saya, saya terus mencari bangsa-bangsa yang sedang muncul. Sekarang, syarikat pelaburan saya melabur di Amerika Selatan, Asia, Norway, dan Rusia. Ada pepatah lama yang berbunyi, “Job adalah singkatan dari Just Over Broke." Malangnya, saya akan mengatakan bahawa pepatah itu berlaku bagi jutaan Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
30
orang. Ini adalah kerana sekolah tidak menganggap kecerdikan kewangan sebagai kecerdikan, kebanyakan pekerja “hidup sekitar kemampuan mereka”. Ertinya mereka bekerja dan membayar bil. Ada teori pengurusan teruk yang lain mengatakan, “Para pekerja bekerja keras cukup agar tidak dipecat, dan pemilik membayar gaji sekira-kira cukup agar pekerja tidak berhenti.” Dan jika anda melihat skala pembayaran kebanyakan syarikat, sekali lagi saya akan mengatakan bahawa pernyataan itu ada benarnya. Akibatnya kebanyakan pekerja tidak akan maju. Mereka melakukan apa yang diajarkan untuk mereka lakukan: “Dapatkan pekerjaan yang terjamin.” Kebanyakan pekerja menumpukan pada bekerja untuk upah dan manfaat yang memberi ganjaran dalam jangka pendek, tapi selalunya merupakan mala petaka dalam jangka panjang. Sebaliknya saya menyarankan pada orang-orang muda untuk berusaha bekerja demi apa yang mereka akan belajar, melebihi apa yang mereka perolehi. Lihatlah skil apa yang mereka ingin perolehi sebelum memilih satu kerjaya spesifik dan terperangkap dalam “Perlumbaan Tikus”. Sekali manusia terperangkap dalam proses pembayaran bil seumur hidup, mereka menjadi seperti tikus belanda yang berlari-lari dalam sangkar yang berputar. Kaki-kaki kecil berbulu mereka berputar mati-matian, sangkar pun berputar ligat, tetapi bila pagi esok menjelang, ia masih tetap berada dalam sangkar yang sama: pekerjaan yang hebat. Mari Berfikir Sejenak Dalam filem Jerry Maguire, yang dibintangi Tom Cruise, ada banyak kata-kata hebat. Barangkali yang paling diingati ialah “Tunjukkan wang pada saya.” Tetapi ada satu kata yang saya fikir paling jujur. Ia muncul ketika Tom Cruise meninggalkan firma. Dia baru saja dipecat, dan dia bertanya pada seluruh syarikat, “Siapa yang mahu mengikuti saya?” Dan seluruh tempat itu menjadi diam dan beku. Hanya seorang wanita yang bersuara, “Saya mahu tetapi saya akan dinaikkan pangkat tiga bulan lagi.” Barangkali itu adalah pernyataan yang paling jujur dalam seluruh filem itu. Inilah jenis pernyataan yang digunakan orang untuk membuat diri mereka sentiasa sibuk bekerja untuk membayar bil-bil. Saya tahu ayah terpelajar saya mengharapkan gajinya naik setiap tahun, dan setiap tahun juga dia kecewa. Jadi dia kembali melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi supaya dia boleh mendapatkan kenaikan gaji, tetapi dia kecewa lagi. Pertanyaan yang selalu saya ajukan pada orang ialah, “Ke mana aktiviti harian ini membawa anda?”. Sama seperti tikus belanda itu, saya ragu-ragu apakah manusia melihat ke mana kerja keras mereka membawa mereka. Apakah yang ada di masa hadapan? Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
31
Cyril Brickfield, bekas pengarah eksekutif The American Association of Retired People, melaporkan bahawa “Pencen swasta sedang dalam keadaan huru-hara. Pertama-tamanya, 50 peratus tenaga kerja sekarang ini tidak mempunyai dana pencen. Itu saja semestinya menjadi kebimbangan besar. Dan 75 hingga 80 peratus dari 50 peratus yang baki itu, mempunyai dana pencen tidak efektif yang membayar US$55 atau US$150 atau US$300 sebulan.” Dalam bukunya The Retirement Myth, Craig S. Karpel menulis: “Saya mengunjungi ibupejabat sebuah firma perunding dana pencen nasional yang utama dan bertemu dengan seorang pengarah urusan yang pakar dalam merekabentuk pelan pencen yang subur bagi pengurus atasan. Ketika saya tanya padanya apa yang dapat diharapkan oleh orang-orang yang tidak mempunyai pejabat dalam masalah pendapatan pencen, dia mengatakan dengan senyum penuh keyakinan: "The Silver Bullet" (Peluru Maut). “Apa itu "The Silver Bullet"?’ tanya saya. “Dia mengangkat bahu. Jika bayi-bayi yang baru lahir mendapati diri mereka tidak mempunyai cukup wang untuk hidup ketika mereka tua, mereka akan mahu meletupkan kepala mereka.” Karpel terus menjelaskan perbezaan antara pelan pencen Defined Benefit lama dengan pelan 401K baru yang lebih berisiko. Ini bukanlah gambaran yang baik untuk kebanyakan orang bekerja sekarang. Dan itu hanya untuk pencen. Apabila yuran perubatan dan perawatan jagaan-di-rumah jangka panjang ditambahkan pada gambaran itu, gambaran itu sangat mengerikan. Dalam bukunya tahun 1995, dia menunjukkan bahawa yuran rawatan-di-rumah berkisar antara US$30,000 hingga US$125,000 setahun. Kemudian dia pergi ke sebuah rawatandi-rumah yang bersih tanpa tambahan apa pun di daerahnya dan mendapati bahawa yurannya ialah US$88,000 setahun pada tahun 1995. Banyak hospital di negara-negara dengan socialized medicine terpaksa membuat keputusan sukar seperti, “Siapa yang patut hidup dan siapa yang patut mati?” Mereka membuat keputusan itu semata-mata berdasarkan berapa banyak wang yang mereka ada dan berapa usia pesakit. Jika pesakit sudah tua, mereka selalunya lebih cenderung memberikan rawatan perubatan itu pada orang yang lebih muda. Pesakit malang yang lebih tua diletakkan di barisan belakang. Jadi sama seperti kenyataan bahawa orang kaya dapat menikmati pendidikan yang lebih baik, orang kaya akan dapat membuat diri mereka tetap hidup, sementara mereka yang miskin akan mati. Jadi, saya tertanya-tanya, apakah para pekerja melihat masa depan atau hanya menunggu sehingga menerima cek gaji mereka berikutnya, tidak pernah bertanya ke mana mereka pergi? Ketika saya berbicara dengan orang-orang dewasa yang ingin memperolehi banyak wang, saya selalu menyarankan perkara yang sama. Saya menyarankan untuk mengambil pandangan yang jauh tentang hidup mereka. Jika dibanding Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
32
bekerja untuk wang dan jaminan, yang saya akui penting, saya menyarankan mereka untuk mengambil pekerjaan kedua (tambahan) yang akan mengajarkan pada mereka skil kedua. Selalunya saya menyarankan untuk menyertai syarikat pemasaran network, yang sering disebut multilevel marketing (MLM), jika mereka ingin belajar skil menjual. Beberapa syarikat itu mempunyai program latihan yang sangat bagus untuk membantu orang mengatasi rasa takut akan kegagalan dan penolakan, yang merupakan alasan utama mengapa orang tidak berjaya. Pendidikan lebih berharga daripada wang, dalam jangka panjang. Ketika saya memberikan nasihat ini, saya selalu mendengar jawapan, “Oh, perkara itu terlalu susah,” atau “Saya hanya ingin melakukan apa yang menarik bagi saya.” Terhadap pernyataan “Ianya terlalu susah,” saya akan bertanya, “Jadi anda lebih suka memilih bekerja sepanjang hidup dengan memberikan 50 peratus pendapatan anda kepada kerajaan?” Terhadap pernyataan lain—”Saya hanya ingin melakukan apa yang menarik bagi saya”—saya akan mengatakan, “Saya tidak tertarik pergi ke jimnasium, tetapi saya pergi ke sana kerana saya ingin merasa sihat dan hidup lebih lama.” Sayangnya, ada suatu kebenaran pepatah lama “Anda tidak mungkin mengajar teknik baru pada anjing tua.” Manusia amat sukar untuk berubah, kecuali dia sendiri mahu berubah. Tetapi bagi anda yang mungkin belum membuat keputusan ketika adanya idea tentang bekerja untuk pelajari sesuatu yang baru, saya memberikan kata perangsang ini: Kehidupan adalah sama seperti pergi ke jimnasium. Perkara yang paling perit adalah memutuskan untuk pergi. Selepas anda melepasinya, ia menjadi mudah pula. Saya selalunya merasa liat untuk pergi ke jimnasium dan mula mencipta banyak alasan, tetapi setelah saya berada di situ dan melakukan pergerakan, rasa seronok pula. Selepas latihan tamat, saya selalunya bangga kerana berjaya memujuk diri sendiri. Sebaliknya, jika anda tidak ingin bekerja untuk belajar perkara baru dan bertegas mahu menjadi benar-benar spesialis dalam bidang anda, pastikanlah bahawa syarikat tempat anda bekerja ada kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja dibentuk untuk melindungi spesialis. Ayah saya yang berpendidikan, setelah tidak menyukai gabenor lagi, menjadi ketua persatuan guru di Hawaii. Dia mengatakan pada saya bahawa itu adalah pekerjaan paling sukar yang pernah dia pegang. Di lain pihak, ayah kaya saya menghabiskan hidupnya melakukan yang terbaik untuk menjaga syarikatnya agar tidak memiliki kesatuan sekerja. Dia berjaya. Sekalipun kesatuan itu nyaris terbentuk, ayah kaya sentiasa mampu menghalangnya. Secara peribadi, saya tidak berpihak mana-mana kerana saya dapat melihat keperluannya dan manfaatnya pada kedua-dua belah pihak. Jika anda melakukan apa yang disarankan oleh sekolah, menjadi benar-benar spesialis, maka carilah perlindungan kesatuan. Sebagai contoh, saya meneruskan kerjaya Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
33
terbang saya, saya akan mencari sebuah syarikat yang mempunyai kesatuan pilot yang kuat. Mengapa? Kerana hidup saya akan diabdikan untuk belajar satu skil yang berharga dalam satu industri saja. Jika saya dipaksa keluar dari industri itu, skil saya tidak akan setinggi itu harganya pada industri lain. Seorang pilot senior yang dipecat- dengan 10,000 jam terbang, dengan pendapatan US$150,000 setahun- sangat sukar untuk memperolehi pekerjaan dengan gaji yang sepadan dengan mengajar di sekolah. Skil tidak harus berpindah dari satu industri ke satu industri, kerana skil yang menjadikan pilot itu dibayar dalam industri penerbangan tidaklah sepenting itu jika ia berada dalam sistem sekolah. Perkara yang sama juga benar untuk para doktor masa kini. Dengan segala perubahan dalam ilmu kedoktoran, banyak pakar perubatan perlu menyesuaikan diri dengan organisasi perubatan seperti HMO. Para guru sekolah juga perlu menjadi anggota kesatuan guru. Di Amerika sekarang ini, kesatuan guru merupakan kesatuan sekerja yang paling besar dan paling kaya dari semua kesatuan yang ada. National Education Association (NEA) mempunyai pengaruh politik yang luar biasa besarnya. Para guru memerlukan perlindungan kesatuan mereka kerana skil mereka juga terhad nilainya terhadap industri di luar pendidikan. Secara mudahnya, “Semakin orang mengkhusus, semakin mereka perlukan kesatuan sekerja.” Ini adalah perkara yang bijak untuk dilakukan. Belajar Untuk Menjual: Bisnes Ketika saya bertanya pada pelajar saya, “Berapa ramai di kalangan kamu dapat memasak hamburger yang lebih sedap dari McDonald’s?” hampir semua murid mengangkat tangan mereka. Kemudian saya bertanya pula, “Jadi jika kebanyakan kamu dapat memasak hamburger yang lebih sedap, kenapa McDonald’s boleh menghasilkan wang lebih banyak dari kamu?” Jawapannya jelas: McDonald’s sangat hebat dalam sistem bisnes. Alasan kenapa begitu banyak orang berbakat itu miskin adalah kerana mereka memfokuskan diri untuk membuat hamburger yang lebih sedap dan hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung tentang sistem bisnes. Seorang rakan saya di Hawaii merupakan seorang artis hebat. Dia menghasilkan sejumlah wang yang besar. Suatu hari peguam ibunya menelefon untuk memberitahu dia bahawa ibunya telah meninggalkan wang US$35,000 untuknya. Itulah yang baki dari tanah miliknya setelah peguam dan kerajaan mengambil bahagian mereka. Tiba-tiba, dia melihat peluang untuk meningkatkan bisnesnya dengan menggunakan wang tersebut untuk beriklan. Dua bulan kemudian, iklan pertamanya yang empat warna dan satu muka penuh muncul di sebuah majalah mahal yang menyasarkan orang-orang yang sangat kaya. Iklan berjalan selama tiga bulan. Dia tidak menerima respon dari iklan itu, dan semua pesakanya habis. Kini dia ingin menyaman majalah tersebut kerana iklan yang mengelirukan.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
34
Ini adalah satu kes umum yang dialami seseorang yang dapat membuat hamburger yang sedap, tetapi hanya tahu sedikit tentang bisnes. Ketika saya bertanya padanya apa yang dia pelajari, jawapannya hanyalah “Orang-orang periklanan itu memang putar alam.” Kemudian saya bertanya apakah dia bersedia untuk mengambil kursus menjual dan pemasaran langsung (direct marketing). Jawapannya, “Saya tidak ada masa, dan saya tidak mahu bazirkan wang saya.” Dunia ini penuh dengan orang berbakat yang miskin. Terlalu kerap, mereka yang miskin atau bergelut secara kewangan atau memperolehi pendapatan kurang dari yang mereka mampu, bukan kerana apa yang mereka tahu tetapi kerana apa yang mereka tidak tahu. Mereka berfokus pada menyempurnakan skil mereka untuk membuat hamburger yang lebih sedap berbanding skil menjual dan menghantar hamburger. Mungkin McDonald’s tidak membuat hamburger yang terbaik, tetapi mereka adalah terbaik dalam menjual dan menghantar burger. Ayah miskin mahukan saya menjadi spesialis. Itulah pandangannya agar dibayar gaji lebih tinggi. Bahkan setelah diberitahu oleh kerajaan Hawaii bahawa dia tidak dapat bekerja lebih lanjut sebagai pegawai negeri, ayah saya yang berpendidikan masih terus mendorong saya untuk mengkhususi bidang tertentu. Ayah yang berpendidikan kemudian mengambil iktibar dari kesatuan guru, berkempen untuk perlindungan dan faedah lanjutan bagi para profesional yang berskil tinggi dan terpelajar itu. Kami sering berbahas, tapi saya tahu dia tidak pernah bersetuju yang spesialisasi sempit adalah penyebab perlunya perlindungan kesatuan. Dia tidak pernah faham bahawa semakin anda mengkhususi, semakin anda terperangkap dan bergantung pada keahlian spesialisasi itu. Ayah kaya menasihati agar Mike dan saya “mempersiapkan” diri kami sendiri. Banyak syarikat melakukan perkara yang sama. Mereka merekrut graduan muda yang cemerlang lulusan bisnes dan mulai “mempersiapkan” mereka agar suatu hari nanti mengambil alih syarikat tersebut. Maka pekerja muda yang cemerlang ini tidak hanya mengkhususi dalam satu jabatan; mereka dipindah dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mempelajari semua perkara berkaitan dengan sistem bisnes itu dijalankan. Orang kaya selalu “mempersiapkan” anak-anak mereka atau anak orang lain. Dengan berbuat demikian, anak-anak mereka memperolehi pengetahuan menyeluruh tentang operasi bisnes dan bagaimana jabatan yang berbeza-beza itu saling berkait. Bagi generasi Perang Dunia Kedua, amalan melompat dari satu syarikat ke syarikat lain adalah satu sikap yang buruk. Sekarang, perkara itu dianggap bijak. Kerana orang cenderung melompat dari syarikat ke syarikat, berbanding mencari pengkhususan yang lebih tinggi, oleh itu mengapa tidak berusaha untuk lebih banyak belajar berbanding mengira tangga gaji. Dalam jangka pendek, pendapatan anda mungkin sedikit. Dalam jangka panjang, itu akan memberi pulangan dividen yang besar.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
35
Skil mengurus utama yang diperlukan untuk berjaya ialah: 1. 2. 3.
