Asyraf

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asyraf as PDF for free.

More details

  • Words: 1,706
  • Pages: 22
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI,SETAPAK, KUALA LUMPUR KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN MENEGAH RENDAH (PMR) 2008

TAJUK: POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN MELATI DALAM ASPEK KEGIATAN EKONOMI NAMA CALON: MUHAMAD ASYRAF BIN MHD PAUZI TINGKATAN: 1 E NO KAD PENGENALAN: 960709-03-2459 GURU PENILAI: PUAN FAZIANA BT. AHMAD ….................................. (MUHAMAD ASYRAF

…................................... (CIK FAZIANA BT AHAMAD)

BIN MHD PAUZI)

TARIKH: _______ 1

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

1 2 3 4 5-6 7 8 - 11 12 13 14 - 20

2

BAB 1: PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek geografi saya iaitu Pn. Faziana kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini. Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama saya. Juga kepada 20 orang respondan kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk kajian saya.

3

BAB 2: PENDAHULUAN

2.1 Nama saya Muhamad asyraf bin mhd pauzi.Saya menuntut dalam tingkatan 1 E di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati. Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Potensi Bentuk Muka Bumi dalam aspek Kegiatan Ekonomi. Saya telah memilih kawasan perumahan Taman Melati untuk menjalankan kajian. 2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal dan berdekatan dengan sekolah. Selain itu, saya telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 10 tahun dan terdapat ramai kawan – kawan dan keluarga yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini. 2.3 Saya telah mengambil masa selama 5 minggu untuk mengumpul maklumat serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

4

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:I. Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Melati II.

Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan

Taman Melati III.

Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di

kawasan kajian IV.

Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

5

BAB 4: KAWASAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian Saya telah memilih Taman Melati sebagai kawasan kajian. Taman Melati terletak di bawah pentadbiran mukim Setapak. Sebelum dibangunkan Taman Melati merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1993. Taman Melati merupakan kawasan perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo. Segala kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh DBKL. Hasil daripada pencarian saya di internet, sehingga akhir Disember tahun 2007, Taman Melati didiami lebih kurang hampir 3,000 orang penduduk. 4.2 Lokasi Kawasan Kajian Taman Melati mempuyai keluasan seluas 50 km persegi. Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Taman Melati terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Taman Bunga Raya, Taman Permata, dan Taman Melawati. Untuk pengetahuan semua, Taman Melati Melawati berada 150 meter daripada sempadan Kuala Lumpur – Selangor. 4.3 Jarak Dari Bandar Taman Melati terletak lebih kurang 15 km daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan segala kenderaan awam seperti LRT. Stesyen LRT terdekat adalah LRT Terminal Putra dan LRT Taman Melati. Selain itu, Ianya boleh dihubungkan melalui Jalan Raya Tun Razak atau MRR2 (Lebuhraya Lingkaran Tengah 2) ke Ipoh di Utara dan Seremban di Selatan.

6

4.4 Jenis Petempatan Taman Melati adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti Masyarkat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina. Pola petempatan di Taman Melati ialah pola berpusat dimana rumah – rumah dan deretan kedai dibina rapat – rapat dan menyebabkan kawasan ini padat dengan bangunan – bangunan.

7

BAB 5: KAEDAH KAJIAN

5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:a) Pemerhatian b) Bancian c) Internet 5.1.1

Pemerhatian Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa

memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Melati dan aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan. 5.1.2 Borang soal selidik Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di Taman Melati melibatkan 5 orang dari penempatan rumah pangsa, 5 orang di kawasan Apartment dan Kondominium, 5 orang di rumah teres dan selebihnya yang tinggal di rumah banglo. Borang soal selidik ini dan respon yang didapati dapat membantu saya mengenalpasti masalah – masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Melati dan cara – cara mengatasi yang dicadangkan oleh 20 orang responden tadi. 5.1.3 Internet Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.

