Belajar Mengenal Identiti

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Belajar Mengenal Identiti as PDF for free.

More details

  • Words: 525
  • Pages: 3
Belajar Mengenal Identiti "Siapa nama anak?" "Nina" “Umur Nina berapa tahun?" "5 tahun" Bangganya ibubapa jika si kecil sudah boleh menjelaskan identiti dirinya seperti nama dan usia. Bagi si kecil sendiri, rasa keyakinan kepada dirinya tercetus ketika ia mampu menjelaskan identitinya. Kelak, ia akan lebih mudah bergaul dan bersosial. Disamping itu, dengan mengetahui identitinya, ia akan merasa bangga kerana dirinya sama seperti teman-teman yang lain. Samasama memiliki ayah, ibu, kakak atau adik, sekaligus juga menimbulkan rasa tenang dan gembira dalam dirinya, karena si kecil umumnya tidak ingin berbeza dari teman-temannya. Pemahamannya tentang anggota keluarga, tentunya juga dapat mengeratkan ikatan emosi dan kekeluargaan. Si kecil memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Dengan kita memperkenalkankan identitinya, rasa ingin tahu anak tentang keluarganya sudah dipenuhi. Tidak kurang pentingnya, pengenalan identiti diri bermanfaat untuk keselamatan anak. Contohnya,si kecil mungkin terlepas dari kawalan ayah atau ibu di tempat keramaian seperti di pusat membeli belah. Sekiranya anak telah tahu identitinya, ini akan lebih memudahkan orang lain untuk mencari ibu atau bapanya. Waktu yang paling tepat untuk mengenalkan identiti adalah ketika anak telah lancar berbicara dan memahami percakapan. Biasanya

memasuki usia kira-kira 3 atau 4 tahun, anak sudah memiliki kemampuan berbahasa yang baik. Bahkan lebih cepat lagi sekiranya anak didedahkan dengan ransangan perkembangan bahasa di peringkat yang lebih awal. Cuba perhatikan, apakah si kecil sudah bersedia untuk belajar mengenali identitinya? Jika sudah bersedia, bantulah anak mengenali dirinya. Di bawah ini diberi beberapa panduan untuk ibubapa membantu anak bagi mengenali identitinya. PANDUAN MENGENALKAN IDENTITI * Identiti yang harus dikenalkan kepada anak Ada beberapa identiti yang harus dikenalkan kepada anak seperti nama dirinya, nama ibubapa, alamat rumah, nombor talipon dan lain-lain. * Lakukan secara bertahap Sebagai permulaaan, yang diperkenalkan adalah nama panggilan, bukan nama lengkap baik untuk dirinya sendiri maupun ibubapa. Jangan buru-buru memperkenalkan anak dengan nama dan alamat yang lengkap serta nombor talipon. Daya ingatan si kecil masih terbatas dan kemampuannya dalam menghafal angka masih lemah. Setelah perkembangan kognitifnya bertambah dan kemampuan berbahasanya semakin baik, barulah pengenalan identiti ini dapat ditingkatkan. Mulailah dengan pengenalan nama lengkapnya, nama lengkap ibubapanya dan alamat lengkap rumah. Pengenalan identiti berhubung rapat dengan kemampuan berbahasa atau penguasaan dan pemahaman kosakata. Sekiranya si kecil mempunyai kemampuan berbahasa dan penguasaan kosakatanya baik, maka si kecil lebih mampu mengungkapkan identitinya. * Jangan bosan mengulang-ulang Oleh kerana daya ingatan di usia kecil masih terbatas, maka pengulangan menjadi penting. Bila perlu, lakukan sambil bermain

atau ciptakan lagu khusus yang berkaitan dengan identiti diri dan keluarganya. Pengenalan melalui lagu menjadi lebih efektif karena anak kecil sedang memasuki tahap perkembangan meniru tingkah laku orang-orang di sekelilingnya. Lagu umumnya lebih mudah ditiru dan diikuti. * Harus mempunyai kesabaran yang tinggi Jangan memarahi anak jika mereka masih keliru dan belum boleh menyebut identitinya dengan jelas. Rasa bersalah dan kemarahan ibubapa menyebabkan si kecil takut untuk mencuba lagi. Daya ingatannya masih terbatas dan pertuturannya masih belum sempurna. Umumnya, anak pada tahap awal hanya mampu mengucapkan ayat-ayat pendek yang terdiri dari 3 atau 4 perkataan. * Berikan dorongan Dengan adanya dorongan dari ibubapa, maka si kecil akan bersemangat untuk mempelajari sesuatu. Ransangan yang baik dari persekitaran juga akan membuatkan anak merasa tenang dan gembira ketika belajar mengenali identitinya. Wallahu'alam

Related Documents

Belajar Mengenal Identiti
October 2019 16
Krisis Identiti
July 2020 8
Belajar
November 2019 64
Mengenal Usb
May 2020 26
Mengenal-kambing.pdf
June 2020 19