Pengurusan aliran tunai. Pengurusan sistem (termasuk diri anda dan waktu bersama keluarga). Pengurusan sumber manusia.
Skil khusus yang paling penting ialah menjual dan memahami pemasaran. Ianya adalah kemampuan untuk menjual, oleh itu, berkomunikasi dengan orang lain, menjadikannya pelanggan, pekerja, bos, pasangan suami-isteri, atau anak merupakan skil asas kejayaan peribadi. Skil komunikasi seperti menulis, bercakap dan berunding itulah yang penting untuk kehidupan yang berjaya. Itulah skil yang saya lakukan secara konsisten, menghadiri kursus-kursus atau membeli kaset-kaset pelajaran untuk meningkatkan pengetahuan saya. Seperti telah saya sebutkan, ayah saya yang berpendidikan bekerja semakin keras dan dia menjadi semakin mahir. Dia juga menjadi semakin terperangkap ketika dia menjadi semakin pakar. Sekalipun gajinya naik, pilihannya semakin kurang. Setelah dia dikeluarkan dari kerja kerajaan, dia mendapati betapa dia sebenarnya terancam secara profesional. Ianya seperti seorang atlet profesional yang tiba-tiba dicederakan atau terlalu tua untuk bermain. Sekali posisi mereka yang bergaji tinggi itu hilang, mereka hanya mempunyai skil terhad untuk dijadikan sandaran. Saya kira itu sebabnya ayah saya yang berpendidikan sangat berpihak pada kesatuan sekerja setelah kes itu. Dia menyedari betapa banyak kesatuan sekerja akan memberi faedah kepadanya. Ayah kaya menggalakkan Mike dan saya untuk belajar semua perkara walau sedikit-sedikit. Dia menggalakkan kami untuk bekerja dengan orang-orang yang lebih bijak dari kami dan menyatukan orang-orang pandai itu untuk bekerja sebagai satu pasukan. Hari ini perkara itu disebut sebagai sinergi spesialiti profesional. Hari ini, saya bertemu bekas guru-guru sekolah yang menghasilkan ratusan ribu dolar setahun. Mereka memperolehi begitu banyak kerana mereka mempunyai skil yang khusus dalam bidang mereka dan juga bidang lain. Mereka dapat mengajar dan sekaligus mampu menjual serta memasarkan. Saya tahu tidak ada skil lain yang lebih penting dari menjual dan juga pemasaran. Skil menjual dan memasarkan itu sukar bagi kebanyakan orang terutama kerana mereka takut ditolak. Semakin baik anda dalam berkomunikasi, berunding, dan menangani ketakutan ditolak anda, semakin mudah hidup ini. Seperti saya menasihati penulis surat khabar yang ingin menjadi “penulis terlaris”, sekarang saya menasihatkan perkara yang sama ini kepada semua orang. Menjadi pakar secara teknik mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Saya mempunyai ramai kawan yang genius, tetapi mereka tidak dapat berkomunikasi secara efektif dengan orang lain dan kesannya, pendapatan mereka sangat menyedihkan. Saya menasihati mereka untuk menghabiskan masa setahun untuk belajar menjual. Sekalipun mereka tidak dapat pendapatan apa pun, skil komunikasi mereka akan diperbaiki. Dan itu tak ternilai harganya. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
36
Tambah lagi, untuk menjadi pelajar, penjual, dan pemasar yang baik, kita perlu menjadi guru dan murid yang baik sekaligus. Untuk menjadi benar-benar kaya, kita mesti mampu untuk memberi dan menerima sekaligus. Dalam kes pergelutan kewangan atau profesional, selalu berlakunya kurang memberi dan menerima. Saya mengenal banyak orang yang miskin kerana mereka bukan murid yang baik dan juga bukan guru yang baik. Kedua-dua ayah saya bersifat murah hati. Keduanya mudah memberi. Mengajar adalah satu cara mereka untuk memberi. Semakin banyak mereka memberi, semakin banyak yang mereka terima. Satu perbezaan yang ketara adalah dalam perkara memberi wang. Ayah kaya memberikan banyak wang begitu saja. Dia memberi pada gerejanya, badan kebajikannya dan yayasannya. Dia tahu bahawa untuk menerima wang, anda mesti memberi wang. Memberi wang adalah rahsia bagi kebanyakan keluarga yang sangat kaya. Itu sebabnya ada organisasi seperti Yayasan Rockefeller dan Yayasan Ford. Organisasi-organisasi itu dirancang untuk mengambil kekayaan mereka dan meningkatkannya, dan juga memberikannya untuk selama-lamanya. Ayah saya yang berpendidikan selalu mengatakan, “Bila saya mempunyai wang lebih, saya akan memberikannya.” Masalahnya ialah dia tidak pernah ada wang lebih. Maka dia bekerja semakin kuat untuk menarik lebih banyak wang daripada memfokuskan diri pada hukum wang yang paling penting: “Berilah dan anda akan menerima.’ Sebaliknya, dia percaya pada “Terimalah dan kemudian anda beri." Kesimpulannya, saya menjadi kedua-dua ayah saya itu. Satu bahagian diri saya adalah kapitalis sejati yang gemarkan permainan wang yang menghasilkan wang. Dan bahagian lain, diri saya adalah guru yang bertanggung jawab secara sosial yang sangat prihatin dengan jurang yang meluas antara yang kaya dan miskin. Secara peribadi saya berpegang pada sistem pendidikan kuno yang bertanggung jawab utama ke atas jurang yang sentiasa melebar ini. Untuk selanjutnya, mari kita ikuti cara Burke Hedges membincangkan prasarana untuk menjadikan wang anda bekerja cara termoden.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
37
PENGENALAN Cerita Bandingan Pipeline Pada zaman dahulu kala dua orang sepupu yang bercita-cita tinggi bernama Parlo dan Bruto tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang kecil di Itali. Mereka berdua berkawan baik. Dan bercita-cita tinggi. Mereka akan berbual-bual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti mereka akan menjadi orang terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan rajin. Apa yang mereka perlukan adalah peluang yang baik. Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah bandar tersebut. Kerja tersebut diserahkan kepada Parlo dan Bruto. Mereka terus mencapai baldi lalu menuju ke sungai. Tatkala petang, mereka telah berjaya memenuhi tangki air. Ketua kampung membayar satu sen untuk setiap baldi. "Impian kita telah jadi kenyataan" jerit Bruto kegirangan. "Saya tidak percaya nasib kita begitu baik" kata Parlo tidak begitu pasti.. Belakangnya sakit dan tangannya melecur akibat daripada membawa baldi yang berat. Dia takut untuk bangun dan pergi bekerja keesokannya. Dia bersumpah untuk memikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan air dari sungai ke kampung itu. Parlo, Si Tukang Paip "Bruto, aku ada satu cadangan," Parlo berkata pada keesokan paginya ketika mereka berdua mencapai baldi dan menuju ke sungai. "Daripada kita mengangkut baldi ke hulu ke hilir hanya untuk beberapa sen sehari, apa kata kalau kita bina satu saluran paip dari sungai ke kampung". Bruto berhenti melangkah. "Saluran paip! Tak pernah dicakap dek orang?" Beliau menjerit. "Kita ada pekerjaan yang bagus, Parlo. Aku boleh mengangkut 100 baldi sehari. Satu sen untuk satu baldi adalah satu dolar sehari. Aku kaya. Di hujung minggu aku boleh beli sepasang kasut baru. Di penghujung bulan seekor lembu. Di penghujung enam bulan aku boleh bina sebuah rumah baru. Kita mempunyai pekerjaan yang terbaik di bandar ini. Kita mempunyai cuti di hujung minggu dan dua minggu cuti bergaji tiap-tiap tahun. Kita telah ada pekerjaan yang tetap seumur hidup. Lupakan saja pasal paip kamu tu!" Tetapi Parlo tidak patah semangat. Beliau dengan sabar menerangkan rancangan saluran paip kepada kawan baiknya itu. Parlo bekerja separuh hari memunggah baldi air dan separuh hari lagi serta hujung minggunya membina pipelinenya. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
38
Dia tahu ianya kerja yang sukar menggali lubang di dalam tanah yang berbatu. Memandangkan beliau dibayar mengikut jumlah baldi, dia sedar pendapatannya akan berkurangan pada peringkat awal. Dia juga sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua, sebelum paipnya memulangkan hasil yang banyak. Tetapi Parlo percaya kepada cita-citanya dan terus berkerja. Pipeline Sedang Berkembang Bruto dan para penduduk kampung mula mengejek Parlo, memanggilnya "Parlo Si Tukang Paip". Bruto yang mendapat upah hampir dua kali ganda dengan pendapatan Parlo menayang-nayangkan pembeliannya. Dia membeli seekor keldai lengkap dengan pelana kulit yang baru dan menambatnya di luar rumah dua tingkat yang baru dibelinya. Dia juga membeli pakaian yang mahal-mahal dan makanan yang sedap-sedap di kedai. Penduduk kampung memanggilnya Tuan Bruto, dan mereka bersorak apabila Bruto belanja mereka minum di kedai arak serta ketawa kuat mendengar lawaknya. Tindakan yang sedikit bersamaan dengan Hasil yang banyak Ketika Bruto berbaring di dalam buaian di waktu petang serta hujung minggu, Parlo terus menggali pipelinenya. Pada awal beberapa bulan yang pertama hasil usahanya tidak dapat dilihat. Kerjanya sukar – malah lebih teruk daripada Bruto kerana Parlo bekerja ketika petang dan juga hujung minggu. Tetapi Parlo sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa impian hari esok dibina diatas pengorbanan hari ini . Hari demi hari dia mengali , satu inchi pada setiap masa. "Sikit-sikit (satu inci) lama-lama jadi bukit" dia menyanyi-nyanyi sambil menghayun beliung kedalam tanah yang berbatu. Inci bertukar menjadi satu kaki …kemudian 10 kaki kemudian 20 kaki … 100 kaki….. "Sakit jangka pendek sama dengan untung jangka panjang," dia mengingatkan diri sendiri ketika kakinya hampir tersandung memasuki rumah buruknya, kepenatan dek kerja berat sehari suntuk. Dia mengukur kejayaannya dengan menentukan matlamat hariannya dan memenuhi matlamat itu kerana beliau tahu lambat laun keputusannya jauh melebihi usaha penat lelahnya itu. "Tumpukan perhatian kepada ganjaran" dia terus mengulanginya sambil terlena ditemani oleh bunyi gelak ketawa dari kedai arak di kampung itu. "Tumpukan perhatian kepada ganjaran…" Roda Sering Berputar Hari bertukar bulan. Suatu hari Parlo menyedari pipelinenya hampir siap, ianya bermakna dia hanya perlu berjalan dekat untuk memenuhkan baldi airnya. Parlo menggunakan masa lebih untuk menyiapkan pipelinenya. Saatnya semakin hampir.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
39
Ketika masa rehat Parlo memerhatikan kawan lamanya Bruto menyeret baldi. Bahu Bruto lebih membongkok daripada biasa. Dia membongkok dalam kesakitan, langkahnya semakin perlahan disebabkan kerja beratnya itu. Dia menjadi marah dan bermuka masam, memarahi dan menyesali akan nasib malangnya menjadi pengangkut baldi air seumur hidup. Beliau semakin kurang menghabiskan masanya di dalam buaian tidur sebaliknya banyak masa dihabiskan di kedai arak. Apabila pelanggan-pelanggan tetap kedai itu nampak Bruto datang, meraka akan berbisik "Tengok tu, Bruto Si Pengangkut Baldi telah datang," dan mereka akan ketawa mengekek apabila si mabuk mengajuk keadaan Bruto yang membongkok dan menyeret kaki.. Bruto tidak lagi belanja minum ataupun berjenaka sebaliknya lebih suka menyendiri di suatu sudut gelap dikelilingi oleh botol-botol arak yang kosong. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Parlo pun tiba – pipelinenya sudah siap! Orang ramai mengerumuni apabila air memancut keluar dari pipeline ke dalam tangki air! Sekarang kampung itu mempunyai bekalan air segar yang mencukupi, penduduk dari sekitar kawasan itu berpindah masuk ke kampung itu dan ianya semakin berkembang dan makmur. Apabila pipeline telah siap, Parlo tidak perlu lagi mengangkut baldi air. Air mengalir samada dia bekerja atau tidak. Ia mengalir ketika dia makan. Ia mengalir ketika dia tidur. Ia mengalir di hujung minggu ketika dia bermain. Semakin banyak air mengalir ke dalam kampung, semakin banyak duit mengalir ke dalam poket Parlo! Parlo Si Tukang Paip dikenali ramai sebagai Parlo Si Tukang Ajaib. Ahli-ahli politik memuji pandangan dan wawasannya dan meminta beliau bertanding jawatan Datuk Bandar. Tetapi Parlo faham bahawa apa yang dicapainya itu bukannya sesuatu yang ajaib. Ianya hanya permulaan pertama sebuah cita-cita yang besar. Sebenarnya Parlo mempunyai rancangan yang menjangkaui kampungnya. Parlo merancang untuk membina pipelines di seluruh dunia! Merekrut Kawannya untuk Membantu Pipeline telah menyebabkan Bruto Si Pengangkut Baldi kehilangan pekerjaan dan Parlo merasa sedih melihat kawan lamanya terpaksa merayu untuk minum percuma di kedai arak. Jadi, beliau mengaturkan pertemuan dengan Bruto.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
