Bab 10 Arahan Di Dalam Ms

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 10 Arahan Di Dalam Ms as PDF for free.

More details

  • Words: 7,178
  • Pages: 40
Bab 10 : Arahan Dalam DOS Arahan Di Dalam MS-DOS Walaupun aplikasi sekarang menggunakan tetingkap (Windows), arahan di dalam MS-DOS perlu juga diketahui untuk memudahkan kerja baik pulih. Perisian seperti Checkit, Norton Utilities, First Aid dan sebagainya beroperasi menggunakan tetingkap. Tetapi cuba bayangkan senario ini: Senario 1: Pada satu pagi yang hening, cuaca sejuk, otak pun cergas dan anda menghidupkan komputer peribadi. Bunyi kipas unit bekalan kuasa kedengaran di ikuti oleh bunyi pusingan cakera keras dan seterusnya paparan diskrin. Anda menarik nafas lega kerana komputer masih beroperasi. TETAPI tiba-tiba tanpa diduga keluar paparan ini diskrin komputer anda: “No system disk, press any key to reboot” atau “Command com not found, please insert boot disk” atau “Invalid Dos version, press any key to reboot” atau “Master boot record infected by Angelina virus” atau “Your PC are STONE now” atau “Happy Birthday Joshi” Senario 2: Selepas berhempas pulas menyelesaikan masalah pada senario 1, komputer berjaya untuk boot, TIBA-TIBA keluar amaran diskrin. “PC Halted” atau “Registry error, press any key to continue” atau “Himem.sys not loaded, low conventional memory”

147

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Senario 3: Pada saat yang kritikal untuk menghantar tugasan, komputer anda hanya boot sehingga di dalam mod DOS sahaja. Sedangkan anda perlu mencetak dan menghantar tugasan tersebut. Komputer rakan anda ada disebelah tetapi anda tidak mengetahui cara untuk membuat salinan ke cakera liut. Senario 4: Pada suatu pagi, bertarikh tiga belas hari bulan dan jatuh pada hari Jumaat atau lebih dikenali sebagai ‘Friday Black 13th” komputer anda meragam pulak. Sebenarnya, komputer anda telah dijangkiti virus dan perisian anti virus tidak dapat menolong anda. Keputusan drastik terpaksa dilakukan tetapi anda mempunyai data sebesar 10MB di dalam cakera keras. Data tersebut perlu dipindahkan. CD Writer anda tidak boleh beroperasi di dalam mod DOS. Jadi bagaimana caranya untuk memindahkan data tersebut? Semoga senario di atas dapat menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan mengenai arahan di dalam MS-DOS. FDISK (fdisk.exe) Apabila kita membeli satu cakera keras yang baru, tiada sebarang OS di dalamnya. Kalau ada, sudah pasti kita terbeli barangan terpakai. Perkara pertama yang perlu kita lakukan selepas memasang cakera keras tersebut adalah mengisi sistem operasi atau lebih dikenali sebagai OS (Operating System). Di sini kita perlu menggunakan arahan fdisk.

Rajah 1: Fdisk /status untuk melihat status partition

Rajah 2: Paparan hasil dari fdisk /status Kita boleh membuat drive sejumlah 24 iaitu bermula dengan C: sehingga Z:. Drive A: dan B: dikhaskan untuk pemacu cakera liut. Huruf terakhir adalah Z: kerana masa kita belajar dulu cikgu hanya ajar sampai Z sahaja. He he he. Cara - cara Membuat Partition Dengan menggunakan disk yang dikenali sebagai STARTUP DISK, kita boleh melakukan arahan fdisk. Langkah pertama adalah dengan memasukkan cakera liut ke dalam pemacu cakera liut dan seterusnya menghidupkan bekalan kuasa PC (Untuk peserta kursus Startup Disk menggunakan CD).

148

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Rajah 3: Pilih Start computer with CD-RM support Tekan 1 dan diikuti kekunci ENTER.

Rajah 4: A: prompt akan dipaparkan.

Rajah 5: A prompt Pada A: prompt taip arahan fdisk dan tekan kekunci ENTER.

Rajah 6: Memasuki FDISK. Ayat “Do you wish to enable large disk support (Y/N)”. Kalau jawpa N (No) maksima saiz cakera keras yang boleh dibuat partition adalah 2GB dan menggunakan FAT16. Kalau jawap Y (YES) saiz partition boleh lebih besar dari 2GB dan menggunakan FAT32. Pemilihan sama ada No atau Yes akan menpengaruhi cara kita membuat pembahagian atau partition. Sekiranya cakera keras kita bersaiz 30GB. Apabila kita memilih No, maka saiz maksima yang boleh digunakan untuk OS (operating system) hanyalah 2GB. Maknanya dari saiz 30GB, DOS hanya boleh menggunakan 2GB untuk memasang perisian lain. Walaupun kita membuat lebih dari satu partition, jumlah keseluruhan masih tidak boleh melebihi 2GB. Baki 28GB lagi tidak boleh digunakan oleh OS seperti Windows95, Windows 98 dan Windows Me. Hanya OS seperti Windows NT, Windows 2000, Windows XP dan Linux sahaja boleh menggunakan baki 28GB. Untuk latihan ini kita memilih YES untuk membolehkan kita menggunakan keseluruhan cakera keras tersebut.

149

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Rajah 7: Paparan menu utama. Sebelum membuat partition kita perlu melihat sama ada cakera keras tersebut telah mempunyai partition atau tidak. Jika ada kita perlu membuang partition yang lama. Sila lihat sub topic Caracara Membuang Petak (partition). Tekan kekunci 4 dan seterusnya kekunci ENTER

Rajah 8: Menunjukkan tidak ada sebarang partition Untuk kembali ke Menu Utama, kekunci ESC perlu ditekan sekali. Sekali sahaja. Kalau dua kali kita akan kembali ke A: prompt (A:>) Tekan kekunci 1 dan diikuti dengan kekunci ENTER untuk mendapat menu membuat partition.

Rajah 9: Menu untuk membuat partition. Tekan kekunci 1 yang menunjukkan Create Primary DOS Partition dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 10: Membuat Primary DOS Partition. Ayat “Do you wish to use the maximum available size for a Primary DOS Partition and make the partition active (Y/N)….”

150

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Ayat di atas boleh dipecahkan kepada dua bahagian. “Do you wish to use the maximum available size for a Primary DOS Partition” Sekiranya kita menjawap Y (YES) maka kita akan menggunakan keseluruhan cekera keras tadi. Sekiranya saiz cakera keras tersebut adalah 30GB, maka saiz Primary Dos Partition adalah 30GB. Apabila kita menggunakan keseluruhan ruang cakera keras tadi, maka terdapat hanya satu partition atau kita hanya boleh memperolehi drive C: sahaja. Adalah menjadi satu tindakan yang kurang wajar untuk membuat hanya satu partition kerana ini membuatkan proses baik pulih menjadi sukar sekiranya bencana berlaku. Malah menjalankan arahan seperti SCANDISK dan DEFRAG akan mengambil masa yang lama. Ayat kedua pula, “make the partition active” Cakera keras hanya boleh boot Sekiranya partition Primary Dos disetkan sebagai aktif (active). Untuk latihan ini, kita akan menjawap N (NO), sebab kita ingin membuat beberapa partition.

