Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tn. Haji Abdul Halim (Pengarah), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas, Pulau Pinang, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
30 NOVEMBER 2007
Tuan / Puan,
Memohon Kebenaran Pelepasan Balik Awal Pada Slot 4 Dan 5 Saya Mohd Radzuan Bin Ahmad selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar 2007 mewakili pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ingin memohon kebenaran untuk pulang awal ke asrama iaitu pada slot 4 dan 5 pada tarikh 19 Disember 2007. 2.Antara sebab-sebab memohon pelepasan awal pulang keasrama ialah para pelajar perlu memgemas bilik masing-masing sebelum meninggalkan asrama dimana bilik hendaklah di bersihkan dan perlu membawa pulang semua barang yang dibawa dari kampung . 3.Bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar negeri pula perlu sampai ke perhentian bas untuk mendapatkan bas pulang ke kampung. Jika pelajar dilepaskan seperti biasa pada hari tersebut iaitu pada pukul 5.00 petang maka untuk membuat persiapan mengemas pakaian, mengemas bilik dan mengangkut barangan yang perlu dibawa balik akan mengambil masa yang agak lama. 4.Untuk makluman Tuan/Puan pelajar hendaklah serahkan kunci bilik pada penyelia asrama selewat-lewatnya pada pukul 7.00 malam jadi disini masa untuk persiapan pelajar amat singkat kerana hanya terdapat 2 jam sahaja masa yang akan di peruntukkan. 5.Manakala pelajar-pelajar juga harus pulang kerumah awal sedikit untuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari cuti bermula iaitu 20 Disember 2007. Ramai pelajar yang masih belum pulang ke kampung selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri yang lepas terutamanya pelajar yang dating dari luar negeri seperti Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Melaka dan lain-lain negeri. Bersama surat ini di sertakan bersama surat sokongan dari Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian. Harap pihak Tuan/Puan akan membuat keputusan yang terbaik bagi menyenangkan lagi pelajar ketika hari pulang kampung sempena cuti akhir semester. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
……………………………… (Mohd Radzuan Bin Ahmad) Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.
PELEPASAN AWAL IAITU PADA SLOT 4 DAN 5 BENGKEL: ______________________________ NAMA PENGAJAR: BIL 1 2 3 4 5 6 7
NAMA PENGAJAR
KELAS
SLOT
TAND/TANGAN
____________________________________________________________________________
DISOKONG OLEH: KETUA BAHAGIAN,
…………………….. (
)
DISOKONG OLEH: KETUA JABATAN,
…………………….. (
)