40
Kita Hidup Dalam Dunia Angkut-Baldi "Kita sudah ada kerja yang hebat, Parlo. Aku mengangkut 100 baldi sehari. Dengan satu sen satu baldi, itu bermakna satu dolar sehari. Aku kaya! Di penghujung minggu, aku boleh beli sepasang kasut baru. Masuk satu bulan, seekor lembu. Masuk enam bulan, aku boleh beli sebuah pondok. Kita dah ada kerja terbaik di tempat ini. Kita ada cuti hujung minggu dan percutian percuma dua minggu setiap tahun. Kita memang dah cukup untuk hidup! Lupakan saja dengan pipeline engkau tu." -Daripada the Parable of the Pipeline Seorang doktor yang memandu anak perempuannya yang berusia empat tahun ke pusat jagaan telah meninggalkan stetoskopnya di atas kerusi kereta. Anak itu mencapainya dan mula bermain dengannya. "Anak aku mahu mengikut jejak langkahku," fikir doktor itu pada dirinya. "Inilah saat yang paling dibangga dalam hidupku." Anak itu meletakkan stetoskop di lehernya dan memegang pengesan itu di depannya seperti mikrofon. "Selamat datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan?" Kisah indah ini menggambarkan pada kita mengapa kita memandang penting kerja angkut-baldi – ia juga disebut "Monkeys see , monkeys do." Anak kecil itu kerap pergi ke McDonald di mana dia tersalah letak stestoskop sebagai headset dan mengajuk cara pekerja-pekerja itu bercakap dengan pelanggan-pelanggan. Seperti anak kecil itu, kebanyakan orang tersalah anggap pengangkut baldi sebagai pembina pipeline. Kita memerhatikan bahawa 99% manusia adalah mengangkut baldi. Jadi kita secara biasa mengandaikan bahawa mengangkut baldi merupakan satu-satunya cara untuk mendapat apa yang kita mahu dalam hidup ini. Itu sebabnya kenapa Bruto menghadapi masa yang sukar untuk memahami kuasa pipeline – Parlo satu-satu pembina pipeline yang dia pernah diketahui! Bruto menolak pipeline kerana mereka adalah berbeza. Bagi Bruto, pipeline adalah tidak terbukti. Bagi Bruto pipeline adalah radikal dan berisiko tinggi. Majoriti besar manusia berfikir macam Bruto. Kita membesar dikelilingi oleh pengangkut baldi yang muflis, jadi kita menganggap itulah hakikat dunia ini. Ia mengingatkan saya sekeping pelekat bumper yang saya lihat sebelum ini: 100,000 lemmings can't be wrong! 100,000 itik nila tidak akan tersilap! Manusia berfikiran sama tentang mengangkut baldi – 100 juta pengangkut baldi tidak akan tersilap! Ya, sebenarnya mereka boleh tersilap.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
41
Mentaliti Tikus Lemming Terpedaya dengan Angkut-Baldi Pada hakikatnya – memang terdapat banyak pengangkut baldi di dunia ini berbanding dengan pembina pipeline. Kenapa? Kerana mengangkut baldi adalah teladan yang ibu bapa kita turut dan itu yang mereka ajarkan pada kita untuk diikuti. Model mengangkut baldi memberitahu anda bahawa dalam dunia mengangkut baldi, beginilah yang patut anda buat untuk terus maju: Pergi ke sekolah dan belajar bagaimana untuk mengangkut baldi. Bekerja keras. Mendapat upah yang betul untuk mengangkut baldi yang lebih besar. Berhenti daripada Syarikat Baldi A untuk bekerja di Syarikat Baldi B, yang memberi anda mengangkut baldi yang lebih besar. Bekerja lebih masa supaya anda boleh mengangkut baldi lebih banyak. Memasukkan anak-anak ke kolej yang mengangkut baldi. Menukar kerjaya mengangkut baldi besi… kepada mengangkut baldi plastik … ataupun kepada mengangkut baldi digital. Mengimpikan persaraan daripada mengangkut baldi. Sehingga itu dia terus mengangkut baldi. Dan terus mengangkut baldi… Apa yang semua pengangkut baldi dapat di atas usaha mereka itu? Amatlah sedikit. Berdasarkan tinjauan majalah tahunan Parade "What People Earn", purata pekerja di Amerika memperolehi $28,500 setahun ditolak hampir 20 % cukai dan tinggal $22,500 untuk perbelanjaan. Itulah kenyataannya - $22,500 wang dibawa pulang. Tidak cukup untuk memenuhi keperluan asas bagi sebuah keluarga empat orang. Ini bermakna majoriti besar orang didesak untuk memiliki lebih banyak wang. Perarakan Baldi-Baldi Jadi apa yang pengangkut baldi lakukan apabila mereka memerlukan lebih banyak wang. Disebabkan mereka mempunyai mentaliti pengangkut baldi, mereka mempunyai idea penyelesaian cara pengangkut baldi – sekiranya anda perlukan lebih wang, anda perlu mengangkut lebih banyak baldi! "Saya akan mendapatkan kerja pengangkut baldi yang kedua di sebelah petang atau malam dan di hujung minggu," kata Bapa Pengangkut Baldi. "Saya akan kembali ke kerja mengangkut baldi yang saya buat sebelum anakanak saya lahir," kata Ibu Pengangkut Baldi. "Anak-anak boleh mendapat kerja mengangkut baldi selepas sekolah dan ketika cuti musim panas," umum ibubapa pengangkut baldi. Dan itulah yang mereka lakukan. Hasilnya? Hari ini penduduk Amerika Utara bekerja lebih panjang masanya di dunia bahkan lebih daripada pekerja Jepun yang taksub bekerja. Adakah pekerja baldi yang mencari duit lebih ini merancang pekerjaan mereka? Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
42
Tidak. Ini adalah fakta yang pahit. Hutang pengguna berada di paras yang tinggi. Hutang isi rumah di AS lebih daripada empat kali ganda sepanjang 17 tahun terakhir. Purata isi rumah hari ini mempunyai 95 sen hutang bagi setiap sedolar pendapatan pakai-buang. Nisbah wanita bekerja untuk menyara keluarga mereka melebihi dua kali ganda sejak 20 tahun lalu, daripada 19% dalam tahun 1980 hingga 46% hari ini. Semakin bertambah ramai orang mengambil pinjaman perumahan kedua atau ketiga ke atas aset tunggal terbesar mereka – rumah mereka – untuk membayar hutang. Kemuflisan peribadi bertambah setiap tahunnya hingga 1.4 juta dalam tahun 2000 – walaupun ekonomi dalam keadaan meletup! Helo-o-o-o! Apa dah jadi dengan gambaran ini? Kepalsuan Pengangkut Baldi Lebih Besar Alasan pengangkut-pengangkut baldi bahawa lebih besar baldi bermakna lebih besar upah. Jadi pengangkut baldi memberitahu diri sendiri bahawa segalagalanya akan berjalan baik jika mereka hanya boleh dapatkan kerja mengangkut baldi yang lebih besar. Pengangkut- pengangkut baldi selamanya berasa takjub dengan berapa banyak yang pengangkut baldi lain perolehi. Statistik Biro Buruh AS merekodkan kadar upah perjam terhadap beratus-ratus pekerjaan yang berbeza. Bagaimana kadar upah perjam kerja anda berbanding dengan pekerjaan lain? Kadar Upah Perjam (daripada Statistik Biro Buruh AS) Pekerjaan Tukang masak makanan-segera Atendan pam minyak Penjaga pintu Jurujual runcit Setiausaha Tukang atap Mekanik kereta Pemandu lori Ahli bomba Pengangkut surat Pegawai pinjaman Pengaturcara komputer Jurutera kimia Ahli fizik Peguam Doktor gigi Doktor pakar, doktor bedah
Kadar Upah Perjam ($) 6.29 7.34 8.44 9.12 11.86 13.63 13.97 14.08 15.63 16.39 20.05 25.67 29.44 33.23 36.49 44.40 49.05
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
43
Dengan andaian kebanyakan orang memperolehi upah bagi 40 jam seminggu (walaupun mereka mungkin bekerja sekurang-kurangnya 50 jam seminggu… atau lebih) dan mendapat dua minggu percutian percuma setia tahun, di sini ialah pendapatan tahunan untuk lima pekerjaan di atas: PENDAPATAN TAHUNAN 1. Tukang masak 2. Jurujual runcit 3. Pengangkut surat 4. Peguam 5. Doktor
$ 13,083 $ 18,970 $ 34,091 $ 75,899 $102,024
Sekarang, sekiranya anda seorang tukang masak… atau jurujual runcit… atau pengangkut surat, anda mungkin lihat pada pendapatan tahunan peguam atau doktor dan berfikir, "Wah, jika saya boleh buat duit sebanyak itu setiap tahun, saya akan bebas kewangan! Tak ada lagi terjaga dari tidur kerana bimbangkan hutang-piutang yang perlu dibayar!" Pendapatan Pengangkut Baldi Benar, baldi doktor jauh lebih besar daripada baldi tukang masak – kira-kira 10 kali lebih besar! Tetapi itu tidak bermakna doktor bebas kewangan. Dia hanya bergantung kepada kerja mengangkut baldi sebagaimana tukang masak atau penghantar surat. Kenapa? Mudah – para profesional mempunyai pendapatan lebih daripada pekerja biasa. Tetapi mereka berbelanja lebih! Sebenarnya, doktor atau peguam memperolehi gaji enam angka setahun membelanjakan kebanyakan pendapatan mereka untuk menampung gaya hidup mewah mereka. Cuma bandingkan perbelanjaan pekerja biasa dengan para profesional: Pekerja biasa memandu kereta terpakai $5,000. Doktor atau peguam memandu kereta Lexus $45,000. Pekerja biasa menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kerajaan percuma. Doktor atau peguam membayar untuk sekolah swasta. Pekerja biasa memiliki rumah $75,000. Doktor atau peguam memiliki rumah $350,000. Pekerja biasa makan di Pizza Hut sekali seminggu. Doktor atau peguam makan dua kali seminggu di restoran mewah.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
44
Pekerja biasa tidak mampu mengambil percutian. Doktor atau peguam membawa keluarga bermain ski di Vail setiap tahun. Pekerja biasa bermain golf di tempat awam. Doktor atau peguam memiliki satu keahlian kelab golf mewah… atau dua. Anda boleh gambarkan. Orang mencemburui doktor dan peguam dan akauntan kerana mereka mengangkut baldi besar. Benar, baldi doktor mungkin 10 kali lebih besar daripada tukang masak. Tetapi doktor membelanjakan 10 kali ganda, jadi keduadua mereka berakhir dengan kesusahan yang sama – hidup dalam slip gaji ke slipgaji. Baldi Akhirnya Akan Kering Thomas J. Stanley dan William D. Danko, para pengarang buku terlaris The Millionaire Next Door, mencerapkan bahawa mengangkut baldi besar tidaklah sama dengan mencipta kekayaan. Para pengarang itu memperolehi keputusan ini dengan meninjau orang yang hidup dalam kawasan perumahan mewah, dengan andaian mereka iaitu orang yang memandu kereta mewah dan tinggal dalam rumah yang mahal adalah kaya. EH EH! – andaian yang salah! Stanley dan Danko mendapati kesimpulan yang mengejutkan mengenai penciptaan kekayaan: "Kebanyakan orang mempunyai fikiran yang salah tentang kekayaan di Amerika. Kekayaan tidaklah sama dengan pendapatan. Sekiranya anda membuat pendapatan yang baik setiap tahun dan membelanjakannya semua sekali, anda tidak menjadi lebih kaya. Anda hanya hidup cara atasan. Kekayaan ialah apa yang anda kumpulkan, bukan apa yang anda belanjakan." "Bagaimana anda menjadi kaya? Di sini, juga, kebanyakan orang adalah salah. Jarang-jarang adalah kerana tuah atau warisan atau ijazah lanjutan atau bahkan kepintaran yang membolehkan orang untuk mengumpulkan nasib. Kekayaan adalah lebih kepada hasil gaya hidup kerja kuat, pemeliharaan, perancangan, dan yang paling penting disiplin-diri." Dengan kata lain, baldi-baldi, tak kira berapa besar ia, akan akhirnya menjadi kering. Pipeline, sebaliknya, adalah tahan-diri. Tetapi pipeline perlukan pengorbanan. Pipeline tidak terbina sendiri. Anda terpaksa ambil masa dan berusaha untuk membinanya. Akhirnya Semua Baldi Menjadi Kering
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
45
Baldi Lebih Besar Tidak Menyelesaikan Masalah Setiap orang akan sangat suka menambahkan saiz baldi mereka. Tidak ada seorangpun akan mengurangkan kenaikan tahunan atau kerja lenih baik dengan upah yang lebih. Sekiranya mengangkut baldi ialah satu-satunya sumber pendapatan, maka saya katakan angkutlah bakul yang paling besar yang anda larat bawa. Itulah yang paling mudah. Tetapi fakta menunjukkan bahawa mengangkut baldi tidak akan menjadikan anda bebas kewangan. Mengangkut baldi tidak pernah menjadikan keluarga anda selamat dan terjamin – tak kira besar mana baldi anda! Kenapa? Kerana selama mana anda mengangkut baldi, anda terpaksa mendedahkan dan melakukan kerja agar mendapat upah. Pada hari anda berhenti mengangkut baldi, itulah hari yang wang anda akan berhenti masuk! Ramai pengangkut baldi telah bertukar menjadi "millionaire next door" kepada "bankruptcy guy next door" kerana abai membina pipeline ketika mereka mengangkut baldi. Apabila baldinya kering, begitu juga gaya hidup mereka. "Pipeline adalah lifeline atau tali keselamatan anda," ayah saya pernah berkata. Adakah anda mula mahu melihat kenapa?
