Baju Kurung

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Baju Kurung as PDF for free.

More details

  • Words: 1,994
  • Pages: 13
Post #41

Baju Kurung Melayu AF Pro

Pendahuluan Group: Members Posts: 1,651 Joined: 16-June 06

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik

Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung, Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.

Baju Kurung

(IMG:http://img286.imageshack.us/img286/6629/bajukurunglt9.jpg)

Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Namun begitu, baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.

Sejarah Baju Kurung

Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat tentang siapa yang mulamula memakai baju kurung. Ini berlaku kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah lama dipakai oleh berbagai penduduk di wilayah nusantara.

Menurut Judi Achjadi dalam buku “Pakaian Daerah Wanita Indonesia”, menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini mempunyai pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam

Zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat.Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini.

Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku “Pakaian Patut Melayu”, pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Mengikut Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai oleh penari istana di Palembang dan pakaian ini telah menjadi popular di Sumatera pada abad ke-20.

Ciri-ciri Baju Kurung Tradisional

(IMG:http://img149.imageshack.us/img149/979/bajukurung02fb3.jpg)

Baju kurung tradisional berkeadaan longgar, bertangan panjang dan berpesak serta kembang dibahagian bawah.

(IMG:http://img149.imageshack.us/img149/971/bajumelayu01gv5.jpg)

Baju Melayu yang digunakan untuk kaum lelaki menggunakan ciri-ciri baju kurung yang sama tetapi dipakai dengan seluar dan samping

(IMG:http://img224.imageshack.us/img224/4997/bajukurung03im9.jpg)

Bagi kaum wanita, baju kurung dipakai dengan kain sarung ikatan “ombak mengalun”.

Jenis Kain

Pakaian basahan dirumah selalunya diperbuat daripada kain kapas ataupun kain yang tidak terlalu mahal.

Pakaian rasmi menggunakan kain yang lebih berharga seperti kain sutera, kain broked, kain baldu dan sebagainya.

Perbezaan Baju Kurung Lelaki dan Perempuan

Perbezaan antara baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan menurut buku Pakaian Patut Melayu.

Lelaki

Labuh: Bawah punggung

Alas Leher: Lebar

Poket: Dua

Perempuan

Labuh: Bawah lutut

Alas Leher: Halus

Poket: Tiada

Jenis Baju Kurung

* Baju Kurung Teluk Belanga

* Baju Kurung Cekak Musang

Baju Kurung Teluk Belanga

(IMG:http://img140.imageshack.us/img140/4413/telukbelangabl7.jpg)

Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan sepanjang lima inci.

Pada keliling tebukan leher baju, dilapik dengan kain lain dan dijahit ‘sembat halus’, manakala pada bahagian pinggir bulatan itu dijahitkan ‘tulang belut halus’. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

(IMG:http://img246.imageshack.us/img246/5518/telukbelanga02ww0.jpg)

(IMG:http://img138.imageshack.us/img138/9651/telukbelanga03xu6.jpg)

Potongan lengan baju ialah panjang dan longgar serta berkekek sapu tangan atau berkekek gantung. Potongan bahagian badan pula lurus dan kembang di bawah. Baju ini biasanya dipakai dengan lehernya dikancing dengan satu butang. Biasanya butang yang digunakan berwarna emas atau perak atau berbatu berlian atau batu lain yang bernilai.

Jika kancing yang digunakan diikat dengan sebiji batu dipanggil sebagai kancing “garam sebuku” dan jika diikat dengan beberapa batu dipanggil kancing “kunang-kunang sekebun”

HangPC2

Feb 19 2008, 08:46 PM Post #42

AF Pro

(IMG:http://img114.imageshack.us/img114/6094/telukbelanga04lv7.jpg) Group: Members Posts: 1,651

Baju Kurung Teluk Belanga bagi lelaki

Joined: 16-June 06

(IMG:http://img54.imageshack.us/img54/2373/telukbelanga05bt6.jpg)

Baju Kurung Teluk Belanga bagi perempuan

Baju Kurung Cekak Musang

Menurut buku Pakaian Patut Melayu, baju kurung ini telah diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Tuan Haji Osman (juga dikenali sebagai Tuan Busu) yang tinggal di Teluk Belanga.

Baju ini dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji). Tuan Busu telah memendekkan jubah hingga ke paras punggung dan diubahsuai mengikut bentuk baju kurung Teluk Belanga.

Baju kurung ini berbentuk seperti baju kurung Teluk Belanga, kecuali bahagian lehernya tegak dan bahagian belah baju dihadapannya tertutup. Bahagian leher baju ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang.