Rajah 11: Secara default, saiz maksima akan disetkan. Rujuk rajah 11, saiz maksima cakera keras ini adalah 4GB. Secara defaultnya, nilai maksima akan dipaparkan. Sekiranya kita menekan ENTER maka keseluruhan cakera keras akan bersaiz 4GB dan kita hanya mempunyai satu partition.

Rajah 12: Memasukkan saiz Primary DOS Partition yang diingini.

151

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Masukkan nilai 1000 untuk membuat saiz Primary DOS Partition menjadi 1000MB atau hampir persamaan dengan 1GB (sebenarnya 1024MB = 1GB) dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 13: Primary DOS partition berjaya dibuat. Dari rajah 13: 1. Create Primary DOS Partition – menunjukkan kita berada di dalam sub menu Create Primary DOS 2. Current fixed disk drive: 1 – nilai 1 (satu) menunjukkan kita sedang berada di cakera keras nombor 1, kalau ada dua cakera keras, nombor cakera keras yang kedua adalah 2. Adalah penting untuk kita memastikan sama ada kita sedang membuat aktiviti di dalam cakera keras yang betul 3. Partition C: 1 – bermaksud partition tersebut akan menjadi C: pada partition pertama 4. Status – masih kosong, kalau aktif akan ada huruf A 5. Type PRI DOS – menunjukkan partition ini adalah Primary DOS 6. Volume Label – masih kosong, boleh diberi nama semasa arahan FORMAT, LABEL atau masa menggunakan tetingkap 7. Mbytes 1004 – saiz sebenar cakera keras apabila kita meletakkan 1000. nilai ini berubah mengikut saiz cakera 8. System UNKNOWN – sebab cakera keras belum diFORMAT 9. Usage 25% - saiz di dalam peratus yang digunakan dari keseluruhan cakera keras Tekan kekunci ESC sekali, FDISK akan ke menu asal.

Rajah 14: Kembali ke menu asal

152

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Apabila kembali ke menu asal, kita akan dapati ada satu amaran berbunyi, “WARNING! No partitions are set active – disk 1 is not startable unless a partition is set active” Amaran mengatakan tidak ada satu pun partition yang disetkan aktif, disk 1 (merujuk kepada cakera keras nombor 1) tidak boleh boot sekiranya tidak ada partition yang disetkan aktif. Buat masa ini, kita abaikan dahulu amaran tersebut. Tekan kekunci 1 diikuti dengan kekunci ENTER

Rajah 15: Menu membuat partition. Create Primary DOS Partition telah berjaya dilakukan. Sekarang tekan kekunci 2 iaitu Create Extended DOS partition dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 16: Membuat Extended DOS Partition. Nilai yang diletakkan adalah saiz maksima yang boleh digunakan untuk membuat Extended DOS Partition. Nilai ini jangan diubah. Di dalam system DOS, hanya ada dua jenis partition yang boleh dibaca oleh DOS iaitu Primary DOS dan Extended DOS. Primary DOS akan menjadi C: manakala Extended DOS merupakan partition tanpa nilai angka drive seperti D:, E: dan sebagainya. Tekan sahaja kekunci ENTER. Sekiranya kita mengubah kesaiz yang lebih kecil maka baki saiz akan menjadi partition yang dikenali sebagai NON-DOS partition yang tidak dapat dibaca oleh DOS.

Rajah 17: Extended DOS Partition dibina.

153

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Perhatikan, sekarang sudah ada dua partition. Partition satu adalah Primary DOS (PRI DOS) yang menggunakan 25% dari jumlah cakera keras dan menjadi C:. Partition kedua pula merupakan Extended DOS (EXT DOS) yang menggunakan 75% dari keseluruhan cakera keras. Jumlah kedua-dua partition mestilah 100%. Kalau kurang maknanya Extended DOS tidak digunakan maksima. Kalau lebih dari 100% (memang pernah berlaku) maka cakera keras tersebut sudah rosak.

Rajah 18: Membuat Logical DOS Drive D:. Tekan kekunci ESC sekali. Paparan seperti rajah 18 akan dipaparkan. Tukarkan nilai tersebut kepada 500 dan tekan kekunci ENTER. Apabila kekunci ENTER ditekan, satu Logical DOS Drive D: bersaiz 502MB akan dibuat. Jika nilai tidak ditukar kepada 500, maka keseluruhan baki cakera keras (iaitu 75%) tersebut akan menjadi D: dan kita tidak boleh membuat drive E:, F: dan sebagainya. Untuk latihan ini, kita meletakkan nilai 500 kerana: 1. Supaya ada ruang untuk membuat drive lain 2. Menjadikannya FAT16 Rujuk rajah 19, selepas kita menekan kekunci ENTER, drive D: akan dibuat dan seterusnya kita akan disuruh memasukkan angka untuk Logical DOS Drive E: pula. Masukkan angka 1000 dan tekan kekunci ENTER.

Rajah 19: Membuat Logical DOS Drive E:.

154

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 20: Membuat Logical DOS Drive F:. Memandangkan masih lagi ada baki, maka kita akan ditanya lagi untuk meletakkan saiz untuk Drive F: pula. Sekiranya kita meletakkan nilai yang lebih kecil dari yang disarankan maka kita akan ditanya lagi sehingga kesemua baki dihabiskan atau kita kehabisan huruf iaitu sehingga Z, sekiranya ada baki maka baki tersebut tidak akan dapat digunakan oleh DOS. Kira hangus. Buat masa ini huruf untuk Drive hanya boleh dilakukan setakat Z sahaja kerana Cikgu ajar setakat huruf tu sahaja. Untuk latihan ini kita biarkan nilai tersebut dan tekan kekunci ENTER.

Rajah 21: Kesemua baki telah digunakan. Drive F: akan ditambah sebaik sahaja kita menekan kekunci ENTER. Peratus pengunaan (usage) untuk kesemua drive D:, E:, dan F: mestilah atau menghampiri 100%. Dari Rajah 21, peratus yang diperolehi hanya 99% kerana terdapat campuran FAT16 dan FAT32. Ini boleh diabaikan. Tekan kekunci ESC sekali.

Rajah 22: Ke menu nombor 2 untuk mengaktifkan partition.

155

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Dari menu utama, tekan kekunci 2 (Set active partition) untuk pergi ke sub menu.