Daya Tuas Masa: Saluran Paip Orang ramai Ketika Bruto membaring di atas buaiannya pada suatu petang di hujung minggu., Parlo terus menggali saluran paipnya. Untuk beberapa bulan pertama, Parlo tidak mempunyai banyak kesan untuk dilihat pada usahanya. Kerjanya sangat berat – bahkan lebih berat daripada Bruto kerana Parlo terpaksa bekerja juga pada sebelah petang dan hujung minggu. Tetapi Parlo sentiasa ingatkan dirinya bahawa impian-impian esok dibina pada pengorbanan hari ini. Hari demi hari dia menggali, satu inci satu masa. -daripada The Parable of the Pipeline Terdapat ungkapan Appalachian kuno yang mengulas perbezaan antara daya tuas wang dan daya tuas masa. Ia menjadi seperti ini: Terdapat dua cara untuk berada di puncak pohon oak gergasi. Anda boleh duduk di atas acorn dan tunggu. Atau anda boleh memanjatnya. Apabila orang menuas wang mereka selama berdekad-dekad untuk membina saluran paip, mereka sebenarnya memilih untuk duduk di atas acorn dan tunggu. Saya panggil ini sebagai "Pelan Saluran Paip 50-Tahun." Inilah apa yang
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
46
dikatakan kompaun – tunggu dengan sabar sementara wang anda mengganda lagi dan lagi selama bertahun-tahun. Tidak ada persoalan tentang berjayanya Pelan Saluran Paip 50-Tahun. Masih ingat bagaimana saluran paip Margaret O'Donnell menukarkan dia daripada seorang guru yang bergaji rendah kepada multi-jutawan?!! Sama seperti Margaret O'Donnell, saya juga sangat percayakan pembinaan saluran paip jangka-panjang. Selama bertahun-tahun, saya telah menuaskan sebahagian pendapatan saya untuk membina "Saluran Paip Palm Beach" ke dalam segalanya daripada dana pencen…ke akaun pasaran saham…ke IRA…ke real estate. Ia dipanggil kepelbagaian. Ia juga dipanggil membina lifeline. Pelan Saluran Paip 50-Tahun CD & Bil-T Dana Pencen Saham & Bond Rumah Anda
Sekuriti Sosial 401(k) IRA Real Estate
Tetapi saya juga amat mempercayai memanjat pohon aok! Saya panggil memanjat pohon oak sebagai "Pelan Saluran Paip 5-Tahun". Ia menghasilkan matlamat yang sama seperti Pelan Saluran Paip 50-Tahun – kekebabasan dan jaminan kewangan. Namun ia cuma perlukan masa 10%! Itu sebabnya saya telah menghabiskan masa, wang dan usaha dalam membina beberapa bisnes yang cepat-tumbuh. Daripada terpaksa menunggu 50 tahun untuk berada di puncak pohon, saya boleh membina satu bisnes yang membawa saya ke sana dalam dua atau lima tahun. Pelan Saluran Paip 5-Tahun Masa Meratakan Padang Indahnya daya tuas masa ialah bahawa kita dianugerahkan jumlah masa yang sama. Ianya bermakna masa menyamakan padang permainan antara orang kaya dengan orang berpendapatan biasa. Samada anda adalah Donald Trump (The Apprentice)…atau Donald pemandu dump truck…setiap orang telah dianugerahkan jumlah masa yang sama setiap hari. Itu pasal saya memanggil daya tuas masa adalah "Saluran Paip Orangramai". Masa boleh didapati dalam jumlah yang sama pada setiap orang, samada mereka itu orang kaya atau miskin…lelaki atau wanita…orang hitam atau putih…orang berkelulusan kolej atau kena buang kolej…muda atau tua. Anda tidak boleh berkata begitu pada wang, sekarang bolehkah anda?
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
47
Fikirkanlah begini. Alangkah seronoknya jika anda dan semua orang boleh memulakan hari dengan $1,440 setiap hari ke dalam akaun bank anda? Wang itu menjadi milik anda dan hanya anda dan tidak ada orang yang mengarahkan anda untuk melakukan itu-ini dengannya. Anda boleh membelanjakannya …melaburkannya… menghamburkannya… berjoli dengannya… memberi saja… menuaskannya… atau membazirkannya, kerana anda tahu yang keesokan paginya anda bangun dengan wang baru $1,440 di dalam akaun anda. Jika setiap orang memulakan harinya dengan $1,440, alangkah baiknya, dunia yang lebih adil, bukankah begitu? Seperti yang kita sedar, itu bukan halnya. Apabila berkaitan dengan soal wang, hidup sentiasa tidak adil. Setengah orang dilahirkan makan dengan sudu perak. Setengah orang dengan susu plastik. Setengah orang tidak ada apa-apa kecuali menghisap ibu jarinya sahaja. Adilkah? Mungkin tidak. Tetapi seperti lagu yang mengatakan "That's Life". Kita semua tidak memulakan setiap hari dengan $1,440 dalam akaun bank kita – itulah yang pastinya. Berbeza pula dengan masa. Kita semua memulakan hidup kita setiap hari dengan modal yang sama iaitu 1,440 minit dalam akaun kita (24 jam x 60 minit). Oleh kerana kita mempunyai jumlah masa yang sama, perbezaan antara orang yang hidup bergantung kepada slip gaji ke slip gaji dan orang yang bebas kewangan ialah bagaimana mereka menggunakan pembahagian harian mereka yang berjumlah 1,440 minit itu. Akaun Masa Peribadi Anda Memiliki Lebih Masa Berbanding Yang Anda Fikir Setengah orang meninggalkan membina saluran paip mereka kerana "sekarang ini adalah masa yang tidak baik bagi saya". Cuba teka – masa sekarang ialah masa yang tidak baik pada setiap orang! Kita semua tertekan. Kita semua sibuk. Kita semua dalam kesusahan dan berhadapan dengan kecemasan yang tak dijangka. Ada ungkapan untuk semua masa tidak baik ini. Itulah rencah kehidupan! Setengah orang membazirkan hidup mereka dengan menanti "masa sempurna" untuk melakukan x, y, atau z. Ya, mereka semua sudah mati kerana menunggu, kerana masa sempurna itu tidak pernah ada. Jika ada seseorang memberitahu anda dia akan memberi anda $1 juta jika anda duduk di suatu penjuru dan mengait selama dua jam setiap hari selama setahun, anda pasti akan mencari masa tersebut untuk mengait, bukankah begitu? Tidak kira samada anak anda patah lengan di taman permainan atau kereta tidak hidup selepas kerja. Daripada kehilangan $1 juta, anda pasti akan mencari masa dua jam untuk mengait, samada ada masa sempurna atau tidak ada masa
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
48
sempurna. Humoris Art Buchwald mengatakan begini: "Samada ini adalah masa terbaik atau masa terburuk, cuma inilah masa yang kita ada". Malangnya, kebanyakan orang mengambil mudah soal masa, terutamanya masa yang sedikit. Kita telah dilazimi untuk menyukat masa dalam unit hari dan minggu dan tahun, berbanding dalam unit minit atau jam. Kita bekerja 9 hingga 5, Isnin ke Jumaat. Kita merancang kehidupan kita berdasarkan kalendar bulanan. Kita meraikan hari jadi dan ulangtahun kita setahun sekali. Tetapi perkara yang menakjubkan berkenaan masa ialah bagaimana beberapa minit di sini dan di sana setiap hari boleh dijumlahkan menjadi sepotong masa yang besar! Misalnya, adakah anda tahu berapa lama jumlah masa orang biasa menghabiskan masa makan sepanjang hidupnya? Adakah anda agak setahun? Dua tahun? Jawapannya ialah enam tahun! Tidakkah menakjubkan? Di sini ada beberapa tugasan harian lain yang dijumlahkan menjadi blok masa yang besar: Jumlah Masa Yang Kita Habiskan ke Atas Kerja Kecil Semasa Hidup Kita 6 tahun 5 tahun 4 tahun 3 tahun 2 tahun 1 tahun 8 bulan 6 bulan
makan menunggu dalam barisan membersih rumah menyediakan hidangan cuba memanggil balik telefon mencari barang salah letak membuka surat sampah berdiri di lampu merah
dengan kiraan saya, ia hampir 22 tahun daripada hidup anda! Ia telah membuktikan bahawa 15 minit di sini…setengah jam di sana…dua jam di sana… boleh dijumlah menjadi satu blok masa yang besar! Beberapa Jam Boleh Ditukar Menjadi Beberapa Bulan Cuba fikirkan sebentar apa yang boleh kita selesaikan dalam kehidupan kita jika kita menggunakan beberapa jam setiap petang dan di hujung minggu untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat, seperti membina saluran paip. Jika anda mengetepikan dua jam setiap hari kerja – katakan satu di sebelah pagi sebelum kerja dan satu di sebelah petang – dan tiga jam lagi pada masing-masing Sabtu dan Ahad, anda boleh menjumlahkan 16 jam ke atas masa produktif seminggu dalam jadual anda! Enam belas jam seminggu selama 50 minggu setahun menjadi 800 jam lebihan setahun… yang dikira hingga 100 hari 8-jam … atau tiga bulan 10 hari lebihan hari kerja 8-jam setiap tahun. Dan semua itu yang perlu dibuat ialah mengetepikan beberapa jam sehari untuk mendapat lebihan bulan bagi masa produktif setiap tahun. Menakjubkan, bukan?
