“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang. Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada antaranya yang hanya memejam sebelah mata. Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .
Antara cara-cara mengatasi ; •
Melalui pihak media cetak o
Eg;
kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya alam sekitar yang selamat diwujudkan dengan hasil tulisan Racheal Carson yang bertajuk ‘Silent Spring’(1962)
‘The limits to growth’ laporan dari institut teknologi massachusetts dan kelab alam sekitar ekoran alam sekitar yg tercemar menyatakan seluruh dunia akan musnah pada 20 masihi andai alam sekitar terus tercemar
tindakannya – di Amerika Syarikat pihak majalah ‘The Ecologist’ menganjurkan langkah2 untuk menyelamatkan dunia
•
persidangan oleh kuasa-kuasa besar mengenai cara menjaga alam sekitar dari tercemar harus dilaksanakan serta menggubal undang2 yg baik untuk menjamin kualiti alam sekitar o
Eg;
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar (UNCHE) di Stockholm(1972). •
Membincangkan perlu wujud jabatan khas ttg alam sekitar bagi setiap negara ahli
•
Merangsang ideologi environmentalisme ( ideologi yg meletakkan nilai alam sekitar sebagai matlamat kepada sebarang tindakan manusia)
•
Memusatkan kawasan perindustrian
•
Mewujudkan kawasan perawatan sisa industri
•
Menggunakan alat-alat tertentu untuk memerangkap sisa-sisa yang dikeluarkan oleh industri contohnya pengasing elektrostatik
Pendidikan Cara paling berkesan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar ialah melalui pendidikan.Semua golongan masyarakat dididik tentang kepentingan melindungi kualiti alam sekitar. Untuk mencapai matlamat ini,pendidikan jenis ini telah ditumpukan kepada pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah.Pendidikan ini menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan perkembangan negara dari semua aspek. Unit pendidikan khas telah dibentuk untuk membuat lawatan ke sekolah di seluruh negara untuk memberi ceramah,tayangan filem,dan pertunjukan slaid mengenai hidupan alam semulajadi. Selain itu,orang ramai juga terdedah dengan adanya kempen,ceramah, penerangan oleh media massa yang sentiasa dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta. Sambutan masyarakat terhadap langkah-langkah yang diambil adalah baik.Pelbagai kempen tentang alam sekitar telah dijayakan oleh rakyat sendiri.Antaranya ialah program kempen mengumpul bahan yang boleh dikitar semula. Kegiatan menjaga kepentingan alam dijalankan oleh agensi antarabangsa dan agensi tempatan misalannya,Dana Sedunia Alam Semulajadi(WWF),Gabungan Persatuan Pengguna(FOMCA) dan Persatuan Pencinta Alam dan Sahabat Alam Malaysia. Dalam mengejar cita-cita materialistik manusia ,manusia seringkali mengancam keselamatan alam sekitar.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah : ( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan . ( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan ( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan ( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar ( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan. "MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA" Pensyarah Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim, berkata kesedaran awam mengenai pembuangan sisa pepejal di laut masih rendah walaupun kebanyakan faham kepentingan menjaga alam sekitar. "MALAYSIA harus belajar daripada apa yang berlaku di Eropah. Penduduk di sana hanya sedar bila kerosakan sudah berlaku dan semuanya sudah musnah. Jangan biar nasi menjadi bubur". Demikian pandangan Anthony Van der Ent, ahli biologi dan sains alam sekitar dari Belanda. Menurut beliau, sebahagian besar alam sekitar (di Eropah) telah punah dan tercemar akibat pembangunan secara besar-besaran yang tidak lestari sejak awal 1950-an. Masyarakat Eropah kini bergelut untuk memulihkan keadaan. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya? Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang?