Bagaimana Pulau Bruit Mendapat Nama

  • Uploaded by: Akin Ziey Amin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bagaimana Pulau Bruit Mendapat Nama as PDF for free.

More details

  • Words: 949
  • Pages: 5
INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK KPLI KDC-SR PEMULIHAN KHAS

Bahasa Melayu Komunikasi “Asal Usul Nama Pulau Bruit”

Nama

: MEHIZAN BIN METAMIN

Kad Pengenalan

: 810508-13-6203

No. pendaftaran

: 2007/4665

Kumpulan

: KDCPK 31107

Pengkhususan

: PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pulau Bruit merupakan sebuah pulau yang terbesar di negeri Sarawak. Pada asalnya pulau ini tidak mempunyai nama dan hanya dijadikan sebagai sebuah tempat untuk bercucuk tanam oleh penduduk yang tinggal ditanah besar. Tanah dikawasan pulau ini adalah sangat subur dan kesuburan ini masih kekal sehingga sekarang. Oleh kerana terkenal dengan kesuburan ini segelintir peneroka awal dari tanah besar telah membuka sebuah penempatan dipulau ini iaitu dikenali sebagai Kampung Bruit pada masa sekarang. Peneroka-peneroka ini membuka petempatan ini di muara sebuah sungai iaitu sungai Nyiuk. Peneroka-peneroka ini menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Pada masa tersebut boleh dikatakan rezeki dikawasan ini sangat murah sehinggakan nelayan hanya perlu menangkap ikan di kawasan muara sungai sahaja dan pendapatannya sangat lumayan. Disebabkan keadaan yang sangat makmur dan mewah ini maka ramailah orang berpindah kekawasan, ini maka wujudlah sebuah kampung yang mempunyai ramai penduduknya. Kehidupan di kampung ini sangat aman dan tenteram

walaupun

tiada

ketua

yang

sah

dikalangan

mereka.

Setiap

permasalahan akan dibincang bersama bak kata pepatah “ berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing “. Didalam kampung ini terdapat seorang penduduk yang sangat rajin dan bekerja sebagai seorang nelayan. Dia merupakan seorang penduduk yang sangat bertanggungjawab, amanah dan sangat dihormati oleh semua penduduk kampung pada masa itu. Ini adalah kerana dia tidak pernah menolak untuk menolong seseorang yang dalam kesusahan sehinggakan dia menjadi rujukan kepada orang kampung dalam membuat sebarang keputusan berkenaan permasalahan kampung. Selain itu beliau juga adalah merupakan orang yang paling berpelajaran dikalangan mereka kerana beliu adalah salah seorang penduduk yang boleh membaca khat jawi pada masa itu. Lelaki yang dimaksudkan ini ialah Ngah Dulik. Pada suatu hari, seperti biasa Ngah Dulik turun ke muara sungai untuk menangkap ikan. Sesampainya di muara sungai Ngah Dulik terus menebarkan