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
49
Masa Percuma Produktif Masa itu Wang Sekarang, saya akan menjemput anda memasuki ke satu rahsia kecil – menggunakan masa kosong secara produktif adalah satu daripada kunci kepada kenapa orang yang berjaya mempunyai lebih, melakukan lebih dan mendapat lebih dalam hidup mereka! Adakah anda fikir Bill gates pulang ke rumah pada pukul 5:00 petang setiap hari dan menonton TV tujuh jam sehari sebagaimana purata orang lelaki Amerika lakukan? Saya tak fikir begitu… Satu artikel lepas dalam Wall Street Journal menyatakan bahawa 10% orang yang berpendapatan teratas di Amerika Utara bekerja secara purata 52 jam seminggu, manakala 10% orang yang berpendapatan terkebawah bekerja hanya 45 jam seminggu. 10% orang berpendapatan teratas bukan sahaja bekerja lebih panjang – mereka bekerja lebih bijak! Dengan kata lain, mereka tidak berdagang masa mereka untuk wang. Anda tidak bersiar-siar ke pasaraya dan terlihat Micheal Jordan berada di balik kaunter penjual kupon loteri pelanggan dan bergelen-gelen bir. Orang yang berjaya dalam setiap baris kerja menilai masa mereka, dan mereka mencari setiap peluang untuk menuas masa mereka! Tidak Membazir, Tidak Mahu! Orang selalunya bertanyakan saya kenapa mereka perlu mengambil masa dan usaha untuk membina saluran paip apabila semua perkara adalah baik buat masa sekarang. Mereka kata mereka patut berehat selepas bekerja keras sepanjang hari di pejabat. Mereka mengganjari diri mereka dengan bersandar dalam penyandar La-Z-Boy dan menonton TV sehingga waktu tidur. "Hidup memang senang", mereka memberitahu saya. "Mendapat kerja bagus. Dapat beberapa dolar dalam bank. Anak-anak pun baik di sekolah. Tak perlu buat onar." Itulah yang terjadi bila saya beritahu mereka bahawa tidak ada masa lebih baik untuk membina saluran paip berbanding bila semua perkara adalah senang. Kenapa? Kerana apabila gelombang melanda, ianya sudah terlambat! Kemudian saya ceritakan mereka jenaka lapuk ini: Seorang lelaki berada di tingkat ke-30 di atas hotel nan indah Central park di Manhattan. Dia menarik bidai dan menolak jendela untuk menikmati pemandangan. Tatkala dia menyondongkan jendela, dia terkejut melihat seorang lelaki terjatuh melintasi biliknya. "Bagaimana awak sekarang?" dia bertanyakan lelaki terjatuh itu. "Baik - setakat ni," balasnya. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
50
Maksudnya ialah bahawa terdapat banyak pengangkut baldi di dunia ini yang merasai senang – setakat ini. Tetapi mereka tidak terbang-bebas selama-lamanya. Selama orang berdagang masa demi wang, tidak ada jaring keselamatan dalam hidup mereka. Kenapa? Kerana mereka tidak boleh melakukan kerja setiap masa disebabkan sakit… atau cedera… atau diberhentikan kerja, slip gaji mereka akan berhenti. Bagi pengangkut baldi, tak ada slip gaji bermakna tiada jaminan! Jaminan Kewangan Tiada slip gaji = Tiada Jaminan Cerita Dongeng Semut dan Belalang Semasa saya menulis ini, keyakinan pengguna adalah tinggi. Pengangangguran adalah rendah. Pendapatan meningkat. Jualan rumah adalah tinggi dalam rekod. Jualan kereta juga melonjak. Ramai orang adalah bagus – setakat ini. Tetapi kita tidak boleh terjatuh ke dalam perangkap kesilapan "setakat ini" untuk "selama-lamanya." Semua orang tahu bahawa hidup ini bergerak dalam putaran. Begitu juga dalam ekonomi. Sekarang ini, putaran bisnes hampir berada di titik puncaknya. Putaran hidup peribadi anda mungkin juga sentiasa tinggi di atas. Tetapi apa yang naik pasti akan turun. Dan apabila orang mula menurun, kebanyakan mereka mengalami realiti kesukaran hidup. Pemberhentian kerja. Pertukaran kerjaya. Hutang kad kredit. Kecemasan perubatan. Perawatan di rumah bagi ibu bapa yang tua. Orang yang bijak memahami bahawa masa yang paling baik untuk membuat sarang mereka ialah ketika bisnes sedang melonjak. Orang bijak menaikkan jaring keselamatan sebelum penurunan bermula, bukannya semasa ia turun! Itu sebabnya saya beritahu orang bahawa hari ini adalah masa terbaik untuk membina pipeline mereka, bukan bila ekonomi terkena gelinciran. Ia seperti cerita dongeng semut dan belalang. Semut ialah pembina pipeline. Dia menghabiskan sebahagian hari musim panasnya menyimpan butiran untuk musim sejuk akan datang. Dia juga menikmati musim panas. Tetapi dia mempunyai kebijaksanaan untuk menghabiskan kebanyakan masanya membina pipeline beliau. Belalang, sebaliknya, adalah pengangkut baldi. Dia menghabiskan semua wangnya sebaik sahaja dia mendapatnya dan membazirkan semua masanya bermain di bawah sinaran matahari. Dia mengabaikan musim sejuk yang mendatang. Bila musim sejuk tiba, dia tidak ada pipeline di tempatnya. Dan dia mati kebuluran. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
51
Bayar saya sekarang… atau bayar saya terkemudian! Adakah anda pernah ingat satu moto iklan yang terkenal, "Pay me now… or pay me later?" perkara yang sama terjadi untuk membina pipeline. Anda boleh "bayar sedikit sekarang" dengan melabur beberapa masa dan wang anda untuk membina pipelie anda sekarang… atau anda boleh "bayar banyak kemudian" dengan bergelut untuk hidup di atas slip Jaminan Sosial yang kecil apabila anda berada dalam usia 60-an dan 70-an. Hanya fikir – jika pipeline anda berada di tempatnya, daripada terpaksa membayar kemudian… anda akan mendapat bayaran kemudian! Konsep apa ni? Ingat – masa adalah padang yang samarata! Kita semua tidak mempunyai jumlah wang yang sama untuk menuas. Tetapi kita semua mempunyai jumlah masa yang sama! Dengan menuas beberapa masa lapang anda dengan bijak, anda boleh membina pipeline yang akan berterusan membayarkan anda selama berahun-tahun. Kita bertuah kerana hidup dalam zaman di mana secara mayanya, setiap orang boleh menuas masa mereka untuk membina pipeline.Ia sentiasa tidak menjadi hal. Pada penghujung abad ke-20, hanya orang sangat kaya yang boleh menuas masa mereka. Dalam tahun1890, majoriti besarorang bekerja 10 jam sehari sebagai buruh. Mereka terlalu sibuk cuba untuk hidup berfikir mengenai daya tuas. Tetapi hari ini lebih ramai orang memiliki masa luang sebelum sejarah. Dan masa adalah penyamaan yang hebat! Masa membolehkan budak lelaki kecil untuk berlawan dengan budak besar. Orang kaya tidak memperolehi 48 jam sehari ketika orang miskin mendapat 12. Mereka keduanya memperolehi jumlah masa – 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Alat Penuas Masa terhebat dalam Sejarah Hari ini, pipeline tidak lagi wilayah orang-orang kaya. Sesiapa pun dengan sedikit wang…dan dengan pemandu yang banyak… boleh menuas masa mereka untuk membina "pipeline orang ramai" dalam dua atau lima tahun yang akan mengalir bertahun-tahun – malahan berdekad-dekad! Bahkan, kita mempunyai hak di hujung jari kita yang merupakan alat menuasmasa dalam sejarah dunia! Alat penuas-masa ini telah mencipta lebih jutawan dalam masa yang kurang berbanding dengan sebarang satu penemuan baru dalam sejarah.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
52
Saya memanggil alatan hebat ini "e-pipeline" dan ianya peralatan mutakhir untuk daya tuas masa. Anda mungkin tahu e-pipeline dengan nama lain – satu nama yang memancar melintasi tajuk utama akhbar dan skrin TV 24 jam sehari. Apa namanya? Internet? Ya! Alat Penuas Masa yang terhebat dalam sejarah. [untuk mengetahui bagaimana salah satu cara internet bekerja menuaskan masa silalah mengunjungi laman web ini http://www.sgwang.com.
Meletakkan jawatan dari kerjanya Akhirnya, hari penting bagi Perl pun tiba – bayaran cek e-pipeline bulanannya telah mencecah sama dengan gaji bulanan di Cistern! Isterinya membuat salinan fotostat warna ke atas cek dari Cistern dan cek dari e-bisnes barunya, kemudian meletakkan kedua-duanya ke dalam bingkai gambar sebelah-menyebelah. Rakan-rakan kongsi pipeline barunya bertepuk tangan sambil bersorak ketika dia memegang cek-cek berbingkai itu. Kamera-kamera memancarkan kilat. Dan mata Perl berkilau dengan riang. Satu hari di masa depan Perl hanyalah seorang pekerja di Cistern yang tidak pernah digertak oleh bosnya. Disebabkan oleh Pipeline Mutakhirnya, Perl kini bebas! Pengetahuannya itu menjadikan diri Perl keyakinan. Perl mengendalikan sikap panas baran bosnya dengan tenang. Perl menegakkan bahunya dan tengok tepat pada butir mata bosnya ketika dia terjerit-jerit kemarahan. "Tak perlu terjerit-jerit macam tu," Perl berkata dengan tenang. "Saya ada berdiri kat sini, di depan tuan. Tidakkah tuan setuju bahawa lebih berkesan jika kita berbincang perkara ini dengan tenang?" Rakan sekerja Perl mula memanggilnya "Penjinak Singa" kerana cara dia mengendalikan bosnya. Tetapi Perl faham bahawa dia bukan menjinakkan bosnya. Perl hanya boleh menentangnya kerana dia tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengawal hidup Perl.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
53
Satu petang Perl duduk di pejabat-rumah dan menulis surat berikut: Mr. Bos: Saya menulis surat ini untuk memberitahu bahawa berkuat kuasa hari ini, saya meletakkan jawatan di Cistern International. Saya sudah menikmati masa saya di Cistern, tetapi saya saya sedih untuk memberitahu tuan bahawa syarikat tidak perlukan lagi khidmat saya. Yang Bebas, "Perl Pipeline" Perl merasai satu terpaan kebebasan ketika dia melipatkan surat peletakan jawatannya dan memasukkannya ke dalam sampul. Dia melihat ke arah depan dengan harapan dan optimis. Perl faham bahawa dia tercapai impian dengan pipeline internet hanyalah peringkat pertama bagi suatu impian yang lebih besar. Bahkan, Perl telah merancang untuk mencapai jauh melebihi dinding Industri Cistern. Perl merancang untuk membina pipeline internet ke seluruh Amerika Utara – akhirnya, ke seluruh dunia.
