Assingment Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assingment Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 697
  • Pages: 5
3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis Fahaman Komunis (Karl Marx) – fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis untuk digantikan dengan fahaman komunis yang mendakwa perjuangkan. Masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian. Cara penyusupan 1. menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina 2. melaluikesatuan sekerja 3. persatuan-persatuan 4. kelas-kelas malam dan penerbitan 5. orang Melayu menerusi PKI tetapi gagal.

Penubuhan PKM(1930 )Bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada tahun 1935 jadi semakin aggresif dengan melancarkan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan British menentang Jepun.Mereka telah membentuk MPAJA. Selepas tamat Perang Dunia Kedua , PKM setuju membubar MPAJA tetapi tidak menyerahkan kesemua senjata dan mula menyusup dalam kesatuan sekerja.

Keganasan Komunis (untuk capai matlamatnya)Komunis telah menyerang ladang/lombong milik Eropah. Mereka juga telah menyerang balai polis , membakar kilang , merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang disyaki bersubahat dengan pihak British

3.2 Langkah Membanteras 00Ancaman Komunis . 1.Pengisytiharan Darurat -1948(Undang-undang Darurat).Pengharaman Parti Komunis . Malaya(23Julai 1948) dan Parti Berhaluan Kiri (AWAS,PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin. 2.Memperbesar Pasukan Keselamatan. Pasukan polis ditambah sehingga 70,000 orang.British telah membawa masuk askar negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji). Menubuhjan Pasukan Home Guard. 3.Rancangan Briggs (1950). Melalui penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampung baru bertujuan menyekat bantuan mereka (Min Yuen)kepada pihak komunis.“Gerakan Kelaparan”,sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.

4.Perang Saraf,Kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” Konsep “kawasan hitam” dan“kawasan putih” diperkenalkan. 5.Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik sokongan kaum Cina .Jumlah hadiah ditingkatkan. Timbulkan perasaan benci terhadap komunis 6.Pengampunan Beramai-ramai , 40 juta risalah / 12 juta pas pengampunan diedarkan Radio siar syarat pengampunan - Pertemuan Baling telah diadakan. Pengaruh Komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu capai kemerdekaan . Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960

Pemergian Shamsiah Fakeh

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kondominium Tropicana, Jalan Kuchai Lama di sini, semalam. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi di sisi dua anaknya selepas tidak sedarkan diri sejak malam kelmarin. Anak ketiganya, Jamaluddin Ibrahim, 46, berkata Shamsiah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 24 September lalu akibat jangkitan paru-paru dan dibenarkan keluar, Sabtu lalu. “Keadaannya baik pada hari pertama di rumah, namun semakin lemah dan tidak sedarkan diri semalam (kelmarin). Kami menghubungi ambulans selepas dia masih tidak sedarkan diri pagi tadi (semalam) dan dia disahkan meninggal dunia jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas solat Asar. Allahyarham mula aktif dalam gerakan nasionalis sekitar 1945 dan 1946 dengan menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta dilantik sebagai ketua sayap wanita parti itu. Sayap wanita PKKM itu kemudian ditukar nama kepada Angkatan Wanita Sedar (Awas) bagaimanapun diharamkan di bawah Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan British di seluruh Malaya pada 20 Jun 1948, untuk menyekat kegiatan politik radikal dan berhaluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Ekoran itu, Shamsiah dan beberapa pemimpin PKMM melarikan diri ke

hutan di Benta, Pahang untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM yang melancarkan perang gerila terhadap kerajaan British. Peperangan gerila itu bermula selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan hanya berakhir selepas Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dengan PKM dan Kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989. Jawatan terakhir yang dipegang Shamsiah dalam PKM ialah sebagai pemimpin Rejimen 10 (sayap Melayu). Ketika di hutan, Shamsiah yang turut bertanggungjawab menerbitkan akhbar Pencinta Tanah Air dan rakannya bergerak sehingga ke sempadan MalaysiaThailand pada 1953 dalam melaksanakan misi perjuangan mereka. Shamsiah bersama suaminya Ibrahim Mohamad dihantar ke China pada 1958 untuk belajar bagi melancarkan usaha merekrut orang Melayu dan dilayan sebagai tetamu kehormat Parti Komunis China. Beliau bagaimanapun dipecat daripada PKM disebabkan perubahan dalam perjuangan dalaman parti itu pada 1968. Berikutan itu, Shamsiah dan suami diberi perlindungan politik, namun tidak mempunyai kewarganegaraan di Beijing dan meneruskan hidup dengan bekerja di kilang besi serta memberi khidmat kepakaran bahasa Melayu kepada Radio Beijing dan Institut Bahasa Asing Beijing. Shamsiah dan suami bersama tiga anak lelaki mereka akhirnya diberi pengampunan oleh Kerajaan Malaysia selepas Perjanjian Damai dengan PKM pada 1989 dan pulang ke negara ini pada 1994. Ibrahim meninggal dunia di sini pada 2006.

Related Documents

Assingment Sejarah
May 2020 19
Assingment
June 2020 32
Assingment
June 2020 33
Sfm Assingment
June 2020 25
Assingment 2
December 2019 29
Assingment No
November 2019 17