Rajah 23: Cuba mengaktifkan partition 2 iaitu partition Ext. DOS. Dari Rajah 23, kita disuruh untuk memilih partition mana yang hendak diaktifkan. Cuba kita masukkan nombor 2 iaitu dengan menekan kekunci 2 dan diikuti dengan kekunci ENTER. Satu amaran akan dipaparkan. “Partition 2 can not make active” Sekarang tekan kekunci 1 dan diikuti dengan kekunci ENTER. Partition satu akan diaktifkan. Lebih baik jangan kasi pilihan kalau jawapannya hanya partition satu sahaja. Sebenarnya pilihan tersebut berguna apabila kita mempunyai lebih dari satu cakera keras. Hanya partition Primary DOS sahaja yang boleh diaktifkan, sama ada dari cakera keras nombor satu, dua dan seterusnya.

Rajah 24: Partition satu berjaya diaktifkan. NOTA: Kadang-kadang berlakunya juga Extended DOS boleh diaktifkan tetapi sistem operasi tidak boleh boot pada EXT DOS.

Rajah 25: Keluar dari FDISK. Selepas berjaya mengaktifkan partition tekan kekunci ESC dua kali sehingga keluar A:\>. PC perlu dimatikan bekalan kuasa dan dihidupkan semula atau dengan menekan butang Reset.

156

Bab 10 : Arahan Dalam DOS TIPS! 1. Lakukan arahan fdisk /mbr sekiranya cakera kita menghadapi masalah seperti dijangkiti virus jenis Master Boot Record, cakera keras tidak boleh boot atau menghilangkan LILO (Linux OS)

Rajah 26: Arahan untuk membuat virus dari MBR. 2. MBR atau Master Boot Record tidak sama dengan Boot Record. MBR terletak pada sector pertama pada setiap cakera keras (cylinder 0, head 0, and sector 1). Manakala Boot Record terletak pada sector pertama pada partition pertama yang aktif (Cylinder 0, Side 1, Sector 1) 3. Selepas keluar dari fdisk, partition yang dibuat tadi masih tidak berfungsi sehinggalah kita reset PC tersebut. TAMAT LATIHAN MEMBUAT PARTITION

Cara Membuang Partition Atas sebab tertentu kita mungkin ingin membuang partition di dalam cakera keras. Perlu diingatkan perbuatan membuang partition akan menyebabkan semua data akan hilang. Di sini ditunjukkan cara-cara untuk membuang partition. Pada A:\>FDISK (taip perkataan fdisk dan tekan kekunci ENTER)

Rajah 27: Melihat info partition sebelum melakukan sebarang tugas di dalam FDISK.

157

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Tekan kekunci 4 (Display partition information) dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 28: Terdapat dua partition dan mempunyai logical drive. Dari rajah 28, kita dapati cakera keras mempunyai dua partition: 1. Partition pertama adalah Primary DOS yang dilabelkan sebagai PROGRAM dan merupakan C: drive. Label ini dibuat semasa kita format cakera keras 2. Partition kedua pula merupakan Extended DOS. Seperti yang telah diketahui Extended DOS tidak mempunyai sebagai drive. Hanya logikal DOS yang mempunyai drive dan logikal DOS berada di dalam Extended DOS Kalau diperhatikan dari rajah 28 terdapat ayat yang bertulis “The Extended DOS Partition contains Logical DOS Drives. Do you want to display the logical drive information (Y/N)?” Jawapannya sudah tentu kita ingin melihat logikal DOS drive. Tekan kekunci Y diiukuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 29: Logical drive pecahan dari Extended DOS. Dari Rajah 29, terdapat tiga logikal DOS drive. Iaitu drive D: yang berlabel BACKUP, drive E: yang berlabel KOMPUTER dan drive F yang berlabel GAMBAR. Drive E: dan F: menggunakan FAT32 manakala drive D: menggunakan FAT16, ini disebabkan saiznya yang kurang dari 512MB. Dari info yang kita dapat, barulah kita boleh mulakan proses membuang partition. Untuk kembali ke menu asal kita perlu menekan kekunci ESC sekali.

158

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 30: Tekan kekunci 3 untuk ke sub menu delete Tekan kekunci 3 (Delete partition or Logical DOS Drive) dan diikuti dengan kekunci ENTER untuk pergi ke sub menu delete.

Rajah 31: Sub Menu Delete Partition Rujuk rajah 31, terdapat empat menu: 1. Delete Primary DOS Partition – pilih ini untuk membuang partition pertama iaitu Primary DOS. 2. Delete Extended DOS Partition – pilih ini untuk membuang partition Extended DOS 3. Delete Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition – pilih ini untuk membuang logical drive yang ada di dalam Extended DOS 4. Delete Non-DOS Partition – pilih ini untuk membuang Non-DOS partition jika ada. Ini jarang berlaku. Prosedur untuk membuang partition dimulai dari nombor 4 iaitu dari Non-DOS, Logical Drive, Extended DOS dan di akhiri dengan Primary DOS. Jika tidak mempunyai Non-DOS partition maka kita membuang partition bermula dari Logikal Drive. Rujuk rajah 31, tekan kekunci 3 diikuti dengan kekunci ENTER. Paparan seperti rajah 32 akan dipaparkan.

159

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 32: Membuang Logikal Drive. Terdapat tiga logikal drive. Proses membuang logikal drive tidak perlu mengikut susunan. Kita boleh membuang D:, E: dan seterusnya F: atau sebaliknya. Tiga soalan akan ditanya: 1. What drive do you want to delete? Tekan kekunci D dan diikuti dengan kekunci ENTER. 2. Enter Volume Label? Masukkan label BACKUP dan diikuti dengan kekunci ENTER. Sekiranya Volume Label kosong, maka ruangan tersebut dibiarkan kosong. 3. Are you sure (Y/N)? Tekan kekunci Y dan diikuti dengan kekunci ENTER. Sekiranya selepas membuang partition baru teringat masih ada data yang belum dibuat salinan. PC perlu dimatikan tanpa perlu keluar dari program FDISK dahulu. Dengan ini semua proses membuang tadi tidak akan direkodkan. Hanya selepas keluar dari FDISK dan mendapat A:\> barulah perubahan direkodkan. Masa ini partition hanya direkodkan sahaja, maka partition dan data lama masih ada lagi. Tetapi apabila butang reset ditekan maka barulah partition baru diaktifkan. Masa ini data lama telah hilang.

Rajah 33: Membuang Logikal Drive E:. Untuk membuang drive E: dan F: prosedurnya sama seperti membuang drive D:. Lihat rajah 34 dan 35.

160

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 34: Membuang Logikal Drive F:.

Rajah 35: Semua logical drive telah dibuang. Tekan kekunci ESC sekali dan paparan seperti rajah 36 akan dipaparkan.

Rajah 36: Menunjukkan semua logical drive telah dibuang. Tekan kekunci ESC, utk kembali ke menu utama.

Rajah 37: Menu utama Fdisk.

161

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Pada menu utama tekan kekunci 3 dan diikuti dengan kekunci ENTER untuk kembali ke sub menu delete.

Rajah 38: Sub menu Delete. Tekan kekunci 2 dan diikuti dengan kekunci ENTER untuk membuang Extended DOS Partition. Nota: Extended DOS partition tidak dapat dibuang sekiranya Logical DOS drive masih ada.