============== Selanjutnya ikutilah bagaimana saranan Azizi dan Clason dalam cara menguruskan wang mereka secara umumnya.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
54
STRATEGI PALING BERKUASA 1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu (saving/simpan) Salah satu ajaran orang kaya Babylon (The Richest Man in Babylon) karya George Clason ialah Pay Yourself First. Tidak ada orang yang paling berhak memiliki wang hasil titik peluh anda, melainkan diri anda sendiri. Bukan untuk bank, bukan telekom, bukan TNB, bukan kerajaan (cukai), bukan kawan, bukan saudara, bukan ibu bapa dan bukan untuk belanja harian. Jadi ambillah untuk diri anda sendiri terlebih dulu, dengan menyimpannya di tempat lebih selamat dan terjamin misalnya bank kerajaan (akaun Wadiah BSN) atau Tabung haji. [Simpan di dalam bank bukan untuk bayar balik pinjaman, tetapi sebagai saving pada diri sendiri] 2. Berapa banyak? 10% dari jumlah gaji anda. Sekiranya gaji anda RM1500, jadi simpan (saving) di dalam bank sebanyak RM150 sebulan- wajib. Selebihnya untuk belanja lain. Berapa lama? Sehingga umur anda pencen ataupun sehingga duit anda mampu bekerja untuk anda samada anda pergi bekerja atau tidak [akan dibincang kemudian]. 3. Bagaimana cara paling berkesan? Buat potongan (10%) ini sebelum wang gaji masuk tangan atau sebelum anda pegang atau sebelum masuk poket anda. Jika tidak, wang itu tidak akan sempat disimpan atau diselamatkan lagi, kecuali anda sangat tegas dan berdisiplin terhadap nafsu anda. [Tapi berapa ramai yang boleh kawal nafsu? Tentu tak lebih dari 1%]. Oleh itu, buat potongan tadi secara automatik. Wang ini seumpama kapalterbang [Azizi], ia datang dan transit pada anda, kemudian dia akan pergi ke destinasi lain pula. Jadi sebelum anda menjadi tempat transit wang. Lebih baik anda terlebih dahulu memberi arahan supaya 10% tadi agar jangan transit pada anda. Biarlah dia duduk dalam tempat saving diam-diam. Langkah-langkah; Langkah pertama, buat arahan bank gaji supaya memindahkan ke tempat simpanan yang selamat dan dijamin oleh kerajaan, misalnya Tabung Haji atau BSN Wadiah. Pasal ia lebih sukar untuk ditunai, anda terpaksa bawa buku akaun, cop cari, bawa IC dan banyak prosedur lagi. Kedua-dua tempat ini tiada kad ATM. Jadi kebarangkalian untuk menunai segera adalah sedikit. Lagipun kedua-dua tempat dijamin oleh kerajaan, berbanding dengan bank swasta. Sekali lagi 10% ini bukan untuk melabur, ia semata-mata wang saving. Inilah hak anda yang sebenar – Pay Yourself First. Ingat! 10%. Langkah kedua, apabila jumlah saving ini jadi setara dengan 3 atau 6 bulan gaji misalnya, RM6000 atau RM10,000 [sila semak tempat saving selepas 3 tahun]. Jumlah wang dalam akaun saving ialah RM150x40 bulan= RM6000.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
55
Maka pecahkan dua kategori. Satu dipanggil wang rezab dan satu lagi dipanggil wang baki rezab. Wang Rezab & Wang Baki Rezab Wang rezab “wajib” dikekalkan RM6000 sampai ke mati. Jangan diusik-usik lagi- Ini wang REZAB. Guna hanya masa kecemasan atau darurat. Misalnya untuk baiki kereta, baiki atap bocor, peti sejuk rosak, rawatan kemalangan atau bencana. Kod: kecemasan dan segera! Bukan untuk bayar hutang, bayar pinjaman, beri hutang, bayar yuran anak, renovate rumah, modify kereta dan seumpamanya. Kemudian ganti balik segera selepas digunakan, melalui wang baki rezab [rujuk baki rezab]. Baki Rezab: Lebihan wang rezab atau wang baki rezab. Oleh kerana anda saving 10% setiap bulan, jadi saving akan bertambah bulan demi bulan. Bila baki rezab dah cukup RM2000 atau lebih [maksudnya ada pada saving RM8000], ia [RM2000 atau lebih tadi] bolehlah digunakan untuk melabur ke dalam instrumen pelaburan [akan dibincang kelak] dan keperluan lain yang terdesak. Bukan untuk belanja harian, bukan utk bayar hutang, beri hutang [kalau terpaksa mesti minta cagaran; cincin ke, rantai ke!]. Simpan…simpan… simpan 10% sampai pencen atau sehingga wang yang bekerja mengeluarkan hasil. 4. Derma 10%: Perkara ini sangat dititik-beratkan oleh semua orang kaya raya yang benar, malah Kiyosaki dan ayah kayanya, Clason (Richest Man in Babylon), Anthony Robbins dll. Bagi mereka, wang datang dari masyarakat, maka kita kena pulangkan kepada mereka juga. Inilah pandangan orang bukan Islam tentang kehebatan wang. Sebenarnya kita orang Islam sudah diajar awal-awal lagi tentang zakat wajib dan derma. Tak rugi anda menderma walaupun anda bergaji sekecil RM350.00 sebulan. Keberkatan hasil murah hati dan mahu berkongsi rahmat, maka rahmat yang lebih besar akan turun. Orang putih sangat mempercayai blessing. Kenapa kita orang Islam hilang perkataan ini dalam kamus kita. Sepatutnya kitalah yang pertama-tama sekali beramal dengannya. 4. Bila nak mula? Sekarang. Jika sudah petang, besok pagi pergilah ke bank gaji anda awal-awal. Jika tidak, anda akan bertangguh-tangguh. Kerja bertangguh semuanya tak jadi. Pasal ketika berkobar-kobar inilah semangat anda mampu melakukannya. Jika dah besok atau lusa. Semangat akan pudar, dan akhirnya tak jadi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Sehinggalah anda baca ebook ini semula. Baru timbul balik semangat itu. Oleh itu, lakukan hari ini juga.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
56
RINGKASAN WANG GAJI ITEM GAJI 10% -saving (pay yourself first) 10% derma 80% (termasuk sewa, hutang bank, bil, duit dapur, pengasuh, belanja sendiri, keluarga, derma, ibu bapa, misc)
MASUK (RM) 1500.00
KELUAR (RM)
SIFAT ALIRAN
Tetap masuk setiap bulan. Boleh jadi habis atau simpan Tetap masuk & menokok 150.00 setiap bulan. [jadikan rezab & baki rezab] 150.00 Tetap keluar tapi masuk berkat & rahmat setiap bulan. Tetap keluar & habis setiap 1200.00 bulan.
Jadi buatlah simpanan walaupun gaji anda hanya RM500 sebulan. Percayalah simpanan anda 10% iaitu RM50 adalah suatu yang besar kelak. Sila baca lagi saranan seterusnya dalam instrumen pelaburan. INSURAN & TAKAFUL. Apa itu insuran? Apabila masuk insuran bukan bermakna mahukan bencana tapi beringat untuk mengurangkan risiko. Pihak Insuran selalunya membayar pampasan, tapi sebaliknya pencarum yang biasanya tak bayar caruman. Hukum penting insuran; 1. Jadikan insuran hanya sebagai alat untuk lindungi perkara buruk / risiko agar kita dapat tumpukan yang selebihnya untuk membina kehidupan. 2. Lindungi bisnes besar. Ia digunakan untuk melindungi risiko kerugian besar yang mungkin terjadi misalnya kereta, rumah, gudang dan sebagainya. 3. Ia bukan instrumen pelaburan/ simpanan/ buat wang. Caruman insuran biasanya dibahagi dua; satu untuk tabung sendiri dan satu lagi untuk tabung pampasan. Komposisi caruman berbeza mengikut tahun. Tahun 1 hingga 3 mungkin bahagian tabungan anda kecil, manakala dana pampasan banyak. Oleh itu, simpanan dalam insuran anda jadi kecil sahaja pada tahuntahun awal. Jadi jumlah simpanan anda adalah sangat sedikit, maka bonus tahunan yang diberi juga sedikit. Jika anda berhenti pada tahun ke-3, anda hanya dibayar balik sekitar 30% sahaja daripada jumlah caruman anda yang selama 3 tahun itu. 70% lagi sudah jadi dana pampasan. Oleh kerana anda tak pernah terkena bencana, maka tiada tuntutan dibuat. Oleh 70% wang caruman anda sudah hangus. Kalau anda carum RM200 sebulan, maka RM200x36 bulan =
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
57
RM7,200. 70% ialah hangus, maka tabungan tinggal 30% iaitu RM2160 daripada RM7200. Ianya memang teruk sebagai instrumen pelaburan. Jadi anda tak perlu labur banyak wang dalam insuran atau takaful. Bayar yang paling minimum, jika RM25 sebulan, maka bayar RM25, jika ada yang RM10, sila bayar insuran RM10 sebulan. Ingat! Bayar paling minimun. Anda tak akan dapat wang pulangan yang banyak dengan melabur dalam insurans. Bonus sekitar 3-4% sahaja. Cari instrumen lain untuk melabur. Jumlah pampasan diberi ikut jadual pula sama, samada anda mencarum RM10 atau RM150, tiada bezanya. Jika pampasan RM40,000, maka kedua-dua jenis pencarum, samada anda carum RM10 atau RM150, akan memperolehi wang pampasan yang sama. Jadi buat apa caruman lebih-lebih? Carumlah paling minimum. Wang RM10 sebulan amat besar nilainya untuk anda melabur ke tempat yang memberi bonus yang lebih besar, misalnya 47% dalam saham amanah berbanding 3% sahaja dalam insurans. Amat jauh bezanya, langit dengan bumi, jika anda kenal kuasa kompaun [rujuk jadual saham amanah]. 4. Jangan bayar lebih RM50 untuk insuran peribadi atau takaful. Oleh kerana insurans bukan instrumen yang baik untuk melabur, maka adalah sangat malang jika anda membayar lebih RM50 sebulan untuk satu-satu insurans atau takaful. Jika anda sudah terbayar RM100 sebulan untuk satu insurans, isikan semula borang untuk mengubah jumlah caruman bulanan. RM25 sebulan sudah cukup besar untuk insurans. Jadi bakinya RM75, anda boleh buat banyak projek pelaburan lain [guna instrumen pelaburan]. URUS HUTANG Hutang itu jerat yang melilit anda. Sekali anda berhutang satu belenggu akan melilit batang tengkuk anda. Dua kali anda berhutang, dua belenggu akan melilit batang tengkuk anda. Jika anda sudah berhutang 5 tempat, sebenarnya anda sudah semput nafas kerana belitan semakin kukuh dan ketat. Akhirnya anda akan diheret oleh wang. Anda akan ikut kata wang. Dia kata pada anda “Buat kerja!” Anda pun buat. Dia kata “Tambah masa kerja! Duit tak cukup”. Anda pun buat overtime. “Ambil duit suap”, anda kata apa salahnya, sekali jer. “Buat hutang lagi”, anda tambah hutang. “Pergi melacur, aku bagi RM50”, manusia pun sanggup, 10 minit tamatlah. “Pergi bunuh orang, aku bagi RM2000”, gangster sanggup, pasal tak cukup duit. Pendakyah kata, “Tukar agama, kami bagi RM5000!”, maka si muslim yang daif pun sanggup tukar agama. Itulah kesudahannya dan akibat dijerut oleh hutang dan dipermainkan oleh wang. Sungguhpun begitu, malah semua orang tahu akibat itu. Tapi hampir 95% orang tetap akan berhutang, 80% pula gemar berhutang terutama bila berkenan sesuatu barang, tak kira samada bujet cukup atau tidak. Dan 70% akan mengulangi hutang.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
58
Manusia seolah-olah tidak boleh mengelak dari berhutang lagi, samada yang miskin mahupun yang kaya. Oleh itu, di sini diturunkan cara untuk menguruskan hutang. Maknanya anda boleh berhutang tapi mesti celik kewangan. Had hutang Jika anda terpaksa berhutang, maka berhutanglah tapi mesti ada hadnya. Tak kira berapa gaji anda, had maksimum hutang adalah 20% sahaja daripada jumlah gaji anda. Ini bermakna jika gaji anda RM1500 sebulan. Had maksimum hutang ialah RM300 sebulan. Ini juga bermakna anda tak boleh membuat pinjaman untuk beli kereta baru, Wira RM660 sebulan, Kancil RM330 sebulan. Jadi pakailah motor dulu. Jangan ikut orang ramai, kerana pendapat majoriti adalah silap dalam soal wang. Jangan terburu-buru, orang yang celik kewangan mesti ada disiplin kewangan. RM600 sebulan untuk bayar pinjaman adalah besar bagi anda yang bergaji RM1500. Jadi kalau macam tu, tak pakai keretalah saya! Nanti dulu. Buka minda sikit. Celiklah wang! Dalam ilmu kewangan, untuk membeli barangan mahal seperti kereta atau rumah. Anda perlu pelan yang bijak juga. Misalnya, anda kena tahu buat duit [guna instrumen pelaburan]. Gunakan keuntungan pelaburan untuk membeli kereta atau rumah. Untuk membeli kereta, saya syorkan guna instrumen yang berjangka pendek, misalnya tanaman herba boleh dituai dalam masa yang singkat antara 6 bulan hingga 4 tahun. Untuk beli rumah, cari instrumen jangka panjang. Insya-Allah dalam masa 10 tahun anda mampu beli rumah besar tanpa pinjaman bank. Jika yang dah rasa terjerut oleh hutang kerana terpaksa bayar RM770 + RM880 =RM1650 sebulan untuk bayaran balik bank. Maka anda kena tahu instrumen pelaburan yang sesuai untuk melunaskan hutang bank anda dengan segera atau sekurang-kurangnya dapat mengecilkan jumlah bayaran bulanan. Samada menggunakan instrumen jangka pendek atau jangka panjang. Terdapat beberapa cara untuk bayar balik hutang rumah dan kereta: 1.Bayar lebih sedikit dari kadar. Ini banyak diamalkan oleh orang-orang yang celik kewangan misalnya, Azizi. Bank akan mengkategorikan wang bayaran kepada dua saluran, iaitu bayar pokok dan bayar bunga. Pada tahun-tahun awal. Wang anda banyak disalurkan ke saluran bunga. Ini bermakna sebahagian besar wang yang anda bayar pada 3 tahun pertama ialah untuk membayar bunga dahulu, sedikit sahaja untuk saluran pokok. Jadi setiap bulan anda boleh dikatakan membayar “bunga semata-mata”. Maka saluran pokok macam tak bergerak. Jadi untuk membanyakkan bayaran pokok, maka disyorkan bayarlah lebih sikit dari kadar bulanan biasa. Misalnya, bayaran bulanan anda ialah RM450 maka bayarlah RM500, kerana RM50 yang lebih itu, disalurkan ke bayaran pokok. Maka pokok anda lebih cepat penuh dan akhirnya pokok hutang anda mudah jadi sedikit. Maka interest ke atas pokok jadi semakin kecil. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
59
2. Bayar setiap minggu, bukan bulanan kerana ada 56 minggu dalam setahun. 12 x 400=4800, tapi 56x100= 5600. jadi anda “terlebih bayar” RM800. Bukan terlebih tapi itulah bayaran pokok hutang. Jadi bayaran pokok mudah cepat habis, maka interest juga kecil. Maka akhirnya jumlah pinjaman anda yang kena bayar balik menjadi kecil. Anda juga akan jimat berbelas-belas ribu. 3. Bayar lump sum. Jika ada wang lain yang datang sekaligus, misalnya dapat untung besar dalam pelaburan, anda boleh bayar lump sum. Ini lagi menjimatkan. Tak payah tunggu lama dan tunggakan hutang cepat habis. Bayaran Interest anda jadi semakin kecil. Tapi ini jarang-jarang boleh berlaku, tapi tak mustahil. Jika anda celik kewangan dan dapat untung besar dalam instrumen pelaburan nanti. 4. Kombinasi 123- Inilah cara paling baik. Dan ia memang diamalkan oleh kebayakan orang yang celik kewangan. Wang bayaran balik lebih jimat dan hutang anda lebih cepat selesai. Anda tak perlu risau tentang hutang lagi.