Pada masa sekarang baju kurung versi lelaki lebih dikenali dengan nama baju Melayu. Baju ini juga pernah dicatatkan dalam buku Life and Customs oleh R.O. Winstedt yang dipetik daripada Logan, J. I. A. cetakan tahun 1909 mengenai baju yang dinamakan “baju kurung Chikah Munsang”.

(IMG:http://img288.imageshack.us/img288/8895/cekakmusang01bi2.jpg)

Baju Kurung Cekak Musang bagi lelaki

(IMG:http://img434.imageshack.us/img434/7771/cekakmusang02vb7.jpg)

Baju Kurung Cekak Musang bagi perempuan

Kain Sarung

Baju kurung Melayu menggunakan kain sarung “ikatan ombak mengalun” iaitu lipatan kain yang berombak-ombak yang dilipat di bahagian tepi kiri atau kanan badan.

Kain sarung digunakan sebagai kain tudung yang juga disebut sebagai “kain dagang”. Kain dagang digunakan untuk berlindung daripada cahaya matahari apabila berada diluar rumah dan berada di dalam rumah ianya diikat pada pinggang sahaja.

(IMG:http://img501.imageshack.us/img501/4952/kasinsarung01jl6.jpg)

Kiri

Pakaian kain dagang semasa berjalan-jalan

Kanan

Pakaian kain dagang semasa berada di rumah

Seluar

Orang lelaki pada kebiasaannya memakai baju kurung dengan seluar panjang yang dipakai bersama kain sarung yang diikat dipinggang hingga paras lutut.

Jenis seluar yang biasa digunakan:

* Seluar panjang : labuhnya sehingga atas buku lali * Seluar Acheh : labuhnya sehingga atas betis * Seluar katuk : labuhnya sehingga atas lutut * Seluar sampit : labuhnya sehingga atas peha

Bagi yang memakai kain sarung tanpa seluar dipanggil sebagai pakaian “ketumbing”. Kain sarung ini dipakai labuh hingga ke buku lali. Biasanya dipakai ketika dirumah atau semasa ke masjid atau surau.

(IMG:http://img444.imageshack.us/img444/3484/seluarpanjangmelayuto4.jpg)

Seluar Panjang

(IMG:http://img172.imageshack.us/img172/5200/seluarpanjangachehml5.jpg)

Seluar Acheh

Samping

Samping ialah nama baru yang membawa maksud kain sampingan bagi mengiringi baju dan seluar pakaian melayu. Kain ini berasal daripada kain sarung atau kain lepas orang zaman dahulu.

Terdapat beberapa gaya ikatan samping:

*Ikatan pancung *Ikatan kembung *Ikatan lingkup

(IMG:http://img291.imageshack.us/img291/7121/sampingikatanpancungax4.jpg)

Samping ~ Ikatan Pancung

Ikatan pancung iaitu ikatan samping yang menggunakan kain lepas dililitkan dipinggang dan sebelum sampai ke penghujung kain, kain ini dipancung iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung atau punca kain terkulai ke bawah.

(IMG:http://img291.imageshack.us/img291/3435/sampingikatankembungqy7.jpg)

Samping ~ Ikatan Kembung

Ikatan kembung diperkenalkan setelah orang mula menjahit dikedua-dua hujung kain untuk dijadikan sarung. Ikatan kembung berbentuk seperti pemakaian samping pengantin yang digunakan pada hari ini. Perkataan kembung diambil daripada keadaan kain yang kelihatan kembung apabila kain sarung ditarik berboson-boson ke bahagian tengah atau tepi badan untuk dipintal dan diikat berbagai-bagai cara ke pinggang.

(IMG:http://img119.imageshack.us/img119/6136/sampingikatanlingkupgq3.jpg)

Samping ~ Ikatan Lingkup

Ikatan lingkup merupakan ikatan bagi pakaian biasa seperti yang biasa digunakan pada masa kini. Ikatan ini hanya digulungkan saja bahagian atas samping samada dengan cara ikat lingkup ke hadapan atau ikat lingkup ke tepi. Keadaan ini tidak meninggalkan kesan kembung.

jemekelate

Feb 19 2008, 11:11 PM Post #43

Thanks alot for the info hangpc.btw, here i found a very interesting AF Fan

fotopages(but it is mainly about kelantanese culture).

How does a common malay man dress 100 years ago.(you can see Group: Members Posts: 21 Joined: 14-May 07

them wearing the kain plikat) http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=550590

and the woman http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=554574

imo, the dress is suitable for the weather and their work as farmer/fisherman etc.