Rajah 39: Membuang Extended DOS Partition. Rujuk rajah 39, pilih Y untuk mengesahkan yang kita mahu membuangnya dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 40: Extended DOS Partition telah dibuang. Tekan kekunci ESC sekali untuk kembali ke menu utama. Sehingga kini kita telah berjaya membuang logikal drive dan Extended DOS paritition. Langkah seterusnya adalah untuk membuat partition yang terakhir iaitu Primary Partition DOS. Primary Partition DOS merupakan partition yang pertama dan merupakan Drive C:.

162

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Dari menu utama seperti rajah 41, tekan kekunci 3 dan diikuti dengan kekunci ENTER untuk ke sub menu delete.

Rajah 41: Menu Utama Fdisk.

Rajah 42: Sub Menu Delete. Dari sub menu delete seperti rajah 42, tekan kekunci 1 dan diikuti dengan kekunci ENTER. Paparan seperti rajah 43 akan dipaparkan. What primary partition do you want to delete? [1] Tekan kekunci 1 dan diikuti dengan kekunci ENTER Enter Volume Label? [PROGRAM] jika Volume Label kosong, maka kita hanya perlu menekan kekunci ENTER. Are you sure (Y/N)? [Y] Tekan kekunci Y dan diikuti dengan kekunci ENTER. Kini Primary DOS partition telah berjaya dibuang.

163

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 43: Prosedur membuang Primary DOS Partition.

Rajah 44: Primary DOS Partition telah dibuang. Tekan kekunci ESC dua kali untuk ke A:\> dan menekan butang reset.

TIPS! 1. Sekiranya terdapat Volume Label bermula dan berakhir dengan tanda * maka kita perlu menekan butang reset. Ini berlaku apabila secara tidak sengaja terkeluar dari program fdisk semasa membuat atau membuang partition dan menjalankan program fdisk lagi sekali tanpa menekan butang reset. 2. Sekiranya cakera keras mempunyai drive C:, D:, E: dan F:. Kita pula hendak menyatukan D:, E: dan F: supaya menjadi drive D: sahaja. Tetapi kali ini saiz drive D: adalah gabungan drive D:, E: dan F:. Kita boleh membuang logikal drive D:, E, dan F: tanpa perlu membuang partition C: dan Extended DOS partition. Untuk membuat logical drive D: kita hanya perlu pergi ke menu Create Partition dan seterusnya memilih Create Logical Drive. Sila rujuk rajah 14 dan 15. Drive Mapping Pengetahuan tentang drive mapping adalah penting kerana kita tidak mahu tersalah membuang data yang penting hanya kerana kesilapan terhadap kedudukan drive apabila lebih dari satu cakera keras diletakkan di dalam satu unit sistem.

164

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Cuba bayangkan senario ini, Cakera keras anda mempunyai dua partition dan mempunyai drive C: dan D:. Di dalam drive C: merupakan tempat perisian dipasang manakala drive D: pula merupakan tempat ada menyimpan data. Satu hari rakan anda memberikan satu cakera yang hanya mempunyai satu partition dan meminta anda mengformat cakera keras tersebut dan membuat salinan perisian dari cakera keras anda ke cakera kerasnya. Anda dengan penuh yakin telah menjalankan arahan format terhadap drive E:. Hasilnya drive D: anda yang asal akan kosong sebab telah diformat. Hairan? Setiap motherboard mempunyai 2 IDE. Selalunya dilabel sebagai IDE0 dan IDE1 atau Primary IDE dan Secondry IDE. Setiap IDE menyokong dua cakera keras. Pada satu IDE, cakera keras perlu ditentukan siapa yang menjadi MASTER dan SLAVE. Penentuan MASTER dan SLAVE ditentukan dengan mengubah jumper yang ada pada cakera keras. Lokasi jumper berubah mengikut saiz dan jenama. Tetapi kebanyakannya terletak ditengah-tengah diantara penyambung bekalan kuasa dan penyambung kabel data. Siapa dulu dan siapa kemudian ditentukan dengan cara: 1. Pada IDE0 atau Primary IDE - Primary Partition pada cakera keras disetkan sebagai MASTER akan mendapat dulu, selepas itu Primary Partition pada cakera keras disetkan sebagai Slave diikuti dengan Logical DOS partition pada MASTER dan seterusnya pada cakera keras slave. 2. Pada IDE1 atau Secondary IDE - selepas membaca IDE0, barulah prosedur yang sama seperti IDE0 diikuti.

Rajah 45: Hasil gabungan dua cakera keras yang mempunyai satu partition. Disambung keduaduanya pada Primary IDE.

165

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 46: Hasil gabungan dua cakera keras yang mempunyai satu partition. Disambung pada Primary IDE dan Secondary IDE.

Rajah 47: Hasil gabungan dua cakera keras yang salah satu mempunyai dua partition. Disambung kedua-duanya pada Primary IDE.

166

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Rajah 48: Hasil gabungan dua cakera keras yang mempunyai dua partition. Disambung keduaduanya pada Primary IDE.

Rajah 49: Hasil gabungan empat cakera keras yang mempunyai dua partition. Disambung pada Primary dan Secondary IDE TIPS! 1. Cakera keras default setting adalah MASTER 2. Pemacu CDROM default setting adalah Slave 3. Pemacu CDROM mesti mendapat drive yang terakhir walaupun disetkan kepada MASTER Format Arahan Format mesti dilakukan selepas arahan Fdisk dilakukan. Rujuk rajah 7 hingga 25 untuk mengetahui cara-cara membuat partition. Untuk memulakan proses format, masukkan cakera liut Startup Disk ke dalam pemacu cakera liut dan ON komputer. Paparan seperti rajah 50 akan dipaparkan.

167

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 50: Menu Windows 98 Startup Menu. Pilih Start computer with CD-ROM support dengan menekan kekunci 1 dan diikuti dengan kekunci ENTER.

Rajah 51: Pilihan yang ada pada Format. Rujuk rajah 51, sekiranya pada A:\> kita menaip FORMAT /?, maka butiran mengenai pilihan semasa melakukan arahan format akan dipaparkan. Pilihan seperti /F, /T, /N, /1, /4 dan /8 hanya digunakan untuk mengformat cakera liut. Namun arahan tersebut tidak lagi digunakan kerana sekarang kita hanya mempunyai cakera liut berkapasiti 1.44MB sahaja. Pilihan /Q merupakan arahan format dengan pantas. Tidak kira berapa saiz cakera keras tersebut, masa yang diambil hanyalah kurang dari 5 saat. Walau bagaimanapun arahan tersebut tidak boleh digunakan sekiranya cakera keras tersebut tidak pernah diformat atau partition baru dibuat. Dengan pilihan /Q, FAT (File Allocation Table) akan terus dibuang tanpa perlu melakukan pemeriksaan terhadap keseluruhan cakera keras seperti yang dilakukan dengan pilihan /C dan /S. Pilihan /C pula merupakan arahan untuk memeriksa lagi sekali cluster yang sebelum ini telah disahkan rosak (BAD). Dengan menggunakan pilihan /C ini, banyak masalah BAD cluster dapat dibaik pulih. Pilihan /S merupakan arahan untuk memindahkan fail sistem. Fail yang dipindahkan adalah command.com, IO.SYS dan MSDOS.SYS. Pilihan ini hanya dilakukan pada partition yang boleh boot sahaja seperti Primary Partition iaitu c: drive.