JADIKAN DUIT ANDA BEKERJA: PELABURAN [Kamaruddin] Satu-satunya cara yang diketahui untuk memperolehi wang ialah dengan bekerja. Betulkah begitu? 99% akan jawab ya. Tapi orang kaya yang pintar menjawab “Tak semestinya bahkan kami tidak perlu bekerjapun tapi menghasilkan wang berjuta-juta. Kami tak guna tenaga fizikal, kami guna kuasa akal”. Akal dicipta oleh Allah lebih mulia dan lebih berkesan dari anggota fizikal. Manusia tanpa akal tentulah gila. “Kamu guna 1% potensi akal, kami guna lebih 10% potensi akal. Itu pasal kami lebih kaya dari kamu. Oleh itu, buatlah pelaburan pertamanya ke atas akal kamu. Perbaharui ilmu setiap masa, baca buku dan masuk seminar atau kuliah jarak jauh walaupun harga beriburibu.” Apa pula ruginya sekiranya anda mewarisi fahaman orang kelas menengah atau orang miskin? Anda akan terus miskin dan bergelut dengan wang walaupun gaji RM10,000 sebulan. Anda akan sentiasa dipermainkan oleh wang. Suatu masa terdekat lagi anda akan diperdaya oleh wang. Anda akan jadi hamba wang. Jika anda tak dapat bekerja atau dibuang kerja anda akan takut kehilangan sumber pendapatan. Jadi anda akan bertungkus lumus bekerja sekira-kira cukup dengan keperluan anda. Tapi malangnya wang tak pernah cukup, walaupun anda gaji RM10,000 sebulan. Percayalah. Inilah yang berlaku kepada hampir semua eksekutif syarikat mahupun seorang kapten kapalterbang. Cukup bulan wang mereka pun turut habis. Tiada simpanan. Ini semua gara-gara dipermainkan oleh wang. Mereka tetap akan jadi hamba wang tanpa disedari. Nikmat hidup di dunia anda akan hilang. Hidup akan sempit dan sanggup berbuat apa sahaja demi wang. Walaupun dengan cara yang haram seperti makan riba, makan rasuah, tukar agama, tinggal solat, melayan jurutender bahkan melacur. (Melacur pun kena pergi kerja tau!) Selain meningkatkan kecelikan anda dalam kewangan. Buatlah pelaburan.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
60
Hukum pelaburan: 1. Jangan ambil duit belanja- duit belanja adalah bahagian 90% gaji anda. Jangan ikat perut semata-mata nak buat pelaburan. Ini kerja orang kurang akal. Jika tidak, anda nahas. Ini kerana sifat pelaburan ialah risiko. Tidak ada seorang pemain golf walau sehandal manapun yang tidak pernah kehilangan bolanya. Begitu juga dalam pemainan saham atau berniaga. Kesemua pemain saham di mana-mana bursa pernah kehilangan wang lebih dari 50% tempat pelaburannya (Kiyosaki). Satu-satunya orang yang tak pernah hilang wang saham ialah orang tidak pernah melabur di bursa saham. Oleh itu jangan sekali-kali menggunakan wang belanja untuk melabur- CARI NAHAS! 2. Jangan ambil duit rizab- Duit rezab ialah 10% wang gaji tadi yang anda simpan dalam tabung sehingga setara dengan jumlah 3-6 bulan gaji anda. Misalnya gaji anda RM2000 sebulan, Duit rizab ialah 3xRM2000 iaitu RM6000. Yang baki dari RM6000 ini, baru boleh diguna untuk melabur. Jadikan duit anda bekerja. Ambil duit “baki rezab”. 3. Jangan berhutang- Satu dari kebijakan orang dungu ialah berhutang untuk melabur. Mereka sudahlah jatuh, kemudian ditimpa tangga malah terpetat tahi ayam. Maka, 3 kali mereka menjadi malang. Sudahlah duit modal saham hilang, untung tak dapat, malah terpaksa bayar balik hutang setiap bulan pada bank atau ceti yang sudah tentu bukannya sedikit. Kalau hutang RM5000, bayaran bulanan ialah RM230 selama 2 tahun. Kalau tak bayar kena pukul atau dibunuh atau dimufliskan. Ini betul-betul memikul biawak hidup. Saya sendiri pernah berpengalaman dengan keluarga orang berhutang. Dia berhutang untuk modal pusingan niaga atau buat projek. Bila projek siap orang tak bayar, dia terpaksa menangis mintak simpati pasal kena ugut dek ceti. Memang dahsyat. Beriburibu, mana mau cari? 4. Melabur ikut tahap celik kewangan. Ikut membuta tuli adalah satu formula untuk rugi besar dalam apa sahaja kerja. Jika sembahyang ikut-ikut orang atau takat belajar masa kecil-kecil dulu, memang sah tak betul. Anda kena belajar semula terutama bila umur dah masuk 20-an ini. Sekarang ini baru boleh fahami betul-betul apa yang diajar. Ilmu mesti diperbaharui setiap masa, begitu juga dalam soal kewangan. Orang terpaksa belajar hingga ke PhD untuk memahami selok-belok kewangan yang lebih canggih. Semakin tinggi anda faham ilmu, semakin besarlah anda dapat untung. Begitu juga dalam ibadat. Tak sama seorang abid beribadat dengan seorang alim. 1000 rakaat seorang abid masih tak sama dengan 2 rakaat seorang alim. Sementelah anda tak pernah belajar langsung, sudah tentu anda akan buta kedua-duanya, baik dalam agama mahupun kewangan. Kalau tak tahu melabur sendiri, serahkan kepada pengurus dana untuk melabur. Lakukanlah pelaburan berisiko rendah dulu, misalnya saham amanah. Mengikut majalah kewangan, pelaburan di saham amanah terutama berasaskan syariah memberi pulangan antara 27%-93% setahun. Secara puratanya sekitar 45% setahun dengan rekod 5 tahun. Untuk lebih lanjut ikut bab seterusnya.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
61
INSTRUMEN PELABURAN: SAHAM AMANAH (UNIT TRUST) Ia adalah instrumen yang paling sesuai untuk kebanyakan orang. Ini adalah kerana kebanyakan orang awam tidak memiliki kemahiran kewangan. Walaupun mereka sudah celik kewangan, tapi pengetahuan yang sedikit belum lagi mampu bagi mereka untuk masuk gelanggang besar. Oleh itu, berbanding anda sendiri masuk bursa saham, adalah lebih baik dan lebih bijak jika anda upah orang yang mahir atau profesional menguruskan wang anda untuk melabur. Ia dikenali sebagai dana mutual atau saham amanah. Pilihlah yang sudah mempamerkan rekod yang baik dan konsisten sekurang-kurang 5 tahun. Ingat, bukan semua pengurus dana cekap. Macam pemain bola juga. Ianya berkaitan dengan ilmu dan skil yang sangat berkait rapat pula dengan pengalaman. Untuk daftar + pelaburan, paling murah ialah sekitar RM500. Tapi kebanyakannya ialah RM1000. Cubalah yang pendaftarannya RM500, biasanya pulangan tidak kurang dari 25% setahun. Sekali bank-in, mesti sekurangkurangnya RM100. Jadi kumpullah atau saving sebulan RM10, bila dekat akhir tahun, masukkan RM120 ke bank unit trust berkenaan. Atau jika RM50 sebulan, masukkan 2 bulan sekali. Pasal ada saham amanah disemak sekali setahun dan ada yang dua kali setahun. ANDA CALON JUTAWAN! Melalui instrumen saham amanah ini, anda mampu menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Hanya masa yang menentukan. Sila lihat jadual bayaran di bawah: Bulanan (RM) 10 10 50 50
peratus 30 50 30 50
Tempoh (tahun) 30 30 30 30
Pulangan (RM) 1.3 juta 69 juta 6.8 juta 345 juta
Lihat jika anda terus simpan di kwsp, saham ASB, ASN. ASG atau Tabung Haji. 10 9 30 17,829 50 9 30 89,145 100 9 30 178,290 500 9 30 891,451 Jika anda simpan di bank, duit tak berkembang mana, lagi teruk jika simpan di insurans kerana dana tabungan anda tak penuh dari awal lagi! 100 4 30 69,994 500 4 30 349,970
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
62
Lihatlah betapa beruntungnya anda jika disimpan di dalam saham amanah berbanding dengan bank. Anda dapat berjuta-juta, walaupun simpan RM10 atau RM50 sebulan. Berbanding dengan bank, walaupun terpaksa mengikat perut simpan RM500, tapi masih jauh untuk dapat sejuta. Lagipun setelah 15 tahun melabur, anda tak perlu lagi menambah RM10 sebulan itu. Pasal masa tu, samada anda tambah atau tidak pelaburan. Wang anda tetap bekerja tanpa tidur dan tanpa rehat walaupun anda sedang tidur, ia tidak tidur. Ia bekerja untuk anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Inilah yang dikatakan benda keajaiban ke-8. Kuasa bunga gandaan majmuk atau compounding. Tempat melabur saham amanah sila rujuk jadual atau agen unit trust di bank masing-masing. Tempat unit amanah syariah yang disyorkan ialah RHB, SBB, Abrar, HwangDBS, dan banyak lagi yang semuanya berasaskan syariah. Sila rujuk laporan akhbar ruangan BSKL Unit Amanah atau beli majalah kewangan di kedai buku. INGAT, simpanan di bank sebagai duit REZAB ialah RM6000 sahaja dan jangan usik. Biarkan ia terus bertapa dalam bank seumur hidup anda. Guna hanya bila KOD: KECEMASAN & SEGERA dan ganti balik segera. Wang “Baki Rezab” [rujuk istilah] itu, buatlah pelaburan pada instrumen yang dikatakan tadi. PERTANIAN Malaysia kita memang sangat subur dalam bidang pertanian. Pertama, mesti ada tempat, biasanya tanah. Tanah sendiri, tanah pesaka, tanah terbiar, tanah sewa, tanah free, tanah teroka bahkan tanah haram. Boleh dikatakan semua orang melayu ada tanah. Jadi jangan biarkan terbiar. Orang Cina sudah lama ambil peluang ini, walaupun di atas tanah “haram”. Kedua, mesti ada modal. Ambil dari baki wang rezab [fahami betul-betul istilah ini]. Bukan wang rezab! Jangan buat pinjaman, jangan ambil duit 80% gaji. Hanya wang baki rezab. Ketiga, mesti ada tenaga kerja dan penyelenggaraan. Upah sanak-saudara atau orang kampung untuk tanam, baja dan tuai. Upah mereka biasanya tidak lebih RM350 sebulan atau upah harian RM20. Mereka hanya mahu kerja dan dapat upah, berapa nak bayar mereka tak berkira sangat. Jadi tenaga kerja lebih mudah diurus. Keempat, jenis tanaman. Saya cadangkan buat tiga kategori, satu jangka panjang, jangka pendek dan sederhana. Jangka panjang (10 hingga 20 tahun) seperti pohon balak jati emas, sentang, gaharu, cendana, durian. Jangka sederhana (4 tahun) seperti limau madu, belimbing madu, pohon kari, kayu manis, herba. Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
63
Jangka pendek (6 –18 bulan) seperti pisang, sayur, lada, batang serai, serai wangi, herba dsb. JATI EMAS Mengikut maklumat jabatan perhutanan, jati emas digunakan untuk tanaman semula balak yang diambil. Maka timbul idea untuk menanam balak ini di tempat biasa. Di kebun-kebun dan tanah teroka hutan. Tapi awas, untuk menebang dan menjual balak perlukan tanah yang bergeran atau lesen. Kecuali anda nak buat secara koboi. Risiko kena tanggung sendiri. Harga pasaran sekarang untuk yang berumur 15 tahun, sekitar RM7000. kalau nak buat pengajian anak, elok tanam masa dia baru lahir. Bila dah umur 18 atau 20 boleh tebang. Mungkin harga RM8,000 sebatang. Kalau seorang perlukan RM80,000 untuk belanja pengajian, tanam 10 pohon atau lebih. Kalau 3 orang, 30 atau 40 pohon. Harga sepohon jika ikut iklan ialah RM330 termasuk upah selenggara selama 15 tahun. Kosnya RM330x40 pohon =RM13,200. Jika anda sanggup, boleh melabur, tapi ada juga risiko - nanti tak tertunai atau kontraktor lari. Untuk itu, saya cadangkan anda tanam sendiri. Harga anak butir ialah 80 sen sepohon. Anak tunas 40 sen sepohon. Elok tanam anak butir kerana ada akar tunjang. Ia lebih tahan apabila disepak angin kuat. Kosnya ialah 0.8 sen x 40 pohon=RM 36.00 sahaja. Tak ada siapa yang tak mampu. Ya! Ini satu lagi benda keajaipan dunia. Modal 80 sen boleh jadi RM8000 dalam masa 18 tahun. Nak dapat SEJUTA RM, tanamlah lebih 120 pohon. Ruang tanah kecil sahaja, iaitu tanam rapat-rapat kira-kira jarak 10 kaki. 1/4 ekar dah muat 120 pohon. Risiko pun hampir tiada. Silalah tanam awal ketika anak masih setahun, buat tempahan benih kat nurseri pokok. Atau pergi ke Jabatan Perhutanan Negeri masing. Kalau di Kelantan, boleh tempah kat nurseri di Rantau Panjang dan Tumpat. DURIAN Tempoh mula berbuah kira-kira 12 tahun. Lebat ketika 20 tahun. Kos modal RM12 sepohon. Atau percuma jika tanam sendiri. Pilih jenis komersial dan bermutu. Ini kena tanya FAMA dan MARDI, 20 tahun lagi durian jenis apa yang harga tinggi di pasaran? Saya cadangkan jenis Beserah. Harganya lebih RM25 sebiji. Isinya kuning, lunak dan sangat lazat. Sukar benihnya, kalau adapun mahal. Tapi tak mengapa beli buahnya, tanam benih sendiri. Satu musim mungkin boleh mencecah puluhan ribu RM jika ada 30 pohon. Bandingkan gaji anda setahun pun sekitar RM20,000 sahaja.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
64
PISANG- Tak banyak cerewet, harga makin naik! Anak pohon pisang berharga sekitar 50 sen sepohon. Satu tandan, boleh dijual RM10, kalau 200 pohon, RM2000 sekali tuai. Tahun pertama. Tapi ianya beranak 3 hingga 5 pohon. Maka 3x200 = 600 pohon. 600x RM10= RM6000, tahun kedua. kemudian membiak lagi 3x600=1800 pohon. 1800 pohon x RM10= RM18,000. tahun ketiga. Pisang boleh dituai dalam masa 12 bulan. 2 ekar sudah cukup untuk 1000 pohon, cukup untuk RM10,000 setahun. Dah boleh bayar deposit 2 buah kereta! Kalau pisang “jelai berangan” harganya 2 kali ganda. RM20,000 setahun! Saya yang mula-mula tanam kecil-kecilan 30 pohon, dapat untung lebih RM600. Sekarang ia semakin membiak! Perhatikan, musuhnya ialah babi dan lembu. Dan juga orang! BATANG SERAI, DAUN KARI & LADA MERAH- untung sikit, tapi boleh buat duit. Jika tanah terbiar, usahakanlah. Jangan biarkan ia terbiar, membazir! Tanam serai batang banyak-banyak! Seekar atau 2 ekar. Biar dapat tuai satu atau dua lori. Ia mudah diurus dan tanya pegawai pertanian selalu untuk lebih sihat. Kemudian tawarkan kepada Adabi Industries, Allagappa, Ajinomoto, Brahim’s atau jual terus borong di pasar borong. Lagi untung dan tak kurang 5 ribu ringgit sekali tuai. Sikit tak apa! Asalkan masuk aliran tunai ke aset. Ini kalau beli anak lembu, dah dapat 8 ekor. Bela setahun boleh untung lagi. Kalau anda tinggal kat kampung, belalah lembu, jika kesuntukan wang nak hantar anak masuk asrama, jual seekor dah selesai masalah. Inilah yang saya katakan tadi kita mesti celik kewangan. Jangan amal berhutang! Nak beli sesuatu barang mesti jadikan duit anda bekerja terlebih dahulu. Kemudian, untung wang bekerja barulah digunakan untuk membeli sesuatu barang. Jangan anda pula yang bekerja keras. Nanti anda terusmenerus jadi hamba wang. LIMAU NIPIS atau DAUN LIMAU PURUT-pasaran tak pernah cukup!