8

BAB 6: HASIL KAJIAN 6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di Taman Melati adalah hampir rata serta beralun. Oleh sebab itu, Taman Melati dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga yang luas. Selain itu, Taman Melati juga dibangunkan untuk kawasan pejabat dan deretan kedai. Ini menyebabkan kawasan Taman Melati padat dengan penduduk. Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke kawasan – kawasan lain dengan mudah, rumah kakitangan kerajaan, deretan kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, sekolah dan Hospital. 6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan penduduk di Taman Melati terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan. Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Melati telah menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu, penduduk di Taman Melati terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Taman Melati terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, tadika, kelas Fardhu Ain dan IPTS iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.

9

JENIS PERNIAGAAN DAN PERHIDMATAN

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN MELATI 70 60 50

Pelabgai Barangan

40

Pelbagai Perkhidmatan

30

Makanan

20 10 0 Graf 1 JUMLAH KEDAI

1

6.3 Masalah Semasa saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Taman Melati dan mengedarkan borang kaji selidik kepada 20 orang penduduk Taman Melati, saya dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara Masalah – Masalah tersebut ialah:6.3.1 Vandalisme Masalah ini banyak berlaku di kawasan taman permainan di sekitar kawasan Taman Melati. Dimana segala alat – alat permainan yang didirikan dirosakkan dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, keadaan alat – alat permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kanak – kanak yang menggunakannya. Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran. 6.3.2 Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi di kawasan Taman Melati berpunca daripada aktiviti – aktiviti pembinaan kawasan penempatan contohnya bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunanbangunan tinggi. Bunyi bising ini boleh mengurangkan tumpuan para pelajar terutamanya kawasan pembinaan terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati. Selain itu, kesan yang lain adalah seperti pekak. 6.3.3 Sampah Penduduk di kawasan Taman Melati tidak membuang sampah di tempat yang sepatutnya disediakan.

1

6.4 Langkah – langkah mengatasi Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi.

Disini, adalah

beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan untuk mengatasi Masalah tersebut adalah:a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi mengatasi masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini, boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang rosak itu. b) Masyarakat di Taman Melati juga boleh bergotong – royong di kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta menjalankan kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat untuk kitar semula.

1

RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri – ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Taman Melati. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah – masalah yang sering dihadapi oleh penduduk – penduduk Taman Melati serta mengumpul maklumat daripada sebahagian penduduk di kawasan Taman Melati tentang cara – cara mengatasi masalah – masalah tersebut. Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap.

1

RUJUKAN

I. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 4, 2006 II.

Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3

Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 2005 III. Laman Web: www.tutor.com.my www.kualalumpur – hotels – classify.com

1

1

Lampiran 1: Peta Taman Melati

1

Lampiran 2: Peta Kuala Lumpur

1

Lampiran 3: Peta Daerah

1

Lampiran 4: Lakaran Peta

1

Lampiran 5: Graf – Jenis perniagaan dan perkhidmatan di Taman Melati

JENIS PERNIAGAAN DAN PERHIDMATAN

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN MELATI 70 60 50

Pelabgai Barangan

40

Pelbagai Perkhidmatan

30

Makanan

20 10 0 Graf 1 JUMLAH KEDAI

2

Lampiran 6: Borang Kaji Selidik

BORANG KAJI SELIDIK Nama: _________________ Jenis rumah: ____________ Pekerjaan:______________ Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat Taman Melati

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah Hakisan Tanah Tanah Runtuh Sampah Sarap Pencemaran Bunyi Vandalisme Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi: a) ________________________ b) ________________________

2

BORANG KAJI SELIDIK Nama: _________________ Jenis rumah: ____________ Pekerjaan:______________ Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat Taman Melati

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah Hakisan Tanah Tanah Runtuh Sampah Sarap Pencemaran Bunyi Vandalisme Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi: a) ________________________ b) ________________________

2

Related Documents