168

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 52: Mengformat drive C:. Pada A:\>, taip format c:/c/s dan tekan kekunci ENTER. Menjalankan arahan format akan menyebabkan data hilang. Apabila kita menaip format c:/s/c . Arahan /c akan menyebabkan keseluruhan cakera keras diperiksa. Semasa format sedang beroperasi, kita boleh memberhentikannya dengan menekan kekunci Ctrl dan C (Crtl + C) secara serentak. Selagi belum mencapai 100% proses format, data tidak hilang. Ini kerana data di dalam cakera keras tidak pernah dibuang. Apa yang berlaku semasa/selepas 100%, program format hanya membuang FAT (file allocation table) sahaja.Penggunaan program seperti UnFormat dapat mengembalikan data.Untuk cakera baru kita mesti menjalankan arahan Format C:/c/s (arahan ini juga dapat membuat tanda BAD cluster). Sebenar BAD cluster tidak boleh dibuat sekiranya kerosakkan tadi merupakan kerosakkan fizikal. Kalau kerosakkan disebabkan perisian atau virus tanda BAD cluster akan dibuang. NANTI DULU!, Walaupun kerosakkan fizikal tidak dapat dibuang, dengan menggunakan pilihan /c akan menyebabkan nombor cluster yang rosak tadi akan dialihkan kepada bahagian simpanan yang memang sedia ada. Ini menyebabkan kita tidak dapat melihat BAD cluster lagi kerana nombor cluster yang bermasalah tadi telah digunakan semula oleh cluster lain. BAD cluster hanya kelihatan apabila kesemua cluster simpanan telah habis digunakan. Oleh itu sekiranya kita melihat hanya satu BAD cluster kita patut mula melakukan salinan (backup) semua data sebelum berlakunya kepincangan pada cakera keras tersebut.

Rajah 53: Meletakkan label pada volume. Letakkan nama PROGRAM seperti rajah 53 dan tekan kekunci ENTER. Sekiranya kita terus menekan kekunci ENTER tanpa menaip sebarang huruf maka volume tidak mempunyai sebarang label iaitu C: drive tidak ada nama. Jika ini berlaku, kita boleh menukarnya semasa di dalam tetingkap dengan hanya menekan butang kanan tetikus dan pilih option RENAME seperti rajah 54.

169

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 54: Cara menukar label volume dalam tetingkap.

Rajah 55: Butiran mengenai cakera keras C:. Rajah 55 menunjukkan butiran mengenai saiz cakera keras 1,050,730,496 bait dan saiz satu cluster 4,096 bait.

Rajah 56: Format D:. Seterusnya kita perlu mengformat drive D: dengan arahan format D:/c diikuti dengan menekan kekunci ENTER. Pilihan /s tidak digunakan kerana drive D: tidak memerlukan sistem fail. Letakkan label volume BACKUP dan tekan kekunci ENTER.

170

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 57: Butiran mengenai cakera keras C:. Rajah 57 menunjukkan butiran mengenai saiz cakera keras 526,106,624 bait dan saiz satu cluster 8,192 bait. Saiz cluster drive D: dua kali lebih besar dari saiz cluster drive C:. Ini kerana drive C: menggunakan FAT32 manakala drive D: menggunakan FAT16. Sekiranya satu fail bersaiz 1 bait disimpan pada cakera keras maka drive C: maka ia akan mengambil ruang sebanyak 4,096 bait tetapi jika disimpan pada drive D: ia akan mengambil ruang sebanyak 8,192 bait. Sekiranya satu fail bersaiz 10,088 bait, ia akan mengambil ruang sebanyak 8,192 bait pada drive C: dan 16,384 bait pada drive D: Seterusnya kita perlu format drive E: dengan menggunakan arahan Format e:/c diikuti dengan kekunci ENTER dan Letakkan label volume KOMPUTER dan tekan kekunci ENTER. Akhir sekali format drive F: dengan menggunakan arahan Format f:/c diikuti dengan kekunci ENTER dan menekan kekunci ENTER tanpa meletakkan sebarang label volume. Setelah semua drive telah diformat, pada A:\> taip arahan FDISK dan tekan kekunci ENTER. Pada menu utama tekan kekunci 4 dan diikuti dengan kekunci ENTER. Paparan seperti rajah 58 akan dipaparkan menunjukkan Volume Label untuk partition 1 adalah PROGRAM, bersaiz 1004MB dan menggunakan FAT32.

Rajah 58: Butiran mengenai drive C: di dalam FDISK. Tekan kekunci ENTER lagi sekali paparan seperti rajah 59 akan dipaparkan. Perhatikan yang drive D: menggunakan FAT16 kerana saiz partition kurang dari 512MB.

171

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Rajah 59: Butiran mengenai drive D:, E: dan F: di dalam FDISK. Berakhir latihan FORMAT cakera keras.

Scandisk (Scandisk.exe) Scandisk merupakan arahan yang amat berguna untuk melakukan kerja baik pulih terhadap fail atau direktori di dalam mod DOS. Terdapat banyak pilihan di dalam scandisk: /surface = pemeriksaan muka disk shj /autofix = Baik pulih secara auto /nosummary = tiada keterangan yang diberi diakhir program /all = periksa dan melakukan baik pulih Arahan paling sesuai adalah Scandisk /all/autofix

Rajah 60: Menjalankan Scandisk di dalam Mod DOS.

Rajah 61: Scandisk mengesan kepincangan pada struktur fail. Sekiranya terdapat paparan seperti rajah 61, bermakna cakera keras tersebut bermasalah. Scandisk akan cuba membuat undo disk pada cakera liut. Undo disk boleh digunakan sekiranya selepas baik pulih dilakukan, kerosakkan semakin teruk maka undo disk akan digunakan untuk mendapatkan

172

Bab 10 : Arahan Dalam DOS kembali masalah yang asal. Selalu pada masa ini, kita boleh menekan butang Skip Undo, iaitu undo disk tidak dibuat.

Rajah 62: Kepincangan pada struktur fail sudah dibaik pulih.

Rajah 63: Scandisk mengesan 16 lost cluster. Rajah 62 menunjukkan sistem fail (file system) telah dibaik pulih dan pada rajah 63 ditunjukkan 16 lost clusters telah disimpan sebagai fail. Tekan butang View Log untuk melihat log yang lebih terperinci.