HangPC2

Feb 20 2008, 11:08 PM Post #44

Anuar Zain & Ellina - Kain Pelikat (Full Song) AF Pro

Group: Members Posts: 1,651 Joined: 16-June 06

LYRICS

Kain pelikat lalalala Kain pelikat lalalala Kain pelikat diguna aneka cara

Kain pelikat lalalala Kain pelikat lalalala Kain pelikat diguna disini sana

Pakaian istimewa Berangin-angin keliling Kelengkapan tudung kepala

Ibu menggendong anaknya

Ke kamar rehat sesuai Bila kenduri dipakai Kain pelikat elok dielak Bertenggok koyak

Kain pelikat lalalala Kain pelikat lalalala Kain pelikat selesa memang selesa

Kain pelikat lalalala Kain pelikat lalalala Kain pelikat diguna semua ketika

http://www.youtube.com/watch?v=zrBPxsCOf3k

HangPC2

Aug 13 2008, 10:33 PM Post #45

Malay headdress maker wants to save the art from AF Pro

fading away

Group: Members Posts: 1,651 Joined: 16-June 06

By JAYAGANDI JAYARAJ

THE tradition of wearing the Tengkolok or the Malay headdress dates back to the times of the Malay sultanate.

Back then the headdress for men was a status symbol.

Only the rich wore it and more prominently it was part of the royal costume.

There were specially appointed skilled artisans to make Tengkolok for the Sultans in the palace.

The designs and shapes varied from state to state and each shape was folded in semblance of animals or abstract ideas, hence names like Lang Patah Sayap (eagle with broken wings), Ayam Patah Kepak (rooster with broken wings), Dendam Tak Sudah (unfinished business), Gajah Berjuang (elephants fighting) and Menyonsong Again (facing the wind).

“Today the Tengkolok remains as part of the royal ensemble.

“What the commoners wear are designs with a twist or have been modified from the original designs. They cannot wear the same designs worn by royalties,” said Tengkolok maker Nik Hamid Nik Mustafa.

The 54-year-old's interest in the art started off 30 years ago while he was still in Kelantan, dancing for a cultural troop.

(IMG:http://img111.imageshack.us/img111/9513/thestarmalaytengkolok01xh7.jpg)

Not the same type: the shape of the tengkolok varies from state to state as seen here.

“While in the group, we had to make our Tengkolok and that's how it started off.

“But there was no one to teach me. The one or two teachers that I discovered later had passed on too.

“So what I did was research. When I came down to Kuala Lumpur in 1975, I researched on photographs of various designs and through trial and error worked on getting it right and perfect,” said Nik Hamid who is working at the Seri Jemari Songket in Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Using Songket and other materials including cotton, Nik Hamid is an expert Tengkolok maker who had created headdresses for weddings, royal events and dancers in Istana Budaya. Before the discovery of Songket, Hamid said the Tengkolok was made from Indian materials and Chinese silk while the commoners used ordinary materials.

“Tengkoloks were made using Songket only about 200 years ago,” he said as he demonstrated how to make a Tengkolok.

Settling on a Dendam Tak Sudah design, Nik Hamid began his folding works expertly as two young learners Nik Haslan Hassan, 20, and Noor Shah Rizal, 21, watched enthusiastically.

The 31 X 31 Songket that Nik Hamid used was earlier starched and folded into two to form a triangle shape with hard collar paper in between before it was ironed and stitched at the sides.

Originally 45 X 45 material was used for Tengkoloks.

“With that you begin to fold it to the design that you want. It is not easy as you need to insert the wires at the right fold in order to keep the tengkolok in a particular shape.

“You also have to be careful with the needle as it goes through the hard paper. I have had needles go through my fingers many times while stitching.

(IMG:http://img111.imageshack.us/img111/7756/thestarmalaytengkolok02ft3.jpg)

Young learners: (From right) Nik Haslan and Noor Shah looking at Nik Hamid expertly folding a tengkolok.

“That’s why you don’t see women making Tengkolok. It requires physical strength too,” he said adding that it took him 15 years to perfect his folding skills.

Compared to those days, Nik Hamid said there were more creative Tengkolok designers these days and these Tengkoloks were made to last longer depending on its usage.

In an effort to preserve the art from dying, Nik Hamid is planning on getting a research fund from the Museum and Antiquity department to do a detailed research on the art from state to state.

After which, he planned to produce a demonstration CD on various styles of making the Tengkolok.

“Otherwise, this art will slowly fade off,” he said.

- The Star -

Related Documents

Baju Kurung
May 2020 20
Baju
May 2020 32
Liat Baju
October 2019 42
Baju Melayu
May 2020 27
Baju Pkk.docx
May 2020 27