jalanya. Setelah jala diangkat Ngah Dulik Amat terkejut kerana banyak ikan yang telah tersangkut pada jalanya ikan ini terlalu banyak dari biasa. Tanpa membuang masa Ngah Dulik mengangkat jalanya kedalam perahu dan didapati perahunya sarat dengan ikan yang telah didapatinya tadi apabila mendapati perahunya terlalu sarat Ngah dulik membuat keputusan untu balik. Sesampainya dirumah isteri Ngah Dulik amat terkejut kerana dia pulang terlalu awal. Ngah Dulik terus menceritakan kepada isterinya tentang apa yang telah berlaku padanya semasa menagkap ikan tadi. Pada keesokan harinya, Ngah Dulik pergi untuk menangkap ikan lagi. Nasib Ngah Dulik Sangat baik dan dengan sekali tebar sahaja sudah cukup untuk membuat perahunya penuh dengan ikan. Ngah Dulik sangat baik orangnya dan beliau bukannya dari golongan yang tamak, setelah ikan pada jalanya dipunggah ke perahu dia langsung pulang kerumah. Setibanya dirumah isterinya sangat gembira melihat kerana Ngah Dulik pulang dengan rezeki yang banyak. Pada hari seterusnya Ngah Dulik sekali lagi pergi ke muara sungai untuk menangkap ikan. Sesampainya di muara Ngah Dulik Terus menebarkan jalanya, akan tetapi seekor ikanpun tidak melekat pada jalanya. Tanpa berputus asa beliau terus cuba menebar jalanya. Walau bagaimanapun setiap kali jalanya ditebar setiap kalilah jalanya kosong sahaja. Perkara tersebut berlaku sehinggalah sampai ke tengah hari. Ngah Dulik merasa letih dan mengambil keputusan untuk balik, tetapi sebelum pulang dia menebarkan jalanya untuk kali terakhir pada hari itu. Setelah ditebar Ngah Dulik menarik jalanya akan tetapi terdapat sesuatu yang sangat berat berada di dalam jalanya, dia cuba untuk menarik jala tersebut akan tetapi gagal. Ngah Dulik membuat keputusan untuk pulang kerumah sementara menanti air surut untuk mengambil jalanya semula. Setelah air surut Ngah Dulik meminta pertolongan dari beberapa orang anak muda untuk menemaninya kemuara sungai. Ini adalah kerana pada masa tersebut hari sudah pun gelap. Dengan bersuluhkan jamung mereka pergi ke kawasan tempat jalanya melekat. Sesampainya dikawasan itu, alangkah terkejutnya mereka kerana didapati jala Ngah Dulik telah tersangkut pada

sebuah batu yang sangat besar. Dan batu tersebut tidak pernah dilihat sebelum itu. Tanpa berlengah mereka terus mengambil jala tersebut dan tiba-tiba salah seorang anak muda yang menemani Ngah Dulik menemui satu tulisan Jawi yang sangat besar pada batu tersebut. Ngah Dulik mendekati batu itu dan membaca tulisan tersebut akan tetapi beliau tidak memberitahu kepada anak-muda yang menemui tulisan itu tadi. Setelah beberapa lama mereka pun pelang semula ke rumah masing-masing. Keesokan harinya hebohlah berita berkenaan batu tersebut. Untuk mengesahkan cerita tersebut maka ramailah penduduk berkampung dikawasan muara sungai untuk melihat sendiri akan batu tersebut. Setelah air surut mereka tidak mendapati apa-apa di kawasan tersebut, apatah batu besar batu kecil pun tiada. Selang sebulan selepas itu, sebuah kapal telah berlabuh di muara sungai tersebut dan disisi kapal tersebut terdapat tulisan Jawi yang berbunyi “Sri Bruit” maka hebohlah seluruh kampung tentang kapal tersebut sehingalah terdengar oleh Ngah Dulik. Untuk mempastikan hal tersebut dia mengajak anak muda yang menjadi temannya mengambil jala pada masa itu pergi ke sisi kapal itu. Setelah terpandang akan tulisan tersebut Ngah Dulik tersenyum dan berkata kepada anak muda yang bersamanya tadi bahawa itulah tulisan yang terdapat pada batu yang ditemui oleh mereka pada malam tersebut. Sesampainya dikampung anakanak muda ini menyampaikan berita tersebut kepada semua penduduk disitu. Untuk kepastian maka penduduk dating berpusu-pusu ke rumah Ngah Dulik untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Dalam pertemuan tersebut Ngah dulik menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir. Setelah itu dengan sebulat suara merekapun berbincang untuk menama kan kampung tersebut Sebagai “Sri Bruit” dan melantik Ngah Dulik sebagai ketuanya. Setelah beratus tahun berlalu bersempena dengan nama kampung tersebut pulau ini dinamakan Pulau Bruit iaitu kampung yang tertua yang telah wujud di dalam pulau tersebut. Akan tetapi pada masa ini nama “Sri” pada

pangkalnya sudah tidak digunakan lagi dan sehingga sekarang tidak diketahui mengapa pangkal nama tersebut tidak lagi digunakan.

Related Documents

Bruit
June 2020 8
Fiche Bruit
December 2019 23
Pulau Weh
June 2020 31

More Documents from ""