Rajah 64: Log fail dari Scandisk. Dari fail log, dinyatakan terdapat 16 lost clusters di dalam 2 chains. 2 chains ini bermaksud 2 fail akan dibuat dengan nama FILExxxx.CHK, xxxx adalah nombor turutan fail tersebut seperti yang ditunjukkan pada rajah 65. Kita boleh membuka fail tersebut menggunakan program EDIT.COM atau dengan arahan Type file0001.chk (untuk fail pertama).

173

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Selalunya fail jenis .CHK mempunyai tulisan yang bercampur-campur dan sukar difahami isi kandungan. Kita boleh copy & paste mana-mana bahagian dari fail tersebut untuk digunakan dan seterusnya fail tersebut dibuang.

Rajah 65:Fail lost cluster. Lost cluster berlaku apabila sebahagian data dipercayai rosak atau hilang walaupun sebenarnya fail tersebut tidak ada. Ini sering berlaku apabila FAT pertama tidak sama dengan FAT salinan. Latihan: Pada a:\> taip arahan scandisk c:/autofix dan tekan kekunci ENTER. Sys (sys.com) Program sys.con digunakan untuk menyalin system fail seperti IO.SYS, MS-DOS.SYS , COMMAND.COM dan DRVSPACE.BIN.

Fail

Saiz (bytes) Win95 Upgrade Win95 OSR2.5

io.sys

223,148

214,836

drvspace.bin

71,287

65,271

command.com

92,870

93,812

msdos.sys*

6

6

387,311

373,925

(Jumlah)

Jadual 1: Senarai dan saiz fail yang disalin oleh arahan SYS. Sekiranya cakera keras tidak boleh boot, gunakan arahan dibawah: SYS C: Gunakan arahan SYS A: untuk membuat cakera liut sebagai boot disk. Latihan: Pada A:\> taipkan arahan SYS C: dengan diikuti kekunci ENTER.

174

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 66: Cara menggunakan arahan SYS Apabila perkataan System transferred dipaparkan maka arahan tersebut berjaya dijalankan. Dir (Directory) Arahan DIR memperlihatkan senarai fail pada satu direktori.

Rajah 67: Paparan hasil dari arahan DIR

Rajah 68: Paparan hasil dari arahan DIR /W DIR /p (pause), senarai akan dipaparkan sebahagian sahaja, muat untuk satu skrin. Apabila kita menekan sebarang kekunci, sambungan paparan akan dipaparkan

175

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 69: Paparan hasil dari arahan DIR /W DIR /W, senarai akan dipaparkan secara melebar. Apabila ada pilihan /W, hanya nama fail sahaja disenaraikan. Maklumat seperti saiz dan masa tidak akan dipaparkan.

Rajah 70: Paparan hasil dari arahan DIR /P /W Arahan DIR /W/P akan menyenaraikan fail secara lebar untuk memenuhi skrin. Sekiranya kekunci ditekan, sambungan paparan akan dipaparkan. Dir /s boleh digunakan untuk carian fail di dalam semua direktori Arahan DIR win.com /s akan mencari semua fail di dalam cakera keras. Arahan DIR win.com /s/p boleh digunakan sekiranya hasil carian terlalu banyak dan tidak mencukupi untuk satu paparan.

Rajah 71: Hasil carian dengan menggunakan arahan DIR /S

176

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Latihan: 1. Kembali kepada A:\> dengan menaip arahan A: 2. Laksanakan arahan DIR, DIR/P, DIR/W dan DIR/W/P Kenal pasti perbezaan yang ada. 3. Laksanakan arahan DIR *.SYS /S , berapa banyak fail yang berakhir dengan .SYS? 4. Laksanakan arahan DIR a???????.* /S , berapa banyak fail dipaparkan? Nota: Maksud ? dan *

1. 1. 2. 2. 3. 3. 4. 4.

? = mewakili satu ansara ?? = mewakili dua ansara * = bermaksud semua *.* = . = semua

Attrib (Attrib.exe) Program Attrib atau nama penuhnya Attribute digunakan untuk menukar attrib fail tersebut. Terdapat beberapa pilihan di dalam arahan attrib. Di bawah ditunjukkan pilihan yang ada: Attribute (+ = ON, - = OFF) R = Read Only A = Archive S = System H = Hidden

Rajah 72: Pilihan yang ada pada arahan attrib.

Rajah 73: Contoh fail yang menggunakan attrib.

177

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Sekiranya sesuatu fail mempunyai tanda R iaitu Read Only maka fail tersebut tidak boleh dibuang. Sekiranya fail tersebut mempunyai tanda H maka fail tersebut tidak akan dapat dilihat semasa melakukan directory. Untuk mengaktifkan arahan, kita perlu meletakkan tanda + dan meletakan tanda – untuk membuangnya. Fail yang sering menggunakan attrib ini adalah fail yang dikenali sebagai system file. Rujuk rajah 67, fail seperti IO.SYS dan MSDOS.SYS merupakan contoh pilihan +H dan +R digunakan.

Contoh arahan: Attrib +h +r name file (on hidden & Read Only) Attrib -h -r -s system.dat (off hidden, read only & system) Pengetahuan mengenai attrib ini amat penting apabila kita ingin membuat salinan fail system.dat dan user.dat atau lebih dikenali sebagai registry file. Latihan: 1. Dari A:\> tukar ke C:

Rajah 74: Cara menukar A: kepada C: drive. 2. Pada C:\> jalan arahan DIR. Berapa jumlah fail yang dipaparkan? 3. Jalankan arahan ATTRIB. Berapa jumlah fail yang dipaparkan? Sepatutnya jumlah fail akan dipaparkan. 4. Jalankan arahan ATTRIB +H COMMAND.COM dan periksa jumlah fail dengan arahan DIR. Jumlah fail mesti berkurangan satu fail. Ini berlaku kerana fail tersebut telah disorok (hidden). 5. Jalankan arahan ATTRIB. Jumlah fail masih sama seperti no. 3. 6. Jalankan arahan ATTRIB +R COMMAND.COM dan gunakan arahan DEL COMMAND.COM untuk membuat fail tersebut. Fail tersebut gagal dibuang kerana fail tersebut telah disetkan sebagai READ ONLY. 7. Jalankan arahan ATTRIB –H –R COMMAND.COM dan periksa jumlah fail dengan arahan DIR. Jumlah fail mesti sama dengan no. 2. Del (delete) Untuk membuang fail, arahan DEL boleh digunakan. Arahan DEL hanya akan membuang fail yang berada di dalam direktori yang sama. Fail pada direktori lain tidak akan dibuang Walaupun arahan DEL *.* dilakukan. Di bawah ditunjukkan cara dan perbezaan menggunakan arahan DEL: 1. Arahan DELETE COMMAND.COM akan membuang fail command.com

178

Bab 10 : Arahan Dalam DOS 2. Arahan DELETE *.COM akan membuang semua fail yang berakhir dengan .COM 3. Arahan DELETE AB*.* akan membuang semua fail bermula dengan huruf AB. 4. Arahan DELETE AB*.COM akan membuang semua fail bermula dengan AB dan hujung fail mempunyai .COM . Fail ABUTRE.COM akan dibuang tetapi ABUTRE.DOC tidak dibuang kerana selepas . (titik) adalah DOC bukannya COM. 5. Arahan DELETE AB??B.DOC akan membuang fail ABTRB.DOC tetapi ABTRC.DOC tidak dibuang kerana huruf sebelum . (titik) adalah C bukan B. Latihan: 1. Gunakan arahan DEL *.COM pada C: dan jalankan arahan DIR untuk memastikan semua fail *.COM telah dibuang 2. Pergi ke A: dan jalankan arahan SYS C: untuk memindahkan sistem fail sebab fail COMMAND.COM telah dibuang tadi.

