Dengar sini! 1. Aku sejuta kali lebih bernasib baik berbanding mereka yang buta, cacat anggota, terencat akal dan terlantar di katil hospital. 2. Aku lebih bernasib baik berbanding dengan begitu banyak remaja di negaranegara yang lebih miskin. Jadi, bersyukurlah dan belajarlah besungguhsungguh kerana aku diberi peluang. 3. Aku istimewa dan unik, buatlah yang terbaik. Allah
telah menjadikan aku sangat bijak berbanding binatang. 4. Aku sangat berguna kepada keluarga, kawankawan, masyarakat dan diri sendiri. 5. Aku akan membuat diri aku melakukan yang terbaik sepanjang masa. 6. Aku mesti berkongsi apa-apa yang aku ketahui dengan orang lain yang memerlukan pertolongan. Aku akan belajar daripada mereka yang lebih pandai
dalam bidang mereka dengan rendah diri dan minda yang terbuka. 7. Aku akan menggunakan masa, tenaga dan sumbersumber kewangan dengan bijak kerana aku perlu sedar dan bersyukur ada orang yang tak berjaya sebelum ini dan mereka menyesal. 8. Aku akan memberikan hadiah yang terbaik kepada mak dan abah iaitu pelajar yang terbaik dan anak yang terbaik antara yang terbaik.
9. Aku akan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam SPM 2009, Insya Allah. 10. Aku cukup tak suka buat latihan, tapi ingatlah, banyak-banyak bersabar dan jangan berputus asa, biarlah susah sekarang daripada bersusah di kemudian hari kerana satu hari nanti aku akan jadi seorang yang cemerlang sepanjang hayat.
Perkara “lebih” yang perlu aku buat untuk memecut dengan pantas menuju SPM bagi menjamin markah yang “lebih” nanti adalah: i. bersungguh-sungguh dalam nak capai kejayaan ii. tumpuan sepenuhnya kepada matlamat SPM iii. bersemangat ada percubaan kedua, ketiga dan seterusnya lagi dalam menempuh cabaran SPM
iv. yakin kebolehan berjaya
ke diri
atas untuk
v. merujuk matlamat peperiksaan setiap hari agar berminat nak belajar vi. memaksa diri belajar walaupun tak berminat atau malas belajar Mulai sekarang sebelum membuat apa-apa yang melibatkan banyak masa dan tenaga, aku mesti tau sama ada apa yang aku buat ini boleh bantu aku dalam SPM? Jika “Ya”,
buat cepat-cepat. Jika “Tidak”, biarkan dulu. Kalau tak pasti, fikir dan fikir supaya aku tak buang masa yang ada ini membuat benda yang tak membantu aku dalam SPM.
Kata-kata semangat SPM 1. Aku tak lupa, cuma aku tak cukup usaha supaya aku tak lupa. 2. Aku tak payah takut dengan SPM. Sebab sama ada aku bersedia atau tak, masa nak berdepan dengannya tetap akan sampai. Jadi, lebih baik tumpukan kepada persediaan untuk aku berjuang. 3. Tak perlu bimbang apa keputusan yang akan dapat, tapi aku perlu bimbang kalau-kalau tak
gunakan masa yang ada ini utk berusaha sepenuhnya. 4. Sedikit pencapaian itu lebih baik daripada tak ada pencapaian langsung. 5. Lebih baik fikir sekarang nak buat apa untuk SPM, daripada lepas SPM nanti nak buat apa. 6. Jangan fikir apa orang akan kata apa, fikirkan lebih baik cakap daripada tak kata apa-apa langsung. (rajin bertanya)
7. SPM dah dekat! Masa tak boleh ditambah, yang boleh ditambah hanyalah usaha dan kesungguhan. 8. Tumpukan 100% masa, tenaga dan fikiran untuk menjamin kecemerlangan SPM 9. Sebelum aku dapat A dalam mana-mana subjek, aku mesti dapat A dalam fikiran dulu. Aku mesti percaya yang aku boleh berjaya kalau aku mau berjaya.
10. Perbezaan antara pelajar biasa dengan pelajar luar biasa adalah sifat luar biasanya. 11. Kegagalan atau kemenangan adalah sementara, yang di hadapan belum menang, jadi jangan leka. Yang di belakang belum kalah, jadi jangan kecewa selagi SPM tidak berakhir.