Bank Pusat @ Bank Negara (2007)

  • Uploaded by: s126178
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bank Pusat @ Bank Negara (2007) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,162
  • Pages: 33
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KOLEJ SASTERA DAN SAINS (CAS) EEB 1013 PRINSIP EKONOMI KUMPULAN L NAMA PENSYARAH: PN.SITI NORLIZA JUMALI NAMA PELAJAR: NOOR ZAIHAN BINTI DAUD (127417) NURUL SUHAIDAH BINTI AZHAR (126189) SUDA A/P GUNASELAN (128025)

Bank Negara @ Bank Pusat

Difinisi Bank Negara @ Bank Pusat 1.Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara. 2. Setiap negara mempunyai bank pusat atapun pihak berkuasa yg menguruskan hal ehwal kewangan Negara tetapi nama berbeza.Umpamanya di U.S. ia dikenali sebagai Faderal Reserve System yang mengandungi beberapa bank Faderal Reserve, di UK pula bank pusatnya dipanggil Bank of England, sementara di

Kepentingan Bank Negara @ Bank Pusat

Mengeluarkan Mata Wang Negara Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia) Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.

Jurubank Kepada Kerajaan Ø Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan. Ø Mentadbir hutang negara: 3. Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan. 4. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.

Mengawal Kadar Pertukaran Asing Dan Imbangan Pembayaran

Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing

Mengawasi Kegiatan Bank Perdagangan Dan Institusi Kewangan Lain Serta Ø Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Ø Dasar kewangan menguncup semasa inflasi. Ø Dasar kewangan mengembang semasa deflasi.

Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan

Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit .

Sambungan… Ø Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

Sumber Pinjaman Terakhir Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara). Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.

Sambungan… Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Nisbah Rizab Berkanun = (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Nisbah Harta Cair = (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

Penubuhan Bank Negara Malaysia Dan Objektifnya

Sejarah Penubuhan Bank Negara Malaysia (BNM) Ditubuhkan Pada 26 januari 1959 melalui Ordinan Bank Pusat Malaya,1958 (OBPM).OBPM telah dipinda dalam tahun 1994 dan dinamakan Akta Bank Pusat Malaysia 1958 (Pindaan - 1994) (APBM).

Objektif Penubuhan Bank Negara Malaysia 1. Menerbitkan matawang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai matawang. 2. Sebagai juruwang dan penasihat kewangan kepada kerajaan . 3. Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang sihat. 4. Mempengaruhi situasi kredit untuk faedah Negara.

Fungsi Bank Negara Malaysia (Penekanan kepada Dasar kewangan kuantitatif dan Dasar kewangan Kualitatif)

Dasar Kewangan Def: Kawalan penawaran wang (Ms) dalam ekonomi oleh Bank Pusat untuk mempengaruhi kadar bunga dan mencapai tingkat guna tenaga penuh serta tingkat output tanpa inflasi. Dasar kewangan mengembang bertujuan untuk meningkatkan wang dan kredit dalam pasaran. Dasar kewangan menguncup untuk mengurangkan wang dan kredit dalam pasaran

Alat-alat Dasar Kewangan : Digunakan untuk mengawal bekalan wang dan pembentukan kredit Alat-alat Dasar kewangan Kuantitatif  Nisbah Keperluan Rizab  Kadar Diskaun  Operasi Pasaran Terbuka Alat-alat Dasar Kewangan Kualitatif  Kawalan kredit terpilih  Kadar syarat margin  Kawalan ke atas gadai janji  Kredit ansuran  Arahan khas  Dasar kadar bunga

Alat-alat Dasar kewangan kuantitatif : Nisbah Keperluan Rizab/Keperluan Rizab Berkanun (SRR)  Jumlah minimum rizab berbanding jumlah deposit yang diterima oleh bank perdagangan  Peratusan tertentu rizab bank perdagangan yang mesti disimpan di BP Kadar Diskaun  Pinjaman yang dibuat oleh bank perdagangan kepada BP dan dikenakan kadar faedah yang dipanggil kadar diskaun Operasi Pasaran Terbuka  Jual beli surat jaminan kerajaan (sekuriti) dan bon sama ada jangka pendek atau jangka panjang di pasaran terbuka dan teratur. Dilakukan oleh BP

Alat Dasar kewangan Kualitatif : Kadar Syarat Margin  Mempengaruhi aktiviti spekulasi terutamanya di pasaran saham Kawalan ke atas Gadai Janji  Pemberian pinjaman bergantung kepada bayaran pendahuluan dan tempoh masa bayaran balik. Kredit ansuran  Tentukan bayaran pendahuluan dan tempoh masa bayaran balik bagi pembelian secara ansuran. Arahan Khas  Arahan dikeluarkan oleh BP utk mempengaruhi aktiviti pinjaman dan pelaburan. Dasar Kadar Bunga  Mengelakkan persaingan di antara bank perdagangan  Menetapkan had maksima kadar bunga yang boleh ditawarkan

Sambungan… Pujukan Moral Pertemuan langsung BP dengan bank perdagangan dan institusi kewangan.  Bertujuan menerangkan langkah kerajaan untuk kepentingan ekonomi.  Bank perdagangan diseru mengambil langkah yang sejajar dengan tindakan kerajaan  Keputusan terletak di tangan bank perdagangan 

Peranan Bank Negara dalam mengatasi kemelesetan Ekonomi (Inflasi dan Deflasi @

1.Inflasi a. Menaikkan nisbah rizab berkanun • Bank pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat, menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman berkurang. • Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

b.Menaikkan kadar Bank atau Kadar Diskaun • Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. • Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, ini akan menyebabkan bank perdagangan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. • Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurang. Perbelanjaan isi rumah turut

c.Menjual Surat Jaminan Kerajaan. • Bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai. • Ini akan menyebabkan penawaran wang berkurang dalam masyarakat. • Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Ekonomi Kawalan Sendiri: Menghapuskan Lompang Inflasi

2.Deflasi (Pengangguran) a.Menurunkan Nisbah Rizab Berkanun. • Semasa pengangguran, bank pusat akan menurunkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan yang dibuat oleh bank perdagangan. • Ini akan menyebabkan keupayaan bank untuk memberi pinjaman meningkat. • Kuasa beli masyarakat meningkat dan peluang pekerjaan turut meningkat untuk memenuhi permintaan agregat masyarakat. Maka, pengangguran akan

b.Menurunkan Kadar Bank Atau Kadar Diskaun. • Semasa pengangguran, bank pusat akan menurunkan kadar bank terhadap bank perdagangan. • Kadar bank merupakan kadar bunga yang dikenakan oleh bank pusat terhadap pinjaman bank perdagangan. • Apabila bank pusat menurunkan kadar bank, ini akan menyebabkan pelaburan bank perdagangan menurunkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. • Kadar bunga yang rendah menyebabkan pelaburan meningkat. Ini menyebabkan

c.Membeli Surat Jaminan Kerajaan. • Semasa pengangguran, bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan daripada bank perdagangan dan orang ramai. • Ini akan menyebabkan penawaran wang bertambah dalam masyarakat. • Kuasa beli masyarakat meningkat dan peluang pekerjaan turut meningkat untuk memenuhi permintaan agregat masyarakat. Maka, pengangguran akan berkurang.

Ekonomi Kawalan Sendiri: Menghapuskan Lompang Deflasi (Pengangguran)

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH…

Related Documents

Fungsi Bank Pusat
June 2020 5
Bank Negara Malaysia
June 2020 23
Bank
May 2020 33
Bank
November 2019 89

More Documents from "Nikko Adhitama"