Bagaimana Cara Makan

  • Uploaded by: mUhAmAd AfIq B.mOhD yUsOf
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bagaimana Cara Makan as PDF for free.

More details

  • Words: 494
  • Pages: 2
Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya €¦ " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." €¦ Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing2 ada gaya yang tersendiri. Ada yang sopan, ada yang sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jgn tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Barulah kamu boleh menilai peribadinya. €¦ Makan dengan tenang Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah! €¦ Asyik belek makanan Hai! Dia lebih byk pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya! €¦ Serius ketika makan Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sgt. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sgt. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek! €¦ Makan sambil borak Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jgn buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak! €¦ Makan sambil kerap tengok jam Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pjg dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jgn salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap. €¦ Makan sambil merungut Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macammacam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia

kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu.Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jgn gatal2 nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Related Documents


More Documents from ""