Assignment.docx

  • Uploaded by: EkinNur
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,926
  • Pages: 11
SOALAN 1 Dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sosial telah menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 1.0 Pengenalan Seperti yang kita sudah sedia tahu, pada 13 Mei 1969, berlakunya satu peristiwa titik hitam dalam sejarah negara Malaysia iaitu berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Ia juga merupakan tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara kita. Pada tarikh ini, satu pertumpahan berdarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi ini (Zakaria, 1969). Peristiwa pahit ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan raya umum pada tahun 1969 (Huat, 2007). Tragedi ini telah berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 bertempat di Kuala Lumpur serta kawasan sekelilingnya iaitu negeri Selangor. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969 (Comber, 1985) . Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi . Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party (DAP)

1

dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur (Wikepedia, 2009). Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan, The Coalition's logo. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Rajah 1 Gambar Menunjukkan Perarakan pihak pembangankang di sekitar Kuala Lumpur Selepas itu, UMNO yang terdiri daripada orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan balas pada tengahari 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa (Comber, 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysia History, 1980). Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur (Huat, 2007). 2

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu (Comber, 1985). Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut. 1.1 Dasar Sosial Yang Menyebabkan Rusuhan Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa 13 Mei ini. Antaranya adalah cetusan dasar sosial yang disebabkan oleh layanan yang tidak adil dan berat sebelah oleh Tentera Jepun yang menjajah Tanah Melayu semasa zaman sebelum kemerdekaan (Comber, Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, 1985). Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat di Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina dan Melayu umpamanya telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina di Tanah Melayu pada masa itu. Maka inilah yang dikatakan dasar sosial yang tidak begitu baik antara kaum Melayu dan Cina dari zaman sebelum kemerdekaan lagi (Aziz, 2005). Proses sosialisasi dan persefahaman antara kaum tidak dapat diwujudkan dengan begitu baik disebabkan oleh dendam kaum Cina terhadap Tentera Jepun yang melayani mereka dengan kejam namun melayani kaum Melayu dengan baik . 1.2 Dasar Ekonomi Yang Menyebabkan Rusuhan Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

3

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum (Baharuddin, 2011). Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei (Baharuddin, 2011). Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik. 1.3 Dasar Politik Yang Menyebabkan Rusuhan Semasa berlakunya pilihan raya 1964, Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau People Action’s Party, (PAP) Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun telah terdapat persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP bahawa PAP tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung, PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang (Baharuddin, 2011). Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan. Maka, PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu (Aziz, 2005). Selain itu, PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

4

1.4 Dasar Pendidikan Yang Menyebabkan Rusuhan Latar belakang pendidikan yang berbeza antara setiap kaum juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Ianya terhasil dari idea Zaman Kolonialisme jajahan pihak British yang memberi dasar bahawa, ketiga-tiga kaum etnik Melayu, Cina, India diasingkan dari segi pendidikan. Seperti yang telah berlaku, British mengamalkan dasar Pecah dan Perintah juga dalam sistem pendidikan yang direka bentuk bertujuan untuk timbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata (Baharuddin, 2011). Orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai objektif berikut :

Mendapat kemahiran asas melalui Ilmu hisab agar anak-anak lelaki dapat jalankan perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti

Memupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran

Memastikan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Raja.

Bagi orang India, mereka diberi pendidikan asas bagi tempoh yang sama seperti orang Melayu. Apabila tamat persekolahan, mereka akan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek ketapi. Dasar seperti ini membantutkan mobiliti ekonomi dan geografi kaum tersebut. Orang cina diberi kebebasan untuk tubuhkan sekolah-sekolah mereka serta gunakan kurikulum, guru-guru dan buku teks dari negara cina. Ini kerana, British berpegang kepada dasar bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk bekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan Dengan dasar tersebut, tidak hairan apabila British tubuhkan sekolah yang berasingan ini dapat memberi kesan besar jurang kepada setiap kaum dan kurangnya perpaduan antara kaum (Aziz, 2005). 1.5 Rumusan Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum,maka kita boleh lihat apa yang telah tercetus iaitu masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan 13 Mei 1969, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiada persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang. Bagi merealisasikan 5

integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan keseluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum (Nasirrudin, 2012).

6

SOALAN 2 Usaha yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia dengan mengambil kira kepentingan semua kaum 2.0 Pengenalan Seperti yang kita sudah sedia maklum, perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata (Askandar, 2006). Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kesemua kaum di negara ini?. 2.1 Tanggungjawab Setiap Individu Bermula Dari Didikan Di Rumah Inisiatif ini perlu bermula daripada rakyat Malaysia itu sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anakanak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik (Baharuddin, 2011). Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. 2.2 Peranan Guru Dalam Membentuk Murid Yang Bersatu Padu Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan murid secara berkumpulan dengan mencamurpurkan pelbagai kaum, jantina, perbezaan ras dan sebagainya dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian tumbuhan di dalam mata pelajaran Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar 7

yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatifinisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah (Baharuddin, 2011). 2.3 Kepentingan Menghayati Sejarah Pada Masa Lalu Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara (Ahmad, 2010). Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut telah berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. 2.4 Tanggungjawab Kerajaan Dalam Mempergiat Usaha Menyatupadukan Rakyat Malaysia Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah 8

menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan. 2.5 Peranan Rakyat Untuk Mencintai Tanah Air Malaysia Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara. 2.6 Usaha Masyarakat Setempat Untuk Bersama-Sama Mengekalkan Keharmonian Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum (Karim, 2016). Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

9

2.7 Rumusan Intihanya, peranan semua pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum amatlah dihargai dan dialu-aIukarn. Oleh itu, rakyat mestilah sentiasa berfikiran positif dan rasional dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan. Dengan kerjasarna daripada semua pihak, pasti perpaduan kaum dapat dipelihara dan rakyat dapat hidup dalarn keadaan yang aman dan harmoni Akhir kata, bersatu kita teguh. bercerai kita roboh.

10

RUJUKAN

Ahmad, Z. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik Di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Askandar, K. (2006). Utusan Online. Retrieved from Rencana: perpaduan dan perdamaian etnik: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ( diakses pada 21 Mac 2018 )

Aziz, M. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors.

Baharuddin, S. A. (2011). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (Upena).

Comber, L. (1980). 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysia History. Kuala Lumpur.

Comber, L. (1985). Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Kuala Lumpur: International Book Service.

Huat, W. C. (2007). Watershed Elections of 1969. Kuala Lumpur: The Sun.

Karim, A. F. (2016, Disember 14). Utusan Online. Retrieved from Langkah Memupuk Perpaduan Kaum: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/langkah-memupukperpaduan-kaum-1.419661 ( diakses pada 22 Mac 2018 )

Nasirrudin, N. (2012). Utusan Online. Retrieved from Elak Tragedi 13 Mei 1969: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20120723/po_02/Elak-tragedi-13-mei-1969 ( diakses pada 21 Mac 2018 )

Wikepedia. (2009). Retrieved from Peristiwa 13 Mei: https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei ( diakses pada 20 Mac 2018 )

Zakaria, N. R. (1969). The May 13 Tragedy: A Report. Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara.

11

More Documents from "EkinNur"

Assignment.docx
June 2020 3
Borang Maklum Balas.docx
December 2019 21