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
65
Hampir semua industri makanan harian perlukan limau nipis. Ada jenis buah besar dan kecil. Buah besar lebih murah tapi lebih berat timbangan. Kurang kaw! Buah kecil lebih kuat bau sarinya, itu pasal ia lebih mahal. Tanah seluas dua ekar. Harga benih RM3 sepohon Dapatkan 600 pohon Modal anak RM1800. Upah tanam RM600 Mungkin 70% hidup= 420 pohon Tempoh mula tuai komersial = umur 5 tahun. Hasil: Sepohon lebih kurang RM10, dituai 2 atau 3 kali setahun Sepohon berhasil RM25 setahun. 420x RM25 = RM10,500 setahun. Kurang risiko dan senang diurus.
HERBA: Industri herba semakin berkembang. Malaysia mengekspot hasil herba lebih RM12 juta setahun. Mengikut kenyataan akhbar, Ladang Nasoha Johor. Syarikatnya mengekspot herba mentah lebih RM2 juta setahun. Satu syarikat di Kelantan mampu menjual air minuman berherba 300,000 botol sebulan dan akan berkembang ke Eropah dan Amerika Syarikat. Dan yang terdekat di Brunei, Sabah dan Sarawak. Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana pesatnya perkembangan kopi tongkat ali dalam pasaran sekarang. Tanaman herba ada yang berjangka pendek, ada yang sederhana. Mas Cotek, Ubi Jaga, Misai Kucing, Aji Samad, Kerbau Mengamuk, Kacip Fatimah dan Tongkat Ali. Paling masyhur Tongkat Ali. TONGKAT ALI Tanah seluas 2 ekar. Boleh ditanam 2000 pohon. Sepohon harga RM3. maka RM3x2000= RM6000. Upah tanam RM1, maka 1x2000= RM2000, Anggaran 70% hidup = 1400 pohon Upah cabut RM3x1400 = RM4,200. Kos selenggara sekitar = RM2000. Rencam = RM1800 Modal lebih kurang = RM16,000.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
66
Hasil: harga sekilo sekitar RM30 atau RM40 harga basah. Pohon berusia 3 tahun mencapai berat lebih 5 kilo. Jadi sepohon mungkin dapat sekitar RM150 dalam masa 3 tahun. maka RM150x1400= RM210,000. ditolak modal RM16,000 RM210,000-RM16,000= RM194,000. Sangat lumayan, dalam masa 3 tahun anda dapat RM193,000. Kalau gaji anda, hampir 18 tahun bekerja. Risiko kecil dan senang diurus tapi untung teramat besar. Musuh utama masa kecil ialah ulat daun. Pasaran: Satu tinjauan sendiri dan rakan-rakan mendapati, kebanyakan kilang di Selangor, Kedah, Penang, Perak, Johor dan Kelantan sangat berminat dengan sebarang tanaman herba, yang paling popular Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Di Kelantan sahaja ada lebih 5 kilang herba yang besar seperti Linang Best, MH UMMI, Episode Lagenda, ZH Homeopathy dan kilang kecil lebih banyak lagi. Saya sendiri pernah ditawar untuk membekalkan 2 tan sebulan setiap satu jenis herba yang disenaraikan tadi. Saya kata tak mampu, jadi saya tolak. Masa tu nak ikat kontrak tak berani pasal bahan sangat kurang di pasaran. Jadi jika ramai yang menanam tongkat ali atau lain-lain. Mungkin saya atau anda sanggup ikat kontrak. Yelah! Kalau dah sign, tentulah ada syaratnya. Kalau tidak tertunai, kita sendiri nanti kena saman dek kilang. Bayangkan 2 tan ialah 2000kg berat kering sebulan untuk setiap satu jenis. Harga herba berat kering ialah 3 kali ganda berat basah. Biasanya harga kering sekitar RM90-120 satu kg. Dan setahun ada 12 bulan. Dah berapa? Kira sendiri. Ini satu lagi benda keajaipan Dunia yang Einstein tak sempat tahu! Lain-lain herba, kena tanya nurseri untuk anak benih atau MARDI untuk penyelidikan dan FAMA untuk pemasaran. ROYALTI & PATEN Salah satu produk yang boleh menjadi sungai wang ialah hasil royalti. Sekali anda bekerja, dia akan sentiasa mengeluarkan wang, dalam bentuk royalti. Walaupun ia tidak popular di Malaysia, tetapi di negara maju, para penulis novel seram, cinta, penyiasatan dan sebagainya berpendapatan lebih USD1 juta setahun. Seperti Sidney Seldon, Stephen King, Jackie Collins, Charles Dicken, Mark Twain dsbnya. Begitu juga kartunis seperti Charles Shulz-Peanuts, Jim Davis-Garfiled, Walts Disney sendiri, pencipta watak kartun Hello Kittie, The Simpson, Superman, Ultraman, Ninja Turtle dan banyak lagi.
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
67
Mengikut satu penerbit PTS di Malaysia, terdapat juga novelis cinta mampu meraih pendapatan royalti lebih RM120,000.00. Ada juga buku yang terjual lebih 80,000 naskhah. Pernah saya diberitahu satu penerbit buku seni kahwin, penulisnya mendapat lebih RM120,000 untuk satu judul buku. Tak termasuk karyanya yang diciplak yang sudah tentu dua kali ganda banyaknya. Ala! Yang fotostat pun kena beli RM10 kat kedai fotostat apek! Dia dah dapat jual beratus entah beribu naskhah tanpa royalti. Jika tidak tentu si penulis tu dapat lebih RM300,000.00. Ada yang jual paten rekabentuk untuk kilang. Bagi mereka yang mahir dan seni, paten-paten produk yang dicipta dipatenkan di US dan dijual terus atau sebagai royalti. Misalnya paten bentuk kerusi, perabot, barang kemas, alat elektronik, kodsumber dan sebagainya. Pernah seorang pensyarah UKM menjual hak paten wafer litar USD100,000. pada sebuah kilang di US. Seorang programmer UTM masih tawar-menawar harga satu paten kodsumber yang direkabentuk olehnya sendiri untuk multimedia authoring tool dengan harga RM1 juta dengan MIMOS. Dua orang pelajar sarjana UKM juga masih tawar-menawar harga paten kodsumber untuk CAD dengan harga RM1 juta. Jika produk atau hasil kerja anda ada nilai harta intelektual (IP), silalah berbincang dengan penilai IP di Teknologi Park atau akauntan yang specialis IP. Mungkin anda akan kaya-raya selepas ini. Mana tahu, urusan rezeki semuanya di dalam kekuasaan Allah. HARTANAH: akan dihuraikan dalam versi seterusnya. BERNIAGA: Sebelum anda buat untung lagi anda dan kena celik kewangan. Banyak perkara yang kena terlibat sebelum anda kira untung! Anda kena buka lesen perniagaan ROC dan lesen perbandaran, misalnya DBKL, MPKB, MPI atau Majlis Perbandaran lain. Jenis syarikat pula ada yang enterprise, sdn bhd dan berhad. Jadi, anda kena tentukan dari awal jenis mana yang sesuai dengan anda setelah mengambil kira semua faktor. Salah satu perkara yang perlu ditekan ialah struktur cukai syarikat. Pasal dalam bisnes, cukai adalah wang keluar yang tidak sedikit. Cukai individu pun dah tak terbayar, itu baru sekitar 5-10 %. (RM900 setahun). Inikan pula cukai syarikat yang tentunya lebih besar peratusnya iaitu antara 30% dan ke atas. Oleh itu, pilihlah jenis syarikat yang mampu meminimumkan cukai. Jika pendapatan tahunan syarikat anda kecil, bawah RM30,000 setahun, tak mengapa jika anda masih berada dalam jenis enterprise atau trading. Kerana ia dikira jenis cukai individu dengan kiraan cukai ke atas perbelanjaan urus syarikat. Kalau nilai urusniaga syarikat anda beratus ribu atau juta-juta setahun. Lebih baik guna syarikat jenis sdn bhd dan berhad. Kerana perbelanjaan syarikat akan ditolak awal dalam akaun, maka hanya keuntungan kasar sahaja yang dicukai. Perbelanjaan mengurus tidak dikenakan cukai. Oleh sebab itu, firma besar berbelanja iklan besar-besaran, bayar pengarah mahal, bayar entertainment besar-besaran, bayar perubatan di hospital mewah, kerana semua belanja itu tak Copyright 2005® Kamaruddin Mamat
SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja
68
dikira cukai. Ia dikira belanja urus syarikat. Jadi belanjalah banyak manapun, akhir tahun, hanya pendapatan kasar sahaja yang dicukai. Itu pasal anda tengok, ada syarikat beli gudang, beli rumah, kereta, van, lori, membership kelab golf, dan sebagainya guna duit syarikat tak dikena cukai. Yang lain akan dihurai kemudian dalam versi seterusnya. PENUTUP Semua yang saya beritahu anda adalah cara wang bekerja dan anda bekerja dalam pilihan. Tak perlu anda letak jawatan, kecuali kerja anda memang teruk dan memenatkan. Asalkan anda enjoy dengan kerja, baik teruskan. Berbanding dengan sebelum ini, akibat anda sedikit celik kewangan, sekarang anda sudah ada pilihan. Samada anda berhenti kerja atau masih bekerja, wang tetap masuk ke dalam aset anda. Ini benar-benar abad kewangan yang ditunggutunggu. Oleh itu, jadilah anda seorang yang celik kewangan terus menerus. Sentiasa perbaharui sebarang ilmu dari semasa ke semasa. Baik ilmu kewangan mahupun ilmu agama. Insya-Allah, walaupun anda kaya, anda masih diberkati oleh Allah SWT. Satu lagi pesanan ialah amalkan segera apa yang anda baca. Kerana betapa ramai orang di dunia ini yang tak tahu kerana tak membaca, dan berapa yang membaca tapi tak faham, dan berapa ramai yang faham dan tahu tapi tak beramal! Jika begitu sia-sialah buku ini! Sekiranya anda mahu ilmu yang lebih terperinci, anda mesti melabur pada akal budi anda sendiri. Beli dan bacalah buku-buku yang bermutu tinggi. Untuk pelaburan yang murah boleh dapatkan dalam bentuk ebooks di laman ini http://www.jimatduit.com. Dan untuk pelaburan yang mahal, belilah bukubuku di pustaka atau masuklah seminar tentang pengurusan kewangan peribadi. Sila kunjungi laman http://sitekreator.com/sgwang1/ ini selalu untuk kemaskini ebook ini dan lain-lain. Selamat Maju Jaya!
Copyright 2005® Kamaruddin Mamat