Deltree Untuk membuang keseluruhan direktori termasuk sub direktori arahan DELTREE boleh digunakan. Contoh di bawah menunjukkan kegunaan DELTREE. 1. DELTREE WINDOWS – akan membuang semua fail di dalam direktori WINDOWS, ini termasuk sub direktori yang ada di dalam direktori WINDOWS. 2. DELTREE PROGRA~1 – akan membuang semua fail di dalam directori PROGRAM FILE (di dalam DOS, hanya boleh memaparkan 8 ansara permulaan dan 3 ansara selepas tanda titik ( . ) Dikenali juga dengan istilah 8.3. Di dalam Windows 95 menyokon g nama fail 255.3 manakala di dalam Windows 98/ME/2000/XP menyokong nama fail 255.255.255.255 ………. 1. Arahan DELTREE /Y boleh digunakan untuk membuang direktori tanpa banyak soal. Arahan seperti DELTREE /Y WINDOWS

Rajah 75: Menunjukkan arahan DELTREE tanpa /Y dengan /Y. TIPS: Sekiranya OS Windows (95/98/me) menghadapi berbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan walaupun telah melakukan REINSTALL maka pilihan terbaik adalah dengan menjalankan arahan format. TETAPI ini akan menyebabkan data di dalam cakera keras akan hilang. Hendak membuat

179

Bab 10 : Arahan Dalam DOS salinan atau backup memerlukan masa yang lama. Cara paling mudah adalah dengan menjalankan arahan DELTREE seperti di bawah pada C:\> dan dikuti pemasangan OS semula. C:\>DELTREE /Y WINDOWS C:\>DELTREE /Y PROGRA~1 Copy (salinan) Arahan COPY adalah untuk membuat salinan ke lokasi lain seperti cakera liut atau direktori lain pada cakera keras. Sama juga seperti arahan DELETE, arahan COPY juga boleh menggunakan ? dan *. 1. COPY *.* C:\WIN98 - semua fail akan disalin ke direktori C:\WIN98

Rajah 76: Arahan COPY *.* ke C:\WIN98 2. COPY *.DOC C:\WIN98 – semua fail berakhir dengan *.DOC akan disalin ke direktori C:\WIN98 3. COPY ABU*.DOC C:\WIN98 – semua fail bermula dengan ABU dan berakhir dengan .DOC akan disalin ke direktori C:\WIN98. Fail ABBU.COM tidak akan dibuat salinan kerana berakhir dengan COM. 4. COPY ABU??.DOC C:\WIN98 – fail seperti ABUYA.DOC akan disalin ke C:\WIN98 tetapi fail ABUYA11.DOC tidak disalin kerana selepas huruf ABU terdapat empat ansara sedangkan syaratnya mesti dua ansara selepas ABU. Satu ? bermakna satu ansara. 1. Arahan COPY juga boleh digunakan untuk membuat salinan pendua pada lokasi yang sama tetapi nama fail perlu diubah.

Rajah 77: Arahan COPY untuk membuat salinan. 2. Arahan COPY /Y digunakan sekiranya ingin membuat salinan dengan tidak mempedulikan sama ada fail tersebut telah ada atau tidak. Rujuk rajah 76, sekiranya membuat arahan COPY buat kali kedua (autoexec.old), arahan salinan akan terhenti sehingga kita menjawap YES, NO atau ALL untuk menukar ganti fail tersebut. Tetapi apabila kita tambah /Y pada arahan COPY, salinan akan terus dilaksanakan. Pilihan /Y ini sangat berguna semasa kita ingin menukar ganti fail yang rosak

180

Bab 10 : Arahan Dalam DOS

Rajah 78: Arahan COPY dengan pilihan /Y

Latihan: 1. Pada C:\> jalankan arahan COPY COMMAND.COM COMMAND.ORG dan jalankan arahan DIR untuk melihat fail yang baru dibuat. 2. Pergi ke A:\> jalankan arahan COPY *.COM C:\ dan jalankan arahan DIR untuk melihat fail yang baru dibuat. 3. Pada A:\> jalankan arahan COPY *.COM C:\ lagi sekali dan jalankan arahan DIR untuk melihat fail yang baru dibuat. 4. Pada A:\> jalankan arahan COPY /Y *.COM C:\ lagi sekali dan jalankan arahan DIR untuk melihat fail yang baru dibuat. Perhatikan perbezaan antara no. 2, 3 dan 4. Membuat (MD) dan Membuang Direktori (RD) Membuat direktori baru di dalam DOS amatlah mudah. Kita hanya perlu taip MD dengan diikuti nama direktori. Sebagai contoh untuk membuat direktori baru bernama TEST. Pada C:\> taip arahan MD TEST.

Rajah 79: Cara membuat satu direktori. Untuk membuang sesuatu direktori arahan RD dengan diikuti nama direktori boleh dilakukan. Sebagai contoh untuk membuang direktori baru bernama TEST. Pada C:\> taip arahan RD TEST.

181

Bab 10 : Arahan Dalam DOS Rajah 80: Cara membuang satu direktori. Terdapat dua kelemahan arahan RD: 1. Tidak boleh membuang direktori sekiranya masih ada sub direktori di dalam direktori yang ingin dibuang.

Rajah 81: Arahan RD gagal membuang direktori 2. Tidak boleh membuang direktori sekiranya masih fail di dalam direktori yang ingin dibuang. MD = Make Directory, RD = Remove Directory, CD = Change Directory. Latihan: 1. Pada C:\> taip arahan MD UJIAN dan CD UJIAN. Prompt akan menjadi C:\UJIAN> 2. Pada C:\UJIAN> taip arahan MD CUBA dan CD CUBA. Prompt akan menjadi C:\UJIAN\cuba> 3. Pada C:\UJIAN\CUBA> taip arahan CD.. (dua titik). Prompt akan bertukar menjadi C:\UJIAN> 4. Pada C:\UJIAN> taip arahan CD.. dan prompt akan bertukar menjadi C:\> 5. Pada C:\> taip arahan CD \UJIAN\CUBA. Prompt akan bertukar menjadi C:\UJIAN\CUBA>. 6. Pada C:\UJIAN\CUBA taip arahan CD \ dan prompt akan bertukar menjadi C:\>

Rajah 82: Hasil dari latihan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. 7. Pada C:\> taip arahan RD UJIAN. Berjaya? 8. Pada C:\> taip arahan CD UJIAN dan kemudian RD CUBA. Berjaya?

