Assignment Syirik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Syirik as PDF for free.

More details

  • Words: 226
  • Pages: 3
SYIRIK DALAM MASYARAKAT ISLAM

Oleh MOHD KHAIRI BIN HASANUDIN 2008257208 Fakulti Perakaunan

Pensyarah HAJAH NORRIHAH HJ MOHD NADZIR Institut Perkembangan Pendidikan Universiti Teknologi MARA

Prakata Syirik dan kemudaratan dalam masyarakat adalah perkara yang amat penting untuk difahami sebaiknya, kerana ada ketikanya tanpa disedari kita telah terheret sama dalam perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. Islam adalah agama tauhid untuk membantu sistem kehidupan manusia menjadi sempurna dan mengarah kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Tauhid yang berasaskan keimanan kepada Allah yang Maha Esa ini, akan memberi kesan kepada jiwa dan tingkah laku dengan sentiasa berwaspada dari terjebak dalam godaan syaitan dan tidak menyeleweng ke arah selain beriman dengan Allah. Inilah inti pati dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika diutus menjadi Rasul iaitu untuk membersihkan bumi Arab dari amalan syirik penyembahan berhala kepada mentauhidkan Allah s.w.t.

Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan syirik, melanggar persaksian mereka sendiri disebabkan oleh dua perkara, iaitu: 1. Jahil dan lalai dari memahami tauhid dan syirik. 2. Taqlid buta kepada adat dan amalan nenek moyang. Kebanyakan bentuk syirik yang berlaku hari ini berpunca daripada dua perkara di atas. Ianya sehingga dianggap sebagai amalan biasa dan lumrah dalam kehidupan seharian. Amalan yang membawa kepada seseorang itu melakukan syirik sama ada sedar atau tidak akan diterangkan dalam tajuk ini. Semoga dapat kita menjauhi segala amalan yang menjerumuskan diri ke dalam dosa syirik.

i | Page

Related Documents

Assignment Syirik
May 2020 6
Syirik
June 2020 15
Syirik
June 2020 12
Syirik Bedukun
November 2019 11
Macam2-syirik
November 2019 16
Hakikat Syirik
December 2019 21