Baitulmal Baitulmal merupakan satu istilah bahasa arab yang bermaksud rumah harta.Dalam istilah moden dinamakan sebagai Perbendaharaan Negara.Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelengarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang,emas ataupun perak.Ringkasnya Ia berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam.Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan bank islam yang aktif dan langsung memperniagakan harta umat Islam secara terkumpul. Sejarah Penubuhan Baitulmal Institusi kewangan islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq lagi.Tetapi pada masa itu belum lagi wujud lantaran pendapatan Negara tidak berkembang pesat.Terdapat dua jenis pendapatan Negara pada masa itu:Zakat dan Harta yang diperoleh melalui peperangan seperti jizyah,ghanimah dan fai.Pendapatan Negara tidak disimpan lama,ia terus diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.Faktor inilah sebenarnya yang menjadikan fungsi baitulmal tidak begitu ketara pada ketika pada ketika itu. Institusi Baitulmal telah wujud secara rasminya pada zaman pemerintahan ‘Saidina Umar Bin al-Khattab.Pada zaman tersebut,peluasan wilayah Islam telah berlaku dengan pesat.Implikasinya, banyak harta benda yang terkumpul daripada peluasan wlayah tersebut sehingga tidak dapat diagihkan dengan serta merta.Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid Bin Al-Walid untuk menubuhkan satu perbendaharaan Negara dengan berasaskan kepada ayat-ayat Al-Quran ,Hadith Rasulullah dan Ijtihad para Sahabat.Pada awalnya,perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan. Pada zaman Bani Umayyah(41-132H),institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat.Islam telah Berjaya meluaskan jajahan takhluknya hingga ke Afrika, Rom, dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu kharaj, disamping zakat, ghanimah, fai dan jizyah. Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), apabila pusat pemerintahan Negara Islam berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan terpenting bagi perdagangan timur dan barat, pendapatan intutusi telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mum dengan Al-Amin adalah titik permulaan kemerosotan institusi Baitumal. Institusi Baitumal tidak dapat berfungsi dengan baik dibawah pemerintahan Al-Ma’mum. Apabila berlaku penaklukan kuasa barat ke Negara Islam selepas era perang salib (1096-1250M), institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi untuk menjana ekonomi dan membangungkan prasarana umat Islam. Peranan semakin sempit dan terhad kepada penggumpullan dan pengagihan wang zakat, fitrah zakat harta dan wakaf.