182

Bab 10 : Arahan Dalam DOS 9. Pada C:\UJIAN> taip arahan CD .. dan kemudian RD UJIAN. Berjaya? EDIT (edit.com) Aplikasi EDIT boleh digunakan untuk membaca fail yang dibuat dalam bentuk teks (text) fail. Aplikasi EDIT sering digunakan untuk mengubah fail autoexec.bat, config.sys atau msdos.sys.

Rajah 83: Aplikasi EDIT.COM Ringkasan: 1. Terdapat banyak arahan di dalam MS-DOS tetapi arahan yang penting diketahui adalah fdisk, format, sys, del, copy, md, rd dan cd. 2. Fdisk digunakan untuk membuat partition, tanpa partition cakera keras tidak boleh diformat. Partition perlu aktif untuk membolehkan cakera keras boot. Arahan FDISK /MBR boleh digunakan untuk membuang virus yang menjangkiti MBR. 3. Selepas menjalankan arahan FDISK, cakera keras perlu diformat untuk membolehkan data atau aplikasi disimpan. Arahan format C:/C/S amat berguna untuk memeriksa cluster yang rosak dan menyalin sistem fail. 4. Sekiranya cakera keras tidak boleh boot, arahan FDISK /MBR dan SYS C: boleh dijalankan. Soalan: 1. Arahan yang sesuai untuk membuat partition pada cakera keras? a. Format b. Fdisk c. Sys d. Del 2. Cakera keras yang baru dibeli perlu dibuat partition dengan mengunakan arahan ……. a. Format b. Fdisk c. Sys d. Del 3. Untuk membolehkan PC boot dari cakera keras, partition mana perlu diaktifkan? a. Primary DOS partition

183

Bab 10 : Arahan Dalam DOS b. Extended DOS parition c. Logical Drive d. Non Dos partition 4. Abu baru membeli satu cakera keras bersaiz 10GB, beliau ingin menjadikan C: bersaiz 4GB. Partition yang mana perlu disetkan? a. Primary DOS partition b. Extended DOS parition c. Logical Drive d. Non Dos partition 5. Dari soalan nombor 4. Abu ingin mempunyai drive D: bersaiz 4GB dan E: bersaiz 2GB. Berapakah saiz yang perlu disetkan pada Extended DOS partition? a. 4GB b. 6GB c. 8GB d. 2GB 6. Drive D: dan E: dikenali sebagai a. Primary DOS partition b. Extended DOS parition c. Logical Drive d. Non Dos partition 7. Setelah melakukan FDISK, Abu perlu menjalankan arahan ______ untuk membolehkan data dan aplikasi menggunakan cakera keras tersebut. a. Fdisk b. Format c. Sys d. Md 8. Arahan format yang betul pada C: drive adalah …… a. Format c: b. Format C: c. Format C:/s d. Format C:/q 9. Untuk memeriksa lagi sekali cluster yang rosak pada cakera keras, arahan format dengan pilihan ……. boleh dilakukan a. /s b. /q c. /c d. /iv 10. Arahan format yang bet ul untuk menyalin sistem fail sekaligus memeriksa cakera keras pada C: drive. a. Format C:/q/c/s b. Format C:/c/s c. Format C:/s d. Format C:/cs

184

Bab 10 : Arahan Dalam DOS 11. Sekiranya boot sector telah dijangkiti virus, arahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini tanpa menghilangkan data di dalam cakera keras. a. Format C:/s b. Fdisk /mbr c. Del command.com d. SYS C: 12. Sekiranya master boot record (MBR) dijangkiti virus, arahan ……… dapat mengantikan MBR yang rosak tersebut. a. Format C:/s b. Fdisk /mbr c. Del command.com d. SYS C: 13. Cakera keras telah dipasang OS LINUX, anda kini hendak membuang LINUX tersebut dan ingin memasang OS Windows 98. Setelah melakukan partition dan format, cakera keras tersebut masih lagi boot dengan LILO. Arahan mana yang akan membuang LILO tersebut? a. Format C:/s b. Del LILO c. RD LILO d. Fdisk /mbr 14. Untuk menyalin fail yang pangkalnya bermula dengan ALI dan berakhir dengan DOC. Arahan dibawah boleh digunakan. a. Copy ALI?.* b. Copy ALI*.DOC c. Copy ALI?.? d. Copy *.* 15. Untuk membuat satu directori baru bernama TEST di dalam mod MS-DOS, arahan apa yang boleh digunakan? a. Md TEST b. Rd TEST c. Cd TEST d. Cd \TEST 16. Untuk membuang direktori TEST, arahan apa yang boleh digunakan? a. Md TEST b. Rd TEST c. Cd TEST d. Del TEST 17. Arahan yang betul untuk membuang semua fail dan direktori yang ada di dalam direktori PROGRAM FILES. Ini termasuk sub direktori yang ada di dalam PROGRAM FILES. a. Del Program Files b. Deltree Program Files c. Del Progra~1 d. Deltree Progra~1

185

Bab 10 : Arahan Dalam DOS 18. Anda ingin menyorokkan fail siti.doc dari cakera keras agar rakan anda tidak membaca surat cinta anda. Arahan yang sesuai untuk melakukannya adalah ………. a. Del siti.doc b. Attrib -h siti.doc c. Attrib +h siti.doc d. Attrib +r siti.doc 19. Anda telah membuat satu fail bernama Aturan.doc untuk dibaca oleh semua kakitangan dan fail tersebut perlu disetkan sebagai READ ONLY kerana anda tidak mahu ada pengguna membuang fail tersebut. Arahan yang sesuai untuk melakukannya adalah ………. a. Del siti.doc b. Attrib -h aturan.doc c. Attrib +h aturan.doc d. Attrib +r aturan.doc 20. Anda ingin menyalin fail aku.doc ke dalam direktori DATA di D: drive, arahan yang sesuai untuk melakukannya adalah ………. a. Copy aku.doc a:\data b. Copy aku.doc d:\data c. Copy aku.doc d: d. Copy *.* d:\data

Jawapan 1. b. Fdisk 2. b. Fdisk 3. a. Primary DOS partition 4. a. Primary DOS partition 5. b. 6GB 6. c. Logical drive 7. b. Format 8. c. Format C:/s 9. c. /c 10. b. Format C:/c/s 11. d. SYS C: 12. b. Fdisk /mbr 13. d. Fdisk /mbr 14. b. Copy ALI*.DOC 15. a. Md TEST 16. b. Rd TEST 17. d. Deltree Progra~1 18. c. Attrib +h siti.doc 19. d. Attrib +r aturan.doc 20. b. Copy aku.doc d:\data

186

Related Documents